July 1, 2011

Tips Sewa Rumah Baru|Any Suggestion?


Alhamdulillah, my 1st house Lake City Phase 3/PV13 dah almost siap. Maybe dalam hujung bulan ni boleh dah terima kunci rumah. Semalam dapat call dari agent hartanah (mungkin dapat nombor saya dari developer rumah yang saya beli tu). Dia berminat untuk jadi agent untuk sewakan rumah saya itu. To cut the story short :

1) Kadar sewa disitu yang boleh dicarikan adalah lebih kurang RM1,500-1,700 (positif cashflow for us lepas ditolak instalment+maintenance fees).
2) Agent akan shortlisted dulu bakal penyewa
3) All documentation mereka akan uruskan.
4) Charge mereka, 1 month rental sebaik berjaya sewakan rumah.

*Anyway, my condo on 7th floor facing KLCC dengan keluasan 1,313 square feet. 3 room with 2 ruang tamu mungkin akan diconvertkan menjadi 4 bilik + 1 ruang tamu.

So now, I am looking for any suggestion as ini kali pertama saya bakal sewakan rumah.  Any tips on sewakan rumah baru i.e. :

1) Patutkah saya iklankan sendiri or guna agent? Which one better?
2) Tips memilih bakal tenant agar dapat elakkan perkara tak diingini in the future i.e. payment lewat, rumah rosak, etc...
3) Any other things to do to make my house more presentable/easier to let?
4) Any suggestion?

Umm, kena minta pendapat Mat Joe dan AbangEnsem juga ni...Mereka sure arif bak2 ni..Kata pepatah, more brain are better kan? So any suggestion,recommendation, link menarik untuk dikongsi pasal tips sewa rumah ni dialu-alukan. Maybe saya akan kasi hadiah untuk tips2 yang terbaik....

24 comments:

  1. Bagi yg sibuk 24 jam .. rasanya guna agent lebih bagus. Senang nak berurusan dgn penyewa. Lepas tu check .. adakah agent tu akan menguruskan sekiranya berlaku apa2 dekat rumah tu..Cthnya; paip tersumbat dll :D

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  2. bro, iklan kan kot senang. agent ni kekdg mark up harga tinggi tu.

    ReplyDelete
  3. my fren ramai jgk stay kt PV12. mmg elok sgt bro eriqazz plan nk sewakan sbb my fren sume x tahan sgt dgn student2 yg menyewa kt sane. bising yg amat!!

    i think kalo bro eriqazz just tampal je notis kt bus stop ke ape mmg akan rmai org nk sewa. situ mmg high density area. tp memandangkn itu rumah bru, msti syg nk bg studnet duduk. jahanam nanti! huhu. better suruh agent carikkan la. priority pd penyewa berfamily. buat agreement/contract. takdela pening kepale kalo tetibe drg lari suke2 hati..

    ReplyDelete
  4. samalah kita mat tiger.. next week maybe dapat kunci.. so will plan to start cari penyewa.. tapi target i student UITM or UNISEL ni.. tuk kadar sewa tu.. lebih kurang yg we all plan jugak rate tu.. :)

    ReplyDelete
  5. bila tengok gambar. eh. rumah saya la. rupanya pv13. sy tolak 1. :)

    ReplyDelete
  6. takde pengalaman dlm hal ni.. tp komen2 yg lelain, mungkin buleh jd panduan utk kakyong jugak nih..

    Terima kasih Eyriqazz

    ReplyDelete
  7. paling penting ada surat hitam putih antara tenant/tuanrumah :)

    ReplyDelete
  8. Pandangan aku.. baik buat iklan sendiri.. letak dekat mudah je.. mesti ada orang nak punya.. sebab kekadang dengan agent ni.. kita kena gula-gula je..

    Tapi setuju dengan pengomen pertama tu.. Kalau Buzy 24 jam jln mudah adalah khidmat agent.. tapi siasat latar belakang agent tu dulu

    ReplyDelete
  9. banyaknye rumah kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  10. terpulang..kalu guna agen senang takyah fikir apa2...

    ReplyDelete
  11. kalau nak senang better guna agent..tp kalu nak untung lebih..kena usaha sendiri la..

    ReplyDelete
  12. guna agen atau carik sendiri mana2 pun ok asalkan semua smooth.

    penting kena buat surat perjanjian dengan tenant, ambik nama penuh, no ic n tau sikit-sikit pasal bakal penyewa, jangan ambik foreigner walaupun diorang boleh bayar mahal. kena ambik orang local lebih mudah di kemudian hari.

    cari tenant yang nak menyewa tempoh lama bukan pindah randah. so better carik famili la bukan bujang yg kongsi2 rumah. sebab susah nak uruskan banyak penyewa dalam satu rumah.

    tak salah letak syarat tertentu untuk tenant. mungkin bagus untuk masa akan datang.

    =)

    ReplyDelete
  13. x kira cari penyewa sendiri atau agent cari..... yang penting owner kena jumpa sendiri dengan penyewa tu coz nak kenal secara telus ngan penyewa tu. kalau ada itam putih lagi bagus... dapatkan semua maklumat penyewa tersebut..

    masz ada peristiwa hitam bab sewa rumah nie, penyewa buat rumah tu macam rumah dia sendiri, still ok, but dia x bayar sewa 6 bulan n lari macam tu jerk, walaupon dah janji nak jumpa tapi bila kami sampai rumah tu, dia dah blah n tinggal kunci kat jiran jerk. rupa alim n kupiah x penah tinggal, tapi perangai..... hush..

    alhamdulillah penyewa sekaran ok, n siap ada kontrak antara kami yang dieprsetujui bersama..

    ReplyDelete
  14. masuk mudah dot com ker... tapi kalau senang lagi guna agen, cuma kena cari yang betul2 boleh percaya lah..

    ReplyDelete
  15. iklankn sndri pon ok jgk..
    dapat knal dgn penyewa tu trlbih dlu..
    tp klau busy, guna agen pon takpe..
    mudah ckit keja..

    ReplyDelete
  16. tak dpt nak komen sbb tak de experience, tp mcm komen2 yg lain juga, semua ada pros and cons :)

    ReplyDelete
  17. paling penting black n white...rumah yg sy sewakan dah 4 bulan orang tak bayar sewa

    ReplyDelete
  18. Bro, nanti gua buat 1 entri khas buat lu tapi kalau ikut gua, lu buat semua tu sendiri..dari cari penyewa, repair benda yang rosak sampai la halau tenant keluar, baru la ada thrill bro..hehehe.

    ReplyDelete
  19. alamak. tak ada pengalaman lah pasal ni.

    ReplyDelete
  20. iklankan je dkt blog or mudah.my...memang praktikal cz based on pengalaman sendiri, nk cari umah sewa ditempat busy dan kekurangan masa utk survey kekdahnya surf dulu tenet amik no fon & deal sendiri dgn tuan punya rumah...kalau pakai agent takut belah kita dia amik untung, belah sana pun dia amik juga..naya!student praktikal and yg baru bekerjaya agak sesuai sebagai penyewa rumah baru terutamanya... tp sumenya bergantung pd NASIB :)

    ReplyDelete
  21. guna agent mmg la kena keluar kos sket..tp advertise sendiri pun kena kos jugak + kena spend masa sket time bakal penyewa nak tngk rumah..kdg2 3-4 org tngk, br ada yg konpem unless nasib baik la..

    kalo saya, better sewakan kepada yg berkeluarga..selalu org bujang ni tak jaga rumah sngt..abis la rosak sana sini..:(

    ReplyDelete
  22. eyriz - melihat jadual padat blogging ngko, pass the task to the agent. biasa time ambik kunci agent pun dah ready tunggu kt pejabat tu untuk tanya nak sewakan ke tak unit tu. except ko demand the rate slightly higher. kalau rate rm1500, ko demand 1600. after 1 year, biasanya tenant tak keluar, ko boleh la buat tenancy agreement, x payah pakia ejen dah. sample aku ada. whats more ko boleh demand laa apa tenant yg ko nak. agent memang dah ada waiting list yg register dgn dierorang

    kalau rasa cam ada masa, boleh nak rajinkan diri untuk iklankan dekat mudah. mmg berkesan, tapi kadang2 ejen jer yg kacau daun

    ReplyDelete
  23. hi eyriqazz,

    cadangan saya:
    - cari tenant sendiri. boleh iklan kat mudah.my pun dah berlambak2 masuk. amik yg paid punye.
    - rumah tu biar fully furnished dgn perabot yg ada kelas, supaya boleh increase value sewa. buatlah interior sikit yg cantik2 tu. kena invest dulu la kan.
    - tenant yg perempuan lebih selamat, rumah tak rosak sbb tak ganas hehe

    tu je. :)

    thx byk support www.edz.com.my

    ReplyDelete
  24. Salam semua.

    Pada saya ada dua jenis keadaan:

    1. Sekiranya kita boleh tahu aspek asas penyewaan rumah seperti surat akad sewa dan kontrak (perjanjian sewa rumah). Buat permulaan kontrak setahun. Lepas tu kalau nak extend boleh renew kontrak. Polisi dan syarat2 sewa biar jelas dan tepat. Sekiranya kita ada template kontrak ini maka tak menjadi masalah bila kita handle sendiri.

    2. Sekiranya kita memang tak tahu apa langsung. Guna agent bolehlah. Tetapi kita kena belajar mcmne agent tu buat kerja. Dalam selang masa kita ziarahlah semula penyewa rumah kita dan tanya dia apa kontrak dan syarat dia dengan agent tu. Lepas tu duplicate lah cara kerja agent tu.

    Kepada sesiapa yg nak contoh surat perjanjian sewa bolehlah email saya. Itu yg kami dapt dari owner sewa kami sekarang.

    Oh ye. Kami tumpang promote pasal servis kami ye tuan punya blog.

    Kami sebenarnya ada buat servis aircon untuk rumah kediaman dan pejabat sekitar Kuala Lumpur.

    Kalau korang ada masalah dengan aircon dan wiring contohnya nak pindah aircon dari rumah lama ke tempat baru atau nak pasang baru jangan lupa hubungi kami. Kita buat temujanji dan InsyaAllah kami akan datang selepas sama-sama setuju.

    Masalah aircon ni biasanya tak sejuk, bocor, copper pipe berais, kurang gas dan compressor terhenti. Ada juga bila on je aircon elektrik terputus.

    Untuk maklumat lanjut tuan puan bolehlah ke laman web rasmi kami di http://tijarahmaya.com.

    Kepada sesiapa yang nak contoh salinan kontrak sewa rumah bolehlah email kami atau boleh menggunakan halaman Hubungi Kami di http://tijarahmaya.com/contact.php.

    P/s: maaflah mencelah tetiba macam ni.

    JakaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails