March 31, 2011

Menonton TV Ketika Hujan Bersama Astro B.yond PVR


Salah satu part yang buat "Spoil" bila menonton tv dengan Astro adalah time hujan. Mesti siaran terganggu dan tak dapat menonton rancangan kegemaran. Lagi spoil bila rancangan yang ditonton tu dah nak tamat/memang kita tengah layak syok gilerr.Pernah berlaku for me bila tengok live bola, drama, Konsert dan pelbagai lagi.

Apapun, agak terkejut bila dapat satu komen di entry Welcome to Eyriqazz Family Astro B.yond PVR  :

Maka bermula siri rakam dan rekod cite kegemaran seisi keluarga...gambar maintain clear kan walaupun hujan.... - Hazman Fadzil-

Jawapan saya ketika itu :

#hazman aka species1980:ohh,waktu hujan tu tak sempat pula buat eksperimentasi...so far,so good


Selepas entry itu sehingga hari ini, sempatlah saya tengok TV ketika time hujan. Yupp, terbukti memang masih clear. Gosok-gosok mata macam tak percaya. Time hujan yang kurang lebat dan sederhana lebat, time lebat, tak sempat nak test lagi coz wifey bising suruh tutup TV takut-takut ada kilat yang bakal menyusul. One day mungkin saya boleh try. Before this, hujan skit je, mesti line dah tak brape clear dan takble tgk.Umm, a good improvement.


Bolehla layan Hindustan time hujan-hujan nanti..Ehem,romantik

Satu problem solve. Dapat menonton dengan lebih "happy" thanks to Astro B.yond PVR
Dah lama juga tak layan citer Hindustan ni...
Ehh,ehh, Malam ni Malam Jumaat kan? 

Ok2, time temankan Isteri layan cerita Hindustan sekali.Sambil menyelam sambil minum air..Hik3....

Impian Seorang Isteri

Impian Seorang Isteri

Balik dari kerja, mandi , terjah lappy, ternampak Notes dari Isteri diselitkan dekat dengan Lappy. Hik3, tektik seorang Isteri. Impian Seorang Isteri. Umm, siap dengan harga lagi, almost RM2k juga tu.

InsyaAllah sayang, kalau ada rezeki lebih, abang tunaikan some of impian sayang. Tak dapat tunaikan semua, at least dapat tunaikan satu dua , better dari tidak kan? Lagipun Birthday Wifey dalam 3 bulan lebih je lagi. Kalau tidak gembirakan hati isteri, hati siapa lagi kan?

P/s : Oh, kenapa lain benor tulisan wifey dan saya? Betulla kata Dr. Fadzillah Kamsah, kita dijodohkan dengan orang yang agak berlainan dengan perangai kita. Hik3, tulisanku cakar ayam, tulisan Isteri cantik sesangat.

Misteri di Sebalik KLCC


Tahun lepas, sempat ambil Gambar KLCC di Waktu Malam. Memang cantik dan mengujakan. Antara bangunan yang paling cantik di Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan Luar negara. 

Beberapa hari yang lepas, seorang rakan hantarkan gambar KLCC ni lagi. Katanya turut diambil di malam hari selepas teruja melihat gambar KLCC yang diambil oleh saya .  Dussh, seram sejuk dibuatnya :

Simbol Di sebalik gambar KLCC

Ohh,apakah maksud di sebalik simbol ini ? Adakah ianya :

1) Virus baru yang dibawa oleh udara disebabkan keadaan bumi yang semakin kotor dan pencemaran yang semakin berleluasa?
2) Pembikinan filem Hollywood sedang dijalankan di lokasi ini?
3) Gimik terbaru dari pihak pengurusan KLCC dan bakal berlaku satu event yang besar tak lama lagi?

Umm, pening kepala eyriqazz memikirkannya. Masih belum menemui jawapan di sebalik simbol ini. 

"Umm, apa pandangan anda? Apakah rahsia di sebalik Simbol di sebalik gambar KLCC itu? "

Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai

Percutian di Melaka beberapa minggu lepas, sempatla terjah Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai. Booking siap2 sehari sebelum tu, yerla,datang time cuti sekolah+weekend,sure penuh orang. Before this pernah terjah dah restoran ni [ Ikan Bakar Umbai]
Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai
Ramainya Orang. Nak cari meja kosong pun susah. Nasib baik dah booking
Awas|Tolong Cari Meja Dahulu Sebelum Memilih Ikan
Seafood

Selepas duduk di meja yang disediakan, pilih seafood, sampailah hidangannya :

Sepahat Masak Cili. Sedapp...
Butter Prawn

Sedap juga cuma tak sesedap masa pi first time. Terus saya sms owner dia. Bagusla, mereka ambil on positif note, dan akan perbaiki mutu di masa hadapan. Kesian wifey,mengidam nak rasa Butter Prawn yang lebih berkerak. Tapi, still sedap la...

Sotong Celup Tepung
Kangkung Belacan
My Favourite, Ikan Bakar sudah semestinya
Jemput Makan. Gembira dapat bawa mak/Bapa Mertua dan Adik Ipar sekali
Nasi Lemak suatu kemestian.Nasi putih pun ada. Alisya teruja
Air Asam. Fuhh, Marvellous.

Overall memang puas hati. Layanan yang memuaskan.Servis pun tak lambat. Masakan sedap. Harga berpatutan,total makan malam tu untuk 5 orang dalam RM150. Kalau korang nak singgah di Restoran ini, disarankan booking dulu, takdelah kecewa nanti kalau takde seat.

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Kalau singgah ke Melaka, Umbai memang wajib diterjahi. Lepas ni nak terjah Restoran Terapung Umbai la pula. 2 kali asyik pi Pernu,Umbai, mahu juga merasa kelainan selepas ini.

Income Blogging Eyriqazz bukan Riban-Riban Setiap Bulan

Cash Out Time|Income Blogging March 2011

Alhamdulillah, rezeki berblogging. Side Income untuk bulan March 2011. Hik3, so, terjawabla persoalankan? Income berblogging eyriqazz bukannya riban-riban setiap bulan. Certain month, maybe yess...

Mana boleh lawan Redmummy Junior

Apapun , saya gembira dengan rezeki ini. Alhamdulillah, sudah menampakkan yang positif dan ianya much more better dari last year. Overall. Oh, tak sabar menanti bulan May.

Tepuk dada,tanya selera. Terimakasih Nuffnang for this side Income, bolehla saya belikan hadiah untuk Alisya.

P/s : Pasang surut berblogging. Jangan mudah putus asa. Income bukannya kayu pengukur utama untuk anda meneruskan berblogging.

P/s/s : Oh, rindu dengan event Nuffnang . Rasa cam something missing je dlm berblogging bila dah jarang menghadiri event. Umm, Sifu Melz, Big Gathering tahun ni jadi tak bro?

March 30, 2011

Seluar Dalam Warna Biru Tidak Sesuai Untuk Sexology Lelaki

9
Lesson learn today : Seluar Dalam Warna Biru Tidak Sesuai Untuk Sexology Lelaki

Memang agak terperanjat coz biru adalah warna kegemaran saya  dan banyak SD saya bewarna biru. Umm,  mula-mula macam tak percaya. Tapi kursus yang saya hadiri ini Fasilitatornya adalah Prof. Haji Mohd Hanim bin Mohd Tahir yang begitu berpengalaman dalam bidang kaunseling (anak murid Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah b. Kamsah) dan seorang kaunselor/pakar kekeluargaan. Info ini diperolehi daripada reseach yang dibuat selama beberapa tahun.

Antara kesan negatif adalah "Tot" akan mengecut dan performance berkurangan. Umm, apa kaitan warna SD dengan tut pula? Umm,banyak katanya.Setiap warna ada maksud ,kelebihan dan kekurangan tersendiri. 

P/s :Dussh, kena buang la semua Seluar Dalam warna biru ni. Walaupun belum ada bukti saintifik, mencegah lebih baik dari mengubati kan? Kalau tak betul, tiada harm. Kalau betul, siapa yang rugi?Ehem,ehem, edenla yang rugi, salah satu nikmat di dunia ni...

Kek Daim IKEA | Sedap dan Mahal

Singgah di IKEA, wifey memang tak sah kalau tak beli Meatball dan Kek Daim .

Kek Daim IKEA.Memang sedap, tapi mahal la..One piece ni pun dalam RM7+ rasanya
Sekali sekala belanja isteri apa salahnya kan?

P/s : Pernah cuba Kek Daim IKEA? Amcam, sedaptak?

IKEA Meatballs Memang Terbaik

Minggu lepas, di hari Earth Hour, kami terjah IKEA lagi. Isteri mengidam nak makan IKEA Meatballs. Sayangkan Isteri turut-turutkan :
IKEA Meatballs Memang Terbaik
Enough Said, One of the best Meatballs in Malaysia
Action Speak for itself..Tengokla begitu ramai orang yang beratur..Especially time weekend

IKEA Meatballs Memang Terbaik dan sedap. Wifey cakap, siap ada seorang kakak ni beli set 10 biji, mungkin teruja kot. Tapi tak habis makan. Umm, tak baik tu, membazir. Tuhla, orang tamak selalu rugi. Saya makan 5 biji ni pun dah rasa kenyang.

Wife cakap dia sukakan sosnya,meatballsnya dan juga Jem Anggurnya. Umm, cakapla suka semua kan senang..Hik3....

P/s : Amcam, jom kita pi terjah IKEA ramai-ramai. Saudara Denaihati mahu belanja. Hik3, just kidding..tapi kalau betul, apa salahnya kan bro?

Restoran D'Taman,I-City Shah Alam

Semasa singgah di I-City Shah Alam beberapa minggu lepas, sempatlah kami terjah di Restoran D'Taman Shah Alam. Thanks to Tourism Selangor for the suggestion .

Restoran D'Taman
Pemandangan di dalam restoran. Santai
Saya Order Nasi Goreng Kampung

So far, boleh tahan rasanya dan menepati citarasa saya. Wifey dan mak mertua order Mee goreng. Pedas tapi sedap. Bapa mertua order Nasi Ayam, pun ok katanya. In term of harga, just nice, tidak mahal, tidak murah. Standard harga restoran. 4 orang makan around RM50  termasuk tapau Satu Mee Goreng.

Jalan-Jalan di Bandar Melaka

Jalan-Jalan di Bandar Melaka, random pictures yang sempat diambil :

Beca Berhias Melaka..Memang meriah

Memang susah nak cari beca berhias camni kan? Rasanya setakatni yang saya jumpa hanya di Bandar Melaka. Satu trip kalau tak jauh dalam RM10 satu beca, kalau perjam dalam RM20-RM50 rasanya. Memang syok jalan-jalan naik beca pusing bandar Melaka.

Beca Bang...Hik3,It's Ok..kami jalan je..Exercise skit
Mantap.Siap ada Pasukan Bandaraya berkuda lagi.Apa taknya, Pelancongan antara Income yang agak masyukk buat Negeri Melaka
Jom Naik Duck Tours. Darat boleh, laut pun boleh terjah.Next time kena try ni

Mahkota Parade. Tak singgah macam tak lengkap la kan?

Memang cukup kagum dengan Bandar Melaka. Tempatnya takdelah besar mana, tapi banyak tempat/aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Meriah dan berbaloi-baloi...

March 29, 2011

Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah Buatku Tak Kering Gusi


Hari ini menghadiri kursus "Pengurusan Stress di Tempat Kerja". Memang best especially kursus dua hari ini dikendalikan oleh Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah dan juga anak muridnya (sesi besok). Memang terbaik . Tak kering gusi dibuatnya dan banyak yang diucapkannya betul especially tentang Personaliti Eyriqazz : Pelik skit, berahsia, suka simpan rahsia, bercita-cita tinggi,sukar difahami dan banyak laa lagi. Siap cakap hantu pun takut eyriqazz. Hak3, memang layan kursus dengan Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah ni.

InsyaAllah, ada kelapangan saya kongsikan informasi dari kursus itu. Banyak yang bagus saya pelajari dan rasanya bagus untuk dikongsikan.

Terjah I-City Shah Alam Lagi

Ini kali ketiga saya terjah ke I-City Shah Alam. Yang bestnya kali ini bawa bapa/mak mertua sekali. Plus Alisya dah boleh berjalan.

Warni-warni Lampu bergermerlapan
Satu kereta kena charge RM10 skang. Dari free sekarang sudah RM10
Ke mana mahu terjah dulu ya? City Walk, I-Walk, Snowalk? 
Mahalnya nak masuk Snowalk. RM25 dewasa, RM20 kanak-kanak. Umm, takperlah pass, mak mertua/bapa mertua tak berminat nak masuk Snowalk ni.
Time ada games best sure penuh di sini kan?Macam mini stadium laa pula
Dan pelbagai lagi ditambah. Pancing itik, baling gelung dalam botol dan etc..Umm, Pass , what is the Odd menang teddy bear besar tu kan? Macam jadi kaya dengan MLM,hik3...
Alisya dan Mama ,seronokk...
Malu-Malu la pula Alisya bergambar
The Biggest Reptile Collection in Malaysia pun sudah ada di I-City. Umm, tak sempat terjah juga..

Senyum,senyum...

I-City Shah Alam, antara tempat menarik untuk diterjahi di Selangor. Namun ramai yang 'complaint' kan pasal bayaran masuk RM10 tu? Umm, tuhla, sayapun rasa cam mahal je...Kalau dari rumah, tol lagi, minyak lagi, etc lagi....

P/s : Jika ada kelapangan, sudi-sudikanlah LIKE entry Saya INI

My Honeymoon Dessert, Kota Damansara

Weekend lepas, sempat terjah My Honeymoon Dessert, Kota Damansara dan redeem voucher yang dibeli dari Milkadeal
C4 Summer


Ini wifey order. Sempatlah try..Boleh tahan juga rasanya.

Ais + Buah-buahan

Like : Buah-buahan..Yey, a little bit healthy kan?
Don't Like : Ais nya keras sangat. Tak macam ABC yang biasa. 

Mango Pudding

Wifey order, wife cakap boleh la tahan juga.

Mango Glutinous Roll

Saya memang suka mangga. Umm, dah terbiasa dengan manis, so bila kurang manis, faham-fahamla..Hik3...

Dah habis barula kasi Alisya. Tak elok kasi makanan camni selalu kat Alisya kan?
Suasana di dalam My HoneyMoon Dessert, Kota Damansara..Santai
Total untuk 4 desert, RM43. SO, kiranya bayar RM je la.Coz ada voucher RM20 pay RM10 beli di Milkadeal
Comel je kan 

Overall inilah feedback dari saya :

1) Rasa boleh tahan. Saya suka part buah-buahan but in term of taste, belum menepati citarasa saya sepenuhnya.
2) Harga rasanya a little bit mahal for desserts.RM40+ I can get a good meal for both of us..
3) Layanan bagus. Siap ada kertas untuk kasi feedback. Keep it up. 

Apapun, lain padang, lain belalang kan?Citarasa berbeza-beza.

P/s : Umm, teringin pula rasa nak makan Bubur Gandum masakan ibu eyriqazz. Yummy,yummy....
Related Posts with Thumbnails