August 29, 2011

Berbuka Puasa 4 Keturunan

Semalam, atuk dan nenekku adakan majlis berbuka puasa. Khas buat anak-anak, cucu, dan cicitnya. 4 Keturunan lagi. Semoga Atuk & Nenekku terus panjang umur dan menimang cucu/cicit lagi.


Juadah yang disediakan. Menyelerakan....
Daging Gulai, Ayam Masak Merah, Sayur kacang, Telur Masin, Sayur nangka..

Memang sedap masakan nenekku yang dibantu dengan anak-anak/menantunya yang lain. Masakan kampung dan masakan nenekku semestinya lebih sedap dari masakan di restoran/gerai makan. Siap tambah 2 kali lagi saya.


Kuih Muih

Jemput Makan. Bila makan ramai-ramai tentu lebih menyelerakan

Pakcik Makcik dan Sepupu2ku

Atukku bersama Cucu2nya dan Cicit Sulungnya (Alisya)
Semoga Atuk terus dipanjangkan Umur....Pzzz...Bila atuk nak berhenti merokok ni?

Berbuka Puasa 4 Keturunan enak sekali
Hubungan dieratkan yang jauh didekati
Air dicincang tidak akan putus sudah semesti
Semoga kemesraan terjalin kekal abadi

Gelagat Alisya Menjelang Raya



Amcam,Cantik tak saya berkacamata?

Senyum,senyum...
Anak Papa

Kedai Gunting Rambut Adik Bongsuku di Kampung Rhu Rendang, Marang

Alhamdulillah, sambungan dari entry INI . Balik kampung ni sempatlah terjahi kedai gunting rambut adik bongsuku . Dia join buka business dengan salah seorang abangni. So, on the way pulang dari Bazaar ramadhan sempatlah singgah sekejap :


Kedai Gunting Rambut Adikku, Rhu Rendang. Tak jauh dari Masjid Kg. Rhu Rendang

Adikku tengah guntingkan rambut pelanggan

Alhamdulillah, dekat nak raya ni, murah skit rezeki adik bongsuku ni. Berpusu-pusu orang datang nak gunting rambut, sampaikan jiran-jiran kat rumah pun ada anak-anak yang datang mahu gunting rambut sekali. Syukur, rezeki raya buat adik bongsuku.



Haa, Hargapun berpatutan. Dalam RM7-8 je untuk dewasa. Kedai gunting ada aircond.

Sebelum terlupa, untuk lelaki saja. Pernah perempuan datang nak guntingkan rambut

So,bagi pembaca yang duduk terengganu, sila-silalah berkunjung ke kedai Gunting Adik saya ni. Tolong promote2kan sekali...Kedai gunting dibuka dari pukul 11 pagi sehingga malam. Jemput-jemputla berkunjung dan bawa sahabat handai ya...

UPDATED - Adik saya kini telah membuka Kedainya sendiri. Lokasinya :

Sebelah Shell Rhu Rendang @ Sebelah Kedai RM2
Kampung Rhu Rendang, Marang, Terengganu...

Jemput-jemputla singgah ke kedai baru adik saya ya..Adik saya tidak bergunting rambut lagi di kedai di atas...

August 28, 2011

Bazaar Ramadhan Marang, Terengganu

Dah berada di Terengganu ni, semalam sempatla terjahi Bazaar Ramadhan Marang, Terengganu. Fuhh, walaupun dah ramai peniaga yang tidak berniaga, tetap meriah. Makanannya pun memang menyelerakan :


Still Meriah

Gerai Roti John Pakcik ni dikerumuni ramai. Isteri sempat beli sebiji, memang sedap

Air sudah kemestian di mana-mana Bazaar Ramadhan

Ayam Percik, Ayam Madu. Memang sedap

Ayam Golek

Kuih Muih yang pelbagai rasa dan murah-murah

keropok Lekor. Tertunailah hasrat di hati..Perghh..terbaik keropok terengganu

Satar dan Otak2..Pun sedap

Donat untuk Alisya. Agak-agak KL ble dapat ke 3 biji RM1?

Pau Kacang RM1 4 biji

Rambang mata dibuatnya

Pulut Lepa @ Pulut Panggang..Sedapp

Namun sayang, hasrat di hati nak pekena NekBat, Sotong Sumbat tidak kesampaian. Tiada yang menjualnya time saya terjahi ni.Yerlah, dah penghujung ramadhan.

Puas hati dapat terjahi Bazaar Ramadhan di Terengganu. Bandingkan dengan Bazaar Ramadhan di KL? Umm, in term of harga dan rasa,semestinya, di sini lebih sedap dan puas hati...

Rezeki Penghujung Ramadhan


Alhamdulillah, rezeki penghujung ramadhan. Balik rumah, di kampung halaman dapat tumpang Wifi Jiran. Boleh tahan juga lajunya. First day sampai terengganu, buka e-mail,syukur,ada e-mail hangat. Rezeki berblogging. 

P/s : Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Tapi bila minat disusuli dengan Usaha, InsyaAllah, akan ada hasilnya...

August 27, 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011



Jom sama-sama join Contest ini .10 pemenang X RM100 each. Lumayan tu. Jom sama-sama join contest.More info SINI

P/s : Kalau nak tinggikan peluang sama-sama memenangi, first entri tu boleh ambil salah satu dari 3 entri pilihan eyriqazz...Sharing is Caring, bila bekerjasama, masing-masing berpeluang lebih tinggi untuk menang kan? Good Luck to All...

Sudah Sampai di Terengganu, Kampung Halamanku


Alhamdulillah, sudah selamat sampai di Terengganu, kampung halamanku. Gerak dari KL pukul 7.00 malam, berhenti berbuka puasa dan rehat beberapa kali di R&R,akhirnya sampai di rumahku pukul 2.30 pagi.Nasib baik jalan tak jem mana semalam. Cuma, ngantuk la juga skit bawa malam-malam. Hik3, soo, bila mengantuk kenalah berhenti dan segarkan badan kan?

P/s : Berhati-hati di jalanraya buat yang bakal pulang ke kampung harini. Bawa kereta tu, Ingatla orang tersayang. Biar lambat, asalkan selamat.

August 26, 2011

Selamat Hari Raya Dari Eyriqazz Sekeluarga

Selamat Hari Raya dari saya
Semoga disambut dengan bahagia
Yang pulang ke kampung bawa kereta berhati-hati ya
Ingatlah orang tersayang yang kita bawa sama

Maaf Zahir dan batin dari saya
Tersilap kata dan bahasa
Saya hanya manusia biasa
10 jari disusun maaf dipinta

Hari raya disambut gembira
Bagi yang tak dapat bercuti,sabar-sabarkan la ya
Tentu ada hikmah di sebaliknya
Tahun depan, InsyaAllah dapat pulang ke kampung tercinta

Semoga Hari raya kita berbahagia dan gembira
Bersama keluarga raikan ia
Moga panjang umur dan murah rezeki hendaknya
Selamat Hari Raya Buat Semua

*Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin especially buat some readers yang hantarkan e-mail untuk kad raya dan tak sempat eyriqazz menghantarkannya-

Goody Bag dari Mamee Penemanku Balik Kampung

Comelkan Goody Bag Mamee Berbentuk ketupat ni?
Banyak Jajan dan makanan ringan di dalamnya

Hik3,bolehla menjadi peneman kami pulang ke kampung halaman malam nanti. Mesti agak 'jem' juga rasanya pulang ke kampung. Dah jem-jem tu bolehla makan jajan ni menemani/kurangkan rasa mengantuk...Hik3, thanks mamee for the goody bag..Dapat dua lagi....


Sweetnya Ucapan Hari Raya Buat Eyriqazz

Huk3, terharu bila melihat Ucapan Hari Raya dari anak Skandal terbaru Fasha Sandha. Check it out Here. Memang sweet dan menyentuh hati :


Selamat Hari Raya Eyriqazz
Thanks Najuma @ Anak Je Jai, nanti jemputla datang beraya rumah Uncle Eyriqazz, eyriqazz kasi duit raya ya..

Oh ya, Babah cakap kat Uncle eyriqazz, Norjuma good girl puasa tahun ni. So, babah cakap kat Uncle Eyriqazz, tahun ni babah nak kasi RM100 duit raya buat Norjuma. Nanti Norjuma claim dengan Babah @ Je Jai ya....

Once again ,thanks bro Je Jai...have a nice journey home. Raya ni bawa pulang Kakak Fasha tak ke kampung? Hik3...

August 25, 2011

Jom Join MySelangorStory 2011

MySelangorStory 2010 Masih kekal dalam Memori

Jom Join MySelangor Story 2011. Event yang menguja buat bloggers kini muncul kembali bagi sesiapa yang mahu join contest travel di tempat-tempat menarik sekitar Selangor, berblogging dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Travel Period 28 September – 02 October 2011. Contest Travel yang dianjurkan oleh Tourism Selangor ini pasti menjanjikan seribu satu pengalaman yang sukar dilupakan di dalam memori.

Pengalaman saya menyertai MySelangorStory2010 memang menguja [ Klik Sini ]. Pengalaman sukar dilupakan sampai bila-bila especially Persahabatan yang dibina  serta melawat tempat-tempat yang menarik di Selangor. The best tempat rasanya bagi sata ketika melawat Haji Dorani Homestay. Suatu pengalaman yang sukar ditukar ganti.

Lebih gembira, bila turut memenangi Most Interactive Blog .Memang manis...

Hadiahnya memang mempesona.Ada yang sudah diguna, diberi hadiah buat orang tersayang, di give awaykan, cuma satu je Voucher Hadiah Tropicana medical check up masih belum terima. Teringin juga nak buat check up. Takperlah, kalau ada rezeki,tak ke mana kan? . Tahun ni tentu hadiahnya lebih menarik rasanya.

Memang teruja nak join serta juga tahun ini, namun apakan daya, faktor kerja, masa dan keluarga membataskan untuk turut serta tahun ini. Korang yang free, bolehla join sekali di http://www.myselangorstory.com/ . Cepat-cepat, dateline untuk hantar submission anda pada  2 September 2011, 2359hours (GMT +8:00).

Sebelum terlupa, sedikit teguran buat pihak penganjur especially Tourism Selangor. Firstly on timing hantar submission rasanya kurang sesuai. Yerlah, ramai tengah sibuk untuk berpuasa/beraya. Tak sempat nak buat entry/video untuk join "Contest Travel" ini. Feedback dari rakan-rakan bloggers especially.

2ndly, on promosi. Pengalaman dan Contest menarik, cuma rasanya promosi masih kurang berkesan. Tak ramai bloggers yang tahu Pasal MySelangorStory 2011 ini. Feedback dari salah seorang guest writer di Eyriqazz.Com :

"Bagi memastikan lebih ramai peserta bagi tahun 2011, adalah wajar jika hebahan tentang kontes ini dijalankan dengan lebih meluas dan  besar-besaran dan lebih praktikal peserta-peserta kontes yang pernah memenangi My Selangor Story 2010 sama-sama mempromosikan My Selangor Story 2011.  Dengan ini saya percaya, akan lebih ramai blogger yang akan tertarik dan ternanti-nantikan kontes ini."

My suggestion, approach Nuffnang as mereka mempunyai lebih dari 100 ribu bloggers di bawah mereka/berpuluh ribu bloggers sekitar KL/Selangor dan promosi di sana tentu akan memberikan impak yang besar bagi mempromosikan MySelangorStory 2011 ini.

Lastly, satu inisiatif yang bagus dari Tourism Selangor bagi mempromosikan Tourism di Selangor dan juga memberikan peluang kepada bloggers untuk travel di tempat-tempat menarik di Selangor yang semuanya disponsor.


MySelangorStory 2010 event yang menguja
Masih mekar dalam ingatan, takkan ku lupa sampai bila-bila
MySelangorStory 2011 kini muncul pula
Inilah giliran untuk anda mencuba nasib dan menikmati pengalaman yang sukar didapati di mana-mana

Terjahi http://www.myselangorstory.com/ untuk lebih lanjut

Saya Mahu Pulang

Ho ho... Balik kampung  (credit picture to Myfr3ak )

kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi… sepi.. dan sendiri aku merindui
Aku ingin pulang ke kampung, aku ingin pulang beraya

Ho,Ho,Ho Balik Kampung
Yeyyy, Besok pulang ke kampunggg.....Windu,windu kampung halaman

Jom Join Skim Cepat Kaya Eyriqazz.Com

Jom Join Skim Cepat Kaya Eyriqazz.Com

Meh, meh ,jemput-jemput join Skim Cepat Kaya Eyriqazz.Com. Xperlu buang masa, hanya perlu cari downline seramai mungkin.Kata orang, the more,the merrier kan? .

 Produknya adalah "Gambir Sarawak dari Towkey Gambir Sarawak @ Je Jai ". Tak jual gambir sarawak pun takpe, asalkan dapat cari downline yang boleh dilanyak seramai mungkin.Dah memang tugas downline cari duit untuk upline kan? . Inilah skim Cepat Kaya untuk semua dengan tagline " Member Lanyak Member"


Alah, setakat tunjuk duit di tangan, eyriqazz pun mampu..

Hik3, just kidding. Bergurau je...Nak nasihatkan jangan mudah percaya dengan skim cepat kaya yang tunjukkan duit, kereta mewah etc.Aksi je lebih tu..Kalau betul-betul kaya, ramai yang sempoi je. Contohnya Abang Ensem.Nampak macam boleh Paww, rupanya "Jutawan Hartanah". Kalau betul banyak duit n boleh buat banyak income dengan skim cepat kayatu, Meh tunjukkan eyriqazz CCRIS report dan salinan geran kereta, S&P rumah yang telah dibeli? Ada berani??

Sekadar selingan, ini duit raya amanah orang. Bahagian eyriqazz, tak sampaipun RM1K tu..Hik3...Wanginya Bau duit Raya...Duit baru laa katakan..


Ok,cukup2..kena sambung tolong Isteri asing-asingkan duit raya

P/s : Syoknya kalau dapat duit raya kan?

August 24, 2011

Wordless Wednesday #13 - Wanginya Bau Duit Raya



Berbuka Puasa di Restoran Bangkok House De Palma Hotel Shah Alam

Berbuka Puasa di Restoran Bangkok House De Palma Hotel Shah Alam

Special thanks diucapkan buat Madammondoq dan Restoran Bangkok House kerana menjemput saya sekeluarga berbuka puasa di sini semalam. Memang teruja,trafik jam pun kami redahi. Elok-elok sampai sana lebih kurang 5 minit sebelum berbuka puasa. Jom terjah :


Bubur kacang, bubur pulut hitam, dan Kerabu Mangga yang menggiurkan
Lauk-lauk ala Thai yang memang membuka selera dan sedap. Nyam2...
Kerabu Mangganya menjadi pilihan saya.Indah khabar, Indah rupa
Nasi Kerabu, Sambal Belacan....Wifey memang penggemar Nasi kerabu
Cucur udang
Pilih-pilih. Dah orang sponsor, kenalah makan puas-puas.
Sayur-sayurnya pun sedap juga
Inilah Pinggan Pertama saya. Nasi goreng+lauk..
Sedap juga..Saya kasi rating 8/10
Abang Ensem sekeluarga, Je Jai/Isteri dan family Eyriqazz satu table. Meriah dapat jumpa

Overall, memang puas hati. Pelbagai pilihan. Makanan pun sedap-sedap belaka. Check Out Entry INI juga perkongsian menarik terjahi restoran ini dengan gambar-gambar yang lebih menguja (Fuhh,memang jealouss..nak DSLR!!!)

Kaum Hawa bergambar pula. Ewaah, baju biru tuu 'feeling-feeling artis gitu'
Rozita Che Wan gelaran diberi oleh Abang Ensem kepada si baju biru tu..
Jejaka-jejaka ensem pun nak bergambar juga
Bloggers bergambar bersama pemilik/Manager restoran Puan Farah Hassan @ Kanda
Promosi menarik sempena berbuka Puasa di Sini..RM39+ untuk dua orang di cawangan PJ
RM45 Nett Cawangan Shah Alam
Lokasi Shah Alam :
Restoran Bangkok House
De Palma Hotel, Jalan Nelayan 19/15
Persiaran Jubli Perak
Seksyen 19, Shah Alam,Selangor
Phone No : 03-55428080
Facebook Page :
Bangkok House Restaurant

Sebelum terlupa, Restoran Bangkok House turut akan membuka cawangan barunya akhir bulan September nanti di

Sunway Giza Mall, Kota Damansara

Once again, thanks Madammondoq dan Restoran Bangkok House for the invite. We enjoy it, makanan pun memang terbaik. InsyaAllah, one day akan kami singgahi lagi .
Related Posts with Thumbnails