June 30, 2012

Umur Sebenar Abang Ensem

Fuhh, selama ini tertanya-tanya berapakahUmur sebenar Abang Ensem ni. Rasanya dah cecah 50 kot , itula first impression Eyriqazz.


Agak-agak berapa Umur mamat yang Perasan Ensem ini ya?

Fuhh, harini terjawabla persoalan di hati...

28 Tahun?? Biar betik, Jamu Apa dia pakai yang membuatkan dia nampak lebih Tua dari Usia sebenar ni?

Feedback dari Tune Hotels

Entri pengalaman di Tune Hotels Penang mendapat respons yang positif. Kelmarin, terima feedback dari Tune Hotels yang menaja penginapan ini ketika bercuti di Pulau Pinang beberapa minggu yang lepas :



Hi Iman,

Very good entry. We likey! Thanks for being objective and from the looks of it, there were a fair few people who were intrigued with your post and that created conversation!

Yes certainly. Do reach out to us whenever you feel like taking a trip and we will for sure see what we can do for you.

Alhamdulillah, respons positif dari Pihak Tune Hotels. The best part is, lepas ni boleh request free Hotel lagi bersama Tune Hotels. Umm, next destinasi mungkin Johor Bahru kot...

This is the beauty of blogging. Kita berikan win-win situation, InsyaAllah Advertiser akan lebih menggemari kita dan akan cuba berikan lagi in future.... Wink, winkk...One of my Sponsored Post dari satu penaja yang dah berjalan selama setahun, ditambah lagi 2 entri.

Rezeki anak-anak. Betulla kata Bro Denaihati, Hidupkan Untuk Memberi, the more you share, the more you will get...

June 29, 2012

Order Domino's Pizza

Malam ni dinner order Domino's Pizza. Isteri tetiba mengidam nak pekena Pizza dan Chocolate Lava cake dari Domino's Pizza. 



Pizza Aloha Chicken, Regular , Rm23.80

Sedap. Pizza Domino agak rangup dan tak tebal sangat. Yummy....


Roasted Chicken Drummet, Rm12.80

Sedap juga cuma rasa cam kecik je... Rempah dia pun boleh tahan. Next time bolehla order lagi.

Favourite isteri : Chocolate Lava Cake, Rm8.80

Enough said, tak sempat Eyriqazz merasa. Abis dimakan Isteri. Hik3, sayangkan Isteri turut-turutkan....


Betulke Sedap? Korang tryla sendiri

Order dalam 45 minit sampai, dapat voucher free regular Pizza for next order



Lambat menunggu tadi, sempatla jeling-jeling akaun Nuffnang
Alhamdulillah, Murah rezeki Buffered Earning bulan ini, bulan kelahiran Alisya
Tips Buffered Earning? Rajin-rajinla berkongsi rezeki....

Hadiah Birthday dari Ayah Teh





P.s : Pandai juga Ayah Teh @ adik lelaki eyriqazz belikan baju untuk Alisya sempena birthdaynya yang ketiga. Cantik, Papanya berkenan..

* Gambar diambil dengan Digital Kamera Samsung WB150F.

Alexa Ranking Naik Mendadak

Eyriqazz : Sifu, camne nak Naikkan Alexa Ranking  ya? ( nombor semakin menurun yang dimaksudkan...)
Sifu : Salah satu caranya adalah cuba dapatkan Backlinks yang berkualiti...

Umm, boleh percaya ke cakap Sifu ni? Jadi, eyriqazz lakukan ujikaji sepanjang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, menguji kata-kata sifu. Time ni memang banyak backlinks yang masuk ke blog Eyriqazz. Peserta Contest pun sudah mencecah 60 orang sepanjang lebih kurang 10 hari Cabaran ini berlangsung. 


22 June 2012

24 June 2012

26 June 2012


28 June 2012

Peningkatan yang begitu ketara dalam masa 10 hari, Malaysia ranking meningkat dari 680 kepada 540.


Eyriqazz : Tapi Sifu, pentingke Alexa Ranking ni? Alah, ianya bukan really reflected trafik blog or populariti blog yang sebenar pun...
Sifu : Umm, bergantung....
Eyriqazz : Maksud Sifu?
Sifu : Kita tinggalkan part yang tak ambil kira.. Tapi ada advertiser yang turut memandang Alexa ranking ni kan? 
Eyriqazz : Umm, haahla...Ada juga advertiser yang ambil kira Alexa Ranking ini.. 

* Sifu = ___________ (cuba teka...)

P.s : Pentingke Alexa Ranking ini? Umm, saya tiada jawapannya.... Apa kata anda?

June 28, 2012

RM162.50 Rezeki Contest

Entri mengenakan rakan blogger Abang Ensem di Mataku berjaya berkongsi hadiah tempat Pertama ( Pemenang Contest Abang Ensem Di Mata Aku). Alhamdulillah, RM162.50 sudah dibank in ke akaunku...Rezeki anak, dah lama rasanya tak menang Contest blogging ni... Join pun bila ada kelapangan dan rasa ada peluang untuk menang or Sokong Contest rakan-rakan rapat.

 #1 - Ensem ke?

Mungkinkah Penangan Bodek Lelaki Kacak vs Lelaki Ensem ?

Dahla, cukupla lebih-lebih puji Mamat ni. Kan ada yang tak tidur malam nanti... Hahaha, bagi yang nak menang Contest lagi, jemput joini Contest Eyriqazz dengan hadiah bernilai RM1,700+) untuk dimenangi...

Pengalaman di Tune Hotel Downtown Pulau Pinang

2 minggu lepas, sempatlah bercuti di Pulau Pinang dan menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Inilah pengalaman eyriqazz menginap di sini :


Tune Hotel - Downtown Penang 
100 Burmah Road, 5 mins from Komtar in George Town
Tel: 04-2275807

Sampai sudah agak malam, lebih kurang pukul 9.00 malam. First impression, nice , bawah ada 7 Eleven. Senangla kalau nak beli air mineral etc. Kemudahan parking di Tune Hotel agak terhad, jadi kalau parking penuh kenala parking di kawasan sekitar.


Double Room - Katil Double-

Agak nice biliknya, nampak selesa dan ekslusif walaupun ruang agak sempit di kiri dan kanan. Untuk saya ,Isteri dan anak-anak rasanya OK. Bilik mandinya pun selesa yang dilengkapi dengan shower. Bilik pun dilengkapi dengan kipas. Kalau mahukan Aircond, harga bayar lain.

Bukan Main gembira lagi ALisya dapat bercuti

Guna Access Card. Amik aircond 24 jam. Setiap kali dia off or kita keluar, ianya tidak dikira. Kalau bercuti 2 malam, rasanya 12-24 jam aircond dah cukup. Taknak aircond pun, dah ada kipas siling
Sayang Azim...
Dari bilik Hotel
Comelje bekas towel nya

Harga Add On..Boleh ambil masa booking or ketika dah sampai di hotel
I.e. Aircond 12 jam RM14, tuala RM6, wifi RM12 24 jam, check out lewat tambah RM15

Waktu check in after 2pm dan check out 11am. Haritu saya add on Wifi. Yang lain sudah disponsor sepenuhnya oleh Tune Hotel , 3 hari 2 malam. Jadi blogger mana boleh berenggang dengan Internet kan?

Di Lobi.. Internet disediakan. Percuma 1/2 jam tak silap utk setiap bilik
Staffnya pun agak mesra pelanggan

Gambar diambil di waktu siang,  Tune hotel Downtown Penang

Untung kalau parking di Tune Hotel, first come first serve, Rm5 je sehari

Kalau penuh, pandai-pandaila park tempat lain. Harga lebih mahal

5 Star Sleeping Experience at 1 Star Price.. Betulke?

Overall, pengalaman saya di Tune Hotel Downtown Penang tidak mengecewakan. Saya berpuas hati dengan bilik yang disediakan, suasana di dalam bilik, lokasi yang strategik, dan harga yang berpatutan.  Saya survey webnya nampak harga agak menarik, kurang RM100 semalam tanpa add on. No wonder ramai pelancong asing menginap di sini semasa saya bercuti di sini.

Wifey pun cakap ok. Bilik of course di maximize kan ruangnya. Memang sesuai untuk keluarga yang tak ramai anak cam saya. Kalau ramai, boleh ambil 2 bilik yang bersebelahan. Apapun, ini cadangan saya to make the Stay more enjoyable at Tune Hotel :

1) Disediakan Laundry beg . Yang plastik cam biasa hotel providekan. Senang nak simpan baju kotor. Selalu, memang terlupa bawa beg extra.
2) Kemudahan Wifi - Rasanya wifi di Tune hotel Downtown Pulau Penang agak perlahan sedikit. Agak slow bila nak update blog dan selalu disconnect. Just average rasanya in term of speed. Internet is a must nowadays...
3) Satu tempat air sejuk/panas di setiap tingkat. Jadi tak perlula kami turun ambil air di 7 eleven kalau nak buat susu anak-anak. 
4) Sediakan satu bilik untuk seterika baju. Jadi tak perlula nak bayar deposit nak pinjam seterika dan menunggu lama menanti ianya dipulangkan.
5) Point System - The more we stay, the more we get the point. It will create a sense of loyalty too...


Itu je kot. Overall, memang puas hati menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Once again, thanks Tune Hotel for sponsoring penginapan kami di sini.. Lebih lanjut pasal Hotel ini, bolehla singgahi SINI

Awek Ariffshah?

Wahh, boleh tahan Ariffshah ni... Balik-balik dari Moscow, bawa balik Aweks Minah Salleh.... First picture boleh refer entri --> Bersama Blogger .2nd picture, cuba usha elok2 Awek yang ditengah-tengah :



Betul ke Awek Ariffshah?
Hik3, Sila tanya tuan punya badan

P.s : Adushh, buat terliur laa pulak nak pekena coklat malam2 ni....

June 27, 2012

Alisya Suka Masak Burger

Papa, Papa, Alisya nak masak burger. Jomla Papa. Ini la permainan/games favourite Alisya skang :


Burger, Biskut, French Fries, Papa nak makan apa?

Alisya buat magic... Burger ni Alisya buatkan untuk Papa :


Burger besar 
dan Burger Bakar...

Nyam2, sedapp anak Papa masak....

Wordless Wednesday - Rezeki Advertorials


Kepuasan Berblogging

Salah satu kepuasan berblogging bagi Eyriqazz adalah apabila mendapat feedback yang positif dari Potential Advertiser. Lebih-lebih lagi bila Advertiser itu antara salah satu syarikat yang ternama di Malaysia :

Feedback from X : Thank for your feedback. I thought they were all brilliant, thus in have already forward it to my Managing Directors and Regional Director.
Eyriqazz : Speechlessss....

Berbunga-bunga hati ini apabila feedback diambil pada sudut yang positif....

P.s : First Question yang ditanya ketika meet one of their Marketing Officer.... Yup, bukan berapa hits yang ditanya tetapi Berapa Followers Blog Anda? Fuhh, agak kelu lidah nak menjawab, almaklumla, followers blog suam-suam kuku je...

Yup, Followers itu penting di mata Potential Advertiser...... Kenapa?? Saya tiada jawapan yang tepat tentangnya, namun apa pandangan anda? .

June 26, 2012

Pavlova - Mahu Disponsor? Make her an offer that She can't refuse

Anda berminat nak merasa Pavlova yang ditaja? Peluang jangan dilepaskan, http://irmadilondon.blogspot.com membuat tawaran buat yang berminat :



Mahu disponsor? Make me an offer that I can't refuse... :))
Cepat-cepat e-mailkan ke irma_pv12@yahoo.com

Umm, Eyriqazz boleh join sekali lagi ke? Nak juga joini n make an offer that you can't refuse.... Well, nasihat eyriqazz, kalau berminat, kasila proposal yang menarik kepada Irma yang akan memberikan win-win situation... 

P.s : Fuhh, serius mengidam nak pekena Pavlova lagi...

Lelaki Kacak vs Lelaki Ensem

Ariffshah : Bro rasa saya ada ciri-ciri Lelaki Kacak tak?
AE : Lelaki kacak ada, tapi lelaki ensem takde kot...
Ariffshah : Apa beza bro?
AE : Ohh, banyak beza... Lelaki Ensem bukan setakat ensem tapi mempunyai misai yang menggoda dan mampu kahwin dua bila-bila masa. Financially Income at least 5 angka sebulan.
AriffShah :(  Cissh, cishhh, menyesal aku tanya..)

P.s : Dialog sekadar gurauan..Saja menyakat rakan bloggers..Jom Sahut Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati - The Game Is ON!!!

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati semakin panasss!!!. Sifu saya @ Denaihati sudah mula menyahut cabaran saya. Strategi tengah disusun....


Denaihati - Don't Play-Play with Me K...

Penangan YanmieOnline u dah tengok, let's me show u my Secret Weapon, Ariffshah the SEO Master


AriffShah - Let's guys menyusun Strategi Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Fuhh, kalau dah sifu dah mula menyahut cabaran, adakah ramai bloggers yang akan tercabar dan akan berpura-pura mengangkat bendera Putih seperti Strategi yang dimainkan oleh Abang Ensem?? Yiezaa, The Game is Onn...It's getting Hotter!!!

June 25, 2012

Harga Kek Birthday Buat Alisya

Mahalke Kek Birthday? Umm , susah nak cakap. Bergantung kepada jenis kek yang dibeli kan? Berkongsi pengalaman, harga kek birthday yang dibeli untuk Alisya sempena majlis birthday nya yang ke-3 semalam :



Kek Sponge  Gambar Dora, 1kg , RM53
 Beli di Pistachios Bakery, Setiawangsa

Feedback : Boleh tahan sedapnya.... Kek yang paling last habis..


Kek Aiskrim Baskin Robbins, berbentuk Love
Harga : RM130

Feedback : Serius sangat sedap. Beralih arus dari Kek Secret Recipe ke Kek Baskin Robbins tahun ini kerana ingin mencuba suatu kelainan plus ada pengalaman kurang manis di Secret Recipe sebelum ini. Setbacknya, harga agak mahal juga. Tokey Plat WWW pun siap tanya, kek berharga RM130?


Kek Pavlova
Harga rasanya around RM80-120 kalau tak silap, 1kg

Feedback : First time cuba. Serius sangat sedap walaupun agak manis. Buah-buahannya menambahkan seri dan kesedapan. Rasa tak puas je makan. Memang hott, sekejap je dah habis. Tuan rumah pun tak sempat menambah. Hik3..... Kena order lagi lepas ni rasanya..Barula ble makan sepuas hati...Hik3...

P.s : Tepuk dada, tanya selera...Bagi Eyriqazz, kalau mampu dan kena dengan budget plus event setahun sekali, apa salahnya kan? Anak seronok, ibu bapa pun seronok....

Model Cookies On Air

Yiezaa, Kak Ina KL kini semakin mengembangkan sayapnya untuk Cookies sedapnya. Antara Model-model barunya yang bakal mempromosikan Cookiesnya sempena raya tak lama lagi :


Dari Kanan : Hilal On Air, Mat Joe Taukeh WWW dan Eyriqazz

Wahh, so korang, kalau nak tempah Cookies Kak Ina KL, baik tempah cepat-cepat. Macam hot cake niii.... Laris di pasaran...


P.s : Kak ina, 2 x 100 biji reservekan utk saya sempena raya nanti...Nak bawa pulang ke kampung..Alisya suka sangat...

June 24, 2012

Sedap ke Pavlova?

Sedap ke Pavlova ni? Rasanya first time eyriqazz terdengar pasal Pavlova ni coz tengok di Tv majlis perkahwinan awal Ashaari dan Sha Al Yahya.Lepas tu SHaringingoz cerita pengalamannya yang memang sedap pekena Pavlova ( Pencarian Pavlova Berakhir di Alexis Garden) Sedapke? Pucuk di cita, ulam mendatang :



Apa Kata mereka?
-Kredit picture to Sumigigi-

Sumi Gigi : Ya allah.. Cik eka...sodap dik oit...selalu tgk org makan...nak beli tak reti...td dpt la makan.. 2 kali tambah...hahahaha
P.s : Tuan rumah pun tak sempat menambah tau..Hahaha,takper2..memang jemput orang datang untuk makan...

Kak Ina KLsedap kan pavlova ni Sumi Jelly

Eyriqazz : Pertama kali try Pavlova. Serius sangat sedap. Rasa macam aiskrim pun ada, rasa macam kek, buah, gabungannya memang nyaman dan sedap. Cuma agak manis sedikit.... Rasa nak tempah lagi laa lepas ni...wifey dah siap wish utk birthday bulan 7 nanti..

Berminat nak menempah? Bolehla terjahi http://irmadilondon.blogspot.com

Saya gerenti puas hati....

P.s : Order Pavlova dengan Irma, jangan lupa mention my blog ...Kot2 boleh dapat diskaun... Hik3..
Related Posts with Thumbnails