October 31, 2011

Blog Pilihan Oktober 2011

Final day di bulan Oktober 2011, inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk Bulan ini :



1) Kak Jie - Hidup Biar Sedap. Penulisannya memang santai dan menjadi terjahanku hari-hari. Banyak juga berkongsi tips yang menarik yang boleh dipraktikkan oleh bloggers. Sifu dan Seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia blog. Kalau mahu belajar apa itu erti sebenar dan etika seorang blogger, blogger ini memang saya rekomenkan. 
P/s : Kak Jie, bila nak jemput ke rumah?

2) ZackZukhairi - Realiti Konspirasi. Apa yang saya boleh katakan, penulisannya mampu menarik ratusan komen dan menggiurkan Sang Pria. Salah seorang blogger yang cukup berpengaruh. Tengok sajalah followernya, berpuluh2 ribu. Sayang, dah lama tak update namun saya tahu tentu ramai yang menanti-nanti entry terbarunya termasukla eyriqazz sendiri.


3) Marya Hana - Eyriqazz cukup kagum dengan gambar-gambar yang diambil di blognya. Membuatkan saya semakin teruja untuk turut memiliki DSLR. Perkongsian entry pun bersahaja, membuatkan santai membacanya.

P/s : Kalau eyriqazz nak beli DSLR, jenama apa yang Marya rekomenkan ya?

Hazman Fadzil @ http://hazmanfadzil.com

4) Hazman Fadzil  - Seorang blogger yang tengah mengumpul duit untuk meminang Lisa Surihani or Rozita Che Wan. Food blogger, melihat entry-entry dan gambar makanan di blognya cukup untuk membuatkan terliur dan terasa lapar. Juga salah seorang yang membuatkan hati saya makin teruja untuk memiliki DSLR.

P/s : Saya cadangkan bro tukar header, kasi lebih "Ummph" n nampak lebih menggiurkan...Alaaa,Je Jai sure terror redesign balik.

Lilianna Mardiana @ http://www.dangobunny.com/

5) Lilianna Mardiana  -Skema Itu Hot.Umm,memang hot orangnya. No wonderla Cimon@rakan seofis eyriqazz selalu terjah blog ini. Masa mula-mula singgah blog ini, mati-mati eyriqazz ingatkan Si Lilianna ini ada talian persaudaraan dengan Hanis Zalikha. Banyak berkongsi tips kecantikan dan "Beauty with The Brain".


P/s : "Skema Itu Hot, Tak Skema Hot juga tak?

Respekla Sama Lu Jiran


Semalam Jiran Eyriqazz kahwin. Berbangsa Cina. Dah lama membujang duduk sorang-sorang. Tak sangka pula tetiba kahwin. Tak jemput jiran sendiri pulak tu. Hik3, just kidding. Orangnya memang kaya, ada kereta Mercedes, kerja pun bestt...

Yang membuatkan eyriqazz respek sama dia adalah time dia buat Majlis Makan Kahwin.Simple je. Buat di Kondo eyriqazz tinggal di tepi2 balkoni tu. Sewa catering simple2, letak kerusi. Jemput saudara mara,rakan2 makan2.Gambar2pun ambil sendiri, takdelah nak tempat photographer mahal-mahal. Meriah tetap meriah, jemputan tetap ramai yang hadir.

For me, ini bukannya kedekut tapi berjimat. Nak buat apa buat majlis kahwin grand-grand tapi hutang kahwin anak dua tiga pun blom habis bayar? (tunjuk jari kat diri sendiri, walaupun majlis kahwin takdela grand,hutang kahwin sampai skang tak habis bayar).  Memang patut ditukar pepatah melayu ini "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Adat perkahwinan yang memberatkan pihak lelaki especially ( Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin) .Patutla semakin ramai yang melewatkan perkahwinan dan gejala buang anak, maksiat semakin berleluasa. Nak kahwin payah, tak tahan dengan godaan nafsu, banyakla perkara yang buruk terjadi.

P/s : Seronok dengar cerita Abang Ensem time dia nak kahwin n ranjau dia untuk berkahwin especially part kewangan, memang saya respek habisss..Umm, nak saya ceritakan ke? Abang Ensem, boleh cerita ke?

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kahwin Lain?

Sepakat Membawa Berkat..Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kahwin Lain? No, No, No....Jangan amalkan yang last tu...

P/s : Monday Blues, Selamat Memulakan Hari Bekerja....

October 30, 2011

(Teaser) Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night

Pulang je dari Dept Teambuilding 5.30 petang semalam di Golden Palm Tree Resort, Sepang ,terusje bergegas ke Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night. Sorry, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, i just came as myself, tak sempat nak sewa kostum etc. So, teaser first :



Meriah

Slogan Terbaik Will Win IPAD 2.. Yey, I won IPAD 2 again...Hik3, just kidding
Adam C, MC of the night

With Captain America . Honestly, i feel this guy should won "Best Dress"

Jom Cari Siapa Culik Kak Limah. Ehh, Kak Limah 2 dah nak kuar ke?

Temptation, temptation...Astro B.yond HD dah ada, Astro B.yond PVR memang menguja, IPTV bila pula?

Lucky,lucky..Menang RM500 Jusco Voucher.
Finalist Best Dress Women

Finalist Best Dress Men

Fuhh,ramainya orang

Nuffies + Astro Staff
Geng-Geng Bas Sekolah

Thanks Nuffnang and Astro for the Invite.

Awas Lelaki Malaysia, Wanita Enggan Keluar Dengan Anda Jika Poket Kosong...

Girl/Guys, amcam, setuju tak dengan Statement ini?
Wanita : No Money, Sorry,sorry, jangan dekat dengan kami...
Lelaki : Lautan api sanggup ku renangi, tapi duit dalam poket 'so-so' lagi...

P/s : Kalau mahu 'date' lelaki yang duit berkepuk-kepuk di dalam poket, saya rekomenkan Mamat INI : http://bit.ly/hZbv6I

Sketsa Hidup Bermadu


Ibu,Ibu, Adik nak jam tangan. Ibu, Ibu, Abang pun nak. Si Ibu buat tak tahu dengan permintaan si Anak.

Si Anak yang kecil yang mungkin kecewa mencari -cari...

Ummi, Ummi, Adik nak jam tangan....Abang pun anak.. Si Ummi yang masih mendukung anak kecil sekadar meleretkan mata kepada Si Ibu.Maybe minta tanda persetujuan.

Si Bapa di sebelah sana yang nampak agak garang buat "dunno" je. Inilah sketsa hidup bermadu.Jumpa mereka di My Mydin ketika shopping tadi. Sweetnya, Si Suami bawa both Isteri dan anak-anak shopping sekali. Bukan mudah nak jumpa situasi sebegini kan?

P/s : Wajah yang nampak garang jangan disangka tidak mampu memikat hati si wanita. Tengok sajela si Je Jai, nampak garang, tapi dalam hati ada taman, kalau dek bukan kerna takutkan si Isteri, mungkin sudah 2-3 dipasangnya termasukla Fasha Sandha dan Rozita Che Wan...Hik3...

October 29, 2011

Nuffnang Sentiasa Mengembirakan

Sedih dan kecewa. Terengganu tewas di tangan Negeri Sembilan Final Piala Malaysia. Namun, didalam kesedihan ada kegembiraan bila buka email. As always, Nuffnang tidak mengecewakan dan menjadi penawar time-time sebegini :


Alhamdulillah, Rezeki Anak

Tiada Aedes, Tiada Denggi

Kecil-kecil cili padi. Kecil-kecil merbahaya sekali. Itulah yang boleh dikatakan tentang Nyamuk Aedes, pembawa utama kepada Demam Denggi. Rakan seofis dan kakak ipar saya pernah kena demam denggi dan dimasukkan ke hospital beberapa hari.Demam panas,sengal otot, dan tidak bermaya. Memang sedih bila mendengar pengalaman mereka. Sehingga sekarang masih belum ada lagi vaksin untuk demam denggi ini.

Apa Itu Demam Denggi?
- "Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya."
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


Tanda-tanda demam denggi antaranya demam berterusan selama 3 hari dengan suhu boleh mencapai 40C, sakit sendi, gatal-gatal, keradangan ,pendarahan pada kulit ,Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), dan pelbagai lagi bergantung kepada pesakit.


Kebiasaannya macam kes rakan sepejabat dan kakak ipar, ianya akan sembuh selepas beberapa hari dengan  makan ubat seperti yang disarankan, banyakkan minum air kosong , minum 100Plus ( umm, partni belum ada kajian saintifik lagi), dan mengikut nasihat doktor. Namun, denggi ini lebih berisiko tinggi kepada kanak-kanak terutamanya kerana daya tahan melawan penyakit belum lagi sekuat orang dewasa.


Berdasarkan Sumber dari TV3, untuk enam bulan pertama tahun 2011 , Kes Denggi Menunjukkan Penurunan yang memberansangkan hasil daripada kempen yang berterusan dan kesedaran orang Ramai.



Bagus dan ianya perlu diteruskan.Kata orang , mencegah lebih baik dari mengubati. Bagi ibu dan bapa, langkah pencegahan bolehla dilakukan dari rumah lagi especially buat mereka yang tinggal di rumah yang bertanah. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga antaranya musnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar-tayar kosong yang terbiar, dan letakkan abete(racun membunuh jentik-jentik) di bekas jambangan bunga.


Antara langkah lain yang kami ambil especially pergi ke tempat yang jarang dikunjungi/bercuti, kebiasaannya kami menyapukan Pureen Rekito buat Alisya . Alhamdulillah, setakat ini berkesan dan jarang kami nampak kesan gigitan nyamuk di badan Alisya.



Selain daripada itu, masyarakat perlu memainkan peranan juga antaranya mengadakan gotong royong dengan lebih kerap especially di tempat yang menjadi pembiakan nyamuk Aedes, kempen kesedaran, menjaga kebersihan/tidak membuang sampah merata-rata dan juga saling mengingati antara satu sama lain. Platform blogging ini juga boleh digunakan bagi berkongsi informasi tentang Bahayanya Denggi dan langkah-langkah yang boleh diambil.


Langkah pencegahan perlu dilakukan oleh setiap individu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Mencegah lebih baik dari mengubati.Wujudkan persekitaran yang lebih bersihdan sihat bagi menjamin kesihatan bersama. Dari rumah ianya bermula, di sekolahpun boleh dilatih sama, masyarakat berganding bahu, dan ianya akan lebih mudah bagi mencegah demam denggi ini.

Jadi, marilah sama-sama berganding bahu bagi mencegah demam denggi kerana ianya adalah tanggungjawab bersama.


Tiada Aedes Tiada Denggi
Walaupun kecil, si cili padi
Bersama kita mengambil langkah mulakan dari diri sendiri
Mencegah itu lebih baik dari mengubati 


Jom Ganyang Aedes

Lebih informasi berkenaan pencegahan dan membasmi Demam Denggi ini bolehla terjahi laman web ini : http://www.gayahidupsihat.my/

October 28, 2011

Kredit Kad | Ah Long Yang Sangat Senyap


"Kredit Kad | Ah Long Yang Sangat Senyap" - Bean Moreno-

Jom tengok komen terpilih, apa kata readers berkenaan " Say No to Credit Card"

kena ada satu - at least...
untuk emergency mcm masuk hospital... klu pegi hospital gomen... ok la... klu private dia minta deposit... mana nak cari masa tu... - EjaMaria-

selama mengenal dunia pekerjaan hampir 5 tahun ni, belum pernah terfikir nak guna kredit kad. Alhamdulillah hidup masih lg mewah tanpa terasa beban hutang. pucuk pangkalnya kita kene pandai mengawal perbelanjaan. For emergency case, sy ada simpanan khas tuk emergency jer. thrugh debit card. tak payah pening kepala - Syuq-

kalau ada pilihan lain, better say no to credit card. pada awalnya memanglah niat untuk guna credit card pada masa kecemasan. tapi jika salah percaturan, masalah besar pulak menimpa.

yang penting: educate diri untuk kawal perbelanjaan. - Azelyusoff-

kredit kad adalah sejenis leverage..it is our choice to use it at our favor atau abuse it. kredit kad membawa keburukan kalau kita tak pandai nak manage penggunaannya..

apa pun pada saya kredit kad adalah keperluan jugak zaman sekarang..tapi kalau tak pandai nak manage baik jangan guna.. - Rai

BANYAK KEBURUKKAN KALAU TAK PANDAI NAK MANAGE KAD KREDIT NI .. BOLEH JADI MUFLIS

sebagai salam seorang pengguna kad kredit sejak tahun 2007 memang banyak bawa keburukkan dari kebaikkan.. kebaikkan kalau kecemasan leh guna untuk buat bayaran.. tapi keburukkan bila dah terlupa dan terlalu taksub shopping berlebihan.. GAJI UNTUK SEBULAN SEMUA HANYA BAYAR KAD KREDIT JE.

Pengalaman mengerikan apabila Gaji sebulan saya di Tahan dan terpaksa dipotong semuanya gara-gara Kad kredit tertunggak tidak dibayar..

Baki yang di tinggalkan hanya RM1 sahaja.. nak makan apa kalau duit tinggal RM1 untuk satu bulan..

SETUJU dengan EYRIQAZZ " Say No to Credit Kad"" - Myvitrd -

saya ada satu kredit kad,untuk kemudahan beli tiket flight.Tapi malangnya saya di antara yg tak bijak mengurus..setakat ni saya bayar minimum je tiap2 bulan..hmmmmm - Norinaomar -

kredit kad ni mmg berhantu. salah guna, padah menunggu..

tapi kalo bijak mengawal, insyaAllah selamat.. - JMR -


Tepuk dada,tanya selera. For me, berdasarkan pengalaman, tak ramai yang mampu menahan temptation kredit kad dan membuat pembayaran secara penuh setiap bulan. Enough Said, Mencegah Lebih Baik dari Mengubati...Jangan jadi salah seorang yang terbeban dengan hutang kredit kad.

October 27, 2011

My Nuffnang Story


My Nuffnang Story. Umm, dimanakah harus saya bermula? Terlalu Indah dan Gembira pengalaman bersama Nuffnang yang sukar diluahkan dengan kata-kata. 2 tahun lebih bersama Nuffnang, I really enjoy it. Rasanya biarlah gambar dan entri-entri sebelum ini menceritakan kembali "My Nuffnang Story".

Contest Pertama yang saya menangi bersama Nuffnang, Hadiah bernilai RM1,100

I Won the 3rd Prize for Project Alpha Blogging Contest


Event Pertama yang saya Join Bersama Nuffnang

Blogger Pertama yang saya jumpa In real Life, Je Jai
Now, terus kamceng 

Moving forward, more entries, lebih aktif bersama Nuffnang, lebih Income bersama Nuffnang, Lebih banyak event yang menguja saya joini bersama Nuffnang. 

Anak Isteri pun turut berpeluang Join Sekali
Wish list : More event for Parenting Blogger

One of the main reason I remain loyal/stick with Nuffnang : Staff Nuffnang yang Peramah
Persahabatan Yang Dibina Mostly Melalui Event yang Nuffnang anjurkan

Tak lupa juga, hadiah menarik yang dimenangi dari Contest bersama Nuffnang :

Selain daripada Hadiah di atas, tahun ini turut dimurahkan rezeki Contest bersama Nuffnang. Memenangi Pakej Percutian ke Kota Kinabalu Sabah, IPAD 2, Best Dress HyppTV event, dan juga subscription to Astro B.yond PVR selama setahun.

Other recognition dan peluang yang sukar dicari ganti antaranya :


                           Live Blogging - Gatsby Deodorant Street Fair-
Berpeluang Berjumpa dengan Top Bloggers
** Nuffnang should do more often in the future
Dijemput Sebagai Guest Blogger, Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam
Salah Seorang Pioner Nuffnang Glitterati Plus


The best Part :




It didn't stop there. For me, sebagai blogger ni kita sama saja. Popular or tidak, berpijakla di bumi nyata. Kepopularan itu boleh hilang sekelip mata.Apa lah sangat "kepopularan seorang blogger?". Namun jika kita 'humble dan terus pada prinsip, Humility in Oneself, Respect for Others', InsyaAllah, orang disekeliling kita pun lebih selesa dengan kita.

Ranjau dan duri bersama Nuffnang pun ada, antaranya :


Sayapun almost meninggalkan Nuffnang ( Selamat Tinggal Nuffnang ). Namun manakan mungkin semudah itu saya meninggalkan Nuffnang apabila entry itu pun Nuffies yang pertama mengomennya. Hanyalah entry hangit. Honestly said i really, really, and I Love Nuffnang.

Income? Umm, tepuk dada,tanya selera. Tanya diri anda, apa yang anda mahukan. Peluang dan pilihan terpulang kepada diri sendiri. Myself, saya gembira dengan Side Income bersama Nuffnang disamping peluang lain yang sukar dikecapi andainya saya memilih yang lain. 


Yes, saya bukan blogger Jutawan. Saya bukan blogger Popular. Saya bukannya Kacak dan mempunyai badan yang ketak-ketak. Namun saya mampu express myself dan Nuffnang tidak menilai saya mengikut faktor di atas. Syukur dengan rezeki 3-4 angka sebulan bersama Nuffnang. Tepuk dada, duit masuk, Investkan untuk masa depan dan juga on Special Occasion bolehla belikan hadiah untuk yang tersayang , i.e. :


My Nuffnang Story, sekarang ini betul-betul teruja untuk turut serta di salah satu event yang dinanti-nanti yang bakal dianjurkan oleh Nuffnang iaitu :

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 yang akan diadakan pada 16 December 2011, Putrajaya Marriot

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott." - More Info dan berpeluang turut serta di event ini, terjahi SINI -

Yes, i really wanna join this great event. Dua tahun lepas di Singapura, tidak sempat join coz masih baru dan kurang yakin lagi. Now, memang taknak lepaskan peluang ini. 

This is My Nuffnang Story, How About you?

Say No to Credit Card


Saya mula menggunakan kredit kad semenjak saya berusia 21 tahun (zaman belajar) sehinggalah sekarang. Rasanya sudah lebih 10 jenis kredit kad yang saya gunakan sepanjang 8 tahun ini. Balance transfer, easy payment dan pelbagai lagi sudah saya praktikkan.

Umm,pandangan peribadi, especially di zaman ini apabila kos sara hidup semakin meningkat, kredit kad lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Sayapun bercadang untuk cancelkan satu kredit kad dan remain gunakan satu kredit kad in case of emergency.

Buat pengguna yang tiada kredit kad, pandangan saya " Say No to Credit Kad". Ianya musuh di dalam diam yang menghakis sumber pendapatan.

P/s : Apa pula pandangan anda, Adakah Kredit kad lebih banyak memberikan kebaikan or keburukan?

October 26, 2011

Wordless Wednesday | Mama Mengidam Masakan Ketam

Related Posts with Thumbnails