January 31, 2012

10 Sen Boleh Beli Apa?

Kecil-kecil dulu, 10 Sen boleh beli beberapa biji gula-gula, jajan, Aiskrim 1Malaysia,  dan pelbagai lagi. Sekarangni agak-agak dengan 10 Sen boleh beli apa ya? Nak masuk tandas pun tak lepas 10sen rasanya.

Umm, Semalam bila Baca entri Mamat Malam Jumaat dengan tajuk entrinya yang buat orang teruja nak klik : Hisap Jangan Tak Hisap , terasa nak buat entri pasal ni. Haa, 10 Sen boleh beli apa?

10 Sen bolehla beli Aiskrim 1Malaysia, Mak eyriqazz jual di kampung

Mak, kenapa Mak jual aiskrim ni?. Duit eyriqazz kasi tak cukupke? Mak saje, boring-boring, ada la kanak-kanak datang rumah, terhiburla hati mak ni. Nak tengok cucu, setahun berapa kali je balik kampung ( Ni yang buat eden sedih ni...) . Lagipun, dapatla lebih kurang RM1 sehari, lepasla Mak nak bayar bil elektrik. Duit Eyriqazz kasi boleh mak belikan mainan buat cucu mak (Sob2, mak buat saya makin sedih lagi...)

Itulah nilai 10 sen. Besar maknanya bagi yang menghargainya. Syahdu bila ingat kat Mak, nasib baikla ada adik bongsu menjadi peneman mak di kampung. 


RM25 boleh beli Apa pula? Bolehla beli Ebook AbangEnsem  . Ilmu dari RM25 ini bolehla dikembangkan menjadi 4-5 angka.Eyriqazz dah cuba, it's work for me...Tak sabar nak memiliki rumah ketiga pula...Now dah ada konsisten return 3 angka sebulan dari rumah sewa pertama.

P/s : 10 Sen Boleh Beli Apa? Umm, kalau tak boleh membeli dengan 10 sen, simpanla dalam tabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dipraktikkan dengan Tips Tabung Bunian ni, simpanan selama 3 tahun boleh mengalahkan Simpanan Seorang yang berusia 30 tahun (Hint,hint Usia eyriqazz 5 tahun lagi...Hik3)...

January 30, 2012

HomeStay/Rumah Tamu di Wakaf Che Yeh, Kelantan


Semasa konvoi bercuti di Kelantan, saudara mara eyriqazz lebih kurang 4 keluarga mengambil pilihan untuk memilih Homestay/Rumah Tamu Mas di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Faktor utama adalah murah, ada 3 bilik, berhawa dingin dan parking boleh memuatkan lebih kurang 3-4 buah kereta.

 Pandai pakcik eyriqazz cari rumah tamu ini, lokasinya yang lebih kurang 5 minit drive dari Wakaf Che Yeh, Kelantan, antara destinasi shopping pilihan di waktu malam di Kota Bharu, Kelantan. Kalau nak pi Kota Bharu pun hanyalah lebih kurang 30 minit perjalanan.

Berapa harganya? Umm, jangan terkejut ya. Time pergi ini semasa Cuti Chinese New Year, RM150 semalam untuk sebuah rumah yang memuatkan 3 bilik yang dilengkapi Aircond, peti sejuk biasa, dan katil Queen. Nak ambil gambar di dalam tak sempat la pula. Murahkan, kalau jalan ramai-ramai better menyewa camni, sewa bilik di hotel budgetpun rasanya dah kos lebih kurang rm50-100 semalam.

Kalau terasa nak bercuti di Kota Bharu, Kelantan dan mencari tempat tinggal untuk bermalam, saya rekomenkan HomeStay @ Rumah Tamu ini. Bolehla hubungi di No. telefon 017-9765838. Oh ya, ini bukan entri berbayar ya. Entri ini sebagai tanda terimakasih buat pemilik HomeStay tersebut yang menyediakan tempat /rumah tamu dengan harga yang berpatutan dan murah buat yang mahu bercuti di Kelantan.

P/s : Any recommendation Homestay menarik di Malaysia ini? Terasa nak pergi bercuti Ala-Ala Homestay laa.... Pengalaman di Haji Dorani Homestay memang best dan menawan dan teringin mengalami suasana sebegitu lagi.

Give Away | Wang Kertas Baharu Set RM20, RM5 dan RM1

Nak menang Wang Kertas Malaysia Siri Baharu? Yieza, total 7 set untuk di give awaykan :
Wang Kertas Set RM20 --> 2 pemenang
Wang Kertas Set RM5 dan RM1 --> 5 pemenang
P/s : No siri untuk RM5 dan RM1 ini adalah sama, so faham-fahamla ya...

Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entry " Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com" dan linkkan ke entry ini.
2) Di entry anda itu, letakkan satu permalink entry terbaik di blog anda (blog anda bukan blog eyriqazz ya)  dan lengkapkan ayat ini " Entri INI saya rasakan entri terbaik saya kerana _____________________________ "
3) Tagkan at least 3 orang rakan blogger untuk join contest ini (TIDAK WAJIB)
4) Done . Hantarkan permalink entry anda di SINI
5) Tarikh tutup 31 January 2012

Pemenang akan ditentukan menerusi :

1) 1 Pemenang Wang Kertas Set RM20 buat entri yang diberikan yang eyriqazz rasakan terbaik (Well, of course i will read entry terbaik anda itu). Selain itu juga pemenang ini, entri terbaiknya itu akan diturut di featurekan di blog Eyriqazz.Com dengan backlink akan turut diberikan.

2) 2 Pemenang Wang Kertas Set RM1 dan RM5 buat entri yang diberikan yang eyriqazz rasakan kedua dan ketiga terbaik . Selain itu, pemenang ini, entri terbaiknya itu akan diturut di featurekan di blog Eyriqazz.Com dengan backlink akan turut diberikan.

3) 1 Pemenang Wang Kertas Set RM20 buat peserta blog yang berjaya menarik paling ramai bloggers lain yang ditagkan mereka dan join Contest ini. Entri terbaiknya itu akan turut di featurekan di blog Eyriqazz.Com dengan backlink turut diberikan.

4) 1 Pemenang Wang Kertas Set Rm1 dan RM5 akan dipilih menerusi cabutan bertuah dari Alisya buat 10 peserta pertama yang join Give Away ini. Entri terbaiknya itu akan turut di featurekan di blog Eyriqazz.Com dengan backlink turut diberikan.

5) Last but not least, 2 pemenang Wang Kertas Set Rm1 dan RM5 akan ditentukan kemudian. Maybe menerusi undi di random.org, entri terbaik ke 4-5, or apa yang dirasakan sesuai. Entri terbaiknya itu akan turut di featurekan di blog Eyriqazz.Com dengan backlink turut diberikan.
6) Consolidation prize, at least 3 peserta yang lain yang eyriqazz rasakan terbaik , entrinya itu akan turut difeaturedkan di Blog Eyriqazz.Com 

Contest ini lebih kurang Contest Killing 2 Birds with One Stone, selain mempromosikan blog eyriqazz dan berkongsi rezeki, hadiah lain yang diberikan iaitu entri terbaik anda akan difeaturedkan di blog eyriqazz rasanya mampu memberikan sedikit promosi dan backlinks dari saya (Currently PageRank 4).


Alhamdulillah, last year blog ini berjaya menjadi antara top 10 penyumbang Referral/trafik di Blog Denaihati dan YanmieOnline  . Win-Win Situation Rite?

P/s : Gembira bila terima e-mail ramai yang dah terima Hadiah Give Away dan Contest sebelum ini. Juga antara yang terawal menerima Wang Kertas Baru Ini  [ SINI dan SINI] . Always, when u make other happy, you will feel happier, tak gitu?
Good Luckkk.......


UPDATED - Senarai Peserta : http://on.fb.me/w7droi

Kemaruk Juara Lagu

Hik3, tergelak sakan eden dibuatnya melihat aksi adik bongsuku ini
Inikah namanya "Kemaruk Juara Lagu''?
Aksi Siapa yang ditiru ni? Faizal Tahir ke? 

P/s :  Patutpun Awan Nano menang #AJL26 ...The only lagu yang follow tema "Air" rasanya kot.. 

January 29, 2012

Will You Marry Me?

Will You Marry Me?
Ehh, ehh,tersilap orang ke?
Ahaks,ahaks.... Apa pandangan anda? 
Kenapa Mamat Ala-ala Datuk K melutut di depan lelaki itu?

Anak-Anak Zaman IT

Kalau zaman saya kecil-kecil dulu, Galah Panjang, Baling Selipar, Main Buah Getah, Tangkap Ikan, namun Anak-anak zaman IT lain pula  :



Syoknya layan Sponge Bob di IPAD 2 ni

Alisya satu, Mama Satu...Adushhh
Alisya nak main apa ya?

Papa, IPAD 2 ni Alisya punya kan?

Komen Isteri : 

Dah nama pun ZAMAN IT.....masing2 SIBUK dgn KERJA sendiri

Mama: Layan FB - kat HP Mini PINK....(sambil buat kerja)
Papa: berBLOG dan layan BLOG kawan2 kat LAPTOP kesayangannya......
ALISYA: ???.......Layan YOUTUBE kARTUN kat IPAD 2 Papa......

*aktiviti UJUNG MINGGU kami untuk HARI INI ;-p*

GA Pertama Sicantik Siezuka


Met Her once semasa Sesi Karaoke yang dianjurkan oleh AbangEnsem dengan penampilan Istimewa Zarul Umbrella, Inul Goyang Gelek dan ramai lagi. Nurul @ SiCantik Sizueka sememangnya cantik seperti nama blognya. In real life, of course lebih cantik dari di dalam blognya. 

Ok, straight to the point. Sebagai tanda sokongan buat Si Nurul yang rajin mengomen, singgah di blog eyriqazz, dan juga join Contest dan Give Away yang eyriqazz anjurkan, so, this is my turn to return the favour untuk join Sekali GA Pertama Sicantik Siezuka . 

Inilah pandangan Eyriqazz pasal blog SicantikSiezuka (Saya campurkan terus kelebihan dan kekurangan ya) :

1) Header Cantik. Susunan layout dan widget blog agak kemas. Selesa untuk scroll dan membaca.

2) Nama Blog agak catchy dan menarik. Cuma kadang-kadang kalau type, tersilap juga. Suggestion : SiCantikSizuka, SiCantikNurul, SizukaCantik pun lebih senang nak type.

3) Entri Blog - Umm, masih belum cukup "Wow faktor" rasanya. Nampak lebih kepada join Contest, Give Away, Segmen etc. Mungkin boleh serlahkan lagi the beauty of "Fashion Designer" dan entri-entri personal .

4) Secara peribadi, rasanya blog SiCantikSizueka boleh pergi lebih jauh. Serlahkan kelebihan yang ada yang mampu menarik lebih ramai pembaca.  

Cadangan buat Blog SiCantikSiezuka :


- Tepuk dada,tanya selera. Serlahkan entri dengan penceritaan yang anda minati. Macam eyriqazz, rasanya menarik juga jika Nurul bercerita tentang pancaroba kisah Seorang Fashion Designer. Pengalaman pahit manis.

- Entri yang lebih menyentuh emosi. Cipta kelainan, cari kelebihan, dan serlahkan ia di blog anda. 

- Cabaran Seorang Wanita di Kota Raya KL. Up n down. Camne nak menahan godaan dingorat Abang Ensem etc... Hik3, just kidding..

- More pictures dan pelbagaikan entri . 

- Good Luck dan Jangan Mudah Putus Asa. Pengalaman akan lebih mematangkan. 

Sicantik Siezuka nama diberi
Orangnya Cantik Malu-Malu penampilan tersendiri
Salah dan Silap harap maafi

Pemenang Komen dan Menang

1st Prize : Kak Ngah   (Wang Kertas Baharu Set RM5 dan RM1)
2nd n 3rd :    Cik Puan Hady dan Azelyusoff  ( RM10 Cash/top up) 

Buat Pemenang pertama, sila e-mailkan alamat,blog url, no. telefon. dan nama penuh untuk diposkan hadiah. Buat pemenang kedua & ketiga e-mailkan pilihan hadiah anda. E-mailkan ke iman1237@hotmail.com

Teringin Nak Melancong Oversea


Almost 10 tahun berlalu. Bila tengok balik video ni, memang meruntun-runtun hati ini. Honestly, sejak pulang tamatkan zaman belajar di UK tahun 2005, tak pernah lagi eyriqazz keluar Malaysia. Pernah la sekali hampir nak dapat pi Hong Kong Disneyland, namun bukan rezeki. Cancel last2 minute.


Yup, pernah janjikan Isteri nak bawa at least ke Bandung or Singapura, tapi ada saja sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Hopefully, this year dapatla tunaikan hasrat Isteri dan diri Sendiri melancong ke Oversea. Tak perlu jauh-jauh, dapat pergi Singapura, Bandung or Thailand pun jadi. 

P/s : Perasan tak, pekerja full time cam most of us, we spent most of our time di Ofis dari keluarga sendiri? Umm, bilakah agaknya boleh keluar dari "Rat Race" ini?

January 28, 2012

Mood Sedih Mainan Chipmunks Sudah Habis di McDonalds

Tengah hari tadi bawa Alisya ke McDonalds. Bukan main sedih dan teresak-esak dibuatnya apabila Mainan chipmunks yang dijanjikan sejak beberapa hari lepas sudah kehabisan stok di McDonalds. Syahdu,syahdu membawa diri :

Tak dapat chipmunks..Dapat cupcake pun bolehla

Orang cakap kalau sedih-sedih kena makan kan?

Oh Donut, tak berselera untuk makan....

Laksa Terengganu Kegemaran Saya

Kalau balik kampung, Laksa Terengganu memang saya cari. Hati seorang ibu, tahu anaknya pulang ke kampung dan mahu makan laksa ini. Sanggup pagi-pagi ibuku ke Pasar Marang dan belikan :



Laksa Terengganu (Laksa Kuah Merah) .Serius sedap dan menjadi kegemaranku
Kuahnya Ala-Ala kuah kari menjadikan ianya suatu kelainan dan keenakan

P/s : Terimakasih Mak. Si ibu sanggup buat apa saja untuk anak-anaknya, tapi anak-anaknya mampukah buat seperti yang ibu lakukan? Tepuk dada, tanya diri....

Open Table Pekena Nasi Lemak Sedap

Semalam sempatla eyriqazz open table, jemput rakan-rakan blogger pekena Nasi Lemak Sedap di Jalan Langkawi, Setapak.  Sambil-sambil tu suruh wifey gorengkan keropok lekor Terengganu dan pekena sekali di sana :



Jemput Makan. Amy Sweetdarling @ Isteri Tokey Nasi Lemak. Kak Ina KL dan anak-anak 
Mat Joe datang lambat, tak sempat pulak nak snap gambar bila dah layan borak-borak..

Pilih-pilih. Semua sedap-sedap. 
Antara Lauk Pauk yang ada untuk Nasi Lemak Sedap ini boleh terjah : http://bit.ly/zNjYHc

Lauk Telur Puyuh. Favourite saya. Yummy...

Kerang. Bagus untuk orang cam saya yang "Darah agak rendah" ni... Hik3...

Berselera Manager Kak Ina KL makan. Fuhh, laris keropok lekor ...
Ole-ole buat yang datang, eyriqazz kasila keropok lekor rebus sebungkus dua untuk dibawa pulang
Total termasuk air 6 orang makan, hanyalah RM48 ringgit. Murahkan?

Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi saya terjahi lagi
Memang sedap dan memuas hati
Jemput datang dan rasai sendiri
Cuba sekali tentu nak datang lagi dan lagi

Hanis Zalikha dan Eyriqazz di NST

 Amboi...Muke Masuk Paper NST ye...Tahniah my bro...Kwan opis yang bagitau... Kalau x, x perasan juga... -Dari Adikku semalam-


Fuhh, punyalah excited..Tergigil-gigil mencari NST tapi ofis eyriqazz takde NST la pula. Dah subscribe The Star... Mesej sana,mesej sini nak tau apa kisahnya..Yerlah, kot-kot menang Kereta ke, cabutan bertuah ke...Rupanya :


Hanis Zalikha dan Eyriqazz di NST... Ehh, Kekasih Rozita Che Wan tak jadi pun ada, Nani Rostam, Tey Cindy, Kenwooi, Diese (meet her masa Coffee with Nuffies) dan ramai lagi...

Bukan setahun, mahu makan bertahun-tahun ni wajah riak ini..... Kih3...Yang buruk itu datangnya dari diri sendiri yaa...

P/s : Alamak, muka berminyak laa..Any recommendation pencuci muka terbaik ? Hihihihi.....

January 27, 2012

Money Is Not Everything


Pernah tak dengar kata-kata ini "Money Is Not Everything" (Duit bukan segala-galanya). Yup, Indeed, so true, tapi di zaman moden ni :

- Sanggup beratur panjang di bawah panas mentari untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

- Mak saya cakap, time mesyuarat kampung, bukan main susah nak datang. Tapi time nak kasi borang bantuan Wang Ehsan, orang yang tak layak isi borang pun berduyun-duyun datang.

- Wifey cakap time bantuan persekolahan, 2 jam je, habisss... Sanggup ambil cuti etc. Time mesyuarat PIBG, batang hidung pun tak nampak.

- Banyak bloggers cakap, "Saya berblog bukan kerana duit". Tapi agak-agak kalau duit tu takde dalam berblog, agak-agak berapa ramai yang akan tutup blog ya?. Me? Tepuk dada, tengoklah nanti...Hihihi...

-  Ramai Lelaki Bujang dan Wanita Bujang belum berkahwin kerana faktor kewangan--> Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin

- Di Malaysia, tak susah nak kaya @ Senang or banyak duit. But, u must know the right person. Itulah kata salah seoarang business Mat Salleh yang pernah buka bisness di Malaysia.

Money is Nothing in Zimbabwe, Nak beli Roti pun kena guna sistem barter @ emas sebagai tukarannya... Kawan saya cakap, Investla in Gold

Jutawan Hartanah cakap, Investla in Property...  Check out : Tips Mudah Lulus Pinjaman

*Money Is Not Everything, but without money .................  silala sambung sendiri....

January 26, 2012

Pesaing Cover Album Kumpulan Umbrella

Tak boleh jadi ni. Cover Album Kumpulan Umbrella dari Shakiddo sudah mengeluarkan modelnya. Tak boleh jadi, jadi saksikan pesaing Cover Album Kumpulan Umbrella. Uncle Zarul Umbrella, sila buat pilihan yang teliti ya..Hik3... 




Piihla Aku Jadi Model Cover Album mu
Gerenti Puas Hati, gerenti Promosi dari Blog Papa Sekali

Umbrella - Sponsored by Avon

P/s : Amcam, agak-agak lepas tak tapisan pertama untuk Cover Album Kumpulan Umbrella? Jom terjah blog Zarul Umbrella sekali : http://bit.ly/jPnMdd

IPAD 2 Saya yang Punya

Adussh, sejak adik pulangkan IPAD 2, now dah ada pemilik baru pula. Mesti dia je yang nak main IPAD 2 ini, kalau tak diberi mesti meragam...Hik3 :

Adushh, Papa kan suruh mandi. Kenapa masih main lagi ni? -Di rumah Tok Wan-
Yeyyy, Alisya menang
Jangan Kacau..Alisya tengah syok main Angry Birds ni..

Fuhh, cepat betoi kanak-kanak zaman sekarang ni belajar kan? Walaupun masih belum tahu membaca etc, kasi je IPAD 2 ni, macam tau-tau je button mana yang kena tekan untuk bermain.

January 25, 2012

Blog Contest Blog Sampah?


Bagi pendapat aku la, apa kejadahnya buat Blog Contest ni?? Orang nak blogging, sebarkan info dan ilmu, tapi ade jugak insan lain yang dok sibuk mengejar hadiah-hadiah yang ditawarkan.. Bagi mereka, kalo menang satu rezeki, kalo tak menang.. tak bagi efek pun sebab ade lagi beratus pertandingan yang dorang join tu.


Aduisshh, memang tak berhati perut betul aku tengok. Cuba la fikir orang lain juga, mereka buat contest dan giveaway ni pun bersebab, dan mereka nak kan sesuatu dari blogger lain.. bukan nak blog contest sampah korang tu (minta maaf aku katakan)." - dipetik dari entri Apa Kejadahnya Buat Blog Contest??-


Inilah pandangan saya, first of all kalau ada yang menyinggung or tak kena, maafkan saya. Saya hanya manusia biasa, memberikan pandangan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya yang masih lagi baru dalam dunia blogging ini  :

" Tepuk Dada, tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing. Blog Contest, Blog Give Away ,or blog sampingan yang dibuka sekadar untuk join contest, itu adalah hak mereka. Bagi saya yang selalu anjurkan Contest/Give Away, saya tak kisah siapa yang join. Kalau entri mereka terbaik or menepati citarasa pemenang, akan tetap saya pilih pemenang.  Tak salah rasanya kalau mereka mahu join contest dan menang hadiah walaupun menggunakan 2nd blog, at least, mereka meramaikan dan memeriahkan contest yang dianjurkan. The more the merrier kan? . Mungkin taknak semakkan main blog dengan banyak contest yang dijoini. Rezeki ni ada banyak cabangkan?

Yup, buat Contest antara satu cara untuk mempromosikan blog dan memperkenalkan blog kita. Namun, that's not the only way. Tak perlula nak sedih kalau hits yang dpt dari contest yang dianjurkan tidak menepati apa yang dikehendaki. Win-win situation adalah yang sebaiknya. 

"Erhh . Yang buat contest buat banyak tergolong dalam usia bawah umur jer . ekekek :)" .  Umm, takperlah, usia saya pun dah terlebih umur, saya terima seadanya. 

Last but not least, dalam berblogging "Humility in Oneself, Respect for others" adalah sebaiknya. Dunia blogging di Malaysia ni tak besar mana, pusing-pusing ke situ juga. Setiap orang ada pilihan dan pandangan masing-masing, dan saya pun sekadar memberikan pandangan saya. Tersalah silap, harap maafkan. Nobody perfect kan?



P/s : Apa pula pandangan anda, Adakah Blog Contest ini Blog Sampah?

Local Delights Recipe | Selera Tranung


Semalam sempatlah singgahi Restoran Local Delights Recipe yang terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Punyalah excited untuk singgahi di sini apabila ianya keluar di Jalan Jalan Cari Makan TV3 . Nampak gaya pengacaranya @ Qushairi nampak menggiurkan.

First Impression masa sampai, umm, kenapa tak ramai orang? Saya silap singgah restoran ke? Umm, dah betul. Pilih-pilih tempat dan agak frustla juga coz tak banyak pilihan makanan time saya singgah ni. 

Ketupat Sotong. So far, Ok la...Biasa-biasaje. 
Kuih Cek Mek Molek. Gula tidak hancur. Makan still rasa gula yang masih keras
Biar Malu-malu,biar segan-segan. Kerna Malu itu....

Isteri pula makan Pengat Durian. Alisya pula makan Pau Kelapa. Order air laici dan 2 teh o ais. Umm, honestly, pandangan peribadi, makanan di sini biasa-biasa saja. Serius saya tertanya-tanya camna boleh keluar di jalan-jalan cari makan tv3. Yang lebih membuatkan rasa sedih, total makanan dan minuman adalah RM21.80. Agak mahal kan? Mungkin sotong kot mahal. 

My suggestion, Jalan-Jalan Cari Makan sepatutnya ambil restoran yang betul-betul sedap dan menepati citarasa. Ini kali ketiga rasanya frust dengan pilihan jalan-jalan cari makan. 1st Restoran Sekinchan Ikan Bakar, 2nd Restoran Putera Ayu Shah Alam dan ketiga yang ni. Umm, next time kena lebih berhati-hati apabila nak terjahi restoran yang kuar di Jalan-Jalan Cari Makan. 

Selamat Tinggal Local Delights Recipe. Ini maybe my first n last time singgah sini kot...

Saya Jiwa Kosong

Can't Agree More...Jiwa Saya pun Kosong....Hik3...
Credit Here 

January 24, 2012

Accident Depan Mata

Petang tadi semasa pulang, di simpang tiga nak menghala ke rumah, saksikan Accident depan mata. Lampu untuk kami sudah hijau untuk masuk ke simpang, namun ada satu kereta ni di jalan sebelah lagi tetap tidak berhenti. Motosikal di hadapan kami pun terus jalan jugak. Bumm, langgarla kereta dan motosikal itu, di Simpang Jalan Rusila,Marang,Terengganu ....

Terbang Mamat motosikal tu...Motosikal terseret di bawah kereta. Saya berhentikan kereta sekejap dan kasitau penduduk setempat, yang silap kereta itu tak berhenti dan terus jalan. Yang menjadi mangsanya, penunggang motosikal itu. X sempat nak berhenti lama coz adik nak balik KL malam ni. 

Fuhh, inilah jadinya bila peraturan jalan raya diambil ringan. Tak pastila selamat ke tidak penunggang motosikal tu, masa adik pulang dari kedai gunting rambut, katanya dah dibawa kehospital. Pemandu Kereta (Perempuan) sudah diambil dan dibawa keluar dari kereta cepat-cepat, takut dipukul dengan penduduk setempat coz yang kena langgar tu rasanya tinggal tak jauh dari situ. Adussh,kalau nak cepat pun ,pandula berhati-hati, yang tidak bersalah pun menjadi mangsa. Bukan kita je nak cepat, orang lain pun nak cepat juga...Jalanraya ini milik bersama, bukan milik seorang kan?

P/s : Berhati-hati di jalan raya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. "Ingatlah, Jalan Raya ini Milik Bersama".

Terima Kasih dari Mak Ngah Sekeluarga


As Salam dari Eyriqazz,

Alhamdulillah, sudah berada di kampung halaman (Terengganu). Sempatlah jumpa Mak Ngah Eyriqazz [ Mohon Sumbangan Buat Mak Ngah ] . Di sini eyriqazz ingin mengucapkan jutaan terimakasih buat pembaca blog eyriqazz dan yang telah memberikan sumbangan buat Mak Ngah. Kata Mak Ngah lebih kurang RM700 diterimanya hasil sumbangan anda semua. Syukur, jumlah ini at least lebih banyak dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

This is the power of blogging. Bukan sekadar boleh ekspresi pandangan dan berkongsi pengalaman, malah dapat kita tolong menolong sesama kita. Dari eyriqazz, terimakasih tidak terhingga atas jasa baik korang. Semoga Allah terus memurahkan rezeki anda. Juga dari Mak Ngah, terimakasih juga. Jumlah RM700 ini telah banyak membantunya especially di awal sesi persekolahan tahun ini. Yup, besar maknanya RM700 ini bagi seorang ibu tunggal.

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama pembaca blog ini
Dua tiga boleh dicari
Jasa baik anda semua, semoga Allah membalasnya di masa hadapan nanti

January 23, 2012

babak kucing...


hik3,aksi nak babak kucing di rumah tok wan


- Posted using BlogPress from my iPad

January 21, 2012

Balik Kampung : Kenapa Jalan Jem?



Punyalah jem pagi tadi masa pulang dari KL ke Terengganu especially dari Tol Gombak ke Tol Bentong. Bumper to Bumper. Sangkakan coz memang ramai giler yang pulang ke kampung harini. Yup, yang tu betul juga. Tapi main reason jem tadi adalah :

Lori Minyak Shell rosak betul-betul tengah highway dan almost menutup 2 laluan

Lepasje melepasi lori minyak rosak ni, jalan terus agak selesa. Kereta banyak tapi bergerak selesa. Umm, no komenla about this, kadang-kadang hal sebegini tak boleh dielakkan, kan?

P/s : Berhati-hati dijalan raya. Kalau tak sayang nyawa sendiri, Ingatlah nyawa orang lain di dalam kenderaan yang ada bawa itu.

Hujan Batu di Negeri Sendiri

Balik kampung, tak sempat sampai lagi rumah, singgah pekena Keropok Lekor dulu. RM2, murahkan?
Bukan main suka dan berselera Alisya pekena keropok lekor

Isteri pun sama...
Di Gerai Keropok Lekor 008 Kelulut, antara keropok lekor paling sedap di Terengganu

Papa tak boleh, Ini Alisya punya
Home Sweet Home. 

Hujan Emas Di Negeri Orang,
 Hujan Batu di Negeri Sendiri,
Emas di Negeri orang dibawa pulang, 
Negeri Sendiri tetap dihati...

Cabaran Membesarkan Anak


Alisya, puteri tersayang kami. Sungguh seronok dengan kehadirannya. Namun, bukannya mudah untuk membesarkan anak-anak lebih-lebih lagi di zaman millenium ini. Pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental perlu dipersiapi. Termasuklah juga dalam memberikan pemakanan yang sihat buatnya agar dia membesar dengan lebih sihat ,cergas, dan pandai.

Susu Tepung Membesar, antara minuman hariannya
Berkesempatan berjumpa dengan pakar nutrisi makanan sebelum INI , dan juga pembacaan di internet, perkongsian informasi dari rakan-rakan dan juga sumber-sumber yang dipercayai, mengajar saya akan pentingnya pemilihan susu tepung yang terbaik. Terbaik disini, tepuk dada,tanya selera. Bagi saya, antara faktor penting adalah nutrien dan juga kandungan gula dalam susu tepung itu.
Secara peribadi, antara informasi yang saya perolehi adalah :
1) Banyak susu tepung membesar (growing up milk powders) di Malaysia mempunyai kandungan gula yang tinggi dari yang diperlukan. 
*Under Malaysia labelling act for Children Growing Milk, Carbohidrat on the label contains only sugars level (either naturally present or added into it)

2) Corn syrup solids, glucose syrup solids dan sucrose adalah gula tambahan dalam susu tepung yang boleh ditemui dengan kandungan yang agak tinggi di kebanyakan susu membesar kanak-kanak. Kandungan gula berlebihan ini tidak diperlukan dan tidak memberikan nilai nutrisi, hanyalah sekadar penyedap rasa especially buat anak-anak di Malaysia yang bagaikan semakin serasi dengan makanan yang manis. Yup, Malaysia antara negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia tertinggi termasuklah di kalangan kanak-kanak.

3) Semaklah label. Antara ingredient yang termasuk dalam gula tambahan adalah sucrose, corn syrup solids, glucose syrup. Selain itu, Semak di label "Karbohidrat untuk setiap hidangan" . Kandungan normal adalah 11-12g of karbohidrat per serving. Anything above that, adalah added sugars.

Flashback : Dinner dan Discussion bersama Prof Davies dan Dr. Monro,pakar nutrisi beberapa bulan yang lepas
Yup, memang besar cabaran membesarkan anak-anak especially dalam memilih makanan yang terbaik buatnya . Lebih-lebih lagi dengan sogokan media massa, agen jualan yang kebanyakan claim their product is the best, dan juga memberikan informasi yang kurang tepat i.e. hanya memberitahu kelebihan produk dan tidak memberitahu kekurangan produk itu contohnya susu tepung membesar anak-anak ( kandungan gula dalam susu tepung sebagai contoh).
Enough said, isu gula tambahan di dalam susu tepung adalah benar. Pengesahannya bolehla rujuk kepada pakar nutrisi, dan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Cabaran semakin besar, dan cabaran bagi eyriqazz adalah menyakinkan Isteri untuk beralih kepada susu tepung yang kurang/tiada gula (YES,sudah berjaya) Dah nampak perubahan yang lebih positif dan setidak-tidaknya, harap-harap anak kedua eyriqazz yang tengah dikandungkan isteri nanti, bolehla eyriqazz memilih :


Anmum Essential - The Only Growing Up Milk with No Added Sugar
Rasanya only Anmum saja yang berani meletakkan di label susu tepung mereka, no added sugar kerana ianya adalah benar. Kenapa susu tepung lain tidak berani meletakkan "no added sugar too?". Tepuk dada, carilah jawapannya. It is never to late to change for a better future, tak gitu?
Related Posts with Thumbnails