August 18, 2009

Kisah Nurul Alisya Ilyani


Beberapa hari lagi genaplah 2 bulan usia anak sulungku,Nurul Alisya Ilyani.Alhamdulillah,aku bersyukur dengan kurniaan Illahi yang tidak terhingga ini.Semenjak dia dilahirkan, memang dia seorang anak yg tidak begitu menyukarkan kedua ibubapanya.Jarang dia menangis.Menangis pun apabila inginkan susu.Kalau time mandi,senyap aje.Serba sedikit tentang Alisya :

Alisya suka :

  1. Suka didukung dan didodoikan ,terutamanya lepas mandi ataupun lepas menyusu.Skangni,aku blom brapa pandai lagi mendukung Alisya,tapi Alhamdulillah,tertido juga dia bila aku dodoikan.Abahtok nya pula mmg pandai mendodoikan Alisya
  2. Minum susu mamanya.Bukan main gelojoh lagi kalau time minum lebih-lebih lagi kalau time dia baru bgn lepas lama tidur.Kadang-kadang tergelak juga aku melihatnya.
  3. Tengok tv.Kusyuk dia melayan bila kitorang buka tv.Entah dia faham ke tak cerita itu.
  4. Jalan-jalan dan bawa dlm kereta.Mmg tidojelah kerja dia bila bawa pi jalan-jalan atau naik kereta.Seronok kot dapat jalan-jalan.

Alisya tak suka :

  1. Gelap.Kalau tengah dukung dia dan bawa dia ke tempat gelap,dia akan pegang kuat-kuat dan matanya dibuka luas.
  2. Susu tin soya.Bila kasi,dia hanya akan minum bila dia tersangat lapar.Kalau tidak,dia taknak minum dan keluarkan balik air susu tu.
  3. Bila dukung dia bercakap-cakap dengan org lain.Takpe kalau bercakap-cakap dengan dia tapi bila tegur org lain mulalah dia bunyi suara dan mengeliat.Mama dia kata, manja betullah anak papa ni.Tak boleh kacau ckp-ckp dengan dia.
  4. Tinggalkan dia sorang-sorang bila dia belum betul-betul lena.Kalau ditinggalkan ,mulalah dia merengek dan menangis.
  5. Tak suka didodoikan kuat-kuat.Kena dodoikan perlahan-lahan dan lemah lembut.Mmg sesuai ngan nama dia.Ilyani maksudnya kelembutan.Anak papa....
  6. Mandi air sejuk.Dia akan menangis dengan kuat kalau air mandian dia tak cukup panas seperti yang dia inginkan.Nasib baik mama dia pandai sediakan air mandian dia.

August 2, 2009

Anak buah Isteriku

Perbualan antara isteriku dan anak buahnya :

Isteriku : Abang Fan bila besar nanti nak bina rumah apa?
Arfan : Rumah 5 tingkat, besar dan ada lif.
Isteriku : Knapa abang nak bina rumah 5 tingkat?
Arfan : 4 tingkat untuk setiap isteri-isteri abg, satu tingkat lagi abang nak
buat stor.
Isteriku :Byknya isteri abang.Camne abg nak bahagikan masa dengan isteri-isteri

abg nanti?
Arfan : Umm(sambil berfikir)...Aaaa,abg dah ada idea.Kan ada 5 hari

bekerja.Dua hari untuk isteri pertama abg,1 hari lagi untuk isteri kedua
hingga keempat.
Isteriku : Knapa dua hari pulak untuk isteri pertama?
Arfan : Sebab abang paling sayangkan isteri pertama.
Isteriku : Abis,hari cuti yg dua hari lagitu abg nak bahagikan camne?
Arfan : Umm,abg akan gilir2kan sejam seorang untuk isteri-isteri abg.
Isteriku :Habis yg satu hari lagi?
Arfan :Abg akan bawa isteri-isteri abg ke pantai bersama-sama.
Isteri : (tergelak sakan mendengar jawapan anak buahnya).
Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi