May 31, 2010

Shrek Is Better Than Sex?

Shrek is better than Sex?

Terkejut baca entry INI , fuhh, Shrek lagi bagus dari seks? Dari segi apa ya? Mahu juga belajarni. Hak3, namapun lelaki, rupa-rupanya in term of kutipan box office mengalahkan Sex and The City 2 di tempat kedua dan Prince of Persia : The Sands of Time di tempat ketiga.

Ini yang buat teruja nak tengok movie Shrek Forever After ni. Cerita Prince of Persia masa jemputan Nuffnang pun dah cukup best bagiku. Gara-gara Shrek tempat duduk ku dan isteri hampir dikebas masa tayangan tu. Adushh,angin juga satu badan,rupanya pasangan couple tu tersilap masuk panggung dan kami pula ingat kami yang silap masuk panggung. Apapun, that nite we have a greattttt..............oppsiiie....

Terbayang-bayang nak tengok citer Shrek ni. Cerita-cerita Shreks sebelum ni  pun memang best dan menawan hati...

P/s : Jom pi layang Shrek Forever After movie....

P/s/s :Ada sesiapa yang dah tengok? Best tak?

Good News Vs Bad News


Good News Vs Good Bad news

Good News :

1)Dah pindah rumah baru/dah settle punggah barang

2)Attend Break Free With Digi Event

3) Menang Love World Love Sloggi Contest

4) 99 Vote sudah diterima untuk Eyriqazz for Guest Blogger Project Alpha Season 3 (Thanks All/teruskan mengundi)


Bad News :

1)Pertama kali dalam hidup Wallet hilang. IC , kredit kad, lesen memandu, kad akuan nikah semua ada dalam tu. Total loss >RM500. There are something that money can't buy, and without my wallet, there are a lot of things I can't buy too.

2) Belum settle kemas rumah baru.

3) Isteri mengamuk banyak barang rosak ketika punggah barang. (ricecooker,baju, kasut,handbag n etc)

4) Mood blogging sudah ke Pulau Tioman, hits jatuh merudum. Takpelah, family come first.

5) Streamyx dlm 10 hari baru akan dipasang, skang guna Celcom Broadband Isteri. Hampa, lagi perlahan dari Streamyx di rumah baru. Pandangan peribadi, celcom broadband is the best in term of coverage, in term of speed, byk yang perlu diperbaiki.

6) Skrin phone rosak. Pergi baik RM80 melayang. Oh, byk sungguh bad news weekend ni.

Inilah kehidupan, tidak semuanya Indah dan Menarik belaka. How you handle the problem/bad news yang membezakannya.Me? I think saya belum mampu handlenya dengan baik.

P/s : Bad news or good news , itu ketentuan Illahi. Terimalah seadanya. Tapi, usaha itu penting.Kitalah yang mencorakkan kehidupan sendiri.

May 29, 2010

Penat,Letih dan Dot,dot,dot

Sungguh penat,letih dan dot,dot,dot....Urusan pindah rumah belum lagi settle..semalam kol 2 pagi belum settle lagi pindah...lori pula sampai lewat berjam2 tak seperti di janji dan kacau semua planku hari ini......adushhh...penat seh pindah2...line streamyx pun tak transfer lagi..line celcom wife ini pula lagi siput dari streamyx di sini....adushh....terasa mahu suruh wife tukar ke p1 wimax pula tapi coverage tak byk pula

doa2kan semoga berjalan lancar...till then see u later....

May 28, 2010

6 Entry Pilihan Hari Ini

6 Entry Pilihan GTO Hari Ini







P/s : How about u? Share-sharekan la di sini...

Alisyaku Sayang

Agak-Agak Apa Yang  Puteriku Tengah Fikirkan?

1) Lambat Lagi ke Order Sampai Ni?
2) Bestke Pindah RUmah Baru Nanti?
3) Papa Nak Alisya Jadi Doktor Gigi, Mama nak Alisya jadi Cikgu, Umm, betul-betul ditelan mati mak, diluah mati ayah.
4)Bila Nak Balik Kampung ? Rindu dekat Tok Wan dan Tok Ki Wan
5) Pandangan anda?

May 27, 2010

Terimakasih Semua | 40 Peserta Telah Diterima

Salam Petang dari Eyriqazz,

Alhamdulillah, 40 peserta telah diterima untuk Contest Hadiah Birthday Alisya sehingga kini. Inilah Senarai Peserta Untuk Hadiah Birthday Untuk Alisya.


Sayang Korang Semua!!!

Di tambah dengan kegembiraan baru memenangi Contest Love World Love Sloggi , ingin memberikan kejutan. 40 peserta dan saya tidak dapat pastikan satu persatu, saya mahu kasi hadiah sampingan sebelum hadiah utama diumumkan bila tarikh tutup contest ini pada 13 June 2010 nanti. Kepada 3 peserta pertama yang berjaya komen yang menepati kriteria ini :( Tag at least 3 orang, dan tiga orang tersebut telah join), sila inform saya. RM10 top up/cash sebagai hadiah . Opps, ini hadiah sampingan ya, anda masih layak menang hadiah-hadiah seperti yang dijanjikan sebelum ini. 3 pengomen pertama yang menepati syarat akan saya berikan hadiah seperti dijanjikan di atas. Rm10 pun rezeki juga kan?

Tak lupa juga, nak promote skit :


Mudah saja, klik link itu, register, log in, dan klik Like. Berbaloi-baloi .

Apapun, terimakasih kepada semua peserta.  Saya janjikan 10 hadiah tapi tidak bermakna 10 hadiah akan saya berikan. Mungkin lebih jika rezeki saya pun lebih. Hik3, saya tak makan sorang-sorang apa yang saya dapat dari blogging.

P/s : Apa tunggu lagi? Jom Join Contest dan Jom Vote Eyriqazz for a Better Nuffnangers. Ini Manifesto Saya (hak3, cam nak berkempen pula) :  "Humility in Oneself, Respect For Others, Vote For Eyriqazz, I Won't Let You Down and Bring Nuffnangers to A Greater Height''

Fenomena Facebook | Ketagihan di Laman Sosial Maya 2010


Fenomena Facebook , Ketagihan di Laman Sosial Maya yang semakin dirasai

Sebut saja Facebook, boleh dikatakan semua kenal? Sedikit pengalaman berkenaan Facebook yang berlaku pada diri sendiri :

1)Hari-Hari mesti buka Facebook, tak kiralah diri sendiri mahupun Isteri. Diri sendiri lebih kepada berblog, tapi Isteri semakin rancak dibuatnya.

2) Dalam 4 adik beradikku, semua ada Facebook. yang terbaru , adik bongsu baru Add dan join Facebook juga.

3) Tergelak sakan diriku apabila ada boss di ofisku suruh ajar camne nak register Facebook tahun lepas . Lagi beberapa tahun nak bersara, tapi minta diajarkan Facebook kerana semakin ramai rakan-rakan lama dan sekolah dah ada Facebook.

4) Tak buka Facebook satu hari, rasa cam tak lengkap hidup ini, walaupun diri ini hanya buka Facebook kurang dari sejam sehari. Kalau Isteri, 1/2 Facebook, 1/4 layan BeatifulNara dan 1/4 lagi barulah layan blog suami, surf internet dan lain-lain lagi. Huk3, Sampai hati Facebook dan BeautifulNara lebih bertakta di hati Isteri.

Satu entry yang agak menarik dari Kosmo :



Serba sedikit yang menarik pasal Entry INI :

1) FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

2) Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

3) Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

Muka Buku (Facebook) lebih popular dari Ulat Buku
Lebih baik dari bermuka-muka ataupun buat-buat rajin membaca Buku
Facebook oh Facebook ketagihan bersamamu sudah menerjah Keluargaku
Bagaimana pula dengan Keluarga pembaca aku ingin juga tahu

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah ketagihan dan ada pengalaman menarik yang ingin dikongsi juga berkenaan Facebook ini?
Cantiknya Baju-Baju Bayi Ni

P/s/s : Birthday Alisya dah makin hampir. Tak sampai Sebulanje lagi. Terasa mahu sambar Kejutan Pertama ini buat puteri tersayang. Menarik dan tergoda juga hati ini dengan baju bayi berjenama GAP ini .  Tak sangka boleh beli barangan dari US di Malaysia ini dengan Vshub . Jom Sambar sama-sama untuk anak tersayang dengan VsHub Concierge . Takpun, sudi-sudikan lah beli dan hadiahkan buat Alisya. Memang saya suka kalau diberikan hadiah ini. Hik3....Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari boleh dibalas.

Gelora Di Hati Sara Episode 3


Gelora Di Hati Sara Episode 3

Gara-gara mencari Peti Sejuk untuk pindah rumah nanti, sampai rumah pukul 10 malam dan sempat layan separuh saja cerita ini. Agak sedih episod kali ini, rasanya Sara dilanggar dan dimasukkan ke hospital :


Sedih dan menitik air mata Sara (Fauziah Latiff bila diberitahu dia tidak boleh beranak kerana rahimnya sudah rosak)

Sara meminta Asrul (Rosyam Nor) supaya tidak menceraikan Tengku Marina dan akhirnya Asrul akur dan membawa Marina pulang ke rumahnya. Begitu sedih episod kali ini, hampir menitik air mataku. Dushh, ini Isteri punya penanganlah.

Kalau nak tengok online. bolehla layan di Drama Sensasi . Ini episod-episod sebelum ini :




Salah satu drama yang mesti di tontoni untuk pasangan yang sudah berkeluarga atau belum. Memang mantap, rasanya kalau ditayangkan di TV3, pasti mendapat sambutan sehebat Nur Kasih ataupun Adamaya.

May 26, 2010

Alhamdulillah , Rezeki Contest Lagi

Alhamdulillah, rezeki buat entry last minute. Terimakasih Nuffnang, tak sangka ble menang contest  :


E-mail dikasi cam tak complete infonya, tapi rasanya menang consolidation prize sahaja coz entrypun biasa-biasa saja.

Teruja bila baca e-mail mereka, dikongsikan di sini :

Hi there!

Congratulations on being selected as a winner for the Love World Love Sloggi contest! We will be contacting you later on with regards to your prize collection, to be confirmed at a later date. Meanwhile, the Sloggi client is requesting for your IC Number for verification purposes during the prize collection. Do let us know as soon as possible if you are agreeable to Nuffnang releasing your information to the Sloggi client for this verification purpose :)

Do give us a call at our Nuffnang office if you have any further enquiries.

Thank you!

Terima Kasih Nuffnang  and Sloggi.

P/s : Tak sabar nak pindah rumah baru...Harap-harap rezeki terus murah buat kami sekeluarga. Gembira juga hari ini ada Company dari luar Offer Advertorial. Terimakasih Abang Hensem dan Popular kerana rekemenkan eden. Alhamdulillah, lepasla lunch sebulan.

Entry Menarik Hari Ini

Salam dari Eyriqazz,

Just nak share, entry-entry yang saya rasakan :




Agak Menarik Ketika berblogwalking sebelum tidur

Entry ini ditulis pukul 1 pagi, maaf buat semua kerana sekarang semakin kurang sempat berblogwalking dan tinggalkan komen. Bukan tak sudi tapi masa membataskannya. InsyaAllah, bila dah berpindah rumah baru nanti akan cuba menerjah kembali pengomen. First in first out, skang ni pun sempat menerjah until entry bulan 3 rasanya.

Apapun, jom tengok 10 entry yang saya rasakan menarik di blog list Sidebar saya :











P/s : Dalam kesepuluh ini, yang mana satu tajuk/entry yang anda rasa paling menarik?

P/s/s : Jom terjah.......

Samak Rumah Baru

Fuhh, penat seh. Baruje balik dari :
Samak Rumah Baru
Teringat zaman kerja jadi Cleaner Universiti zaman belajar dulu
Guna Serbuk Tanah Liat (RM 6 satu paket)
Inilah rupanya yang tak berapa nak Coklat mana

Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Hasrat kami untuk memiliki 2 buah rumah/condo sebelum umur mencecah 30 tahun akhirnya tercapai. Rumah ni atas nama Isteri seorang saja, sebagai tanda sayangku buat Isteri. Hik3, poyo je...

Sebelum tu, bukan main teruja lagi puteri tersayang :

Jomla Papa, Alisya nak pi Rumah Baru
Rajin Puteri Papa Susun Buku Untuk Library Mini kami nanti (gambar beberapa hari yang lepas)

Dah tempah lori, Sabtu ni akan berpindah secara rasmi  ke rumah baru. Urusan pun semua dah settle, tunggu bank releasekan duit kepada pemilik lama. Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun menyewa, akhirnya dapat juga berpindah ke rumah sendiri. Next year, rumah atas nama aku dan Isteri bakal disiapkan developer, umm, serba salah juga lepas ni nak pindah or stay saja di tempat ini. At least, yang ni sudah fully furnished.

P/s : Tiada sesiapa nak tolong saya pindahkan barang ke? Hik3....

P/s/s : Penat kan pindah-pindah ni?

May 25, 2010

Shahir AF8 vs Mawi AF3


Shahir AF8

VS

Mawi AF3

Mood blogging agak kelaut skit angkara masih tersipu-sipu senyum hingga ke pipi ( refer entry Monday Blues| First time Ada Blogger kata Eyriqazz Kacak dan Segak), jadi kali ini jom kita bergosip bersama eyriqazz.

Both kacak dan segak bergaya, both pernah terkeluar dari AF, both pernah bergelar juara AF, both mempunyai aura yang memukau, both sudah dijangka bakal menang AF . Jom bergosip, antara mereka , siapa yang :

1) Lagi Hensem ?
2) Lagi Ramai Peminat ?
3) Kalau lawan Undi SMS, siapa yang bakal menang dan bergelar raja SMS?
4) Jika bertanding anugerah Juara AF Paling Popular, Siapa yang bakal menang?

Siapakah pilihan anda? Pilihan saya? Saya tidak minat kedua-duanya, undi saya goes to :

Aizat AF5

Dialah juara bagi saya, walaupun dia terkeluar awal dan tidak bergelar Juara AF, kini dia sudah cukup popular dan berjaya. Saya meminati sejak dia di pusingan awal lagi dan layan juga AF timetu. Suka time dia menari dan suaranya yang begitu mengkagumkan. Sehingga kini, dia masih juara di hati saya.

P/s : Teringin juga mahu kurus macam dia. Dushh, bila nak singgah di gym ya?

P/s/s : Kejayaan awal tidak menjanjikan kejayaan di kemudian hari. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sikap bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa , InsyaAllah, akan membuahkan hasil.

P/s/s/s : Siapa pilihan anda yang bakal menang antara Shahir AF8 vs Mawi AF3 ?

Luahan Hati Kekasih Benjy

Luahan Hati Kekasih Benjy (kredit picture to JAI )

Saya berkesempatan bertemunya face to face beberapa hari yang lepas. Orangnya cantik, kecil molek, bersuara lembut, dan lemah lembut tutur katanya.  Bolehla baca entry ini juga : Luahan Buat Benjy

Secara tidak sengaja juga, saya berpeluang mengetahui blognya yang rasanya khas dibuka untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati semenjak Benjy ditangkap polis dan macam-macam khabar kurang enak yang keluar di dada akhbar, laman web, forum, blog dan pelbagai lagi .

Nama blognya? Kenalah tunggu bro JAI umumkan nanti, saya tiada green light untuk mengumumkannya. Entry ini pun dibuat tanpa kebenaran pemiliknya, maafkan saya ya.

Entry pertamanya yang bertajuk "He was so much the humblest of them, indeed he was the only humble one (dialah insan yang paling merendah diri, dan dialah satu-satunya yang cukup merendah diri)" begitu menyentuh hati dan perasaanku.

Kata pepatah, don't judge book by it cover. Mungkin ada yang mengatakan dia perampas isteri orang dan juga cuba menghancurkan rumah tangga orang. Saya tidak mahu membuat penilaian, saya cuma menilai berdasarkan entrynya dan perbualan yang sekejap dengannya.Inilah lebih kurang apa yang diluahkan dalam entry pertamanya itu :

1) Mereka sudah bercinta dan menjadi pasangan kekasih selama 3 tahun. Dia pernah tinggal bersama Benjy dan Isteri satu rumah dan Benjy mempunyai seorang anak lelaki yang comel.

2) Akhirnya mereka menyewa di sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Benjy dan Isteri. Benjy pandai memasak dan pandai mengambil hati Kekasih Hati.

3) Setakat hari ini sudah 3 entry yang ditulisnya. Luahan hati seorang kekasih buat insan yang kini dalam tirai besi menunggu hari pembicaraan . Saya tidak mahu buat judgement or menilai, anda sendirilah yang menilai nanti.

Entry yang ketiganya, I really like what she wrote :

Actually it is not hard at all to do anything, to sacrifice everything to someone that we love. that is one more thing i learned and experienced from him. When u love someone, u tend to make the best for them, make everything perfect for them, and doesnt expect anything in return at all. its hard to describe that pure sacrificed u did..it is just worth everything...=)

Benjy berjuang di Mahkamah, Si Ibu  pula berjuang dengan nyawa, kekasih hati pula berjuang dengan penuh harapan. Begitu tersentuh hati bila Kekasih Hati Benjy sanggup berkongsi dan menunjukkan "Diary of Hope" tentang luahan dan coretan hidupnya di samping gambar-gambar anak Benjy yang comel.

P/s : Hukum undang-undang, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dihukum/disahkan bersalah. Tapi kita lebih dulu menuding jari dan menghukumnya. Tepuk dada, tanya selera, biarlah mahkamah dan undang-undang yang menentukan. Banyak perkara, lain di Suratkhabar, tapi lain pula kisah sebenarnya. Penyedap dan Ajinomoto penambah perisa perkataan bagi melariskan jualan akhbar dan pembaca.

P/s/s :Renung-renungkan. Pertemuan sebentar dengannya betul-betul mengubah persepsi saya tentang seorang artis. Mereka pun Insan biasa dan berpijak di bumi ini.

May 24, 2010

Monday Blues | First Time Ada Blogger Kata Eyriqazz Kacak dan Segak


Salam malam dari Eyriqazz,

You make my day Fitrihadi, Monday Blues ku yang terus tersenyum hingga ke Pipi apabila :


First Time Ada Blogger Kata Eyriqazz Kacak dan Segak

Kacak dan Segak? Umm, honestly, jauh panggang dari api. Saya sedar siapa diri ni, korang yang pernah jumpa saya in person sure mengiyakannya. Dahla tak hensem, pipi tersorong-sorong. Hak3, apapun, bila dipuji sebegini kembang juga semangkuk. Terasa mahu masuk bakul, masuk lif, dan terus sampai rumah. Hik3 lagi.

Monday Blues teruja sekali. Bolehla baca a Must Read entry by Fitrihadi yang bertajuk : Eh Beb..Aku Terasa Beb Korang Tak Komen Blog Aku..Huh!

Kupasan dan ulasan yang begitu menarik dan rasanya perlu dibaca oleh semua bloggers di luar sana, setakat ini sudah ada 97 komen, tersentuh dan terasa diri kelemahan diri ini juga. Kadang-kadang mengikutkan perasaan juga dalam berblogging ini. Thanks FitriHadi saling ingat mengingati.

Terima kasih FitriHadi dari saya
Terasa segar dan bertenaga
Pujian diberi saya terima
Tersentak dari lamunan jom kita perbaiki diri semua

P/s : Kacak dan segak ke Eyriqazz ni? Hak3, honestly, ini orang yang <10 kata sebegitu.

P/s/s : Apa pandangan anda tentang entry FitriHadi ?

Peti Sejuk Terbaik

Peti Sejuk Oh Peti Sejuk

Monday blues muncul lagi. Entry pendek saja kali ni. Minggu depan kami bakal berpindah ke rumah sendiri. Jadi, buat pertama kali, kami akan membeli peti sejuk.Bertanya pendapat, peti sejuk jenama apakah yang terbaik di luar sana berdasarkan pengalaman anda? Budget kami dalam RM1,000 – RM2,000.

Pandangan anda saya alu-alukan dengan hati terbuka
Saya hargai untuk membuat keputusan membelinya
Long term benefits sudah semestinya untuk seisi keluarga
Terima kasih atas cadangan anda

Project Alpha Featured Bloggers Adidas Ole Ko Challenge

Project Alpha Featured Bloggers Adidas Ole Ko Challenge

Sambungan dari entry BeautifulNara for the Adidas Ole KO Challenge! dan Football=Adidas? ,saya mengambil keputusan untuk pergi ke Midvalley pada Jumaat yang lepas, 21 May 2010.

Tidak hampa kerana ramai featured bloggers yang hadir iaitu BeautifulNara,Redmummy, Budiey, Cheeserland, Azwan Ali, Ninie Ahmad, Klubbkidd, Kyspeaks, Shaolin Tiger, Niki Cheong dan juga pengacara hot dan sensasi Project Alpha Season 2 iaitu Jojo Struys.

Jom kita layan sekali apa yang berlaku malam itu :


Introduction Session

Tergelak juga bila dalam sesi tu bila Cheeserland ditemuramah Jojo Struys, orang lain sibuk strecthing , dia kata "the only strech yang dia tahu adalah Photoshop Strecth".
Inilah gelanggang One On One Adidas Ole Ko Challenge
Kemenangan sudah pasti di tanganku, Itulah kata-kata penuh semangat BeautifulNara
Cun dan Cool nya bola Adidas ni, kalau dapat satu kan Bestt...
Azwan Ali ditemuramah Redmummy

First match menemukan Azwan Ali dengan Redmummy. Tergelak sakan satu kawasan Midvalley tu bila Azwan Cakap lebih kurang camni " I don't ball, I play ball only after 12pm, If u want to play ball please call me at.....dot...dot..dot....Pastu masa sebelum lawan redmummy, dia challenge redmummy n inform, ''if i win , you let me play ball with ur hubby". Hak,hak3, memang sensasi betul la Si Azwan Ali.

Ole Games rules nya mudah. Ole = kick between the leg. Jadi sesiapa yang bola masuk di celah-celah kaki, dikira kalah @ KO walaupun tengah leading 10-0. That's why games nya dinamakan Ole Ko Challenge. Kalau tiada Ole, siapa yang menjaringkan paling banyak di kira pemenang.

Cheeserland berentap dengan Michael (Director of Project Alpha Season 2)
Redmummy vs Azwan Ali (Redmummy menang, tapi ble tahan juga Azwan Ali main)

Lupa pulak nak cakap, Bro JAI dia sokong Azwan Ali, saya ni first choice BeautifulNara dan 2nd choice Redmummy. Beautifulnara bertemu dengan redmummy di suku akhir dan kemenangan berpihak kepada Beautifulnara. Yey, tak sia-sia aku melatih BeautifulNara yang agak semput itu. Gurau je Bro...

Pemenang Adidas Ole KO Challenge = KySpeaks

Mantap permainan Kyspeaks ni. Di suku akhir dia mengalahkan Budiey dengan Ole walaupun Budiey tengah leading 2-0 dan tinggal beberapa saat lagi sebelum wisel penamat. Di separuh akhir, dia kalahkan BeautifulNara 2-0 kalau tak silap, silap strategi BeatifulNara ni. Di final, dia mengalahkan Michael kurang daripada 30 saat juga dengan Ole. Dushh, bila saya ada can nak lawan Kyspeaks yang terror ni? Betulla kata orang, You are what u Eat. Tak sia-sia dia makan pelbagai makanan dan berblog pasal makanan, mantap bersukan rupanya.

Acara ini agak menarik dan dihadiri oleh bloggers dan hadirin yang berkunjung di Midvalley. Sempatlah bergambar dengan :

Budiey dan JAI
Dartbatman yang tidak lari dengan Baju trademark Batmannya

Darkbatman datang lambat, dia sampai games dah habis, dushh, mesti kereta Batman nya lupa nak servis ni. Takdelah, dia cakap dia sesat dan agak jem jalan. JMR pun hadir sama, tapi tak sempat nak bergambar .Thanks bro JMR, nice borak-borak ngan u.

Bean Moreno pula hilang entah ke mana, tunggu-tunggu tak sampai-sampai. Mungkin dia tersesat jalan dan singgah di SPA kot.Hak3, gurau jer bro.

P/s : Acara yang memang seronok . Bila pula nak buat Ole Ko Challenge untuk Nuffnangers?

P/s/s : Sedih tak dapat main. Dah siap bawa boot,baju, dan etc. Sampai-sampai cakap nak main kena bayar RM30 . dushh, cancel niat, kalau main pun sure kena belasah teruk ni.Hak3....Apapun, memang seronok tengok diorang beraksi di gelanggang , ada gaya dan personaliti tersendiri.

P/s/s/s :

Menarik juga Special Edition Adidas Product, harap-harap dapatlah memilikinya nanti..
Related Posts with Thumbnails