December 31, 2009

Happy Birthday Sis...



Happy Birthday Sis...

Harini Birthday adik perempuan ku yang ke 25.Inilah wish dariku dari seorang abang buat dirimu  :

Happy Birthday adikku
25 tahun sudah umurmu
Begitu cepat masa berlalu
Ku doa-doakan kau bahagia selalu
Tahun depan bakal kahwin mudah-mudahan berbahagia ke anak cucu
Panjang umur cicit pun dialu-alu
Kaulah Sis terbaik bagiku
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki doaku
Tercapai cita-cita dan hasratmu
Salam dan ucapan ''Happy Birthday" dari seorang abang buatmu
Maafkan abang tidak dapat pulang ke Terengganu
Cuti dah habis tidak berbaki walaupun satu
Happy 25th Birthday adikku

Kepulangan Sally

Sambungan dari kisah Keputusan Sally, Sally belum lagi dapat membuat keputusan yang sewajarnya.Ditelan mati mak,diluah mati ayah.Kalau dia menerima tawaran bekerja di USA,bermakna dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya di kampung.Kalau dia pulang ke Malaysia,bermakna dia melepaskan peluang yang terhidang di depan mata.Sally buntu dan tidak tidur lena memikirkan jawapan yang perlu diberikan.Dia diberi masa 2 minggu untuk memberi jawapannya.


Ke manakah arah yang harus dituju?

Akhirnya, selepas beberapa hari,Sally membuat keputusan untuk memilih bekerja di USA.Tawarannya agak lumayan dan rugi andainya dia lepaskan.Lagipun,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Sally tidak pasti samada pilihan yang dibuatnya itu adalah tepat,namun itulah pilihan terbaik yang difikirkannya.

Sehari sebelum Sally melaporkan diri dan menandatangani perjanjian dengan syarikat barunya, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya.Ayahnya sedang sakit tenat dan ayahnya kini berada di Wad ICU.


Ayah Oh Ayah

Lantas, Sally menukar fikirannya kerana tidak mahu tidak menatap wajah ayahnya andai umur ayahnya tidak panjang dan  berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit tenat itu. Sally membeli tiket pulang malam itu juga untuk pulang ke tanah air.

Keesokan harinya, dia sampai di KLIA dan dia mengambil teksi untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka.Ayahnya kini berada di Hospital Melaka dan dia terus bergegas ke hospital. Sayu hati Sally bila melihat keadaan ayahnya di Wad ICU itu.Sudah kurus-kering badan ayahnya dan begitu tidak bermaya sekali keadaan ayahnya.Bekalan darah dan juga air dimasukkan melalui saluran tiub.Sebak hati Sally dan begitu mudah


Air Mata Sally jatuh bercucuran

Sally sudah memaklumkan keadaanya kepada majikannya dan majikannya begitu prihatin dan memberi sebulan cuti separuh gaji kepada Sally untuk menjaga ayahnya itu.Sally tidak begitu memikirkan sangat pasal kerjanya sekarang,dia terlalu risaukan keadaan ayahnya.

Hari ke hari, masih belum ada respons positif mengenai kesihatan ayah Sally.Dia masih di dalam ICU dan tidak sedarkan diri.Doktor mengatakan bahawa peluang untuk ayahnya sedarkan diri balik agak tipis .Namun,Sally yakin yang ayahnya akan kembali sedar dan kembali sihat seperti dulu.Namun,itu hanyalah harapan Sally.

Bila di saat camtu,Sally mengimbau kembali kenangan manisnya bersamanya ayahnya.U will never know what u have until u lose it...Sally merasakan seperti itu.Dia berdoa kepada Tuhan setiap hari supaya ayahnya akan sembuh, namun


Terjawabkan Doa Sally?

December 30, 2009

Aku Rindu Kenangan Itu


Kenangan Lalu

Aku rindu kenangan itu
Kenangan lalu kisah muda-muda dahulu
Bumi UK bumi bertuah ku pijakkan kaki di situ
Terimakasih buat JPA kerana menajaku
Jasamu tidak ku lupa tanpamu siapalah aku
Oh aku rindu kenangan itu
Lancaster University tempatku belajar dulu
Tempatnya cantik udara nyaman bertiup tersipu-sipu malu
Waktu pagi arnab-arnab melompat ku nak kejar bukan dayaku
Sungguh pantas masa berlalu
Aku rindu oh aku rindu
Bermain ski, salji memutih sungguh salju
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagu
Bercermin mata sekejap sahaja untuk studyku
Dapat subsidi untuk pelajar bagus sungguh inisiatif itu
Bilakah aku dapat kembali ke situ?
Isteri tak habis-habis ajak bercuti aku buat tak tahu
Duit belum cukup itu alasan sebenarku
Sememangnya aku cukup rindu
Kenangan itu oh membawa erti beribu-ribu
Aku Rindu Kenangan Itu

Keputusan Sally

Sambungan dari Kisah Silam Sally ,Sally serba salah dalam membuat keputusan.Keputusan yang perlu dibuatnya amat berat baginya kerana sekiranya dia menerima keputusan tersebut, dia terpaksa berpisah dengan keluarganya terutamanya kedua ibu bapanya yang sudah tua.Sally perlu menimbangkan sebaik-baiknya tentang :


Melanjutkan Pelajaran ke USA

Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga ,Sally membuat keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke USA demi masa depannya dan melupakan kenangan pahitnya bersama Sheila.


Konsep belajar yang diamalkan Sally

Masa berlalu begitu pantas, zaman di University Sally dilaluinya dengan penuh dedikasi.Berkat ketekunan dan dedikasi Sally,dia berjaya menamatkan ijazahnya dan latihan industrinya dalam masa 2 tahun sahaja.Tidak sia-sia dia belajar dan mengamalkan Study Smart.Banyak ranjau,kenangan manis dan pahit sepanjang Sally di Universiti.Dia sempat melawat beberapa tempat menarik di Amerika Syarikat,antaranya :


White House (tengok dari luar je)

Statue of Liberty

Niagara Waterfall

Copper Mountain

Sally begitu gembira kerana mendapat 1st Class Honour dan menjadi top 10 untuk ijazah yang diambilnya (Kejuruteraan Mekanikal).Sebelum dia bercadang untuk pulang ke Malaysia,dia ditawarkan bekerja di Amerika Syarikat oleh sebuah syarikat terkemuka di sana atas keputusannya yang begitu cemerlang dan syarikat tersebut sanggup membayar balik jumlah pembiayaan biasiswa yang ditaja oleh Syarikat Sally sebelum ini.

Sally menjadi serba salah.Tawaran yang ditawarkan begitu lumayan,hampir menyamai gaji seorang Pengarah syarikat di Malaysia.Apakah agaknya keputusan yang akan dibuat oleh Sally?Adakah Sally akan bekerja di USA dan tidak kembali buat sementara waktu bagi melupakan kesedihannya bersama Sheila ?

December 29, 2009

Aisya Sofea - Yang Sebenarnya

Semasa di Johor aritu,sempatlah singgah di MPH.Sempatlah beli beberapa jenis buku.Beli ni pun sempena promosi MPH+syarikatku dapat diskaun sehingga 40% untuk pembelian buku ,maksimum pembelian sehingga RM400.Inilah buku yang ku beli :


Aisya Sofea - Yang Sebenarnya dan 100 Esei Inspirasi & Motivasi untuk Pelajar

Inilah masanya sempat untuk aku nak membeli buku bila ada diskaun camni.Aku memang suka baca buku-buku inspirasi dan esei-esei pendek.Santai dan menenangkan fikiran.Novel ni pula aku beli kerana saja nak membaca novel.Dah lama tak baca novel,lagipun tajuknya itu menarik hatiku dan novel ini mendapat jualan antara 10 novel terlaris di MPH Johor Bahru.

Sebelum ni,novel-novel cinta ni memang aku tak brapa nak layan mana.Tiada masa.Tapi kalau Novel Cinta Ahadiah Akasyah memang aku suka benar,contohnya Lagenda Budak Setan 1 dan 2,berkali-kali aku baca.Pilot Cafe pun best juga.

Inilah sinopsis cerita Aisya Sofea -Yang Sebenarnya yang membuatkan aku membeli novel ini :

"TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

Lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya! "

Agak-agaknya bila la sempat aku baca buku-buku ini ya?

P/s :Ada sebarang cadangan untuk buku-buku lain yang menarik?Time camni la masa yang sesuai untuk membeli.

Percutian Di Johor Bahru (Part 2)

Sambungan daripada Percutian di Johor Bahru, malam tu kami singgah di :


Danga Bay

Timeni kami semua pergi ke Danga Bay,bukan main seronokla si Upin coz di Danga Bay malam-malam diadakan :


FunFair

Antara yang menarik di funfair tu adalah :


Train

Mula-mula nak la main funfair tu,tapi mak mertua aku beriya-riya nak pusing Danga Bay naik :


Basikal roda empat

Berpeluh-peluh mengayuh basikal tu.Kami naik 6 orang...habis basah bajuku...Yerlah,yang sibuk mengayuhnya aku dan adik iparku...Hehehe..cam tak berbaloi je pula rasa,dahla mahal,RM39 untuk 45 minit...Tak sempat nak main funfair coz dah penat...Pusing-pusing tu,nampaklah juga :


Cruise

Rasanya kalau nak naik Cruise ni mesti mahal,yerlah,harga-harga di Danga Bay ni boleh tahan juga mencekik darahnya...Satu funfair nak naik,sekurang-kurangnya 8 ringgit.Kalau pi Sunway Lagoon ataupun Genting Highland,tak sampai 50 dah ble pusing sampai puas ...Hehehe,mungkin dia ikut harga Singapore kot...

Dah penat dan lapar,kami pun singgah la dinner di Restoran di Danga Bay.Kami pekena :


Ikan dan Pari Bakar

Sotong masak Cili ker?

Sedap,memang sedap..Nanti la saya rekomenkan kedai tu ya?Mungkin anda boleh singgah kalau ke sana nanti,memang sedap dan ramai orang berkunjung kedai itu...

December 28, 2009

About Her



Aku dah Kena Tag!!

Gatal sangat mulut dan tangan minta di tag.Kan dah kena tag dengan Hernee Nazir ..

First time kena tag, jadi kena laa jawabkan?


1. First time you met her - when and where?
-Masa sekolah dulu.1998 kalau tak silap..

2. Love at first sight?

X...Masatu aku tak layan dia,dan dia pun tak layan aku...Masatu dia bercinta dengan kawan sekelasku.Love at first hearing.Kami bercinta melalui telefon.Dengar suaranya terus aku tertawan.Bukan suara,tapi gaya percakapannya,aku mampu bercakap lebih sejam first time call dia.

3. Who is she when the first time you met her?

-Rakan sekelasku.Bertegur sapa kurang dari 10 patah perkataan sehari.

4. How long does it takes for her to ask you out for a date?

Dia tak ask...Saya yang ask..Almost a year kot...(Mak ayah dia tak suka berdating-dating ni)

5. First place dating?

UPSI.

6. How she proposed?

I yang propose.Biarlah rahsia....Ok-ok,tak berapa ingat cuma yang aku ingat, aku cakap kat mak aku sebelum kami bertunang, "Mak,saya taknak kahwin sampai bila-bila kalau mak tak benarkan saya kahwin ngan dia" (Cess,ugut tu,nasib baik mak ku menerima dia)

7. Special date with her?

Hahaha..dah nama pun lelaki..suka lupa tarikh2 penting (tak romantiknya aku)...Tarikh paling teristimewa 17 Julai iaitu birthdaynya, 23/11 tarikh akad nikah kami, dan 22/6 tarikh Alisya dilahirkan.

8. Changes that she asked you to do?

-Dia menerima aku seadanya...Tuh yang sayang tu...Cuma dia minta aku kurangkan ''tempered'' aku.Hehehe,kadang-kadang  aku suka marah tak bertempat....Sorry Sayang...

9. What is about her that you love so much?

All about  her!! (Byk sgt kalau nak sebut.Dia seorang yang romantik, happy go lucky,dan Isteri yang penyayang)

10. What is about her that you wish she would change?

Huhuhu,dia terlalu mementingkan kekemasan.Tersilap letak barang skit,adussh....kenalah eden....Ataupun semua perempuan camtu ke?

11. You lose your mind and crack your head when she?

Membebel lama sangat....Atau mengungkit2...Selalunya aku akan perli, "Sayang,Abang dah kenyang ni,dahla,tak larat nak makan kuih bangkit lagi ''

12. You will smile through your eyes for the whole day when she?

Happy..Senyum dan ketawa..gembira bila tgk dia Happy...Moody bila dia tgk dia moody...Huhuhuhu...

13. Complete below sentences"My love towards my wife/husband/gf/bf is as big as...?

Besar mana....Tak besar sgt, 1/0 je....

Perlukah untuk mencari mangsa seterusnya??? Oleh kerana first time kena tag ,aku nak tag kan diorang ni.Kalau diorang tak jawab pun,eden tak kisah,just tukar about him yang mana2 yang berkenaan ye?,hehehe :



Aku tag kan Jejaka dan Jejaki di bawah ini

1)Sepet
2)Melromeo
3)CikEpal
4)Little Mama
5)Sharinginfoz
6)Suliana
7)PrincessRedBloodSnow

UPDATED

Saya mahu tag bloggers ini juga :

8)Redmummy
9) Sirman
10) Habibah & Anas
11) JAI
12)UmmiKhayra
13)Catlina
14)Syigim
15)Lyna
16)I_Sofia
17)Mommy Qastalani

Percutian di Johor Bahru

Saya baru pulang bercuti dari Johor Bahru beberapa hari yang lepas.Inilah gambar-gambar yang sempat di ambil  (24/12/09 ,Part 1)

JB Central Hotel

Kami menginap di Hotel ni kerana ianya memang di dalam bandar JB dan biliknya besar + ada parking.RM160 semalam untuk bilik yang twin bed + single bed (2 katil la lebih kurang)


Pemandangan dari JB Central Hotel (Tingkat 19)

Pemandangan Lagi

Si Upin sibuk main Laptop adik iparku

Pemandangan dari tingkap belakang hotel menghadap Tambak Johor

Roti Canai Telur + Teh Tarik

Pekena bfast di kedai mamak dekat ngan hotel.Memang kaww dah sedap,yang tak tahannya Si Upin tak makan roti canai dengan kari,dal ataupun sardin.Dia hanya makan dengan :


Gula!!(Memang anak Jati Kelantan Betulla)

Lepas bfast,kami singgah di :


Johor Bahru City Square

Meriah sambutan Krismas di sana (sehari sblum krismas)

Bersama Santa

Dah janji dengan Upin,kami pun bawalah dia tengok wayang cerita :


The Princess and The Frog (gambar di ambil keesokan harinya)

Memang best cerita ini.Cerita dia menarik,byk lagu-lagu best,jalan cerita dia tersusun dan sesuai untuk tontonan ramai.Ratingku : 8.5/10. Memang best dah mengancam.....Jangan lupa saksikannya!!

December 27, 2009

Roti Canai Terjah


Roti Canai Terjah

Ini auto publish entry.Saya sedang bercuti....Hehehe..Tajuknya saja nak kasi korang bangun dan pi breakfast cepat2....Entry ini pendek sahaja...Jadi,di sini saya akan terjah dan tinggalkan komen di blog anda sesudah saya balik bercuti.jadi,kepada sesiapa yang mahu saya terjah blognya, anda hanya perlu :

1)Tinggalkan blog address anda di komen ini
2)Itu saja.No contract or obligation attached...Saje je,lepas mood bercuti ni nak tolong rakan2 bloggers naikkan unique visitor....

December 26, 2009

4 Ayat Berangkai

Thank You Melz.Aku tengah boring ni dan ini entry auto publish (eden tengah bercuti di Johor Bharu masa ini),jadi aku nak cuba main games ni sorang-sorang :


Cuti-Cuti Malaysia

Hari ini hari Isnin
Isnin Selasa Rabu Khamis
Khamis aku di Johor
Johor singgah pertama kali
Kali ini aku bercerita
Bercerita pasal follower
Follower ini nama Emora Juliet
Emora Juliet gambar cantik
Cantik menarik aku tertarik
Tertarik untuk singgah lagi
Lagi aku singgah Kulanz
Kulanz header anak comel
Comel belaka cantik menawan
Menawan juga blog CatlinaFly
CatlinaFly gambar indah berseni
Berseni gambar sejuk hati
Hati sejuk pergi bercuti
Bercuti bersama keluarga isteri
Isteri tersayang sudah pasti
Pasti menarik percutian ini

Pengikut di Alam Maya

Mari kita tengok siapa yang kena?



Apa yang aku suka pasal blog dia?
- Layout dia kemas dan tersusun
- Entry berkisahkan cinta,teringat-ingat zaman-zaman bercinta dulu
- Dia rajin update blog dia dan friendly orangnya.Terimakasih atas rekomenkan pakaian untuk Mr. Potato Fiesta 2009 tu ya?

Apa yang aku kurang suka pasal blog dia?
-Layout dan design blog dia lagi cantik dari blog aku.Jadi aku jelesss!!!Hehehe...Siapa boleh tolong cantikkan design,header n layout dan template blog aku ya?Aku kasi upah RM30++++....



Apa yang aku suka pasal blog dia?
- Nama blog dia mengujakan.Lain dari yang lain.Aku rasa mamat ni mesti orang perak,Yob.
- Ceria je aku tgk gambar-gambar dia.Mesti happy go lucky orangnya,sejuk mata memandang.
- Entrynya sempoi dan santai. 

Apa yang aku kurang suka pasal blog dia?
-Font dia berwarna warni.Sakit mata dehh..Almaklumlah,atuk ni dah tua.Hihihi...



Apa yang aku suka pasal blog dia?
-Buka-buka je dah ada bunga ros.Cantik pulak tu.

Apa yang aku kurang suka pasal blog dia?
-Byk benda-benda bergerak n blink-blink.Sakit mata nak baca entry...Agak-agak dia ni mesti berseni orangnya.

December 25, 2009

Pengembaraan Upin di Aquaria,KLCC

Minggu lepas bawa anak buahku (Arfan @ Upin ) dan pengasuh isteriku semasa kecil ke :


Aquaria,KLCC

Upin di KLCC

Harga tiket di Aquaria adalah RM38 untuk dewasa .Tapi kalau ada Mykad hanya RM28.Kalau pakai Maybank Kredit Kad cam saya haritu, dewasa RM25,kanak-kanak RM18 dan senior citizen RM18.Inilah gambar-gambar yang sempat di ambil di Aquaria, KLCC :


Ikan Piranha


Si Katak yang Besar Bangat

Jaws yang nampak ganas


Besarnya Pari-pari


Penyu

Arapaima yang besar

Arapaima oh Arapaima

Isteriku dan Pengasuhnya ketika kecil

On the way balik nak naik LRT,nampak la promosi ini :


Samsung Jet Sangatlah cantik.Ingin ku belikan untuk Isteri..(Budget tak cukup lagi)

Memang suka si Upin ku dapat datang ke Aquaria.Bukan main seronok lagi dia.Katanya,dia nak datang lagi bila dia datang dengan keluarganya nanti .Satu lagi, pengasuh isteriku takble naik escalator,dia takut...Nasib baik la di KLCC banyak tangga dan lif.

P/s :Upin kini berada di Johor untuk pengembaraannya yang baru...

December 24, 2009

Kisah Silam Sally

Sambungan dari Kisah Permintaan Sally, Mamat yakin dengan keputusannya menerima permintaan Sally menjadi adik angkatnya.Dia tidak pernah berangkat-angkat sebelum ini,namun dia yakin yang Sally benar-benar ikhlas.Mamat teringat kembali apabila Sally bercerita "Kisah Silamnya"

Sally sebenarnya sama seperti lelaki yang lain sebelum ini walaupun jiwa lembutnya sudah mula terbit semenjak dia kecil lagi.Sally pernah bercinta dan kekasihnya begitu cantik, secantik :


Tizz Zaqyah

Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Cintanya dirampas oleh insan ketiga.Semakin merumitkan keadaan apabila insan ketiga tersebut adalah abang kandungnya sendiri.Kekasihnya (Sheila) memilih untuk menerima Abang Sally (Farid) kerana Farid berjawatan tinggi,bergaji besar, dan lebih hensem daripada Sally.Pertemuan mereka apabila dipertemukan oleh Sally telah membuahkan titik-titik cinta dalam diam dan akhirnya mereka meluahkan perasaan mereka kepada Sally dan keluarga untuk berkahwin.

Hancur luluh hati Sally apabila mendengar kata-kata abangnya dan insan yang paling disayanginya.Harapkan pagar,pagar makan padi.Selama ini Sally bekerja bertungkus-lumus dan tidak menyambung pelajarannya demi membiayai pelajaran abangnya dan kasih sayang yang dicurahkan ke atas Sheila tidak pernah putus namun tuba akhirnya yang dibalas.Barulah dia sedar betapa materialistiknya Sheila.Kepercayaannya direntap begitu saja di depan matanya sendiri.

Sejak detik itu, Sally sudah tidak percayakan wanita lagi (sebagai kekasih) ,dia mula berubah dan Sally :



Membawa diri Ke Kuala Lumpur

Semenjak detik itu juga,Sally mula berubah.Jiwa lembutnya semakin terbawa-bawa apabila mengenangkan kisah dia dan Sheila.Sally mula berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan juga pondan-pondan yang lain.Jiwanya begitu serasi dengan mereka dan Sally mula hanyut dibuai keseronokan lain yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Sally mendapat pekerjaan di sebuah kilang dan berkat kesungguhan dan kepandaiannya (keputusan SPM Sally sangat bagus sebelum ini namun dia tidak menyambung pelajarannya demi keluarga dan abangnya Farid),selepas beberapa tahun syarikatnya itu menawarkan dia untuk melanjutkan pelajaran/latihan industri di Amerika Syarikat.Namun,adakah Sally akan menerimanya dan apakah yang bakal terjadi selepas ini?



Dan Adakah Sally akan terbang ke USA?
Related Posts with Thumbnails