December 31, 2011

Pencapaian Berblogging 2011

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai beberapa jam lagi. Sejak aktif berblogging lebih kurang 2 tahun lepas, Alhamdulillah, semakin banyak kegembiraan dan pencapaian positif yang berjaya diraih. Umm, entry ini sebagai flashback pencapaian berblogging sepanjang 2011. Antaranya ,not in random order :


# Sahabat Blogger - The More The Merrier

Alhamdulillah, memang gembira especially dapat mengenali Sifuku ini , yang banyak mengajarku selok belok dunia hartanah, dunia kewangan, dunia artis, tektik2 mengorat awek2 jelita...Keh3...U really are lain dari yang lain bro..

#Income Blogging - Alhamdulillah, tahun ni bolehla dikatakan konsisten dapat mengecapi 4 angka sebulan
#Testimoni ku di dinding Restoran Ayam Penyet AP, KL Festival City, Setapak (credit picture to Gadis Jelita)

#Won IPAD 2 - Best entry for Post Event Nuffnang Hypp TV Blogger's Party ( June 2011 )


Rezeki. Dapat juga merasa pegang IPAD 2.

Hadiah pakej pelancongan ke Hotel Sutera Harbour,Kota Kinabalu pergi balik termasuk tiket kapalterbang. Pakej keseluruhan yang rasanya almost mencecah RM5K. Special thanks buat Nuffnang dan Astro.

Nuffnang Featured Blogger for the month of May 2011 ( May 2011 ) 

Agents of Awesome (March 2011)

Maxis10 Reviewers Programme Nokia E7 (March 2011)



Semoga tahun 2012 memberikan lebih banyak peluang dan pencapaian yang menggembirakan. For Me, One of the main reason saya kecapi semua ini adalah dengan bersama Nuffnang. Yup, Nuffnang offer me something yang others can't give to me. 

2011 bakal berlalu pergi
Semangat berblogging tetap di dalam hati
Minat dan tulisla apa yang anda gemari
InsyaAllah, the rest akan menjadi lebih mudah dan lebih kejayaan bakal dikecapi

Terimakasih buat pembaca Blog Eyriqazz.Com ini
Salah dan silap harap maafi
Jika ada terkurang or hadiah belum diposkan lagi
InsyaAllah, akan diposkan dengan kadar yang segera saya cuba percepati

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama pembaca blog Eyriqazz.Com ini
Pembaca , pengomen dan sesiapa yang menyinggahi
Kecil tapak tangan, nyiru eyriqazz tadahi

Jalan-Jalan di Zoo Negara Malaysia

Beberapa minggu lepas, bawa keluarga dari kampung ke Zoo Negara Malaysia . Memang seronok especially kanak-kanak dapat tengok pelbagai haiwan.


Meriah naik tram, Eyriqazz,Mak dan Makcik Sekeluarga dari kampung

Nak naik tram RM2 untuk kanak-kanak, RM4 untuk dewasa

Saya syorkan, kalau nak tengok binatang dengan lebih puas, tak perlula naik tram. Jalan kaki je, lebih teruja ,coz bila dah naik tram,separuh jalan dah terlepas, tengok dari tram kurang puas. Nak patah balik, letih la pula kan?


Kadar/HargaTiket Zoo Negara
Dewasa RM20, kanak-kanak = RM6

Mahal juga tiket masuk untuk dewasa kan? Sepatutnya RM10 cukupla, lebih ramai yang lebih mampu pergi Zoo Negara. 


Sepupuku dari kampung. Anak-Anak Mak Ta dan Mak Ngah

IKan Kelisa/Arowana. Fuh,mau cecah 4-5 angka seekor ni

Ikan Toman. kat Tasik Kenyir banyak ni
Comel-comel penguin
Ikan Arapaima/Ikan Naga

Papa, Gajah

Singa yang tengah syok dibuai mimpi

Harimau terkenangkan kekasih lama
Sang Monyet
Bukan Main seronok lagi Alisya
Badak Air
Seladang
Tapir
Kura-Kura Gergasi. Usianya dah 100+ tahun

Actually banyak lagi binatang di Zoo Negara ni tapi coz naik tram banyak yang tak sempat nak snap i.e. Zirafah, Unta, Burung-burung, dan pelbagai lagi. 

Eyriqazz Junior

Eyriqazz Junior, 24 Minggu/5 Bulan dalam kandungan Isteriku..

Tidak sabar menanti Insan Baru Ini dalam hidup kami. Penyeri hidup kami seisi keluarga, teman bermain Alisya bermain dan "I Need a Bigger Car". 

P/s : Semoga semuanya berjalan lancar...Anak, Anugerah Tuhan yang tidak ternilai...

Abang…Dah Potong Kan ???


Kalau Sifuku memilih antara Emas atau Saham? , Azam Tahun Baru ku pula, aku memilih antara menambahkan Aset dan mengurangkan Liabiliti. Yes, kredit kad, "My Silent Killer ataupun musuh dalam selimut " yang menimbunkan lagi amaun di liabiliti.  The temptation of Kredit kad terlalu menggiurkan .

So, Azam tahu baru, Satu kad telah pun digunting/potongkan , dan berazam untuk bayar dan cancelkan ianya secepat mungkin. Umm, better late than never kan?Dari mengkayakan bank yang sudah cukup kaya, better improve my financial health especially dengan kehadiran Insan Baru tahun depan.

P/s :  Hutang Emas dibawa belayar, Hutang Kredit kad memanjang tak habis bayar.Before it is too late, Say No to Credit Card.

P/s/s : Abang…Dah Potong Kan ???? Of Course.. Abang dah Potong Credit Card Abang yangni demi masa depan yang lebih gembira di masa hadapan....

December 30, 2011

Jamilah Jewellery Kota Kinabalu,Sabah

Time bercuti di Kota Kinabalu, Jamilah Jewellery ni memang menjadi pilihan/terjahan Isteri. Banyak barangan mutiara dengan choice yang lebih pelbagai dan nampak lebih ekslusif. Umm, entahla, eyriqazz follow je :


Papa,Alisya nak yang ni boleh?

Cantik-cantik gelang Mutiaranya
Tanyalah Poket. Hik3
Cantik juga yang ni
Jam tangan pun ada
Rasanya Mamat ni sesuai beli. Buat Hantaran Meminang Rozita Che Wan
Akak ni pun sesuai juga beli. Tapi sebelum tu, kena tukar domain n blog URL dulu..Susahla eyriqazz nak ingat dan eja blog u..
Hik3, suka suki je komen blog orang kan?
Rambang Mata. Baik blah, sebelum Isteri suruh belanja. Kih3..
Jamilah Jewellery. Terjahlah...Pelbagai pilihan barangan mutiara yang menarik hati

Promosi Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Sekinchan Ikan Bakar


Promosi Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Sekinchan Ikan Bakar , Happy Hour Lunch = RM4
Ada sesiapa pernah try?...Saya suka Nasi Lemaknya. Sambalnya menyengat. Biasanya pi time dinner. RM2.50 Sepinggan

December 29, 2011

Give Away Syilling Peringatan


Nak Syilling Peringatan Ini? Terjah SINI

Tips Backlinks

Tips Blogging kembali lagi
Setelah sekian lama menyepi diteguri Jejaka Kacak Ini
Bukan sombong atau kedekut untuk berkongsi
Takut dikata, Ek Ele trafik ciput bercita-cita nak berkongsi tips blogging sedarlah diri


Tips kali ini yang eyriqazz ingin kongsikan adalah Tips Backlinks , sambungan dari entri Tips Blogging|Jangan Kedekut Nak Kasi Backlinks . Enough  said, sudah pasti ramai bloggers yang sukakan backlinks especially kalau backlinks itu dapat mempromosikan dan memberikan hits yang memuaskan ke blog mereka, kan?

Tapi, camne nak increase chance backlinks yang kita kasi tu , lebih ramai yang akan klik? Jawapannya, adalah keunikan. Instead of backlink itu kita letakkan i.e. Eyriqazz.Com kita kasi lebih menarik i.e. Jejaka Perasan Bagus, Papa Hot, or anything yang nampak menarik dan lebih teruja untuk orang Klik.

Contoh dari entri ini : Bestnya Kalau Ada Side Income Camni  . Di situ saya backlinkkan ke blog AbangEnsem.Com . Instead of AbangEnsem.Com  saya tukarkan kepada Sifuku dan rasanya percubaan saya itu berjaya dan hasilnya :

First time kot dapat menakluki takhta referring site tertinggi ke blog Sifuku semalam

Secara sengaja or tidak sengaja, trafik ke blog eyriqazz turut mencatatkan peningkatan trafik yang memuaskan. Inilah hukum alam, "the more you give, the more you will get". Contoh terbaik boleh saya berikan adalah Blogger " Jejaka Hot Malaya ini". Cuba perhatikan, banyak backlinks yang dia berikan kepada bloggers lain kan?

Action speak louder than word, contoh backlinks yang memberikan impak kepada bloggers lain :


Tepuk dada tanya selera. Sebelum kita menerima, seeloknya kita memberi. Walaupun masa membataskan, saya mencubanya dan Alhamdulillah, it works on me. Nahh, i don't care about 'blog traffic'...Umm, tipu la kan? Kalau betoi don't care, kenapa tidak privatekan blog dan baca seorang diri dan syok sendiri-sendiri? 

P/s : Siapa yang tak suka backlinks, sila angkat tangan.....

December 28, 2011

Wordless Wednesday|Jangan Pinjam Dari Ah Long



Nak Syilling Peringatan Ini? Terjah SINI

Kenapa Makin Ramai Rakyat Malaysia Kahwin Lambat?


Pandangan Saya : Setuju, Kos terlalu tinggi especially bagi pihak lelaki
Apa pula pandangan Anda?

Bestnya Kalau Ada Side Income Camni

Bestnya Kalau Ada Side Income Camni kan? -Credit picture Here

Fuhh, memang teruja membaca entri sifuku ini : Side Income . Yang maintain RM88 tu rasanya Income dari Seminar Hartanahnya. Memang teruja melihat pencapaian Sifuku , Jutawan Hartanah yang buat side Income tidak saja dari rumah sewa, malahan dari seminar hartanah yang dianjurkan dan juga Ebook Hartanahnya . Jualan Ebook dan Seminar hartanahnya saja, sudah mencecah 4 angka sebulan.

Teruja dapat berkawan dan mendengar sendiri tips dan pengalaman peribadi darinya. Bak Kata Robert Koyisaki dalam buku "Rich Dad, Poor Dad" - There is gold everywhere. Most people are not trained to see it.   For me, Sifuku ini adalah Robert Koyisaki versi Melayu.

Alhamdulillah, berkat belajar dengan Sifuku ini, sekarang saya dapat buat Side Income dari blogging dan juga rumah sewa saya yang pertama. Yup, rupanya banyak cabang lagi side income yang boleh dijalani. Tepuk dada,tanya selera. Rajin or tidak rajin untuk mencuba dan mengorak langkah.

Fuhh, better late than never, targetku agar dapat mengecapi 5 angka side Income dalam tempoh 3-5 tahun. Tiada perkara yang mustahil kan? Kalau orang lain boleh, mengapa tidak kita?

P/s : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalankan? Tengah mengorak langkah agar dapat keluar dari 'Rat Race' sebelum usiaku mencecah 35 tahun.

December 27, 2011

Tembelangku dah Pecah

MALU sgt2....bile PENGASUH Alisya bgtau tadi....
"Kak kata,....(anaknya yg ke-3 BUAT MASTER n still belajar di UTM Skudai)....dia SOKMO baca BLOG Papa Alisya .....www.eyriqazz.com...(tp,pengasuh lupa nama blog).....jaranglah dia MISSED.....BANYAK duit Papa Sya ni....sokmo TERIMA cek...BESAR lak tu jumlahnya......"


*akhirnya TEMBELANGku dah PECAH.... ;-(.....krn ME x pernah pun berbual dgnnya pasal hal ni...dan mmg berharap dia TAK AKAN TAHU".......tetapi....... - Dari Facebook Isteri-

Tersenyum eyriqazz keseorangan apabila baca ayat Isteri ini. Umm, malu la pula bila Anak Pengasuh pun dah baca blogni... Apapun, eyriqazz bersyukur dapat pengasuh yang memang kami rasakan terbaik. Flashback, Gelagat Alisya di Rumah Pengasuh :

Alisya dengan Anak Bongsu Pengasuh, Husna
Amboi-amboi, Anak Papa
Bersedia untuk ke Playground bersama Suami Pengasuh

Alisya suka main Jongkang Jongkit
Syukur ke hadrat Illahi, dapat pengasuh yang begitu penyayang dan menjaga Alisya macam anak mereka sendiri. Sejak Alisya berusia dua bulan sudah kami hantar ke sini. Selalu juga bila wifey mahu bawa pulang, taknak balik, seronok berada di rumah pengasuh, lebih-lebih lagi ramai kawan di sana.

Orang berbudi, kita berbahasa. Pengasuh yang bagus susah dicari di KL ini dan apabila dah dapat, jagalah hati mereka. Wang ringgit boleh dicari, pengasuh yang bagus sukar sekali. 

Loreal Men Expert | Penangan Aaron Aziz

Fuhh, kuat betul penangan Aaron Aziz. Buatkan eden dan Isteri teruja untuk tengok Filem Ombak Rindu dan terbaru gara-gara iklan di TV :


Loreal Men Expert : Pencuci Muka buat eyriqazz

Huwa,huwa,huwa, agak-agak guna tak ni?

Ahaks, last pencuci muka eyriqazz dari Adidas pun rasanya dekat setengah tahun juga la nak habiskan. Miahaha,dalam seminggu 2-3 kali je pakai, surela lambat abis. Tapi yang ni, berjenama loreal ni, sejak beli, boleh katakan hari-hari 2-3 kali gaks guna. Mungkin kena dengan citarasa saya dan muka pun rasa lebih selesa. Hak3, kalau tak hensem, guna apapun tetap tak hensem kan? Takpelah, at least, I Love It ,wifey dan Alisya like it. Skangni nak suruh cium papapun, lebih senang. Hik3....


P/s : Setuju dengan Matlutfi, "Bukan Semua Cantik Subjektif"

Jawapan Balas Dari MyRapidKL


Rentetan dari entry saya sebelum ini : Kau Ingat LRT ini Kau Yang Punya Ke? yang turut saya cckan kepada pihak MyRapidKL  ,minggu lepas, saya menerima panggilan telefon dari pengurusan Rapid KL berkenaan feedback saya ini ( 22 December 2011, dari nombor telefon: 03-78852585).

Inilah lebih kurang apa feedback dan jawapan balas dari MyRapidKL :

  • RapidKL memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terimakasih atas pandangan dan feedback yang diberikan. Mereka akui dari feedback sebeginilah mereka dapat memperbaiki dan meningkatkan prestasi.
  • Memberitahu bahawa di masa hadapan, tiket pergi dan balik turut akan dijual. Buat masa sekarang, kalau mahu beli tiket pergi balik, bolehla beli dua token tapi make sure, token yang berlainan digunakan ketika pergi dan balik. Eyriqazz dah mencuba masa singgahi KLCC lagi pada 25 December 2011, dan ianya berhasil.
  • Mereka turut memaklumkan bahawa, sepatutnya kalau time busy dan ramai pengguna di mesin,sepatutnya tiket/token turut dijual di kaunter manual bagi melicinkan urusan. Ianya bergantung kepada kakitangan yang bertugas.Time ni common sense itu penting.
  • Pihak pengurusan RapidKL akan menjalankan usaha yang berterusan bagi educate people menggunakan mesin tersebut. Juga lebih prihatin kepada kehendak pengguna demi kebaikan bersama.
  • Memohon maaf atas sikap Customer Service officer itu. Mereka akui, itu bukan cara yang baik melayan pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk kegunaan pengguna, dan sepatutnya officer itu lebih matang  dalam melayan karenah pengguna.
Apapun, saya turut memohon maaf andai terkasar bahasa dalam entry itu.Biasalah, bila mood marah, emosi turut menguasai diri. Nobody perfect kan, begitulah juga saya.Yes, mesin itu bagus jika implementationnya kena dengan kehendak pengguna. 

Terimakasih juga buat Anonymous yang turut menghentam eyriqazz bertalu-talu di entry itu. Myself, i stand for my right dan apa yang saya rasakan betul. Alhamdulillah, nampak kesan positif apabila menaiki LRT lagi beberapa hari yang lepas, juga dari destinasi dan ke destinasi yang sama :


Before ( 17 December 2011)
After : 25 December 2011 . Stesen LRT KLCC, walaupun public holiday dan weekend, Queue sudah ditahap yang memuaskan. Kaunter machine pun sudah ditambah. Syabass

Juga lebih teratur dengan menyediakan palang 

Kaunter manual juga turut menjual token tiket. Win-win situation untuk semua kan?

Once again, terimakasih dan tahniah diucapkan buat pihak pengurusan MyRapidKL kerana mengambil pandangan dan feedback saya dari sudut yang positif demi kebaikan bersama. Inilah yang pengguna mahukan, sikap prihatin dan bijak dalam menyelesaikan masalah disamping tidak mudah melatah apabila diberikan komen yang negatif. Action speak louder than word kan?

The credit should be given when it due. Buat pengguna di luar sana, jangan takut untuk memberikan pandangan andainya ia boleh membantu diri anda dan juga pengguna lain di luar sana. Bukan salah yang kita cari,namun ke arah yang lebih positif, sebagai pengguna itu yang kita mahu kan? . Feedback anda tentang MyRapidKL bolehla di e-mailkan ke suggest@rapidkl.com.my

 Jawapan Balas dari MyRapidKL saya terima
Sebagai pengguna saya gembira
Feedback diguna demi kebaikan bersama
Ke arah yang lebih positif, tahniah dari saya

Entri Menarik Pilihan Pembaca Eyriqazz.Com


Sambil menyelam,sambil minum air. Sambil anjurkan Contest Hadiah Novel Ombak Rindu, boleh dapatkan feedback pembaca. Inilah antara entri menarik yang menjadi kegemaran peserta Contest/Pembaca blog Eyriqazz.Com :

1) Jalan-Jalan Cari Makan|Ikan Bakar Bagan Lalang - Special thanks buat Bakal Jutawan Hartanah yang memperkenalkan tempat makan ini. Memang best dan sedap. Harga berpatutan. Cuma, setbacknya ,lebih kurang 2 jam drive dari KL. 

2) Semakin Membenci Seseorang, Semakin Hati Ini tidak Tenang -  Yup, saya akui, walau apapun salah mereka, kitani hanyalah insan biasa. Perasaan benci itu tidak selesa, tidak enak, tak tidak best. Cuba untuk buang perasaan itu jauh-jauh. Bak lirik lagu Jamal Abdillah, "Aku Maafkan Kamu, tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu, yang aku, maafkan kamu".

3) Boleh Cakap Dengan Fahrin Ahmad - Alamak, ejaan Dial ,dail ke? Hik3...my mistake...

4)Kota Kinabalu, We Love U - Yup, Kota Kinabalu bolehla dikatakan destinasi wajib kami setiap tahun bercuti,sejak Isteri posting di Sabah lagi sehinggalah dah pindah ke KL. Ikan Bakarnya memang mengancam plus tempatnya takdelah crowded mana, santai, dan rileks...

5) Ada Apa Di KLIA - Percutian sesuatu yang best,kan? Jauh perjalanan, luas pengalaman. Harap-harap tahun depan tertunailah impian untuk travel oversea pula. Tak perlu jauh-jauh, dapat pergi Bandung dan Singapura pun jadi...

P/s : Thanks buat peserta. Dah lebih 50 penyertaan diterima.At least, bolehla eyriqazz tahu entri macam mana yang menjadi kegemaran pembaca kan? 

December 26, 2011

Filem Ombak Rindu Tidak Mengecewakan


Ombak Rindu Oh Ombak Rindu

Hebat sungguh penangan Filem Ombak Rindu ini, sampaikan isteri merengek-rengek minta nak tengok filem ini. Umm, tak elok kecewakan hati seorang ibu yang tengah pregnant kan? So, dipendekkan cerita, semalam pergila kami menonton filem 

Ombak Rindu di TGV KLCC

Dah lama tak tengok wayang. Harga tiket pun dah naik. Kalau tak silap, last time RM11 je dewasa, now dah RM14. Kanak-kanak RM9. Yup, kami bawa sekali Alisya sambil berdoa dia takla merengek or menangis di panggung wayang tu nanti.

Di Dalam Panggung. Kasi Pop Corn je terus senyap

Papa, kenapa gelap ni?

Mujurla, Alisya tidak menangis or merengek. Cuma minta susu, dan kadang-kadang menyampukla bila dengar dialog yang pelik-pelik. "Papa, Kakak Nangis.." Papa, Kucing...Papa, mana Chipmunk? Hik3, biasalah, tentu diapun excited kot.

Overall, filem Ombak Rindu ni tidak menghampakan. Eyriqazz suka scene-scene pemandangan cantik yang diambil di sawah padi, di pantai, Cameron Highlands, dan pelbagai lagi. Sejuk mata memandang. Pelakon pun pandai memainkan watak yang dilakonkan terutamanya tiga watak utamanya iaitu Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Memang menyengat aura mereka. In term of penceritaaan,boleh tahan juga.Dunia fantasi sudah semestinya lebih indah dari dunia realitikan? 

Nasib baik sempat juga sempat tunaikan hasrat isteri, dengar cerita last week minggu terakhir filem ini ditayangkan di panggung wayang. 

P/s : Kalau nak menang Novel Ombak Rindu pula, bolehla singgahi SINI.
Related Posts with Thumbnails