August 30, 2012

Perodua Aidilfitri Open House 2012‏


Kusangkakan panggilan hangit. Rupanya panggilan daripada Perodua menjemput ke Perodua Aidilifitri Open House 2012 dek kerna My Myvi story ini. Tahniah buat Perodua, menghargai pengguna mereka mengadakan event sebegini. Namun, kalau dapat jemput pasangan tentu lebih best kan? Dapat bawak anak-anak dan diberi duit raya tentu lebih best-best kan? Hahahaha,bagi betis nak peha, bagi peha, Hamzah Ian sila sambung...


Myvitrd tentu dijemput sama...Kalau tak dijemput, sila hantar surat aduan bro

P.s : Oh ya, weekend ni Sumijelly ada buat open house raya..Sila la terjah rumah dia ya kalau belum dijemput...Hik3...

#SaveJejai - Flashback


Komen di atas antara komen terawal dari Bro Je Jai di entri Pinjaman Peribadi tahun 2009. Time ni saya belum lagi meet him in person. Dari bibik mesej yang diberikan, yup, memang dia ada masalah dengan pinjaman peribadi yang dibuatnya...

Moving forward, mengenalinya, yup, dia bukannya seorang yang berada. Pernah naik keretanya sekali, memang tersentuh hati. Proton Saga yang digunakannya sekeluarga sudah lebih 10 tahun rasanya. Beberapa kali juga saya utarakan cadangan untuk bincangkan tentang masalah kewangan dan berjumpa dengan Bank Rakyat...Namun, knowing him, dia lebih suka menyimpan masalah sendirian daripada menyusahkan rakan-rakan untuk membantu.

Je Jai - Antara Rakan, Rahsia dan Racun lebih memberatkan keadaan. Kanser Paru-paru stage 4, Isteri yang tumpang kawan/naik bas ke tempat kerja dari Klang ke KL, anak-anak yang  masih kecil, kos rawatan yang sudah sampai maksimum, blog yang sudah lama tidak berupdate meruntun hati seorang rakan....

Apa guna jadi seorang rakan jika pantas saja join contest dan merebut peluang hadiah untuk Contest,churp2,etc, namun tidak sanggup untuk membantu rakan bloggers yang dalam kesusahan...Pertolongan boleh datang dalam pelbagai cara...

Jika ada sumur di ladang, sama-samalah kita membantu :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )  

August 29, 2012

Wordless Wednesday - Bukan Gangnam Style

The Need for Speed with Michelin Pilot Experience

Kereta Myvi, Kereta Eyriqazz Sekeluarga. 

Banyak Jasanya dari dulu hingga sekarang. Kecil-kecil cili padi, kalau di highway, rasanya inilah antara kereta yang selalu memotong di line paling kanan...

Eyriqazz agak lambat belajar memandu kereta. Rasanya di umur 20an baru ada lesen kereta. Lepas dapat lesen kereta, memang agak meminati kereta. Apakan daya, nak angkat kereta baru dalam masa terdekat, bajet belum cukup lagi. Namun, sepanjang tempoh ini pernah juga cuba-cuba memandu kereta lain. Who know one day bakal menjadi milik saya?

Pucuk di cita, ulam mendatang. Drive your Dreams with the Michelin Pilot Experience memberikan peluang keemasan, once in a lifetime untuk mencuba Kereta lumba yang agak menarik dan menawan hati antaranya Formula Michelin, The Formula 2 Seater, The Renault Clio, the Porsche (Bling, blingg..), and the Citroen C2 Rally!

Kenapa peluang ini perlu diberikan kepada Eyriqazz? Inilah antara sebab-sebabnya :

1) Saya sangat meminati Kereta. Banyak hadiri Launch dan Motor Show bila ada kelapangan. Antara yang pernah saya hadiri :


Serius, agak teruja dengan kereta-kereta di situ. Kereta Proton Jebat ni pun nampak agak cool. Namapun catchy. 


Just kidding. Pameran ini diadakan di Terengganu. Isteri pernah bercita-cita untuk memiliki Kereta berjenama Toyota. Umm, one day, one day maybe?


Agak menarik design kereta ini. Lebih menarik, event ini turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga Daphne Iking sebagai pengacara. Fuhh, dapat test drive ni, tentu best kan?


Tepuk dada, tanya selera. Pernah juga terasa nak memiliki kereta mesra alam sekitar. Tanya poket, tanya Isteri.


Kereta Lotus - Nampak Sporty juga

Fuhh, kan best kalau dapat drive ni kan? Huk3, dapat drive juga, tapi bukan kereta ini. Kereta lain yang diberikan untuk di test drive.



Rasa macam Seorang Jutawan dapat naiki Volkswagen EOS...Hik3...

2) Pengalaman Test Drive Kereta 

Minat pada kereta dan juga rezeki berblog, sempatlah juga diberikan peluang untuk test drive dan mencuba pelbagai jenis kereta, antaranya :


Yess, kereta ini memang bagus untuk keluarga yang ramai especially Spacenya yang besar. Pakcik eyriqazz yang ada anak 5 orang ada beli kereta ini. Meriah tengok diorang balik kampung beramai-ramai. In term of speed, umm, sila pergi test drive sendiri....

Engin mantap

Fuhh, memang layan bawak kereta ni. Memecut 100km/h kurang dalam 5 saat. Memang syok drive kereta ini. Antara pengalaman yang sukar dilupakan.


Honestly, ini kereta terbaik yang pernah saya pandu uji. Bawak 130km/h di lebuhraya rasa macam bawak 70km je. Naik ke Genting Highlands berdesut-desut sekejap je. Isteri pula ramai yang menjeling bila bawa kereta ini ke sekolah. Walaupun seminggu je dapat test drive, satu pengalaman yang memang sukar dilupakan.... Yess, The Need for Speed is Really for me..Adrenaline Rush, jantung berdegup kencang. With Michelin Pilot Experience, it will be the best experience ever :

3) I Love Dreaming Driving Fast Car i.e. :


Yiezaa, lebih-lebih lagi bila kereta ini muncul di Filem Transformers. Memang mengidam-ngidam nak pandu kereta ini. 



Volkswagen Beetle

Serius cool kereta ni.. Fuhh, dreaming, dreaming memandu kereta ini di highway pulang ke kampung halamana, Terengganu.



Ferrari...Fuhhh, Marvellouss

Of course i'm dreaming about ferrari too... Kereta yang cukup unggul dan memang tidak perlu disebut lagi.....Enough said, i really Need for Speed with Michelin Pilot Experience


Dear Michelin, Please Make my Dream A Reality


I wanna Drive The Porsche
Saya mencuba once in a lifetime opportunity
Memandu kereta lumba yang hebat adrenaline rush datang kembali
Choose Me, jadikan impian saya satu reality

Wordless Wednesday - My Upin dan Ipin


August 28, 2012

Kisah Goodiebag Kenduri Kahwin

Balik raya baru-baru ni, sempatlah hadiri beberapa majlis/kenduri kahwin. Alisya laa orang yang paling excited, menanti goodiebag :


Macam-macam keletah Alisya

Kreatif goodiebag skangni. Pelbagai bentuk, corak, dan etc. Rambang mata Alisya dibuatnya. Gula-gula, mainan, bunga telur, etc... Sampaikan ada sekali tu Alisya nangis terus nak jumpa tuan rumah taknak makan...Nak goodiebag je...


Mama,mama, nanti nak pi mana pula?

P.s : Goodiebag, nampak kecil, tapi besar juga belanja nya kan?

August 27, 2012

10 entri terbaik Denaihati



Inilah pilihan saya, 10 Entri terbaik Denaihati untuk Bonus Raya Aidilfitri 2012 . Saya memilih Tema Blogging kerana banyak tips blogging di Denaihati yang saya praktikkan memberikan hasil yang positif :

1. Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Balik

- Hidupkan Untuk memberi. Walaupun tidak mendapat balasan dari manusia, InsyaAllah akan ada balasan baik dari Allah. Marilah Kita Sama-Sama Membantu Bro Je Jai yang kini Stage 4 Kanser Paru-Paru

2. Perlu ke Update Blog dengan Terlalu Kerap 

- Tepuk dada, tanya selera. Suka entri ini kerana Eyriqazz turut di mentionkan di blog ini.Related entri dari Eyriqazz --> Berblog Harus Ikhlas, Minat dan bukan kerana wang Semata-mata




-Alhamdulillah, myself Income berblog banyak digunakan untuk keluarga dan masa hadapan.Related entri dari Eyriqazz --> Pecahkan Ruyung dan Dapatkan Sagunya

4. Lelaki Kacak Blogger Malaysia
- Kerana entri ini, tergerak hati untuk anjurkan Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

5. Abang Ensem di Mata Aku
- AE banyak membuka mata saya tentang banyak peluang terhidang di depan mata dengan berblogging. Jangan tertumpu kepada satu source of Income saja dari berblog.


- Can't agree More. Win-win situation. Related entri dari Eyriqazz --> Jangan Kedekut Nak Kasi Backlinks





- Jadi blogger, belajarla selok belok SEO juga. Pertambahan trafik dan bagus untuk branding dan menarik Advertiser. Related entri dari Eyriqazz --> Tips Blogging | SEO oh SEO

8. Idea Untuk Blogger Baru
- Teringat time mula-mula aktif berblog tahun 2009. Banyak juga backlink diberikan dari Denaihati rupanya.Thanks bro.

9.Berapakah Margin Keuntungan Blog
- Satu entri yang dikupas dengan menarik. Sambil menyelam, sambil minum air...


- Tepuk dada tanya selera. Walau apapun sebabnya, minat itu penting. Tanpa minat, lama-lama ianya akan jadi hangat-hangat tahi ayam.Related entri dari Eyriqazz --> Kenapa Saya berblog

Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

Duit Raya dari Google


Duit raya dari Google. Terimakasih Sifu dan Sifu kerana memberikan tunjuk ajar. Income Pertama dari GA selepas saja gatal-gatal tangan mencuba dan hasil tunjuk ajar sifu...Bolehla guna buat bercuti di Pulau Pinang weekend ini.

Pokok Kekuk Mengimbau Memori

Pokok Kekuk 

Orang Terengganu panggil pokok ini, pokok kekuk. Ada juga yang panggil pokok ceri. Tapi buahnya takdela sebesar buah ceri. Warna merah dan kuning apabila masak. Rasanya manis dan sedap. 


Pokok kekuk di hadapan rumah pakcik eyriqazz di kampung ini memang mengimbau memori. Dulu masa kecil-kecil, pokok ini tumbuh di belakang rumah eyriqazz. Tempat saya bermain dan panjat atap dari pokok ini. Memang layan bila diingatkan memori masa kecil-kecil.

Rasa teduh dan nyaman udara dengan adanya pokok di sekeliling

Di bandar KL, memang susah nak jumpa pokok ini. Kadang-kadang buahnya yang masih belum masak kami gunakan untuk dijadikan peluru pistol .Teringat pula cerita Upin dan Ipin.

Tersergam di depan rumah Pakcik di kampung

Memori masa kecil-kecil memang Indah kan? Lebih-lebih lagi kalau bergelar budak kampung. Panjat pokok, masuk hutan,main baruh, main games budak kampung, tangkap ikan, dan etc...

P.s : Apa pula memori anda ketika kecil?

August 26, 2012

Kami Tidak Bergaduh

Kata pepatah, Air dicincang tidak akan putus. Samalah juga Alisya dengan Azim. Walaupun Alisya suka sangat menyakat adiknya sampai nangis-nangis, memang terserlah yang dia sangat sayangkan adiknya.


Owhh, kami tidak bergaduh. Just need bigger space...Hik3...

Pejam celik, pejam celik rasa macam sekejap je masa berlalu. Anak-anak begitu cepat membesar. Ibubapa pula semakin sibuk dengan kerja duniawi...

Kedai RM2 Mengubah Suasana

Arus kemodenan tidak dapat dielakkan walaupun di kampung halaman. Di depan rumah nenek di kampung, yang dulunya ada padang kecil yang selalu kami jadikan tempat bermain. Ada pokok gajus yang kami ambil bijinya dan bakar cara kampung. Time musim tengkujuh, bermain air dekat sini. Namun, kini tidak lagi :


Kedai RM2 di sebelah rumah nenek

Setiap sesuatu tentu ada Pro and Consnya. Kelebihannya bersebelahan dengan rumah nenek dan pelbagai barangan dengan harga berpatutan yang mostly berharga RM2 dan ke atas.Air iceblended nya yang pelbagai rasa pun sedap juga.

Yang tak bestnya, depan rumah nenek banyak dijadikan tempat parking oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab . Kereta pakcik nak masuk rumah pun selalu diblock. Pernah sekali dimarahi, siap penggunanya tunjuk satu jari hantu lagi. Perempuan pula tu...Buah mangga yang dalam rumah nenek pun selalu dicuri orang. Rumah kampung, memang tidak dipasang pagar.

Umm, arus kemodenan. Ada pro & Consnya. Namun saya lebih suka kepada keadaan asal. Lebih nampak ke arah kampung. Udarapun lebih segar.... Apa pula pandangan anda?

Beratur Panjang demi Keropok Lekor Terengganu

On the way pulang dari Terengganu-KL, sempatla singgah di Kedai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang. Salah satu gerai keropok lekor yang famous kerana keropok lekornya yang sangat sedap. Antara paling sedap di Terengganu pada pandangan eyriqazz.

Fuhh,sudah ramai yang beratur. Ada yang sudah ambil kerusi 

Beratur saja almost 1jam. Namun, beraturla juga. Takkan pulang KL tanpa souvenir kan?

Keropok Lekor 008 memang sentiasa menjadi tumpuan. Sentiasa ramai yang beratur

Adik manis. Kawan saya Cimon kim salam.Katanya staff di sini cantik-cantik belaka.
P.s : Gadis Terengganu memangla cantik-cantik...Hik3...
Ramai pekerjanya.Rasanya lebih dari 10 orang

Sabar menunggu. Tibalah turn saya. Puas hati, memang sedap seperti biasa
Around 4pm+, masih ramai yang sabar beratur. Beratur panjang namun berbaloi...

August 25, 2012

Teaser : My 1st Ebook

Status : 20% Completion...
Tajuk ebook masih belum fikir lagi...

Selepas berkali-kali dipujuk dan dirayu Tokey Ebook , eyriqazz pun saja gatal-gatalkan tangan untuk menulis Ebook pertama berkongsi pengalaman menghasilkan side Income dengan berblogging. InsyaAllah, akan dikongsikan dengan lebih details rahsianya di Ebook ini. Baruje completekan lebih kurang 8 mukasurat. Haha,harap-harap tidak hangat-hangat tahi ayam laa....

P.s : Apa pandangan anda? Patutkah eyriqazz teruskan ebook ini? Hik3....

August 24, 2012

Vokalis Baru Kumpulan Umbrella


Umbrella, Umbrella...Promo dan memperkenalkan vokalis terbaru :

Kumpulan Umbrella..Jeng,Jeng,Jeng
Alisya dengan banyak Umbrella dari Avon

P.s : Bro Zarul Umbrella, sudah ada pengganti...Dah boleh bersara dah kot bro...

Je Jai - Antara Rakan, Rahsia, dan Racun

Sticky post.

 
# Rakan 

Je Jai, bermulanya sebuah persahabatan di Event Nuffnang yang pertama saya hadiri 3 tahun yang lepas di Event Mr Potato Fiesta.Berterusan di Samsung Corby, Digi Pimp My Broadband n etc. Dialah blogger pertama yang saya jumpa in real life dan itula juga katanya. Berdetik dari situ, persahabatan mula terjalin. Usik mengusik di entry, event, menjadi permainan kami. Rasa macam janggal sekiranya any event blogging yang saya hadiri especially yang dianjurkan oleh Nuffnang, Je Jai tidak hadir sekali. Siap wifey cakap, Abang ni ngan Je Jai, elokla tu.Satu kepala....Yup, dia antara rakan bloggers terbaik yang pernah saya kenali yang banyak membantu, online dan offline. Masih teringat, sesi mengeteh yang sering kami adakan di Kedai Mamak depan Ofis Nuffnang bersama Mat Joe. Gurau senda ,sakat menyakat perkara biasa bagi kami.


Pandai Anak Je Jai lukiskan Gambar Eyriqazz. Terimakasih Najuma

#Rahsia

Bro, doktor sahkan aku mengidap "Lung Cancer Stage 4". Hampir luruh hati ini apabila mendengar perkhabaran telefon dari rakanku ini Jan 2012 yang lepas. Diminta saya dan rakan-rakan rapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan blogger yang lain. Katanya, biarla rakan-rakan still pandang dan treat dia macam biasa, gurau-gurau, bukannya kesian dengan keadaan dia. Kami pegang rahsia tersebut namun hati masih berbelah bagi. Beberapa kali kami cuba usulkan untuk membuat entri bagi memohon bantuan meringankan bebannya namun ditolaknya. Keras sungguh hatinya. Namun, jika saya berada di situasi dia, sayapun mungkin akan buat perkara yang sama.


Menitik Lagi Air Mata Eyriqazz bila baca Surat ini dari salah seorang anak Je Jai di salah satu entrinya...
-Sebak dan mendayu-dayu..Hati meronta-ronta untuk dihebahkan Satu Dunia tapi pada masa yang sama hormati pendiriannya-
#Racun

Namun, sejak beberapa bulan ini, hati mula terasa kelainan. Adakah dengan merahsiakan ianya akan menjadi racun yang berbisa buat Je Jai dan masa depan dia, Isteri dan anak-anaknya? Jiwa masih berbelah bagi. Cancer Stage 4 bukan dugaan yang ringan.Nasihat rakan-rakan saya forwardkan kepada Je Jai , kalau-kalau ianya dapat membantu. Time itu katanya antara yang banyak membantunya adalah Saudara Denaihati dan Rosyam Nor. 

Peristiwa ketika dia membantu saya di Event Celcom semakin membuka mata dan hati saya. Menitik airmatanya bila saya hulurkan wang sebagai tanda terimakasih membantu. Sanggup drive untuk ke event Celcom ,time weekend pukul 10 pagi. Masa belanja makan dia lunch, sudah nampak yang dia macam sudah hilang selera makan. Hanya dicuit-cuit saja makanan dan minuman.Sebak, namun saya tabahkan hati....Masih saya bergurau-gurau dengannya...

Lepas event, saya hulurkan duit kepadanya :

Je Jai : Bro, aku bantu ko ikhlas...Aku tak minta duit-duit ni..Persahabatan lagi penting dari wang ringgit....
Eyriqazz : Aku faham bro, tapi, ini ikhlas dariku...Anggapla duit ini duit buat anak-anak...Lagipun, kalau ko tak bantu, memang aku dah tolak awal-awal hadiri event ini...

Tetap ditolaknya.First time saya melihat airmatanya mengalir. Malam itu saya transferkan ke akaunnya namun teruk saya dibebelnya. Don't do this again bro..Kalau eden susah, eden minta... Plzz bro..Wang ringgit bukannya ukuran....


Namun, event berbuka Puasa di Cititel bulan lepas membuatkan hatiku tidak keruan. Je Jai kasitau dia mula muntah darah. Katanya macam sudah tidak larat untuk meneruskan kimo.Sudah jatuh ditimpa tangga, kos rawatannya sampai ke tahap maximum dan syarikatnya tidak lagi menanggungnya...

Semakin berbelah bagi...Saya mula Create Group Facebook Sulit bagi memohon bantuan kewangan buat Je Jai dan berkali-kali dikatanya ,plz don't go public about this.... Sumber dari Kak Red, Abang Ensem,Sumijelly dan myself menghubungi Je Jai dan isterinya saya updatekan di group tersebut. Pelbagai respons dan cadangan diterima. Salah satu yang membuatkan eyriqazz terpanggil untuk kongsikan :

maybe aku insensitive sangat dalam hal ni.. tapi if let say by esok aku tak nampak entry @ FB post untuk mintak public help on behalf of him.. I'll do it myself. respek dia punya decision utk senyap2 buat tatau etc is one thing, but we are talking about life n death decision. even if all those donation still cant help him recover, at least anak2 n isteri dia xterbeban sangat bila dia dah tak ada. Even kalau lepas ni dia benci kat kita (or in this case aku) pun benci la.. at least aku tak nak jadi seorang kawan yang duduk diam dan biarkan kawan aku dari memusnahkan diri sendiri (& possibly masa depan orang2 yg dia sayang) semata2 nak memuaskan dia punya selfish request.

as harsh as it may sound, he need some wake up call. His life bukan dia punya sorang je... anak2 dia.. isteri dia dia nak letak mana. Kita semua tau medical coverage diorg dah abis guna.. and I'm pretty damn sure simpanan dia suami isteri pun x tinggal banyak mana sekarang. Let say la kita lambat buat decision, dia tak lama.. apa backup plan dia untuk keluarga dia? duit sekolah anak2 dia? korang sanggup ke tanggung rasa bersalah sebab biarkan dia n keluarga dia without adequate help which they should have? 

Honestly, I'm totally agreed with him. Racun yang semakin menerkam jiwa . Rakan bloggers pun sudah dapat greenlight dari Nuffnang untuk turut membantu sebarkan hal ini namun perlukan greenlight dari Je Jai. Namun, apakan daya, hatinya masih belum mahu menerima bantuan....


Namun, atas pendapat majoriti di group tersebut dan sayapun rasa, sudah tiba masanya untuk dipublickan bagi lebih banyak sumbangan dan bantuan dapat dihulurkan dan juga keadaan Je Jai yang semakin ........ Kalau Eyriqazz boleh tolong Alia Haryanie, kenapa tak tolong rakan karib sendiri? Apa ni Eyriqazz?  Maaf, saya tiada jawapan untuk itu...Untuk itu, saya mohon kemaafan kerana menyimpan rahsia begitu lama dan tidak bertindak lebih cepat...

 Check out this entry too--> #SaveJejai

Je Jai, maafkan aku...Kali ini, rasanya sudah perlu ianya go public.... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Dia antara rakan terbaik yang pernah saya kenali. Dia antara rakan yang banyak membantu perjalanan blog ini. Dia juga yang banyak memberikan nasihat dan inspirasi. Dan dia juga lah yang menjadi "Rakan, Rahsia, dan Racun yang jika terus disimpan akan terus memudaratkan diri dan keluarganya maybe...

Sama-samalah kita membantu.... Saya sudah hubungi Isterinya untuk buat precaution measure in case akaun kena block etc... Sumbangan bolehla disumbangkan terus ke :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

Terimakasih buat sesiapa yang sudi membantu. Yup, kusangkakan rakan menangis sudah tiada di masa kini namun rupa-rupanya masih ramai Insan berhati Mulia di luar sana. Sama-samalah kita hulurkan bantuan lebih-lebih lagi Hari Raya tinggal beberapa hari je lagi....


P.s :Yup, sampai sekarang saya masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak meminta bantuan rakan-rakan lain terlebih awal...I Can't Change the Past but Hopefully I can help and do my part for the future of Je Jai family....
Related Posts with Thumbnails