August 31, 2010

Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia Yang ke53

Itulah Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini
Namun adakah ianya sekadar mimpi?
Kata-kata dan tema yang indah namun sukar untuk dijadikan realiti

53 Tahun Negaraku Merdeka
Namun Patriotik kah kita, Patriotik kah saya?
Bila ditanya apakah erti merdeka?
Saya terduduk, saya tidak mampu menjawabnya dengan penuh berselera

Namun, Kita Harus bergembira
Negara Aman, Makmur dan rakyat berbilang kaum dapat hidup dengan selesa
Kemerdekaan itu banyak makna
Tepuk dada tanya selera

Hajat dan Wishlist sempena Merdeka Ini
Hapuskan Rasuah, hapuskan Kroni
Agar Rakyat dapat meraih sumber hasil bumi 
Agar hidup lebih selesa untuk menampung anak dan bini

Hari-hari pelbagai cerita yang didengari
Masalah sosial makin berleluasa aku gusari
Dalam membesarkan anak yang masih kecil lagi
Adakah mampu melawan arus kemodenan Ini?

Kemerdekaan Membawa Seribu Satu Erti
Kebahagian dan Kejayaan yang mahu diraih dibumi sendiri
Semoga 1 Malaysia Menjana Transformasi menjadi Realiti
Saya Nanti-Nanti dengan teruja hati

Selamat Hari Kemerdekaan dari saya di sini
Merdekakan diri, bukakan hati
Jangan asyik menuding jari
Cerminlah diri sendiri sebelum mahu mengata itu dan ini

Kejayaan ke Hadapan yang ku harapi
Semoga tercipta suatu hari nanti
Negara Merdeka Kekayaan dan Kejayaan dapat dikecapi bersama-sama nanti
Barulah Kemerdekaan yang sebenar buat semua itulah Makna Kemerdekaan bagiku , apa pula kata anda semua saya pun tak pasti

Bersama-sama Mengejar Mimpi
Mimpi Indah Sudahlah Pasti
Bersama-sama berganding bahu bangunkan diri ini
Agar Kemerdekaan yang sebenar dapat dikecapi

P/s : Apa pula kata anda ? Apakah erti kemerdekaan bagi diri anda pula?

Berbuka Puasa di Restoran Bistro Qaseh Anjuran BeautifulNara.Com

Hari Ahad yang lepas, 29 August 2010 saya dan keluarga telah menghadirkan diri untuk Majlis Berbuka Anjuran BeautifulNara.Com yang diadakan di Restoran Bistro Qaseh, Section 13, Shah Alam. Selepas agak sedikit sesat akhirnya kami sampai di Destinasi yang dituju :



Bersama BeautifulNara dan
JE JAI


Sibuk BangNara melayan peminat yang hadir (hik3)

Antara Juadah Yang dihidangkan

Selera Kampung

Santapan Kami Sekeluarga
Isteri Senyum Gembira
Alisya Pun nak Makan

Best Lah Papa, nanti datang lagi ya?

Review saya, boleh tahan masakan di sini dan berbaloi dengan harga buffetnya iaitu RM19.80 (Bang Nara tak sponsor tau, hik3 ) , juadah dan makanan kampung pun pelbagai, rasanya boleh tahan, kuih muih, dan pelbagai juadah turut dihidangkan. Saya kasi Rating 7.5/10 untuk Restoran Bistro Qaseh/ Air Tangan Ibu ini. Yang penting dapat mengeratkan hubungan sesama kita kan di bulan Puasa Ini kan?


Bang Nara bersiap sedia untuk Cabutan Bertuah

Salah seorang pemenang Cabutan Bertuah

Bergambar Kenangan 

Thanks BeautifulNara kerana menjemput, next year adakan lagi ya? Saya suggestkan buat di Restoran Ayam Penyet pula, juadahnya memang Marvellous dan best. Bro pun dah boleh la bersiap sedia mencari Sponsor ya, boleh la next time makan percuma , hik3...

Oh ya, kalau anda mahu singgah, inilah Alamat Restoran Bistro Qaseh ini :

Alamat: 2, Jalan Boling Padang F, 13/F, (Blkg Tesco Xtra), Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (landmark opis syarikat Upin Ipin Les Couspoque tue )

P/s : Tunang Bang Nara sudah kasi tarikh kahwin mereka tahun depan. Wah2, tentu meriah kan? 

Restoran Istana Bambu | Buat Saya Teruja

Inilah gambar yang diforwardkan oleh Cimon berkenaan Restoran Istana Bambu yang diambil oleh AzmanShah.com . Bolehla refer entry dari Azman Shah ini di sini [ Restoran Istana Bambu ] . Betul-betul buat saya teruja dengan design dan layoutnya restorannya yang cantik dan ala-ala kampung. Jom layan gambar-gambarnya :

Santai dan Mengujakan

Wah, Meriah

Cantik dan Menawan Hati

Check Official websitenya [ http://www.istanabambu.com.my/main.html ] dan inilah Alamat restoran ini :

 RESTORAN ISTANA BAMBU www.istanabambu.com.my
Lot 841-844,Jalan Hulu Kelang,68000 Ampang,Selangor


Umm, memang dekat sangatlah dengan rumah saya. Ni yang buat teruja nak terjah ni dan inilah details lain :


Menu Makan: Makanan Thai, Chinese, Malay dan Western.
Buffet - 7.00mlm hingga 9.00 malam
Ala Carte - Selepas pukul 9.00 malam
Harga: Dewasa - RM 49 seorang, Buffet
Kanak-kanak - RM 29 seorang, Buffet (umur 4 hingga 12 thn)


Harga Buffer Ramadhan pun RM49 juga, rasanya not badlah harganya. Nantilah discuss ngan wife , manatau boleh Paww dia, besokkan dia dpt RM500 Duit Raya Kakitangan Kerajaan . Tapi hati ini memang teruja bila lihat gambar-gambar di atas.


P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di Restoran Istana Bambu ni tak? Amcam, Ok ke makanan di sana?

Terimalah Pasangan Anda Seadanya


Terimalah Pasangan Anda Seadanya

Tersentuh hatiku bila melihat video ini. Betul la, dalam Rumahtangga ini kena ada give and take. Jagalah hati pasangan anda dan jika ada kekurangan, biarlah ianya dikongsi bersama pasangan sahaja. Jangan pula cuba mendedahkan keburukan pasangan, amatlah tidak elok kan?

Saya copy and Pastekan ayat seperti di Facebook Video itu :

Hargailah pasangan anda...Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman...Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha...Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU...


P/s/s : 

Alam rumahtangga banyak pancarobanya, 
Give and take adalah yang sebaiknya,
Bersama-sama memperbaiki agar rumah tangga bahagia, 
Semoga Kekal hingga ke hujung nyawa

August 30, 2010

KLIA2 sebagai nama LCCT baru

Wah,LCCT sudah bertukar nama menjadi KLIA2. Namun, pandangan peribadi, saya lebih sukakan nama LCCT jika dibandingkan dengan KLIA2. KLIA2, lebih sukar disebut dan agak konfius dengan KLIA. Yerlah, kalau naik teksi, jika terlupa sebut 2 ataupun pemandu teksi tak dengar sebutan 2 tu,mahu sesat juga kan.

" SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan nama rasmi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru sebagai KLIA2 pada majlis pecah tanah terminal baru tambang murah itu di tapak pembinaan di KLIA di sini sebentar tadi. " - Sumber : Berita Harian -

P/s : Apa pula pandangan anda? LCCT or KLIA2 , mana satu menjadi pilihan anda?

Pertandingan Cari Harta Karun/Treasure Hunt GSC 100Plus 2010

Pertandingan Cari Harta Karun/Treasure GSC 100Plus 2010 
Berita baik buat penggemar Pentandingan Cari Harta Karun/Treasure Hunt. Golden Screen Cinema (GSC) dengan penaja bersama 100Plus akan menganjurkan Pertandingan Berkereta Mencari Harta Karun pada 2 Oktober 2010 (hari Sabtu)  yang akan bermula dari One Utama ke Putrajaya bagi mengumpul dana untuk Hospis Malaysia .

Inilah serba sedikit berkenaan Event yang menarik ini :

1) Objektif - Objektif utama adalah untuk mengumpulkan dana bagi Hospis Malaysia, sebuah organisasi yang menawarkan penjagaan Paliatif ( melegakan atau meringankan penyakit tetapi tidak menyembuhkan seperti kanser, AIDS, penyakit motor neuron dan sebagainya) dan juga menunaikan tanggungjawab sosial korporat.

2) Cara Untuk Menyertai dan Syarat Pertandingan - Mudah saja, bolehla refer gambar dan juga link di bawah ini :

Besarkan Gambar untuk lebih lanjut atau refer Entry INI

Antara hadiah menarik yang menanti antaranya tiket percutian, GSC VIP Pass, Nokia N97 handphone, Toshiba Netbook, Carrefour dan banyak lagi.

Cepat-cepat, penyertaan dibuka untuk 100 penyertaan terawal sahaja (first come first basic). Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

3) Hadiah Menarik Yang ditawarkan - Inilah  hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM100,000 untuk dimenangi untuk 'Public Category' :

Menarik Bukan? Bolehla rujuk di sini juga : Hadiah Ditawarkan

Pengalaman saya menyertai Treasure Hunt dari Kuala Lumpur ke Terengganu tahun lepas begitu mengujakan dan kali ini saya pun tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Oh yess, I will join this Treasure Hunt too. Siapa team mate saya? Hik3, biarlah rahsia dahulu. 

Pertandingan Cari Harta Karun GSC 100Plus mengujakan hati
Hadiah lumayan bakal menanti
Saya sudah pasti dan akan joini
Jom join sekali, barula lebih meriah nanti

Lebih lanjut pasal 'Pertandingan Cari Harta Karun/Treasure Hunt GSC 100Plus' ini, bolehla layari laman web ini : http://www.gsc.com.my/treasurehunt/event.html

P/s : Treasure Hunt berkereta memang best. Dapat memupuk semangat berpasukan, menimba ilmu, pengalaman yang mengujakan serta banyak lagi kelebihan lain. Jom kita sama-sama sertai, hanya 100 pasukan saja, jadi apa tunggu lagi ? Siapa cepat, dia dapat sertai.

Pasar Raya My Mydin Kini Dibuka di Danau Saujana

Alhamdulillah, semakin banyak kemudahan membeli belah yang dekat dengan kediaman. Terbaru, Pasar Raya My Mydin yang kini telah dibuka di Danau Saujana yang hanya lebih kurang 500 meter dari rumah saya. Belum sempat singgah lagi, tapi sempat menjeling dari pintu kereta, nampak meriah juga My Mydin ini.

Kini dibuka dengan Pasar Segar? Wah, lepas ni bolehla beli ikan, ayam dan pelbagai lagi barangan dapur di sini. Nanti bila dah saya singgahi saya updatekan kembali.

Oh ya, inilah alamat My Mydin yang di Danau Saujana :

DANAU SAUJANA
Lot No. G22, Platinum Lake Condominium
PV12, No.6, Jalan Langkawi,
53300 Setapak, Kuala Lumpur
Business Hours
Mon - Fri : 9.00am - 11.00pm
Sat - Sun : 8.30am - 11.00pm

P/s : Apa beza MyDin dengan My Mydin?

P/s/s : Makin senang la hati Isteri bila semakin banyak tempat shopping yang dekat dengan rumah. Aduhai, makin pokailah poket eden. Hik3, takper2, Sayangkan Isteri , Tunjuk-tunjukkan, tak gitu?

Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam

Hari Sabtu yang lepas, saya telah mendapat jemputan untuk berbuka Puasa Di Restoran Ayam Penyet AP, Section 9 , Shah Alam. Inilah pengalaman yang ingin saya kongsikan :

Pemandangan Luar Restoran Ayam Penyet AP, Section 9, Shah Alam

Pemandangan dalam | Blazing Hot, Smashed, Crispy Fried Chicken | Masakan Jawa Timur dan Minang
Menu Beserta harga di Ayam Penyet

Menu Istimewa Di Restoran Ayam Penyet


First Impression, peliknya nama. Ayam Penyet. Penyet guna apa? Berkali-kali pernah lalu semasa Shopping di Midvalley,tapi tidak berani untuk singgah kerana bunyinya yang agak pelik.
Antara Juadah Yang dihidangkan Buat Kami ( AP Ayam Penyet = RM7.5, Lele/Keli Penyet = RM6.50, Tahu Tempe Penyet = RM3, Empal/Daging  Penyet = RM7.00 , kesemuanya untuk satu set . Nasi Putihnya pula = RM1.50

Tak Lupa Juga Rendang Ayam Sapi Padang Asli = RM7.50 


Honestly, selepas mencuba buat pertama kali, memang Semua hidangan yang dihidangkan sedap-sedap belaka especially sambalnya yang pedas tapi kawww, Ayam Penyet yang rangup dan lembut, daging lembu yang lembut dan sedap, Ikan Keli yang memang favourite saya dari dulu, dan lain-lain lagi. Rating saya berikan 9/10.Memang saya syoRkan untuk anda mencubanya pula.

Minuman Yang Saya Order = White Coffee Ice dan Mochacino Ice Blended

Kepedasan sambalnya yang memukau, satu air tak cukup, siap order 2 gelas air lagi. Airnya pun best especially Mochacino Ice Blended. Sedap.
Inilah Hasilnya = Habis Licin, Sedapp,....Burrppp.... (Action Speak for Itself)
Saya Dan Shahrul Suka Juadah Berbuka Puasa di Ayam Penyet
Kami Mesti Pilih / Terbaikk

Bergambar Bersama

Terima Kasih buat Ayam Penyet  kerana Sponsor dan Menjemput kami berbuka Puasa.Juga kepada Nuffnang especially buat Robb Chew kerana memilih kami. Tak lupa juga buat Encik Amran, pengurus restoran di Section 9 ini yang begitu peramah dan melayan segala kehendak kami dengan senyuman menguntum. Di Lain kali jemputlah lagi ya? Keseluruhannya kami memang puas hati dan sudah pasti akan singgah lagi di masa depan. Anda pun cubalah, tentu berpuas hati.

Inilah Alamat Restoran Ayam Penyet yang kami singgahi itu ;

Ayam Penyet AP
No 15, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/E,
Section 9, 40200 Shah Alam
Selangor

Oh ya, untuk lebih lanjut pasal Restoran Ayam Penyet ini, bolehla layari Official website nya di : http://www.ayampenyet-ap.com/index.html ataupun di Facebook di SINI .

Betulla kata orang, don't judge book by it cover. Samalah di sini. Jangan judge makanannya dari namanya. Sekali cuba, kan sudah jatuh cinta. Last but not least, satu pantun dari saya :

Restoran Ayam Penyet sudah saya cuba
Juadah menarik dan menyelera
Saya tergoda saya jatuh cinta
Sudah pasti akan saya cuba lagi di lain masa

P/s : Bila pula Restoran Ayam Penyet nak buka cawangan di Terengganu dan Kelantan pula ?

P/s/s : Anda sudah mencuba juadah di Restoran Ayam Penyet? Apa pula pandangan anda?

August 29, 2010

Preview | Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet



Ayam Penyet | First Time Mencuba, Terus Tergoda

Saya Suka | Sedap dan First Impression, Memang Puas Hati

Kami Mesti Pilih....

P/s : Full update coming soon, banyak sangat gambar yang tak sempat ditapis lagi. Apapun, first impression, I kasi rating untuk Restoran Ayam Penyet Ini = 9/10. 

Hadiah Raya Buat Isteri


Hadiah Raya Buat Isteri

Inilah hadiah raya dariku buat Isteri sempena raya tahun ni. Ambil easy payment 0% guna Kredit Kad AEON Bank yang akan dibayar selama 6 bulan. Sambil kumpul point yang best dan menarik, boleh kasi hadiah untuk Isteri. Senang skit isteri nak membeli barangan kegemaran dia nanti.

Cukup gembira bila nampak komen dari Isteri di Facebook :

Sayang : Pi Jusco tadi....beli brg dapur skit....then, papa menghilang setgh jam.....tiba2 dtg balik...hulur SUMTHING padaku....aper ni???....papa jwb..."adiah utk raya@duit raya tahun ni....utk MAMA & PUTERI papa..."....tgk2 VOUCHER JUSCO RM500!!!!!......wah, THANKS SAYANG....mama happy n x terkata....wlpn, 1st time tahun ni lps salam raya di pagi raya,mama x dpt "ANGPOW"......mama REDHA


Kalau tidak gembirakan hati Isteri, hati siapa lagi kan? InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih, duit raya untuk Mama tetap Papa akan berikan.Kata orang sayangkan Isteri, tunjuk-tunjukkan.Hik3...

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Saya berikan jawapan yang sama
Saya sayang Isteri, I Love You Sayang selama-lamanya
Terimakasih atas pengorbanan Seorang Isteri dan Ibu dikaulah yang Kucinta

P/s : Hargailah Jasa Seorang Isteri. Once in a while, give them a present and "Kasilah Surprise buat mereka " . Bukan mudah bergelar seorang Isteri dan Ibu,  Kan?

August 28, 2010

Kesibukan Jalan Masjid India Ketika Selangor Cuti

Inilah gambar yang sempat diambil selepas Solat Jumaat semalam ketika negeri Selangor Bercuti Sempena Nuzul Quran :



Penuh Sesak
Berduyun-duyun Orang

X Abis Lagi Ke Sogo Sale?

Dah cuti, jadi ramailah orang yang bekerja di Selangor mengambil kesempatan shopping di Jalan Masjid India yang memang terkenal especially untuk persiapan raya. Apapun, dinasihatkan janganla datang time weekend, buat penatje, ramai sangat orang, nak memilih barang pun tak selesa.

P/s : Best sangat ke Barang-barang di Jalan Masjid India ni ya? Kalau mak saya datang dari Terengganu, mesti ajak pi sini.

Abang Syaitan | Ratah 3 Adik di Bawah Umur


Abang Syaitan | Ratah 3 Adik di Bawah Umur ( Kredit Gambar di
sini )

Cukup berselirat dan marah aku bila membaca berita di Harian Metro yang bertajuk Tak Tahan Diratah Abang  , memang syaitan dan WTFish betulla seorang Abang sanggup merogol adik sendiri seusia 5 tahun sehingga 16 tahun. Sudahlah  ibu meninggal, dapat pula Ayah Penagih Dadah dan Pemabuk dan si Abang yang sulung pula tidak jauh beza dengan ayahnya.

Di manakah nilai kemanusian dan sikap seorang abang sehingga sanggup merogol adik kandung sendiri? Makin risau dengan hal sebegini, di media massa semakin berleluasa gejala rogol bawah umur, sumbang mahram dan sebagainya. Dunia semakin moden namun sikap manusia semakin mengalahkan haiwan. Haiwan pun sayangkan anak, ini tidak manusia sendiri ada yang menjadi Haruan Makan Anak.

Saya sebagai seorang bapa semakin gusar dan risau dalam membesarkan anak-anak. Cabaran semakin besar dan masa bersama anak semakin sedikit especially bila both of us bekerja. Kalau seorang bekerja, manakan mampu untuk survive di Kota Raya ini.

P/s : Di manakah Pihak kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial ? Ke mana menghilangnya Program Rakan Muda? Kenapa perkara sebegini tidak diambil serius. Bising seketika, tak lama selepas itu berulang kembali. Apapun, semua pihak perlu mengambil langkah proaktif dalam menangi perkara sebegini. Bak kata pepatah, " Bertepuk Sebelah tangan, tidak akan berbunyi". Apa pula kata anda?

Hobi Baru Alisya


Alisya : Papa, Cepatlah , Alisya nak Pi Jalan-jalan ni
Papa : Tunggu la Satt, Papa baruje sampai rumah balik kerja ni

Alisya : Sebelum bawa motosikal, pastikan Cermin Kiri dan Kanan Berfungsi dengan baik

Alisya : Jalan-jalan ni Kalau dapat Jumpa Anuar Zain best juga

Ok, Get Ready to Go

Inilah Hobi Baru Alisya. Skangni kalau saya balik kerja, mesti dia nak saya bawa jalan-jalan naik motosikal. Tak kisahla walaupun pusing sekitar Condominium pun. Bukan main seronok lagi dia dok depan tu bila bawa pi jalan-jalan.

P/s : Anak itu penyeri kehidupan. Semakin berseri-seri hidup ini dengan kehadiran Alisya. Takpe Alisya, nanti tahun depan Papa tukar motor baru ya? Duit blogging Papa dah cukup nak beli Motosikal baru ni (hak3, jangan percaya, tipu aje)

August 27, 2010

Bella the Mysterious Girl

This entry dedicated to Bella at http://www.enveeus.com , Bella, I will surely join your contest : First Enveeus Contest . Let's join this contest together-together for All Eyriqazz.com readers. A lot of prizes to be won.  Credit this picture to Bella, more interesting pictures you can go to her blog. She is quite mysterious, very good in writing a poem and English Language.

P/s : Bella, can I join your contest in BM or you want me to write in BI? I can do both but as you one of my winner for my Terjah Contest, I will let you choose it for me. Anyway, my english might be not as good as you.

Nasi Biryani Puyuh Goreng

Nasi Biryani Puyuh Goreng

Inilah Juadah Berbuka Puasa ku beberapa hari yang lepas. Dah lama tak pekena puyuh goreng, best juga makan Nasi biryani bersama Puyuh Goreng ni. Ini semua gara-gara entry the PrincessRedbloodSnow yang mengidam burung puyuh sampaikan edenpun tergoda sama.

Burung puyuh ni best juga cuma isi sikit, tapi tulang-tulang dia pun rangup, kecil la katakan. Nasi Biryani yang dibeli di Bazaar Ramadhan pun boleh tahan, so okla berbuka camni.

P/s : Malam ni dan sepanjang weekend ni berbuka kat luar. Sekali sekala bertukar angin ok juga kan?

P/s/s : Kawan cakap Merpati Goreng lagi sedap. Umm, sedapke? Kat mana area KL ni boleh dapat merpati goreng ya?

Saya Jatuh Cinta Lagi Ke?

Umm, camne boleh jadi Mamai sampai camni. Situasi ini berlaku beberapa hari yang lepas. Agak sukar untuk kuluahkan, nak kata coz Bulan Puasa takkan la kot. Aduh, adakah Aku dilamun Cinta lagi? Umm,setahu ku aku hanya cintakan Isteriku sorang.Kalau adapun, I Love You Hanalovenest .Aduyai, pening kepala dibuatnya. Okla, better berterus terangkan . Inilah yang terjadi beberapa hari yang lepas :

Pakai Stokin Satu Hitam Satu Biru

Mungkin coz situasi camni la kot, wujudnya Lagu "Biru Mata Hitamku" . Hik3, camne pula boleh tak perasan masa sarungkan stokin tu ya? Agaknya mungkin penangan teruja bakal dapat "Advertorial" baru ?Hik3, takperla, kenangan yang akan terus mekar dalam memorikan.

P/s : Korang pernah tak alami situasi camni? Cerita lah skit..

Fourfeetnine Read My Blog


Hai Senangnya Dalam Hati
Fourfeetnine datang menjengah di Blog Cap Ikan Ayam Goreng Ini
Di Malam Hari, Malam Jumaat Ini 
Terujanya Hati, Senyum tak sudah sampai ke Pipi
P/s :entry ini ditulis pukul 9 malam ++ Hari Khamis

Terasa jakun la pulak. Hak3, biarlah apa orang nak kata. For me, Fourfeetnine memang cool dan ada auranya yang tersendiri. Kalautak, takkan lah Si Timothy Tiah @ Co-Founder Nuffnang tertawan kan? Fourfeetnine, one of the most popular blogger dan salah seorang Featured Blogger for Project Alpha Season 1 .

Inilah kenangan dan gambar yang sempat di ambil bersama Fourfeetnine :

Thanks Fourfeetnine@Audrey kerana sudi menyinggah di blog cap Ikan Ayam ni. Rasanya mungkin dia search gambar dia di Google dan tersesat di blog eden ni kot. Hak3, takperlah, yang penting dia ada tinggalkan jejak. 

P/s : Teringin nak jumpa Nicolekiss . Hanya dia yang belum sempat saya jumpa lagi untuk Featured Bloggers Season 1 dan 2 Nuffnang. Nuffnang, bila nak buat event bersama Nicolekiss pula ya?

P/s/s : Thanks to Nuffnang for making it reality. Kalau bukan kerna Nuffnang, jangan harap saya dapat berkesempatan untuk berjumpa ramai popular bloggers di luar sana. 
Related Posts with Thumbnails