February 29, 2012

Anak-Anak Zaman IPAD

Anak-Anak Zaman IPAD, cepat betul dia belajar. 2 tahun setengah sudah kalahkan Papa dan Mamanya dalam menggunakan IPAD ini. Inilah jadi temannya, Papanya memang tak boleh kacau ....

Alah, Kalau Alisya ada blog, tentu lagi famous dari blog Papa...Citer2 dalam blog Papa pun banyak cerita Alisya
Bagusla Auntie Sumi ni, sekarang dah berniaga Siput Sedut pula
Wahhh, Atok Je Jai nak melamar Rozita Che Wan?
Serius Hensem la Uncle ni...Kayo pulak tu

Umm, main games lagi bestt..
Bosan laa...Uncle ni Pakai bomoh ke apa...Mana2 blog, dia je top commentator..

Entah2 Eyriqazz ni Staff Nuffnang


saya join nuffnang bila baca blog Eyriqaz.awal2 berblog dulu memamg blog ni banyak menghasut saya untuk bersama nuffnang..hehe..dan sekarang alhamdulillah...sebulan sekali saya dah dapat 2-3 ratus dengan nuffnang.tak terfikir nak bersama yang lain.



mula2dulu suami tak percaya,.dia kata entah2 eyriqaz ni staff nuffnang..saya lantak kan aje cakap dia.
heheh..sekarang bila sampai cek je kat rumah saya tayang2 depan dia..hahaha - Komen
Diana di Entri Camne Saya Boleh Join Nuffnang-

Hik3, jauh panggang dari api laa... Tak layak nak bergelar Staff Nuffnang. Coz saya perhatikan mostly staff Nuffnang, kacak-kacak dan hot-hot belaka. Especially wanita...Contohnya :

Rina yang Hot juga..

Anyway,congratz buat Nuffnang yang telah mencapai usia 5 tahun kini. Semoga terus success dan bloggers pun dapatla tempiasnya sekali...Nak jadi staff Nuffnang tu, hik3, tak layak rasanya....

P/s : Kalau nak bekerja di Nuffnang, bolehla apply SINI

Wordless Wednesday - Once in 4 Years

February 28, 2012

Pemenang Give Away | Koleksi Wang Kertas dan Duit Syilling Limited Edition

Entri Give Away Sebelum ini dirujuk. Senarai 48 peserta boleh rujuk di SINI . 3 nombor pemenang yang telah dipilih oleh YanmieOnline adalah :

td kakyan random, dpt no ni 18, 38, 46 :D


Pemenang Wang Kertas RM1 dan RM5 : Peserta benombor 18

Pemenang Duit Syilling Siri Ketiga : Peserta bernombor 38
Pemenang Duit Syilling WWF : Peserta bernombor 46

Tahniah buat pemenang . Sila e-mailkan nama penuh, alamat, dan no. telefon ke iman1237@hotmail.com . Good Luck juga diucapkan buat Yanmie dan semoga tercapai cita-cita memenangi gadget Impiannya

KIX HD & Celestial Movies HD On Astro HD Channels


ASTRO is pleased to announce the launch of two (2) new High Definition (HD) channels on 1st March 2012 .



 KIX HD (channel 729 , ASTRO), an action-packed channel showcasing the best of action, including mixed martial arts (MMA) tournaments, action series, movies, reality shows with a late-night block of thrilling movies, and : 


Celestial Movies HD (channel 309, ASTRO), a world-class Chinese movie channel offering the latest Chinese blockbusters and other hit Asian movies first and exclusively in Malaysia.  With the newly added KIX HD and Celestial Movies HD channels, ASTRO B.yond HD customers will now have access to a total of 18 HD channels.

Credit : Astro Press Release..

P/s : Ohh, i wish i have more time watching tv and enjoy my favourite show...

Camne Saya Boleh Join Nuffnang


Let's me introduce you, Mr. Jocko, insan yang telah memperkenalkan Nuffnang kepada Eyriqazz. Kebetulan, dah almost 3 tahun aktif berblog, di 5th Nuffnang Birthday Party, inilah kali pertama kami berjumpa di event Nuffnang.

Camne Saya Boleh Join Nuffnang? Ceritanya lebih kurang tahun 2009, Si Jocko ni memang aktif berblog. Dia mention boleh buat Income dengan blog. Saya sindir dia berbulan-bulan juga, alah,Scam je ni. Mana boleh buat income dengan menulis di blog merapu merapan. Ahh, tipu arrr....

One day, selepas berbulan-bulan tu, dia tunjukkan Cek Nuffnangnya yang pertama. Jumlahnya lebih kurang RM80+ kot selepas berbulan2 dia berblog katanya. Terus excited, a few days lepas tu, terus saya register Nuffnang dan aktif berblog. Yup, mula-mula berblog tu memang berblog coz duit.

Excited, 2 bulan bersama Nuffnang, sudah menerima my 1st Cheque dari Nuffnang yang berjumlah RM200+. The rest is history....Now, saya bolehla dikatakan blogger tegar Nuffnang dan wang bukan lagi motivasi utama saya untuk berblog..."The money will come when you put ur passion in whatever u love"...

P/s : How about you? Camne anda boleh terjebak dengan Nuffnang?

Magnetism Jigsaw Buat Alisya

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau tak ke nasi kan? . Kalau Mamanya minat sangat kumpul fridge magnet, Alisya pula merengek-rengek minta dibelikan Magnetism Jigsaw semasa berkunjung di Motherhood Expo di KLCC. Sayangkan anak turut-turutkan, terbang RM40 buat anak tersayang.

Papa Nak Main? Jom Papa
Bukan main kusyuk lagi
Yang ni kat sini, yang ni kat sini..Papa dok diam-diam...
Terima kasih Papa...Sayang Papa...

P/s : Antara kegembiraan seorang ibu/bapa, apabila melihat anak gembira....

Memang Tak Ada Lelaki Sehebat Aku


Kesetiaanku Diuji Lagi. Lafaz-lafaz cinta dari gadis itu membuatkan hatiku tidak keruan. Cantik,memang cantik Orangya. Ohh, Patutkah Aku Curang? Ohh, Ku tahu, memang tak ada lelaki Sehebat aku. Hensem tiada,manis dan kata-kata yang mampu melembutkan hati wanita di luar sana, mungkin ada...

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Isteri yang setia padaku


Maaf, Cintaku Hanya Untuk Isteriku....

P/s : Memang Tak Ada Lelaki Sehebat Aku, tapi yang lebih hebat ramai di luar sana.... Entri ini sama dengan entri-entri sebelum INI...

February 27, 2012

Je Jai Feeling Blues Diserbu Peminat


Peminat No. 1 Je Jai (depan Je Jai) : Awww, tak sangka laa dapat jumpa Abang Je Jai di sini malam ni...
Serius, saya minat gile kat abang Je Jai...Bila abang je jai nak bikin album?
Je Jai : Ehh, malula saya awak cakap camtu...Rasa cekudal dan nak terkucil dalam seluar ni..

Sumi : (Jeling-jeling)...Malam ni kalau aku jual black magic,sure lakuni....
Daydeck : Ehh, apsal MC tu muka cam aku? Pelanduk dua serupa ke?

Eyriqazz : Baju Petak-petak bukan untuk orang tua ya....Hik3...

Geng Petak-Petak

Anyone else wanna join Our "Geng Petak-Petak" ?

February 26, 2012

Jumpa Di Sana


Gosok-gosok mata, baru bangun tidur, terus terjah laptop. Gettting ready dan buat sesiapa yang pergi Nuffnang 5th Birthday Party malam ini, jumpa di sana ya...Jangan lupa tegur kalau kenal....

Roda Roda Kehidupan

Wow, word of wisdom on life from simple analogy.
-------------------
When a bird is alive it eats ants, yet when it dies, the ants eat it. Circumstances can change at any time and the tables usually turn over a period of time. Do not oppress, despise or hurt anyone during your lifetime. You may be powerful today but remember, time is more powerful that you! Just like one tree makes a million match sticks, yet when the time comes then only a single match is needed to burn a million trees. 

~Mufti Ismail Menk~

P/s : Saya minta maaf kepada sesiapa yang pernah saya sakiti hatinya....Nobody perfect kan? Me too....Life is Short, Enjoy it to the fullest...


Motherhood Expo 2012 di KLCC


Motherhood Expo 2012, KLCC
24-26 Februari 2012

Sayangkan Isteri, turut-turutkan. Semalam sempatla ke Motherhood expo 2012, banyak booth dibuka khas untuk ibu/bapa berkunjung ke sini.


Pureen turut buka booth

Fuhh, harga stroller lebih kurang 1/3 harga motosikal eyriqazz

Survey-survey harga dulu, rasanya kena beli juga stroller untuk anak yang tengah wifey kandungi kini.

Pampers Whoopee. Unik namanya

Eyriqazz tengok ramai yang rembat pampers berjenama whoopee ini. Sorang siap 2-3 bungkus. Tengok harga murah juga, rasanya around RM20 dalam tu ada 60 paket. Lebih kurang 33sen sekeping. Tanya wifey, kenapa tak beli? Umm, wifey cakap, nipis... So, tak angkatla..


Lunatots & Suri



Drypers - Bringing Family Together
I Love Daddy and Mummy
Drypers, salah satu jenama pampers kegemaran kami
Agak-agak Isteri beli tak ya?
Boleh tahan juga ramainya orang

Ramai memang ramai tapi takdelah sesesak cam Mom & Baby Expo yang selalu dianjurkan di Midvalley. Mungkin susunannya dan ruang untuk bergerak lebih luas. Camnila yang kami mahukan. Kalau panas-panas,bersesak2, rasanya cepatje nak ajak wifey balik. 

Phillips Avent
Wifey cakap around RM100+. Nak beli katanya next time
Little Bean. Memang wifey recommend
Fuhh, banyaknya pampers Drypers sayang beli ya?
Wifey kata harga lebih murah, kenalah rembat kan?

Inilah hasilnya shopping di MotherHood Expo 2012

Kalau nak pergi, bolehla, hari ini 26 Feb 2012 last day. Tapi kena pandai2la memilih, wifey cakap ada juga barang-barang yang dijual lagi mahal dari harga di Supermarket. Bijak membeli, menang memakai kan?

February 25, 2012

Tidurlah Sayangku


Tidur, Tidurla Sayangku
Penat temankan mama bershopping di Motherhood Expo di hujung minggu
Mama gembira, puteri pun membawa pulang mainan hadiah dariku
Singgah di restoran, tertidur lena , tak kisah apa yang berlaku

Tidurla Alisya Puteriku
Balik makan, Mamamu pula mengadu
Badan sakit-sakit, tak sedap badan tak sampai hati pula aku
Untuk tinggalkannya pergi Berkaraoke bersama rakan-rakan bloggers yang bakal menunggu

Jutaan Kemaafan dariku
Tak dapat nak sumbangkan lagu "Awan Nano" yang sudah ku praktis berminggu-minggu
Family Come First, InsyaAllah di lain kali kita ketemu
Have Fun dan mulakan karaoke dengan lagu Negaraku

Cuci The Musical Last Kopek Sangat Menghiburkan

 Semalam, Sempatla saya menyaksikan Cuci The Musical Last Kopek (Preview ) atas jemputan dari Astro. Thanks a lot Astro yang menggembirakan hati saya dan Isteri. Actually, ini first time saya menyaksikan Cuci The Musical ini yang dipersembahkan di Istana Budaya.

Cuci The Musical Last Kopek di Istana Budaya
dari 2 - 18 March 2012
Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz

Best...Dapat seat kat bawah. Nampak jelas pelakon-pelakon

Happy Moments. Isteri gembira sakan. Yerlah, diakan cikgu tarian sekolah. Memang di minat sangat teater sebegini

Inilah review dari saya , random things dan apa yang menarik tentang Cuci The Musical ini . Credit most of the pictures di bawah ini buat www.daydeck86.com, salah seorang staff Astro yang sangat berdedikasi.

Romantic Moments
Saat-saat romantis di atas gondola Hans Isaac dan Vanida Imran
Serius romantik giler scene ini..

Persembahan bertenaga dan mantap dari Dina Nadzir. Nyanyian ,lakonan, dan tariannya nya memang seiring.
Vanida Imran toksah cakaplah, terbaik...Namapun pernah mengondol Artis Wanita Terbaik dan memenangi Juara Sehati Berdansa
Nasib baik takde AC Mizal. Saya lebih sukakan lakonan Nabil Raja Lawak ni. Memang tak kering gusi dibuatnya dengan lawak-lawak spontannya.

Awiepun memang best, nyanyian, lawak Pisang. Hans Isaac, dedikasi habis dan memang feel laa tengok lakonan nya yang mantap.Afdlin Shauki, as always,tidak mengecewakan dan persembahan mantap.

Dancing Moments. Gempak

Scene-scene menari dan menyanyi memang saya suka, cam layan citer Hindustan live pun ada. Dengan krew-krew yang lebih 200 orang, memang respekla.

Nabil- Sentiasa membuatkan penonton ketawa . Terbaikla Nabil
Douglas Lim yang memegang watak Wira yang menggantikan Haris Iskandar memang tidak mengecewakan. Watak dibawa dengan baik dan menghiburkan
Nasihat Moments - Harun Salim Bachik pun cool dan bestt...Lawak-lawak yang mudah difahami
Go,Action...
Family Come First

Overall, Cuci Musical Last Kopek ni memang sangat-sangat best. Selain dari jenaka yang bersahaja dan menghiburkan, jalan cerita yang mudah difahami, lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon, nyanyian dan tarian yang menarik, turut disajikan dengan nilai-nilai murni antaranya Persahabatan, Percintaan, Kasih Sayang antara Anak dan Bapa, Rasuah, dan nilai-nilai kemasyarakatan.

Memang rasa tak puas menonton sekali, InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan dimurahkan rezeki, akan saya tontoni sekali lagi last edition Cuci the Musical ni. 100 kali better kot dari Filem Cuci dan rating saya berikan 8.5/10. Teater kedua terbaik pernah saya tontoni selepas Puteri Gunung Ledang The Musical.

Cuci The Musical Last Kopek sangat menghiburkan hati
Saya gembira, persembahan mantap sekali
Tahniah dari saya sekali lagi
Persembahan terbaik kalahkan filem Melayu box office di luar sana sudah semesti
Related Posts with Thumbnails