July 31, 2012

Buffet Ramadhan Cititel Hotel, Midvalley

Terimakasih diucapkan buat Denaihati dan Kak Siti yang Manis yang sudi menjemput kami sekeluarga joini berbuka  Buffet Ramadhan Cititel Hotel, Midvalley semalam. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahi.

Ramadhan Buffet Dinner, RM60++ seorang
Denaihati mesra melayan jemputan yang hadir

Kali ini tak sempat ambil gambar banyak coz banyak makanan yang agak menyelerakan dan sampai dah ramai yang berbaris mengambil makanan.

Dancing Fish - Sedap
Ramai juga yang berbuka puasa di Cititel Hotel ini semalam
Kuih muih yang menyelera
Buah-buahan. Kata Dr. Fadzillah Kamsah, seeloknya makan buah sebelum makan makanan lain
Nasi Mandi kan Kak Siti? Lupa laa pula
Lauk-lauk
Rendang daging. Yummy
Ayam
Ini favourite eyriqazz. Adalah dalam 7 ketul eyriqazz makan. Hik3...

Overall, makanan di sini agak menarik dan memuaskan hati. Antara makanan lain yang dihidangkan semalam antaranya Sate, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pucuk Paku , otak-otak, aiskrim, dan pelbagai lagi. Alhamdulillah, rezeki. Jemputan kedua dapat hadiri boleh bawa anak dan isteri.

Nak bertukar jadi Sailormoon ke Namia?
Antara jejaka-jejaka bujang dan perasan bujang yang hadir.
Isteri : AE mengaku bujang, kalau abang pi sorang ni, sah mengaku bujang juga kan?
Eyriqazz : Ehh, tak2,Abang cakap Not Single but Still Available..Hihihihi...
Antara rakan-rakan  bloggers yang turut hadir sama
Wife : Papa,next time kita berbuka di sini dan bermalam di sini ya? Lepas berbuka boleh shopping sampai Midvalley tutup..
Eyriqazz : Umm, umm, hotelnya dah penuh sampai lepas raya laa Sayang..Hik3..

Buffet Ramadhan di Cititel Hotel, Midvalley enak sekali
Terimakasih buat Denaihati dan juga Kak Siti
Kenyang perut gembira hati
Semoga terus dimurahkan rezeki

Juadah Berbuka Puasa di Restoran Wong Solo, Shah Alam

Pucuk dicita, ulam mendatang.Weekend lepas dapat juga berbuka puasa di Restoran Wong Solo,Shah Alam. Inilah antara Juadah berbuka puasa yang menjadi pilihan kami :

Set Ayam Kampung Bakar, RM10.90 menjadi pilihan Isteri

Feedback Isteri, memang sedap dan menepati citarasa. 

Set Ayam Penyet, RM10.90

Voila. Indah khabar, Indah rupa. Salah satu tempat favourite bagi Eyriqazz untuk menjamu selera pekena Ayam Penyet.

Sotong Goreng Tepung, RM13.90.
Sedap dan menyelerakan
Sup Ayam, Rm8.50
One of the best sup ayam I ever taste
Air Buah Mangga, RM6.00 (Sangat slurrpyyy...)
Air Sirap RM2. Enough said, tambah lagi 2 air sirap utk both of us
Kalau nak berbuka di sini, make sure booking awal. Around 6pm+ biasanya table dah penuh
Serius penuh dan menjadi tumpuan Restoran Wong Solo ini
Alisya pun happy Papanya belikan Ipin. Terbang RM30 
Tempat bersila pun turut disediakan. Plan nak booking yang tu, dah penuh pula
Action speak for itself. Licin dan tinggal tulang. Hik3..
Total = Rm63.90. Puas hati

Overall, ini Juadah berbuka puasa paling memuaskan hati sepanjang berbuka tahun ini. Tak kena ketuk, harganya pun berpatutan.

Tengoklah, nak bayar sudah makan pun queue panjang. Meriah
Sempatlah ambil business card, dah ada nombor baru rupanya
Restoran Wong Solo Shah Alam
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7
Shah Alam (Belakang Jakel dan on the way nak ke I-City kalau dari KL)
No. telefon : 03-55232894

Juadah Berbuka Puasa di Restoran Wong Solo Shah Alam enak sekali
Harga berpatutan kena dengan selera kami
Sudah pasti akan singgah lagi
Untuk mencuba Jus Poligami

Contest Reka Dialog

Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan. Just cash out my 2nd earning with Nuffnang bulan ini. Rezeki ini, elokla dikongsi-kongsi, kan?. So, Small Contest, reka dialog dari gambar ini :


Gadis Cantik sebelah kiri : Cik Nurul 
Gadis Cantik sebelah kanan : Mia Sara Cinta

1 day Contest sehingga 11.59 malam ini . Just reka dialog yang paling kreatif/kelakar dari kedua-dua watak ini. Bolehla tinggalkan dialog itu di komen entri ini :

Hadiah : First Prize - RM20, 2nd - 3rd Prize - RM10

Bolehla menangi Hadiah di SINI juga...

UPDATED - First Prize -  Kid
                2nd -3rd Prize - Fazrol dan Sop

Tahniah, e-mailkan ke iman1237@hotmail.com pilihan hadiah anda...

July 30, 2012

Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, AEON Wangsa Maju

Weekend lepas, sempatlah berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop, AEON Wangsa Maju. Restoran yang sentiasa menjadi pilihan kami setiap tahun untuk berbuka puasa setiap tahun. 


Nasi Ayam. Campurkan lada + bawang putih, memang terangkat
Ayam. Bahagian dada utk saya, peha untuk Isteri

Rasanya bean sprout Chicken rice shop antara yang terbaik cara ianya dihidangkan dan rasanya

Minta extra kicap. Baru kaww
Pai Tee , kegemaran Isteri

Kerabu mangga. Boleh tahan juga

Pencuci Mulut. Sejuk-sejuk gitu

Air soya dan Pepsi untuk 3 orang

Jom berbuka puasa

Aiseh, kepenatan agaknya

Papa, Alisya nak juga

Full house

Total, RM52.14 selepas tax utk tiga orang. Umm, makan pun kena tax kan?

Overall, menepati citarasa kami. Chicken Rice shop antara pilihan terbaik bagi kami untuk pekena Nasi Ayam. Indah khabar, Indah rupa.

Lebih Gembira Bersama IKEA dan Ipin

Home Sweet Home - Anak-anak lebih gembira bersama bantal yang dibeli di IKEA
Juga, Ipin yang menjadi koleksi terbaru Alisya

Aku Sebiji Bola Sepak

Mengimbau kembali pengalaman di sekolah .Rasanya kali ni terdetik hati nak menulis mengenai pengalaman di sekolah.Sekolah la antara tempat paling menarik sepanjang hidup kita kan?Pernahkah anda semasa di sekolah disuruh menulis dan mengarang dengan tajuk yang diberi ''Aku Sebatang Pen,Aku Sebuah Kereta atau sebagainya".Memang bagus karangan seperti ini kerana ianya membuatkan kita berfikir,berimaginasi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan daya kreatif seseorang.

Kalini aku ingin cuba mengimbau pengalaman ini dengan menulis satu nukilan yang bertajuk :

Aku Sebiji Bola Sepak

Namaku Mat Ball.Aku memang popular ,berjenama Adidas.Namun,disebalik kepopularanku ,tiada siapa yang tahu kesedihan hatiku.Korang ingat best sangat ke jadi bola ni?Ditendang ke sana kemari hanya dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam jaring.Selepas dijaringkan apa yang aku dapat?Ditendang2 lagi sesuka hati.

Kadang-kadang aku sendiri pun pelik.Bila ada pertandingan akulah benda yang paling penting tapi tiada siapa yang menghargaiku.Selalunya ada pemain terbaik, gol terpantas,gol terhebat,tapi tak pernah ku dengar bola terbaik games kali ini.

Kenapa ada 23 orang yang mengejar aku ke sana ke mari?Yang sorang tu pula ,kejar aku bukan main lagi dengan wiselnya tapi orang lain sibuk menendang,dia buat dekkjee....Aduss,terimakasih la abang referee,kurangla rasa kesakitan yang aku alami.

Namun,walaupun ditendang,aku tetap gembira kerana yang menendang aku antaranya :

Ronaldinho dan David Beckham,antara pemain bolasepak terunggul di dunia

Pedih,penat,sakit bila ditendang ke sana kemari.Namun,apa kan daya.Aku menjalankan tugasku sebaik mungkin.Ditelan mati mak,diluah mati ayah,aku tetap menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi.Lagipun  bolasepak adalah antara permainan tertua dan paling popular di dunia dan aku perlu mengekalkannya.Harap-harap suatu hari nanti aku dapat masuk Guiness Book of Records sebagai bola yang paling berjasa di dunia.Namun,harapannya agak tipis kerana aku perlu bersaing dengan jutaan bola-bola lain yang cukup hebat.Namun,aku tetap yakin,dimana ada kemahuan,disitu ada jalankan?

Aku paling takut dengan sorang mamat ni.Walaupun di tak pernah tendang aku,aku tengok dia pun dah naik cuak.Nasib baiklah dia dah bersara sekarang ni. Tapi,kadang-kadang aku tetap merinduinya kerana kurasakan dia adalah yang terbaik antara yang terbaik.Siapa ye?Cuba teka?

Toyol ke ni?Bukanlah,ini pengadil terbaik sepanjang zaman.Kenaltak?

Tidak lama lagi,aku bakal bersara kerana khidmat ku sudah tidak diperlukan lagi.Sedih rasanya,habis Zarul Umbrella ,AE muncul pula.Apalah nasib yang bakal menimpaku?Dibuang ke dalam tong sampah atau dijadikan souvenir ?Itupun kalau ada pemain terkenal sudi menandatangi di badanku.Jika tidak?Lagipun,generasi baru bola yang lebih cantik dan hebat sudah muncul mengantikanku.

Apalah dayaku, Sudah dapat Gading Bertuah,tanduk sudah tidak berguna lagi.

P/s :Amcam,boleh dapat A+tak?

Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella (aci ke recycle entry lama? Hahahaha...Mood kedaun, saja memeriahkan contest rakan-rakan)...

July 29, 2012

Jus Poligami

Aiseh, dah habis berbuka puasa n dah nak basuh tangan, baru perasan akan menu ini :

Jus Poligami - tengah dari bawah

Uwaa, kalau eden tau awal-awal, tentu dah order untuk berbuka tadi. Tentu slurp,slurp hilang selera menghirp kesedapan Jus Poligami ini. Hik3...

P.s : Korang rasa adakah rasanya seindah namanya?

Kisah Alisya dan Playground

Papa, Alisya nak pi Taman (Playground). Itula yang terkeluar dari mulut Alisya selepas Berbuka Puasa di The Apartment, The Curve beberapa hari yang lepas. Sayangkan anak, turut-turutkan.


Kanak-kanak, memang suka ke Playground. Lebih-lebih lagi yang makin membesar seperti Alisya. Tengoklah :



Sampaikan Bantal dan bantal peluknya pun dibawa masuk ke rumah mainan ini

Teringat kata-kata Kak Ina KL tahun lepas :

"Ketika anak-anak bawah 6 tahun inilah antara detik terindah bersama anak-anak.Seronok bermain, dukung,etc. Bila mereka makin membesar, rakan-rakan pula yang menjadi teman karib mereka. Hargaila detik ini. Don't waste it."

Memang berkesan kata-kata Kak Ina. Pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun usia ALisya namun rasanya macam belum cukup puas melayan keletahnya. Rasa macam mahu diputar kembali roda dan melihat kembali detik pertama kali dia bercakap, bertatih, berjalan, etc..". Adakah anda merasai perkara yang sama?

P.s : Suka tengok gambar Alisya di entri INI

Related Posts with Thumbnails