December 31, 2010

Last Day Give Away RM300+ Haven Restaurant Voucher|Siapa Mahu Ditegur?


Yieza.hari ini ,1159 malam akan berakhirnya my give away contest. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan, sudah 70+ menyertainya. 

So,as today is the last day, there will be a surprise too...Whoever yang belum join dan join today, 3 daripada peserta yang join hari ini akan saya pilih secara random melalui undian random.org untuk di Featuredkan di Segmen Tegur Menegur

Feedback dari yang telah ditegur bolehla juga terjahi di SINI dan SINI . Oh ya, saya masih belum sempat lagi memilih pemenang 5 GTO Pointz untuk komen terbaik Segmen Tegur Menegur last time. Next week saya announcekan ya?

Jadi, apa tunggu lagi? Jom Join My Give Away RM300+ Haven Restaurant Voucher

December 30, 2010

TerimaKasih PM Istihar 31 Disember 2010 Cuti Peristiwa Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Terimakasih PM kerana Istiharkan 31 Disember 2010 Cuti Peristiwa Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 (Credit Picture Here)

Terimakasih buat Perdana Menteri Malaysia kerana mengumumkan Hari Jumaat 31/12/2010 sebagai cuti peristiwa sempena kemenangan/bergelar Juara Skuad Bola Sepak Malaysia di Piala Suzuki 2010. Lebih lanjut pasal cuti ini bolehla terjah entry ini [ PM Isytihar Hari Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010 ]

Actually, cuti eyriqazz tahun ini dah habis dan begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung pada 31/12/2010. Tarikh ini, keluarga di kampung akan adakan majlis doa selamat mendoakan kesejahteraaan ayah saya yang meninggal dunia 2 bulan lepas + tarikh birthday adik saya . So, adik saya pun turut buat doa selamat sekali.

Semalam bertwitter, betul-betul mengharapkan agar 31 Disember 2010 diumumkan cuti. Alhamdulillah, doa dimakbulkan, bolehla saya pulang ke kampung petang ini . Dapatlah ibu saya berjumpa Alisya, siap termimpi-mimpi rindukan cucu kesayangannya (hik3,cucu sulung n the only cucu buat masa ini)

Terima kasih sekali lagi dari saya, dapatlah pulang ke kampung dan berjumpa orang tersayang. Dapatlah juga pekena keropok lekor terengganu dan hopefully sempatlah menerjah Nasi Dagang serta Ikan Goreng Celup Telup Pantai Batu Buruk . Alhamdulillah, rezeki di penghujung tahun.

P/s : Doa-doakan perjalanan pulang dan kembali kami.

Breakfast di Hotel Seri Malaysia Ipoh| Khairul Fahmi Che Mat Kalahkan Artis

Ketika Percutian di Ipoh, sewa bilik untuk Family Room termasuk free breakfast di Hotel Seri Malaysia Ipoh untuk 3 orang. Kalau nak lebih, tambah RM10 untuk each person. RM10 untuk buffet breakfast,rasanya berbaloi. Inilah dia serba sedikit menu Buffet Breakfast di Hotel Seri Malaysia Ipoh :

Breakfast Hotel Seri Malaysia IpohDSC04302
Kuew Teow Goreng, Scramble Egg, dan Nasi Lemak antara yang dihidangkan
Breakfast Hotel Seri Malaysia IpohDSC04301
Nasi Lemak nya : Just OK.
Breakfast Hotel Seri Malaysia IpohDSC04303
Minuman : Orange Juice dan minuman panas
Breakfast Hotel Seri Malaysia IpohDSC04304
Buah-buahan dan roti bakar turut disediakan
Breakfast Hotel Seri Malaysia IpohDSC04305
My Mother In Law Favourite : Pisang Kukus (Nyam,nyam, sedap)

So far, menunya bolehla tahan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.Cuma mahu komen on part roti bakar, hanya disediakan Margerine dan Apricot Jem. Rasanya most people don't like Apricot Jem. Cadangan saya ianya patut ditukar kepada Strawberi Jam yang lebih ramai menyukainya.

Overall, saya berpuashati. Akan saya singgahi lagi Hotel Seri Malaysia di masa depan.

Khairul Fahmi Che Mat (Adakah akan menjadi salah seorang  top Google Search untuk tahun 2011 nanti?)

P/s : Tahniah buat Skuad Bola Sepak Malaysia. Wah, kepopularan Khairul Fahmi Che Mat mengalahkan artis kini. Tahniah juga buat Kekasih Hati aka Elia Si Jejari Runcing , semoga perhubungan yang terjalin kekal sehingga hujung nyawa.

Mahu lebih sihat dan mengetahui tentang taraf kesihatan diri? Jom Take the Nestle Wellness Profiler test today! . Semoga kita lebih sihat dan performance Mantap macam Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Skuad Malaysia.

*** Melentur buluh biarla dari rebungnya, bakat Khairul Fahmi sudah dilentur dari kecil lagi i.e. Sekolah Sukan Bukit Jalil. Come on Malaysia, gilatkan lebih ramai pemain sukan bertaraf dunia.

December 29, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia Juara Piala SuZuki AFF 2010 (Credit Picture HERE)

Tahniah buat skuad Malaysia kerana bergelar Juara Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan aggregat  Malaysia 4-2 Indonesia     .Keputusan perlawanan akhir pusingan kedua antara Indonesia dan Malaysia berkesudahan Indonesia 2-1 Malaysia  . Tahniah sekali lagi . Yiezaa, Malaysia Boleh.

Jaringan Gol Safee Sali Pusingan Kedua Piala Suzuki AFF 2010

Semoga lebih banyak kejayaan dicapai di masa hadapan dan kembalikan semangat penyokong untuk terus menyokong Pasukan Negeri dan Malaysia.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Saya gembira , Malaysia jadi Juara
Pasukan negara sudah buktikan Malaysia mampu bersaing di persada antarabangsa
Semoga lebih banyak kejayaan terus dicipta

Sang Garuda bisa nangis seperti anak manja
Sang Harimau Malaya senyum dan tunjuk taring yang indah sahaja
Jangan salahkan laser ataupun bomoh pawang or Ultraman dari Jepun sana
Terimalah kekalahan dengan seadanya

Dia mungkin bengis ala garuda
Tapi dia tangis bila dengar auman Sang harimau Malaya
Dia mungkin keras dan tunjuk eksen sahaja
Namun kita lihat siapa hebat di gelanggang baru boleh cerita
Aku lagi kenal dia
Skuad Bola Sepak Malaysia Kita

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Malaysia kini bergelar Juara Piala Suzuki AFF 2010 saya gosok mata
Inilah antara detik terindah dalam hidup saya

Penyokong Sang Garuda mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan sinaran laser jadi alasan utama
Dan aku sengaja buat tak tahu saja
Aku tahu kemampuan skuad Malaysia kita
Malaysia kini bergelar juara

Adakah besok akan diumumkan Cuti Peristiwa?

Penyokong Terbaik Pasukan Malaysia Piala AFF Suzuki 2010

The award for Penyokong Terbaik Pasukan Malaysia Piala AFF Suzuki 2010 goes to :


Walaupun tidak dapat ke Indonesia memberikan sokongan, berkain pelikat, jersi disarung, Bendera Malaysia dikibarkan .Yiezaaa, Malaysiaa Boleh. Gambar dicilok dari facebooknya, jangan marah ya bro. Salah seorang Member of "Geng Bujang Lapok" ketika MySelangorStory.

Walaupun pernah menyanyikan lagu Indon , Malaysia tetap dihati

Good Luck buat skuad Malaysia, Malaysia Bolehh!!!!

Segmen Tegur Menegur | Myvitrd|Mama Zharfan|YnnLunia

Salam,

Segmen tegur menegur membuat penampilan kedua selepas entry INI. So, straight to the point, Inilah mangsa teguran saya kali ini. Pilihan dibuat dipilih kerana pengomen setia, support me in contest etc, dan byk lagi. So, mari tegur sampai lebam :



Teguran :
1) Nama blog sukar disebut, dieja, dan ditype. Nama blog memainkan peranan yang penting especially for first time visitor.Nickname Tn. Punya pun agak mengelirukan. Jgn follow  nama blog eyriqazz, eyriqazz memang suka syok sendiri. Hik3... [ Tips|Nickname of Nickname] .Rasanya sudah tiba masanya bro bertukar ke domain dan nama yang lebih menarik hati.

2) 3 column blog. Bukan mudah . Some widget di sebelah kanan mungkin boleh dikemaskan lagi dan buang mana yang tidak perlu .

3) Pelbagaikan entry n more picture plzz bro.Life is Beautiful, serlahkan penceritaan anda dengan gambar yang mengujakan dan pengalaman yang mempesona.

4) On the positive notes, tahniah bro semakin aktif dengan event blogging. Tambah kenalan adalah sesuatu yang bagus,networking is one of the way untuk mempromosikan blog dan diri sendiri .


Teguran :
1) On the positive notes, tahniah, u r on the right direction. Semakin banyak contest dimenangi, gambar diblog semakin menarik hati, dan gaya penulisan semakin menarik untuk berkunjung lagi. Tahniah, saya bangga dengan pencapaian dan kesungguhan kamu.

2) Psst,rasanya link blog lebih sesuai berada di sebelah kanan di mana mouse berada di situ, 3 column juga n some of the widget boleh lagi dikemaskini. Nampak lebih tersusun,kemas dan sejuk mata memandang.

3) Oh, salah satu widget yang berada di blog mama Zharfan yang saya tak suka adalah My Counter Widgeo,dushh, pop up yang keluar really annoying. Suggestion, mungkin boleh letak yang histats or yang tidak annoying.

4) Tahniah again, bangga dengan kesungguhan kamu, tengah sambung Phd, namun pandai membahagikan masa. Sila la terjahi...



Teguran :
1) Nak tegur apa ya? Ok, saya jeleess dengan template blog kamu. Header yang cantik, layout dan blog yang kemas, entry yang santai ,sejuk mata memandang, dan membuatkan saya bertambah jeles dan mahu terjah selalu.Hik3,honest k, i'm one of ur silent reader .

2) Tahniah juga, byk gadget menarik menjadi miliknya dengan Contest . Blackberry Torch,IPAD dan terbaru kamera digital sony. Teruskan kesungguhan kamu, ramai yang menyebut-nyebut namamu.

3) Oh, kalau masuk blog dia, teringatkan blog chokilala , one of blog yang menarik untuk ditenung lama-lama. Tenung blog je, jangan tenung orangnya.Kan asyik terbatuk2 saja nanti dia.

4) Nama blog? Umm, Liyanaa ,mula-mula mungkin susah dieja dan tertukar tapi rasanya lama skit tak jadi masalah. Just tambah satu aa je. tapi dulu-dulu masa blom letak di sidebar confius juga, selalu type liyana.com or liyanalunia.com .Susah susah,googlekan aje "Liyana Lunia" . Tadaaa... 

P/s : Segala teguran adalah pandangan peribadi, salah silap harap maafi.

More pengomen dan pembaca setia akan saya teguri di masa hadapan sebagai tanda terimakasih dan semoga teguran dipandang positif untuk terus ke hadapan.

P/s/s : 2 x 5 GTO Pointz untuk dimenangi. Dari ketiga-tiga blog di atas, which one yang paling anda sukai dan kenapa? Komen yang terbaik/constructive will win ...

Gambar Terlampau Anak Beranak

Yieza, gambar terlampau anak beranak tersebar. Gambar ini dirakamkan secara senyap tanpa pengetahuan si anak beranak ini. Dussh, aksi panas :


 Kami menjadi Mangsa gambar ambil curi-curi dari isteri
Alisya kepenatan selepas mewarna, dodoikan both terlena

Anak perempuan, semestinya manja dengan Papanya. Seronok melihat Alisya membesar, keletahnya selalu mencuit hati kami sekeluarga. Kalau dia blom tidur, papa mahu menulis, ada saja dia keletahnya.

P/s : Tak sabar menanti kehadiran Adik Alisya. Planning next year, Wish Us Luck.Doa-doakan anak lelaki pula tau.

Keputusan Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki 2010|Indonesia vs Malaysia


Keputusan Perlawanan Akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2010 antara pasukan Indonesia menentang Malaysia , eyriqazz meramalkan kemenangan bakal berpihak kepada pasukan Malaysia dengan keputusan :

Indonesia 0-2 Malaysia

Yieza, semestinya pasukan Sang Harimau mahu membaham Sang Garuda. Aksi mantap Malaysia akan diteruskan lagi, dan saya mengharapkan agar kedua-dua gol kali ini disumbangkan :

NorShahrul Idlan Talaha, sengat Sang Pengantin Baru Masih berbisa dan sukar ditandingi

Inilah pemain Malaysia kegemaran saya yang berasal dari Terengganu(tempat lahirku) dan kini bermain untuk Pasukan Kelantan (Gomo Kelate Gomo, selalu bergomo dengan Si isteri yang berasal dari Kelantan di gelanggang hangat..hik3..)

Sama-sama kita sokong pasukan Malaysia malam nanti, semoga Stadium Gelora Bong Karno, Jakarta digegarkan dengan jaringan gol pemain Malaysia.

Chaiyok,chaiyokk, Malaysia Boleh. Kembalikan maruah bola sepak Malaysia dipersada antarabangsa.

Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki 2010 dinanti-nanti
Indonesia vs Malaysia perlawanan yang menarik sekali
Semoga kejayaan buat pasukan kebangsaan diperolehi
Kalau menang, mana tahu hari khamis Malaysia diistiharkan Hari Cuti?
Tentu seronok rasa dihati
Kemeriahannya lebih dirasai

December 28, 2010

Terima Kasih Nuffnang

Terima Kasih Nuffnang

Rezeki penghujung tahun, ini Income terbesar sebulan yang pernah eyriqazz kecapi bersama Nuffnang. Alhamdulillah, rezeki anak dan mb rezeki untuk adik Alisya. Hik3,planning it next year or ( Mama sudah bising Sang Rembulan belum muncul bulan ini)

Tak sangka blog Cap Ikan Ayam Goreng ini mampu menjana pendapatan sampingan yang menggembirakan. Nuffnang semakin menggembirakan hatiku. InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsi lagi nanti dengan Give Away/Contest. Jangan lupa join My Current Give Away ya, mungkin akan ada kejutan nanti. 

Sekadar berkongsi pengalaman dan keterujaan, kalau saya boleh " Sudah Pasti Andapun Boleh" dan mampu pergi lebih jauh dari saya. Dah ramai bloggers di luar sana yang sudah menjana 4-5 angka sebulan. Maaf dari saya kalau entry ini dipandang pada sudut yang negatif.

P/s : Tepuk dada, tanya selera. Gembira dengan pilihan saya sekarang and Nuffnang always make me happier. Apa pula pengalaman anda, did Nuffnang make u happier too?

Jadual Perjalanan Tren ETS

Entry Pengalaman Menaiki Electric Train Service(ETS) dirujuk . Sempatlah juga Snap Jadual Perjalanan Tren ETS. So, sesiapa yang bercadang untuk menaiki ETS ni, bolehla merancang perjalanan terlebih dahulu agar senang di kemudian hari.

Jadual Perjalanan Tren ETS dari Ipoh-KL Sentral-Seremban
Paling awal dari Ipoh pukul 4 pagi, dan paling lewat pukul 630petang
Jadual Perjalanan Tren ETS dari Seremban ke Ipoh
Paling awal dari KL Sentral pukul 6.20 pagi, dan paling lewat pukul 9 malam

Rancangla perjalanan anda, menaiki Keretapi lebih selamat, selesa, dan kurang memenatkan jika dibandingkan dengan drive sendiri or naik bas. Oh, saya sudah fobia untuk naik bas ekspress bila terlalu banyak kemalangan melibatkan bas ekspres.

P/s : Fail to Plan ,Plan to Fail.

December 27, 2010

Penangan Malam Pertama | NorShahrul Idlan Talaha

Norshahrul Idlan Talaha mantap di perlawanan akhir, Strategi memukau


Gambar Kahwin NorShahrul Idlan Talaha (kredit picture HERE)

Inilah penangan malam pertama namanya, sehari selepas majlis kahwin, terpaksa menunaikan tanggungjawab negara bagi Perlawanan Piala Suzuki AFF pertama yang berkesudahan Malaysia 3-0 Indonesia.2 gol dijaringkan Safee Sali dan satu lagi pemain Malaysia hasil assist dari NorShahrul Idlan Talaha dan persembahannya di final memang mantap.

Itulah yang kita mahukan, semangat membara, tidak dapat beraksi di gelanggang hangat, aksi mantap ditunjukkan di gelanggang bola. Hik3, tanpa Tongkat Ali pun tetap hebat.

Tahniah diucapkan buat NorShahrul Idlan Talaha , Selamat Pengantin Baru dan teruskan prestasi memberansangkan di Final Pusingan ke dua di Indonesia nanti. Maybe this time masanya anda jaringkan gol pula?

P/s : Jangan dipandang enteng kepada penangan Malam Pertama. Hik3, Good Luck NorShahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan Gol. Glory-Glory Malaysia.Malaysia Boleh!!

Pemenang Small Contest|Segmen Tegur Menegur

Salam dari Eyriqazz,

Entry Small Contest|Teka Berat dirujuk . Tak sangka ramai pula yang meneka. Hik3, firstly, yup, dulu saya memang kurus giler, almaklumlah "pelari jarak jauh sekolah" + food is a luxury for me". Yup, saya berasal dari keluarga miskin, ayam or durian dulu adalah sesuatu yang mewah. Namun, pelajaran,doa ibubapa,usaha dan masa telah mengubahnya, Alhamdulillah,sekarang ni bolehla dikatakan kehidupan sederhana.

Opss, berbalik kepada entry itu. Jawapannya ialah belah kanan sekali dan berat eyriqazz time tu adalah 63kg. Now 80+.Hik3, jauh bezakan? Itulah pengaruh Si Isteri, makin berselera makan kini...

So, straight to the point, pemenang kali ini akan memenangi 5 GTO Pointz (sudahpun diupdatekan pointnya) dan akan menjadi ujikaji pertama untuk Segmen Tegur Menegur , InsyaAllah, planning next year. Inilah pemenangnya :


Teguran :
1) Layout n template berbackground hitam nampak tidak sesuai dengan gadis yang cantik manis ini. Serlahkan daya feminin anda dengan warna yang lebih sesuai dan cantik i.e. pink, putih, or biru. First impression is very important Eyka especially for first time visitors.

2) Header terlampau besar dan kurang menarik. Eyka, u r beautiful lady. Nampak kurang terserlah header itu, cadangan, cari gambar yang lebih menarik i.e. gambar di blog CarlSamsudin dan kecilkan sedikit header itu. 

3) Susunan widget di Sidebar agak kurang teratur. Kemaskan ia dan ianya bakal menyerlahkan blog anda.

Rekomen : Mungkin eyka boleh revamp template blog, ramai bloggers di luar sana yang buat dengan kadar harga yang berpatutan, i.e. dari Melromeo.


Teguran:

1) Blog template nampak kurang mesra reader dengan 3 column, sidebar di kiri dan kanan nampak kurang tersusun + too many widget yang tidak perlu. Mungkin boleh buang some of the widget.

2) Susunan link agak kurang tersusun di sebelah kiri. Pandangan peribadi, rasanya link blog lebih sesuai berada di sebelah kanan as mouse berada di belah kanan.

3) No header. First impression. Mungkin boleh buat header yang menarik or tempah aja di luar sana.

P/s : Segala teguran adalah pandangan peribadi, salah silap harap maafi.

Tahniah again buat EykaMeow dan Transformed Housewife. I learn my lesson n perbaiki prestasi dengan komen negatif yang diberi. Hopefully, a little bit it will help u girls utk memperbaiki dlm berblog ini. Good Luck...

McDonald's Prosperity Burger Kembali

Yiezaa, McDonald's Prosperity Burger kembali. Weekend lepas, shopping di Midvalley, sempatla menyinggah :
McDonald's Prosperity  Beef Burger nampak sedap dan Lazat
Packagingnya menarik
Yummy,yummy, berselera isteri makan
Sayapun apa kurangnya
Alisya pula yang teruja lebih tengok Mama dan Papanya Makan Prosperity Burger
Nyorok,nyorok,ketawa tengok keletah Papa dan Mama makan (hik3,kecil2 dah pandai nyakat Papa dan Mama ya? )

Isteri memang sukakan sangat McDonald's Prosperity Burger. Myself, sukalah juga . Rasa lada hitamnya memang Kaww dan syok. Nyam2, sungguh enak dimakan begitu saja (eh,eh,itu iklan Roti Gardenia laa).

P/s : Amcam, dah try Prosperity Burger? How was it?

1 Juta Impression untuk Eyriqazz.Com?


Alhamdulillah, semak-semak balik Google Webmaster Tools , 1 Juta Impression untuk Eyriqazz.Com?  Actually, eyriqazz tak berapa faham sangat dengan Google Impression ni, tapi apa yang saya tau, the higher the impression, the better ur entries muncul di Google dengan pelbagai keyword(perbetulkan sekiranya saya silap). Impression di blog eyriqazz antara penyumbang terbanyak adalah dengan keyword " hanis zalikha, proton tuah, beautifulnara, dan etc". Kena tanya sifu Melromeo pasal ni or YanmieOnline, mereka memang terror bab2ni.

Oh, kalau satu Impression dapat ditukarkan dengan RM1 sure bestkan?Dah jadi jutawan eyriqazz ni. Hik3...Anyway, thanks to all readers, tak kiralah siapa anda.

Planning next year, nak buat "Segmen Tegur Menegur" lebih kurang cam terjah (opps,byk hutang terjah belum berbayar). I will tegur 3-5 pengomen di satu entry , teguran negatif/membina about his blog, on the main point only i.e. layout blog,cara penulisan and etc. Sebagai tanda terimakasih dan Maaf kerana semakin kurang dpt BerBW.

Bloggers Gathering | Berjaya Times Square


Bloggers Gathering di Berjaya Times Square anjuran Melromeo @ Sifuku

Lebih dari 50 bloggers yang hadir yang acara bermula pukul 10 pagi, saya join lewat dlm pukul 2 jadi ada yang sudah pulang etc..Kalau Melz buat gathering, sambutan mesti menkagumkan.

Bersama Melromeo, Sifu dan Mentor bertemu
Bersama Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3, teman tapi mesra Melromeo (hik3,gurauje bro) 

Selepas saya buat entry hangit, Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3 terima Pinanganku, sempat lagi Si Rina berseloroh " Ambil gambar dengan blogger popular ni" . Hik3, I wish,I wish...Moga-moga masin mulutmu Rina.

Oh ya, jangan lupa saksikan SAFFIYA, satu rancangan yang akan diacarakan oleh Rina Salleh yang akan ke udara setiap Hari Ahad, jam 7-8 malam, TV9 (thanks RedlindA) bermula 2 Januari 2011. Aduhai, timing tu time orang tengah sembahyang maghrib/dinner bersama keluarga.

Berjumpa juga Cik Epal face to face akhirnya...

Special appearance, Cik Epal, aduhaii,orang dah nak abis baru sampai? tak sempat nak mengayam ketupat ngan Cik Epal..Tengok Cik epal, teringat kat Luna Maya..Opss, Silap, Yuna...

Bersama HanaLovenest, blogger yang semakin meningkat naik

Salah seorang blogger yang saya nampak ada potensi untuk terus maju ke hadapan, cuma masih banyak yang perlu diperbaiki rasanya, Anyhow u r on the right direction Hana.
Geng-Geng Ceria, Pojiepooh, EykaMeow dan Hana
Bowling Session, Siapa yang menang tadi ya?
6 Jejaka Kacak Bergaya yang bakal berlakon dalam filem "Bloggers Terlampau" (hik3)
Makan Session,aksi suap menyuap Redlinda dan AnakPerak(ahakz2,gurau lagi)
Ice Breaking Session
Special Talk dari Rina Salleh dengan tajuk " Ciri-Ciri Jejaka Idaman" (ehem2,asyik nama Melz je kuar, hak3, tipu/gurauje)
CheArmster, the New Apprentice 4 Dr. Rozmey Herba Prima / Bakal Pemenang Rm1 Juta Jangan Lupa Lirik"
P/s :Siapa mahu berkaraoke free, boleh contact dia...Hik3..

Anyhow, gathering ni memang meriah. Bukan mudah nak kumpulkan more than 40 bloggers di satu masa, aura Melromeo memang terserlah. Kalau eyriqazz la buat gathering camni, rasanya nak kumpulkan 10 orang pun susah. Hik3...

Nantikan Gathering yang tengah dirancang Melz tahun depan dengan tema "Budak Kampung". Jom Joini bersama, sure lebih meriah. Melz, rasanya dah ble start cari sponsor hadiah, sure ramai yang sudi menaja ni. Hik3...

Bloggers Gathering di berjaya Time Square meriah sekali
Ramai yang hadir , mengeratkan hubungan sesama bloggers ini
Di lain kali ,adakan lagi
Kecil tapak tangan, Satu family saya bawa nanti

P/s :Sorry for those yang saya tak sempat mentionkan di entry ini. Seronokkan bergather-gather camni?

December 26, 2010

GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com

Sticky Post. Scroll Down for the latest entry.

Salam dari Eyriqazz,

Sharing is Caring, mood gembira menang Contest dari MySelangorStory dan ChurpChurp bulan ini , jadi kali ini mahu berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan adakan :
GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com (Worth RM100)
Wonderful experience at Haven Restaurant [ Klik Here and Here]
Haven Restaurant Official Website



UPDATED - Thanks to Haven Restaurant, Hadiah Give Away ditambah iaitu :
 3X RM30 Haven Restaurant Cash voucher
1X RM50 Haven Restaurant Cash voucher
1X RM75 Haven Restaurant Cash voucher
( Blom decide lagi camne nak agihkan hadiah terbaru ini, just join in, mungkin melalui cabutan bertuah atau agihkan beserta entry terbaik)
Syarat & Peraturan
1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com" ( sertakan sebab kenapa anda mahukan voucher ini )
2. Linkkan permalink entry ini dan link Haven Restaurant di entry anda . 
3. Tag 3 Orang rakan bloggers (nak tag lebih pun takpe) 
4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap!
Mudah kan?  Pemenang akan dikira dengan cabutan undi dari Alisya . Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? 
Hehe , Tarikh Tutup 31 December 2010!* (Credit Idea Asal dari Sifuku, Melromeo )
Tunggu, takkan satu hadiah je kan? Ada lagi, ini give away sampingan, lain-lain pemenang (akan dicabut oleh Alisya juga ) :
 Sekotak Teh Strawberi Cameron Highlands
T-Shirt Teluk Batik
5 GTO Pointz untuk 6 Peserta Pertama yang join
Tunggu, belum habis lagi, dah nama pun give away akhir tahun, tak lupa juga entry terbaik pilihan eyriqazz akan membawa pulang :
Sebuah Kereta Proton Jebat (Kredit Picture Here )
Nah, just kidding. Entry terbaik pilihan eyriqazz akan membawa pulang, hadiah yang "dirahsiakan dari eyriqazz/Mystery Gift" bergantung kepada rezeki eyriqazz bulan ini (bonus, etc) but i promise it is really "worth it" .

Jom Join, Tarikh Tutup 31 December 2010 . Bersama-samalah kita memeriahkan dunia blogging ini.
Related Posts with Thumbnails