April 30, 2011

Hotel di Ipoh Bagaikan Pisang Panas!!!

Inilah penangannya bila mahu bercuti tapi tidak plan awal-awal dan main terjah je. Terjahi Ipoh dan Hotel di Ipoh Bagaikan Pisang Panas di musim hujan!!. Selepas lebih dari 10 hotel diterjahi seperti Hotel Seri Malaysia, Hotel Syuen, dan pelbagai lagi, semuanya fully-booked. Last-last, terjahi Tambun Inn (1 bintang) dan ada beberapa bilik kosong. Umm, 1 star pun 1 starla, at least boleh bermalam.
  Hotel Tambun Inn, RM88 semalam
Telefon No : 05-5477211
Amboi-amboi anak Papa, tak sabar nak terjahi “Lost World of Tambun” besok?

Ipoh, Here We Come..


Ipoh, here we come. Sat lagi nak jalan-jalan Cari Pasal ke Ipoh. Alang-alang cuti Hari Pekerja Isnin ni, bawalah keluarga jalan-jalan.Destinasi kali ini , Ipoh. Kalau tiada aral melintang, maybe akan singgah di Taman Tema Tambun dan Lumut.

Thanks to XXX , partly sponsored trip (tol & Minyak) . Tak sabar nak jalan-jalan cari Pasal, Umm, apa lagi Tempat Yang Menarik di Ipoh ya?

Lega..Settle Juga Akhirnya..


Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Pukul 4 pagi lebih, dah almost 2 jam untuk siapkan. Fuhh, dah siap ni, barula tenang hati ini untuk bercuti dan jalan-jalan ke Ipoh petang nanti. Walaupun hotel mostly penuh, akan kuredahi juga. Hik3, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan?

P/s : Thanks all buat semua readers. 

April 29, 2011

2626, I Like this Number


2626, Ohh, I Like this Number. Terimakasih buat Nur Farisha Izzati yang menjadi follower ke 2626 blog "Cap Ikan Ayam Goreng" ini. Nampak macam baru je berblog, takpe, semuanya bermula dari small step kan?

Oh Ya, Like the name too, saya almost namakan anak sulung saya Nurul Amira Izzati. Tapi coz Amira dah nama cousin wifey, tukarkan ia kepada Nurul Alisya Ilyani. 

P/s : Ohh, tak siap lagi kije ni...Ni Penangan Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit laa ni, semakin tak keruan dek hati ini. Ohh, perlahankan jarum masa ini. Tak sanggup menanti bulan Meiii....

Amir Tersingkir Minggu 5 Maharaja Lawak?


Rakan Blogger saya meramalkan Amir bakal tersingkir malam ini, di Minggu ke 5 Maharaja Lawak . Umm, macam minggu-minggu lepas, semua menjangkakan dia akan terkeluar. Hik3,namun eyriqazz merasakan dia tidak terkeluar minggu ini :

Jangan Pandang enteng pada Penangan dan Undian dari Team AC #JeJaiLy

Hik3, pandangan saya, Jihan or Man Belon yang akan terkeluar malam ini. Ramai lagi peminat Amir di luar sana. Minggu lepas pun tak tercalon top 3 paling kurang undian. Dussh, kuat sungguh penangan team AC #JeJaiLy ni ya? No wonder, malam ni senang lenang pi tengok wayang. Dahla pi tengok wayang, ajak-ajak ayam pulak tu. Hik3, Je Jai oh Je Jai...

P/s : Agak-agak korang ,siapa terkeluar di Maharaja Lawak Minggu 5, malam ni ya?

Adik Saya Bikin Saya Panas Pula!!!


Fuhh, kalini adik saya pula yang bikin saya panas. Memang panas, rasa macam nak terjun je dalam swimming Pool. Nasib baik weekend ni nak Pi jalan-jalan cari pasal. Fuhh, nak kena betoila adik saya ni, selamba memanaskan hati ini.

Panas tak? Memang Panas...Geram,geram, jealous, jealous..Riban-riban juga Nikon D90 ni

Uwaa, Saya Mahu juga DSLR. Takde orang nak kasi Give Away ke? Hik3...

Aksi Alisya Bertopi

Senyum,Senyum..
Muka Boring..
Permata hatiku...

Makin membesar, semakin seronok dengan Alisya.Oh, terimakasih Tuhan atas Anugerah tidak terhingga ini.

April 28, 2011

Pengalamanku Terbang Bersama Malaysia Airlines

Siapa tak kenal dengan Malaysia Airlines atau lebih dikenali dengan MAS?


Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia malah terkenal di merata dunia. Ianya mula bertapak di sekitar tahun 70-an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Dan berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hingga ke hari ini.

Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
Indah Sungguh Pemandangan Dari Udara Ini

Satu ketika dulu, saya merupakan pengguna tetap kepada MAS. Boleh di katakan dalam sebulan hampir 4-5 kali saya akan terbang di seluruh pelusuk tanahair demi tuntutan kerja. Yang menghendaki saya memastikan segala perjalanan projek harus di pantau dari semasa ke semasa. Saya pernah merasai penerbangan seawal 7pagi dan juga hingga ke penerbangan malam yang terakhir sekali. Jadual penerbangannya sangat lancar dan tepat seperti yang telah di tetapkan jarang timbul masalah kelewatan.
Sarapan Pagi Semasa Penerbangan ke Bintulu.

Semasa dalam penerbangan para petugas sedaya upaya melayan setiap penumpang dengan begitu baik sekali. Segala keperluan semuanya dipenuhi. Bukan hendak memuji tetapi itulah hakikatnya. Penerbangan yang selalu saya ambil selalunya memakan masa selama 2 jam ini dan saya di hidangkan dengan pilihan menu yang menyelerakan. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini saya perhatikan kualiti makanan yang amat sedar dan saya amat berpuas hati. Saya juga boleh membeli belah di dalam pesawat dengan menggunakan in-flight temptation iaitu membeli belah dengan menggunakan katalog yang telah disedia kan.
Semasa menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu

Pernah sekali dulu, saya hampir ketinggalan dalam penerbangan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur tetapi dengan bantuan pihak khidmat pelanggan MAS, saya berjaya juga menaiki penerbangan tersebut walaupun pintu pelepasan sudah ditutup pada waktu itu.
Kesian Kepada Mereka Terkandas Ini

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini, saya jarang menghadapi masalah seperti rakan-rakan saya yang lain. Ada seorang rakan saya ini dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa bertukar sebanyak 3 kali untuk mendaftar masuk (check-in) pesawat. Ini kerana pada ketika itu pihak pengurusan kaunter mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan.

Cadangan saya untuk memantapkan lagi perkhidmatan MAS ini,

Kekerapan Destinasi Penerbangan


1. pihak MAS dapatlah kiranya memperbanyakan kekerapan destinasi penerbangan supaya dapat memudahkan rakyat Malaysia membuat pilihan penerbangan yang bersesuaian dengan kehendak mereka

2.Memberikan Cenderahati


Seperti yang kita tahu bukan mudah untuk menurunkan harga tambang sesuatu destinasi kerana ianya mesti mengambil kira segala jenis aspek tetapi sekiranya pihak MAS dapat memberikan sesuatu in-return seperti cenderahati kecil sebagai tanda terima kasih dan sokongan, saya rasa ramai yang akan memilih untuk terbang bersama MAS.

3. Lebihkan Muatan Barang-Barang


Sekarang ini yang kita tahu pelepasan muatan barang persendirian untuk seorang penumpang cuma 20kg. Jika lebih penumpang di kehendaki membayar harga lebihan muatan mengikut kilogram yang telah di tetapkan. Jadi dengan menambahkan kadar muatan hingga ke 30kg bagi seseorang penumpang saya rasa isu harga tiket mahal tidak menjadi soal bagi kami rakyat Malaysia ini.

4. Voucher Makanan Dengan HargaYang Berpatutan


Saya rasa sistem voucher makanan diberikan ketika penerbangan tergendala memang amat bagus sekali. Tetapi cuma bayangkan jika saya terkandas lebih 6 jam di lapangan terbang, adakah berbaloi voucher makanan bernilai kurang dari RM20.

Credit picture to chefmel.blogspot.com
Bagi saya pula dengan terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan rakyat di Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang menawarkan pakej yang menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan moto yang yang pihak MAS war-warkan iaitu MH- Malaysian Hospitality.

Tentang Penulis :CikLilyPutih, happy go lucky blogger yang suka join event, menganyam ketupat, dan juga membakar lemang beramai-ramai. Walaupun muka nampak sedikit garang, orangnya memang ceria dan seronok diajak berbual. Jom terjah blognya ramai-ramai  http://bit.ly/euiAkz

Soft Launch World Bloggers and Social Media Summit 2011‏

Soft Launch World Bloggers and Social Summit 2011 telah saya hadiri pada 27 April 2011 di Luna Bar. Thanks Nuffnang for the Invitation

Official website for this official event on 15-16 June 2011, Dewan Tun Husseion Onn PWTC : www.worldbloggerssummit.com

Cantik View, Luna Bar di tingkat 34, swimming pool mengadap KLCC
Speaker yang dijemput
4 speaker yang tak dijemput yang mengalahkan speaker punya gaya ( Je Jai, Eyriqazz, Sha , dan Hazman Fadzil, kredit picture to Je Jai )

Antara bloggers lain yang turut hadir adalah Redmummy, Beautifulnara, Mohd Zaid, Tian Chad, Jackie Loi, dan ramai lagi. Nuffies yang hadir pula adalah Michelle dan Thara Sofian. 
Majlis Perasmian
Let's begin the great event
Hot Model
Amber Chia dan Mr. X
Thara Sofian yang Hot turut hadir (hak3, u owe me 50 cent )

Nice borak-borak ngan u Thara . Semoga u terus memeriahkan Nuffnang. Yiezaa, Chaiyokk...Other than Rina, u pun Malay Nuffie yang hot juga. Tak gitu Je Jai? 
turut mengadap Menara KL
Cantik swimming pool. Tak boleh mandi manda. Tapi kalau nak buat parti buih, bolehla Booking dengan Bro Je Jai.

Overall, good event. Just games Faceboard tu cam agak membosankan. Plus food just so-so..Balik rumah, rembat meggi. Hik3...Oh ya, day 1 program on 15 June 2011 adalah Panel Discussion on Lifestlye blog ,panelistnya adalah BeautifulNara, Kennysia, dan Redmummy. More info, terjahi : www.worldbloggerssummit.com

Je Jai dikejar Paparazi, Amber Chia Mengejar......

Je Jai dikejar Paparazi

Fuhh, inilah bahananya bila dah famous. Ke sana ke mari dikejari Paparazi. Je jai kini muncul dengan imej terbaru : "Hidungku sudah tidak berbelang lagi"

Lain pula dengan Amber Chia. Khabarnya dia telah mengejar.....Umm, lebih kurang camnila :

Amber Chia : Can i take a picture with u?
Mr X :Umm, umm, can...Why Not....

Amber Chia : Thank you...By the way, do u know who i Am?
Mr X : Don't know....who are u?

Amber Chia : Cishhh....(terus berlari pergi)

Amber Chia dan Mr X (Bukan Lelaki Y ya...)

Dialog telah diubah sesedap rasa. Hak3...Anyway, memang tak kenal dia ni. Bila Redmummy kasitau siapa minah tu, barula tahu.Umm, Hanis Zalikha  lagi Hot dari Amber Chia. Hik3....

P/s : Thanks Nuffnang for the Invitation. Walaupun tak menang lucky draw, dapatla meet other bloggers too there...

April 27, 2011

Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit


Huk3, finally terkena juga kat diri sendiri. Uwaaa, Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit. Tuhla, sibuk dok buat Panggilan Hangit dan kenakan orang, kan dah kena kat diri sendiri?.Ambil sebiji. Huk3..nih yang buat nak tutup blog ni.Sampai hati tau....Malas la nak cerita panjang, tunggulah bulan 5 nanti..

**Jom Berlumba dan berpeluang untuk memenangi IPAD 2, Blackberry BB Bold 3, iPod Touch and a pair of movie passes!

P/s : Huk3, mana nak sorok muka ni? Agak-agak kalau berhenti blogging sebulan pastu aktif balik orang ingat lagi tak kes terkena Panggilan Hangit ni?

Bekas Adik Ipar Yang Badigol Bikin Saya Panas Lagii!!!


Mak : Angah, sampai hati angah buat Lin dan Mak camni...
Bekas Adik Ipar/Angah (BIA) : Maaf mak. Saya tau banyak 'bunyi-bunyi dan kata-kata" kat blakang tu.

Mak : Kenapa Angah tak bincang dengan Mak dulu? Apa salah Lin Angah?
BIA : Takpela mak.Dah bincang dengan lin. Dah bincang. Orang susah nak faham.

Mak : Susah sangatke Mak nak faham?
BIA : Takpela.dah bincang.dah bincang. (Dengan nada makin meninggi suara dan berlagak). Maaflaaa Makkk Oii... ( nada menyindir)

Mak : Mak takkan Maafkan Angah sampai bila-bila...
BIA : Taknak maafkan sudah... Tak kisah pun...

Itulah Lebih kurang perbualan Bekas Adik Ipar eyriqazz yang Badigol dengan mak saya selepas hakim memutuskan kes perceraiannya dengan adik saya di mahkamah. Hampir menitik air mata ini bila mak telefon. Dia sudah lukakan 2 hati insan yang paling saya sayang. Ada ubi ada batas, Ada lori, mintak2 ko kena langgar dengan lori tuu... Memang panas hati ini, sampaikan di mahkamah pun masih mahu sakitkan hati ibu saya...

P/s : Jangan terlalu mudah percayakan seorang lelaki. Lelaki memang pandai menanam tebu di tepi bibir... ( Bukan semua....)

Cash Out Time


Cash Out Time. Hujung2 bulan camni, time cash out kan income blogging. Alhamdulillah, rezeki bulan ni lebih baik dari bulan lepas. Thanks again Nuffnang atas side income dengan berblogging ini. Plan nak bawa Isteri bercuti weekend ni. Umm, mungkin nak terjah Taman Tema Tambun dan juga Ipoh. Hik3, special project coming soon.

Tepuk dada, tanya selera. Tak salah sambil menyelam sambil minum air tapi seboleh-bolehnya, biarlah kena dengan caranya. Lain padang, lain belalang kan? The Grass is Not Always Greener on the Other Side . Myself, I'm happy with the grass on my side.

*Are u the Next Millionaire? Umm, yes I Am ...Hik3 ...

P/s : Planning nak buat "Big Contest" dalam masa beberapa bulan lagi. Agak-agak , ada yang berminat nak jadi sponsor tak? Plan this time, i will try to make a win-win situation for the Sponsors too.

HyppTV Bloggers' Party


HyppTV nama diberi
Menonton TV menggunakan perkhidmatan Unifi teruja hati
30+ Live streaming channel banyak sekali
Ohh, sungguh teruja untuk mengetahui lebih lanjut lagi

HyppTV Bloggers' Party bakal menyusul nanti
Event menarik, sudah semesti
Saya mahu join dan mahu sertai
Untuk mengetahui lebih lanjut pasal HppTV ini, mungkin saya bakal menjadi pelanggannya nanti

Kenapa Saya Mahu Join HyppTV Bloggers' Party ini ?

1) Saya Memang Suka Join Event

Last year alone, saya telah menyertai lebih daripada 20 events yang dianjurkan bersama oleh Nuffnang. Check it out : My Top 20 Events with Nuffnang in 2010

2) Saya teruja dengan Event yang telah dianjurkan Oleh TM i.e. TM Everyone Connects Birthday Bash

Memang teruja join event ini. One of the best event yang saya sertai tahun 2010. Umm, siap dah pre-apply untuk Unifi, tunggu coverage muncul di kawasan saya. Jika tiada aral melintang, saya bakal subscribe Unifi. Who know mungkin HyppTV juga?


3) Saya salah seorang Bakal Pelanggan Unifi & HyppTV

Betulke best Hypptv ni? Umm, still belum yakin...So, bila dah hadiri event ni mb i will know more dan lebih teruja untuk subscribe HyppTV. Alang-alang bila dah angkat Unifi, bolehla consider HyppTV ini juga? Tak kenal tak cinta, so, choose me dan mungkin saya akan jatuh cinta dengan HyppTV dan subscribe to it.

4) Saya akan hasilkan entry yang terbaik berkenaan Event dan tentang HyppTV nanti

Action speak for itself. Last year, saya telah memenangi Post Event for Astro B.yond Bloggers Night  entry dan memenangi Hadiah LG HDTV. Saya akan cuba hasilkan entry yang terbaik. Win-win situation, disamping buat entry, dapat mempromosikan HyppTV sekali. Setiap entry yang saya hasilkan tentang event yang hadiri sebelum ini, memang saya cuba buat yang terbaik.

5) Janji Akan dikota

Setakat ini, rekod kehadiran saya untuk event yang dijemput adalah >90%. Hanya sekali saya tidak menghadirkan diri untuk event yang telah dijemput. When i say yes to attend, i will put 100% effort to attend it.Number count rite, the more the merrier, and i will surely make it merrier. Enough said, saya memang berminat untuk hadiri, dan akan cuba yang terbaik. 

Kalau saya dijemput, umm, kalau tiada aral melintang saya akan dress up seperti :

Trace Adkins ( Finalist the Celebrity Apprentice)

HyppTV Bloggers' Party bakal menyusul nanti

Jemputla saya, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahi
Sungguh teruja dan termimpi-mimpi
Wanna be part of it sudah semesti

April 26, 2011

Jealouss Tahap Gaban!!!

Gambar Ex-GF Eyriqazz 
Comelnya
Awek Melromeo (hik3)
Indahnya Alam Ciptaan Tuhan
Broga Hill

Memang saya Jealousss Tahap Gabann!!. Gambar Cantik Gilerr. Memang terror Mamat ni ambil gambar. Buat saya makin teruja untuk Memiliki DSLR. Oh, by the way, credit picture dan mamat yang dimaksudkan itu adalah : http://edbudakkechik.blogspot.com/

*What's My Berry? Umm, Can I Choose Halle Berry? http://bit.ly/fzEJP5

P/s : Bro, nak tempah perkhidmatan ambil gambar time Birthday Alisya bulan 6 nanti boleh? Kalau berminat, kasi quotation ya...Hik3,memang teruja tengok gambar2 yang bro ambil tu..Kamera apa yang bro pakai sekarang ya?
Related Posts with Thumbnails