November 30, 2011

Jika ada Sumur di Ladang


Jika ada Sumur di ladang, sudi-sudikanla dan bantu eyriqazz untuk memenangi Gadget Pilihan.
Hanya perlu Like, Retweet, atau G+ entry INI.

P/s :Special thanks in advance buat yang sudi membantu. Help me now, InsyaAllah, i will return the favour in the future..Just let me know..

November 29, 2011

Samsung Galaxy Note Bersama Celcom


Seperti di entry saya sebelum ini [ Samsung Galaxy Note Buat Saya Teruja ] . Yup, antara features menarik yang menambat hati saya antaranya :

  • Design dan Cool features yang memang bersesuaian dengan citarasa dan lifestyle eyriqazz
  • Boleh tulis notes, boleh telefon, boleh internet, dan pelbagai lagi.
  • Polaris Office | Serba guna especially buat banker macam saya
  • Social Hub and Reader Hub : Berinteraksi dan mendapatkan Informasi/Maklumat dengan lebih mudah. Touch it and get it...
  • S Planner | Lebih mudah untuk merancang jadual harian
  • High speed performance with Android 2.3 Gingerbread and 1.4GHz dual-core processor. 
  • 5.3” HD Super AMOLED yang mempesona. Tengok gambar dan video pun best
  • Plus banyak lagi cool features yang menarik hati saya 


Apakan daya, My Birthday Wish List ini belum tertunai lagi. Yerla, nak demand lebih-lebih dengan orang tersayang pun kenala tengok keadaan juga kan? Lagipun tentu Isteri tengah menyimpan duit untuk kelahiran anak kedua kami nanti.

Umm, nampak gayanya, kalau eyriqazz nak beli, kenalah guna duit sendiri. Psstt, kena pilih yang terbaik supaya ianya kena dengan poket dan tidak membebankan kemudian hari. Surveying around, nampak pakej  Samsung Galaxy Note dari Celcom ini boleh tahan juga :


Harga Serendah RM1,368 dengan pakej bulanan Serendah RM88

Sekarang pun line Celcom saya pun dah bayar around RM60+ sebulan. So far puas hati, coverage celcom memang merata-rata. Servis pun bagus. Dah dekat ngan billing ada reminder ke handset etc. So, alertla juga. 

Can't agree More (Credit Picture to Je Jai )

Yup, the best in your hand. Testimoni saya yang menggunakan Line Celcom semenjak saya habis belajar sehinggalah kini (5 tahun lebih), ianya memang memuaskan. Balik kampung or bercuti di serata Malaysia, line tetap ada. Kalau terlambat bayar, akan ada alert mengingatkan . Kadang-kadang Staff Celcom pun turut telefon. No wonder most of my friend using Celcom Line.Kualiti sememangnya memuaskan dan menggembirakan.

Fuhh, ni yang buat nak rembat Samsung Galaxy Note ni. The problem is, bila terjah sana, banyak pula gadget lain yang turut tergoda sama. Tak percaya, korang singgahi dan tengokla sendiri : Laman Web Celcom Smartphones.

P/s : Ohh, harap-harap Bonus tahun ni "boleh tahan Laa"..Bolehla saya rembat Samsung Galaxy Note bersama Celcom ini. Apa kata anda, sesuai tak pakej dan gadget ini bersama Eyriqazz?

November 28, 2011

Karipap Ajaib

First time jumpa Karipap Ajaib ni...Berdekatan Pasar Filipina
Sungguh kusyuk kedua-dua kanak-kanak ini menikmati Karipap Ajaib
Eyriqazz pula, begitu teruja melihat aksi mereka
Serius, ni first time eyriqazz melihat karipap sebegini dan melihat kanak-kanak ini makan ,nampak menggiurkan...

Umm, agak-agak kenapa eyriqazz panggil karipap ini Karipap Ajaib?

Hidup Biar Sedap|Salah Satu Sebab Saya Suka Kota Kinabalu


Enough Said, Seafood nya Memang Marvellous....

P/s : Jangan lupa Like kan entry ini ya...Terima Kasih.

Ole-Ole dari Sabah buat Pembaca Eyriqazz.Com


Inilah antara Ole-Ole yang eyriqazz dah beli di Pasar Filipina, Sabah. Some of this item akan diberikan kepada pembaca blog eyriqazz yang bertuah. Antara Ole-Ole ini antaranya fridge magnet, keychain, gelang Mutiara dan Keronsang. Kalau sempat beli lagi, ditambah lagi. 

Mahu Ole-Ole ini? Mudah je, jenguk entry ini camne nak menang  ---> KLIK SINI

November 27, 2011

PornMate


Hak4, entah camne boleh terkeluar gosip dan tersasul berkenaan "PornMate" ketika bergosip di FB GengTalibarut. Fuhh, Sumijelly, u really make our day laaa... Hilang sat rasa "bengang n nak marah ni"....


November 26, 2011

Kota Kinabalu, We Love U


Muka stim ngantuk
Souvenir pertama di beli di Kota Kinabalu. Monyet nangis
Jom breakfast
Lepas request, barulah dapat telur separuh masak ni

Jom Makan

Santai

Our Room, Magellan Sutera Harbour Resort
Kota Kinabalu, We Love U

November 25, 2011

What Is Truth?


Depan pijak semut pun tak mati, belakang tikam2 terasa cucuk2 dalam hati...that's part n parcel of life....Manusia banyak yang bertopeng...

Jawapan A : ahhaa lempang muka sndri nampak?

Jawapan B : aku x pnah pun chat ngn korang ..komen blog korang.ym atau twitter.. fb aku yg aku guna ni laa..dn ym ni je aku ada

Jawapan C : aku knal kak red.cik lily..jai.. staf nufnang.. anis zlikha.nara.. yg lain knal  muka je laa

What is truth? The truth is....."Lu Fikirla Sendiri"


November 24, 2011

(Gambar) Malaysia vs Syria

Inilah antara gambar yang sempat diambil semalam, Malaysia vs Syria yang berkesudahan Malaysia tewas 0-2 di tangan Syria.Masih banyak yang perlu diperbaiki oleh Team Malaysia.Maybe coz kepenatan baruje memenangi Pingat Emas Sukan SEA.


Bersama Jutawan Kacak yang Sempoi

Penonton. Umm, tak penuh Stadium walaupun tiket murah
Jalur Gemilang. Berdiri menyanyikan lagu "Negaraku"
Team Malaysia. Padang Cantikk
Chaiyok2..
Player in action. Bestnya dapat tiket VIP. Grand Stand, nampak player
Penyokong Syria

Bersama Food Blogger Fofularr

Update twitter satt..
Fuhh, kalau dpt rembat kamera warna merah tu kan syiokk kan?
Bersama Mat Joe, Broframestone, dan AbangEnsem (P/s : Jersi beli kat Stadium)
Ahh, kecewaa...2-0... Gol 2nd memang tak pueh hatii
Jom Pulang..Huk3....

Overall, ianya tetap pengalaman yang best dan menguja walaupun tewas. Special thanks to Nuffnang dan Samsung Malaysia for sponsoring the tickets.

Pemenang Tiket VIP Malaysia vs Bahrain

Seperti dijanjikan di entry sebelum INI, 4 pemenang tiket VIP Malaysia vs Bahrain , 27 November 2011 dimenangi oleh :

1) Joel Leslie
2)Ainun
3) Malek Ku
4) Mumin

Sila e-mailkan no. telefon anda ke iman1237@hotmail.com . Hadiah tiket hopefully dapatla diambil di area-area berdekatan Danau Kota, 24 November 2011 waktu malam. Preferably di Mali's Char Koay Teow, Danau Kota.

November 23, 2011

Small Contest | Ole-Ole dari Sabah


As Salam,

Eyriqazz bakal bercuti ke Sabah weekend ini. So, nak tinggikan peluang menang Contest INI dan juga nak berikan sedikit cenderahati buat pembaca, eyriqazz nak buat small Contest in advance :

Syarat-Syaratnya :

1) Buat satu entry bertajuk "Saya Mahu Ole-Ole dari Sabah" beserta permalink entry ini.
2) Like kan entry X
3) Retweetkan entry X andainya anda ada Twitter
4) klik G+ untuk entry X sekiranya anda mempunyai akaun gmail
5)Tinggalkan permalink entry anda di entry X

Tarikh tutup pada 4 December 2011.

Entry X = Gadget Impian Eyriqazz dan.........

Hadiah - Ole-ole dari Sabah. Belum pasti lagi ,tengok apa yang bakal dibeli nanti. Maybe barangan mutiara, keychain, fridge magnet, t-shirt, etc... At least 10 Pemenang (bergantung kepada penyertaan) akan dipilih melalui cabutan bertuah dicabut oleh Alisya ataupun melalui random.org.

Good Luck...

MasterChef Malaysia Semakin Menarik Hati

MasterChef Malaysia saya tontoni
Dari Episod 1 sehinggalah kini
Semakin hari semakin menambat hati
Tak sempat tengok memang saya rakamkan dengan Astro B.yond PVR mudah sekali

Yess, semakin hari semakin menarik hati. Lebih-lebih lagi apabila pengacara jemputan yang cukup saya gemari kini sudah menjadi pengacara utama. Siapa lagi kalau bukan :


Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan  (Sebelah kiri)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Anak kepada Chef Wan, salah seorang Chef @ Pengacara masakan yang cukup popular di Malaysia ini. Memang nampak kelainan apabila dia turut menjadi pengacara utama rancangan MasterChef Malaysia ini.

Kritikan yang bernas dan berkesan

Memang seronok tengok cara Chef Riz di MasterChef Malaysia ini. Menambahkan keyakinan dan juga kelebihan. Quote sikit kata-katanya " Memasak ini kenalah dengan hati yang ikhlas, kanak-kanak ini sensitif, jangan hidangkan makanan yang mentah, nanti mudah keracunan, siapa susah? "

Memang kagum dan lebih berselera untuk menonton rancangan MasterChef ini dengan kehadiran Chef Riz, pengacara kegemaran saya untuk rancangan MasterChef Malaysia ini.Walaupun masih muda, namun nampak kehebatannya dalam bidang pengacaraan, memikat hati peserta, dan juga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang bakal dikatakannya.

Peserta kegemaran saya? Ada 2 peserta kegemaran eyriqazz di MasterChef Malaysia ini :

1) Danial Firdaus

Peserta paling muda. Tengok gaya dia, teringat dekat Whitney Miller, Juara MasterChef USA musim pertama. Yup, sikapnya yang berani mencuba, tidak takutkan cabaran dan usia bukannya halangan untuk berjaya. Keep it up Danial, saya sentiasa sokong kamu.


2) Saiful, Penoreh getah

Saya pun berasal dari keluarga miskin. Saya faham dan boleh rasa kesusahan yang dialami dan cabaran yang dihadapinya. Nampak keikhlasan wajahnya dan jawapan yang diberikan setiap kali menyediakan masakan membuatkan hati ini tersentuh. Yup, Masakan akan lebih sedap apabila "Hati Kita Ikhlas". Nampak Innocent kan si Saiful ni? Good Luck Saiful.

Antara masakan kegemaran yang menjadi favourite saya, of course laa yang dimasak oleh peserta kegemaran saya, antaranya :


Bubur bersama "Schichuan" Ikan Stim

Yiezaa, saya bukan penggemar bubur. Tapi bila melihat bubur ini, hati saya memang teruja untuk merasanya lebih-lebih lagi apabila mendapat pujian dari Ketua Chef @ Chef Jo. Masakan Danial ini bikin saya tidak keruan.


Burger Kambing Kuala Penyu masakan Saiful

Fuhh, meleleh air liur ini apabila melihat masakan ini especially dengan namanya yang unik.Kuala Penyu? Memang kreatif, siapa sangka, Penoreh getah boleh menghidangkan masakan yang menggiurkan sebegini.

Up and down, memang semakin terasa debaran MasterChef Malaysia ini. Antara detik yang tidak dapat dilupakan :


Both Peserta kegemaran saya hampir tersingkir di Episod 17

Nasib baik Danial dan Saiful tidak tersingkir. Kalau tak, mahu juga kesedihan melanda. Yey, my favourite Contestant still bersaing untuk merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia yang pertama.

Turut tak dapat dilupakan apabila Zeri 'mensabotajkan' dirinya sendiri bagi menyingkirkan dirinya dari MasterChef Malaysia. For me, itu bukannya semangat juang, kalau ada masalah, biarlah keluar dengan terhormat. Apapun, mungkin dia ada sebab tersendiri yang membuatkan dia bertindak sedemikian.

Apakah Harapan saya untuk Episod MasterChef Malaysia yang akan datang

Umm, antara harapan saya yang saya rasakan mungkin boleh menghangatkan lagi dan lebih teruja untuk menontonnya antaranya :

1) Chef Wan sebagai Chef Jemputan. Pertembungan bapa dan anak. Tentu lebih meriah Chef paling popular di Malaysia turut memeriahkan MasterChef Malaysia ini.

2) Pemenang Blogger MasterChef Malaysia dijemput dan mendapat undian masuk untuk turut serta. Nampak gaya masakan pemenang pertama dan kedua turut menguja hati. Pluss, it will create more buzzz in blogging community...

3) Contest untuk memenangi hak ekslusif untuk menonton MasterChef Malaysia final.

4) Contest bersama MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik. Sambil menonton, sambil berpeluang menang hadiah, sure lebih seronok kan? 

MasterChef Malaysia semakin menarik hati
Pukul 9 malam, Astro Ria Sabtu hingga Rabu  rancangan ini
Melihat masakan menguja menjilat jari
Ohh, bilakah nak jemput saya dan Isteri menjadi Juri? ( Hik3, tak dapat jadi contestant, dapat merasa masakan yang lazat-lazat pun Jadi...)


Oh ya,  Contest Facebook MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik antaranya Cash Prize,Pendrive, IPAD, dan pelbagai lagi  sedang dijalankan bermula 19 November sehingga 21 Dec 2011. Jom sama-sama kita sertai, Tuah Ayam nampak di kaki, tuah kita maybe di Contest Facebeook MasterChef Malaysia ini? 


November 22, 2011

Advertisement


Terima e-mail ini petang tadi. Maaf, saya terpaksa tolak . Bukan sombong or perasan bagus, namun produk yang ingin dipromosikan tidak kena dengan citarasa dan prinsip saya. Cukup saya katakan, produk MLM. Umm, duit boleh dicari namun biarla kena dengan caranya kan?. 

Alhamdulillah, rezeki datang petang tadi. Harap-harap sempatlah siapkan Advertorial yang diberi sebelum bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah jumaat nanti. InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsi.

P/s : Please support me untuk memenangi Gadget Pilihan. Kalau tak dapat join contest pun, appreaciate pembaca dapat Like, G+ dan Tweetkan entry INI .Kalau menang, sudah pasti, akan turut dikongsi-kongsi rezeki lagi.

Jalan-Jalan Cari Makan|Restoran Hayaki Platinum Walk



First impression ketika melalui Restoran Hayaki,Platinum Walk ini, mati-mati saya ingatkan restoran ala-ala Jepun or Korea. Nasib baik terbaca entry INI dari JARD. Yup, that's the power of blogging. Lebih memberikan kesan dan meyakinkan.

Rupan-rupanya restoran 24 jam ini menyediakan masakan Ala Kelantan. So, sempatla singgah beberapa minggu yang lepas :


Papa, Sushi ada?
Issh, ni Restoran ala Kelantan la..Sayang kan orang Kelantan
Menu-menu yang disediakan. Nasi Kerabu,Nasi Dagang, Nasi Putih, Nasi Ayam, Mee Kari etc..
Roti,rojak, pulut mangga, mee sup. Hargapun berpatutan
Malam-malam pekena telur separuh masak. Yummy...
Nasi Ayamnya pun boleh tahan juga.Suatu kelainan
Berselera wifey hirup telur separuh masak
Pulut Mangga. Kegemaran Isteri dan Alisya. Sedap
Chicken Chop untuk Mak Mertua. Boleh tahan juga. Rangup
Ni favourite saya. Ice Blended Mangga. Terbaik..

Overall, boleh tahan juga restoran ini. Ada masakan yang menepati citarasa saya, ada pula yang just biasa saja i.e. mencuba masakan lain selepas itu seperti Nasi Goreng Belacan . Tepuk dada, tanya selera..Masihng-masing sudah pasti ada citarasa yang berbeza kan?
Related Posts with Thumbnails