October 31, 2012

Dari RM2.50 ke RM180.93

Semalam eyriqazz ada kongsikan Income RM2.50 berblogging. Hari ini hari terakhir kalau nak cash outkan earning bulan ini, so gatal-gatalkan tangan check Earning. Yey, rezeki hari terakhir :


Dari RM2.50 ke RM180.93

Alhamdulillah, rezeki . Terus eyriqazz tekan cash out. Lepas la untuk belanja lunch kat ofis untuk sebulan ni. Rahsianya? Sabar-sabar, soon. InsyaAllah my first Ebook akan siap bulan November nanti (my birthday). Akan eyriqazz kongsikan rahsia/tips yang eyriqazz praktikkan selama ini di ebook tersebut.

Tapi, for starter mungkin boleh praktikkan 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea ini. Trafik blog yang lebih konsisten dan bermutu, akan memudahkan untuk generate Income dengan blog.

Wordless Wednesday - Permata Hatiku


October 30, 2012

RM2.50 je?


RM2.50 je? Huk3, sempatke nak kumpul untuk cash out kan bulan ni?. Xperlah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. RM2.50 ni lepas la nak beli nasi lemak untuk breakfast. 


P.s.s : Terlupa, dah cash outkan earning sebelum raya haji... Yey, bolehla buat modal Cuti-Cuti Malaysia...

Michelin Pilot Experience - The Formula 2 Seater

Inilah Part yang paling mengujakan ketika Michelin Pilot Experience yang lepas. The formula 2 seater. Eyriqazz duduk belakang, dipandu oleh pemandu profesional Formula 3.

Fuhh, berdegup kencang dibuatnya
Ikat kemas-kemas, serius laju ni
Control cool, control perut
Perhatikan mamat di tengah belakang yang kena paksa, tak berani nak na
Jom lumba

Perghh, memang terbaikla. Dia punya pecut, time selekoh pun rasa berpusing2 macam nak terbalik. Rasa macam naik 2 roller coaster pada satu macam. Kepala kiri kanan , tangan pegang kemas pada stereng, gilerr laju pemandu formula 3 ni bawa. Serius, kecut perut dan cam nak gugur je jantung.


Kalau ada peluang, memang nak cuba lagi...Memang layan

October 29, 2012

Trafik Mencanak Penangan Jalan-Jalan Cari Makan

Kuat sungguh Penangan Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Around pukul 2 petang semalam, saja gatal-gatal tangan tengok Histats, statistik blog. Di hari weekend, terkejut :

93 Orang Online? Apa yang diorang cari

Owhh, ramai yang mencari Mee Tarik Sungai Besi rupanya
Entri yang ditulis dari Penulis JemputanMashimalo @ Jue Lee


Kuat sungguh penangan Rancangan JJCM. Habis je rancangan tu semalam, ramai yang google mencari "Mee Tarik Sungai Besi"


Lesson learnt :

1) SEO tidak semestinya pada entri dan isu yang hangat sahaja. 
2) Penulis jemputan boleh menyumbangkan sesuatu yang istimewa dan di luar jangkaan. InsyaAllah, lepas ni, eyriqazz akan buka lagi tawaran penulis jemputan bagi yang berminat dan memenuhi kriteria. Insentif mungkin akan turut diberikan.
3)  Rahsia Coklat Buatan Tangan belum lagi eyriqazz suruh Isteri cuba. Ehh, ada kaitan ke?
4) Thinking outside the box. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru. Inilah antaranya yang akan membezakan anda dengan bloggers yang lain di luar sana. 

P.s : 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea

October 28, 2012

Sotong Goreng Tepung Magik

Papa, nampak sedap la Sumijelly goreng Ayam, Ikan etc guna Tepung Magik tu. Nanti Papa belikan ya? Sayang nak cuba. Dipendekkan cerita.

Inilah Tepung Magik. Comelnya.
More info, check out Facebook Tepung Magik ini

Tengah hari tadi, wifey masakla Sotong goreng guna Tepung magik ni. Hasilnya :

Sotong Goreng Tepuk Magik. Nampak menggiurkan
Boleh tahan, sedap juga..
Papa, tak cukup la..Nanti malam ini or besok Papa beli sotong lagi ya?
Sayang nak goreng guna tepung magik lagi...Sedap..
Tak dapat melepaskan rindu pekena Sotong Celup Tepung Pantai Batu Buruk, Sotong Goreng Tepung magik pun boleh tahan sedapnya juga

Overall, memang kena dengan selera kami. Kalau sedap katakan sedap, kalau tidak, katakan tidak, kan?

Kalau nak beli, bolehla hubungi Towkey Ikan Siakap @ Sumijelly, lebih lanjut :


Sedapnya Papa

Beberapa hari lagi, genapla 7 bulan usia Azim. Makin berselera tengok di makan kini.

Sedapnya Papa, Papa Nak?
Azim punya je
Kalau Makcik Nadot tengok ni, mesti dia nak juga biskut ni
Nyam2, sehingga menjilat jari
Jangan kacau Azim, Azim nak makan ni...
Papa, Azim nak jugak "Sotong Tepung Magik" ni....

Sedapke Mi Sedaap?

Semalam, pergi shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara lagi. Ramai yang pulang ke kampung agaknya, mudah pula dapat parking. Orang pun takdela ramai sangat tak seperti masa singgah dulu.


Kuat sungguh penangan iklan. Mi Sedaap eyriqazz beli dek kerna iklan yang nampak menggiurkan. Time supper tadi, sempatla gatal-gatal tangan pekena Mi Sedap ini. Umm, betul ke sedap?

Mi Sedaap, Mi Segera Perisa Kari

Packagingnya nampak cam menarik. Tagline nampak menarik " Jelas Terasa Sedapnya". Umm, betulke sedap?


Nampak Sedap tak?
Jom try...

Dalam paket, ada lebih kurang 2 perencah di dalamnya. Try, try...Umm, personally, tidakla sesedap seperti diperkatakan...Rasanya sedikit rasa cam kari campur tomyam. Personally, in term of preference, mi segera , pilihan saya :

1) Maggi Kari (masih menjadi pilihan hati)
2) Mamee (Pilihan Mak Eyriqazz time Mawi jadi Duta dulu)
3) Mi Sedap  ( Masih belum kena dengan selera saya)

P.s : Lain kali baca pek betul-betul, dah jelas dia tulis "Mi Sedaap" bukan "Mi Sedap"....Huk3, kalau camni, besok lusa nak suruh wifey Buat Coklat buatan Sendiri laa

October 27, 2012

Brunch Istimewa

Bangun lewat sikit hari ini. Wifey masakkan brunch (breakfast + lunch) :

Jagung Mutiara Cameron Highlands. Sedap
Roti ala French Toast
Roti+Telur+Susu Pekat.. Nyam2, terbaik
Teh O

Jemput makan, jangan malu-malu

Luahan Hati Pengguna Astro B.yond PVR


Astro oh Astro, masuk kali ini dah 2 kali my Astro PVR setbox/Decoder nak kena ditukarkan kerana rosak. Of course not my fault..Buat penat2 je recordkan dalam PVR Passion Morena, Spongebob SquarePants,Jalan-Jalan Cari Makan, etc, lepas tu tukar set baru, semua hilang...Saya bayar utk semua itu tau...Kalau bayar lewat sikit, dah potong pastu Rm20 charge sambungan semula..2 tiga hari ini tak boleh tengok astro, ade ke kasi rebat or dipercepatkan penghantaran decoder baru?

October 26, 2012

Bukan Gambar Raya

Tahun ni tidak pulang ke kampung untuk berhari raya aidiladha. Sedih juga dibuatnya. Tentu meriah raya di kampung halaman. Huk3.... Berkongsi gambar yang di ambil minggu lepas, tetap ada raya tapi bukan gambar raya :



Bunga Raya. Cantik, Jarang dapat tengok depan mata sebegini


Tak dapat pulang beraya, Bunga Raya menjadi pengubat rindu seketika

P.s : Apa juadah raya hari ini?

October 25, 2012

Feri Pulau Pinang

Semasa Percutian Pertama tahun ini ke Pulau Pinang, on the way pulang, sempatla menaiki Feri Pulau Pinang. Kalau dari Pulau Pinang nak ke seberang (perjalanan pulang) ,tiada charge dikenakan.


First time - Xperasan, terpotong Queue..Yerlah, Ingatkan banyak line...

Jom naik feri Pulau Pinang

Amboi-amboi, bukan main seronok lagi Alisya

View di dalam feri. Meriah juga

Jangan mudah terkeliru. Nama feri nya tidak mengikut destinasi. Kan, ternanti-nanti pula kan?
Tips Anak Pintar 
"Amboi-amboi, nak bawa kereta la pula Si Alisya"

Udara sepoi-sepoi...Nyaman

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman
Feri dari seberang hendak ke Pulau Pinang

Exit Pen Ferry

Jambatan PUlau Pinang di sebelah sana. Berkabus ,tak nampak

Papa, Alisya nak keluar

Salah satu Tips Anak Pintar, Persekitaran pun turut memainkan peranan. Percutian sebegini dapat mengembirakan hati si anak disamping mereka dapat belajar dari persekitaran dan pengalaman di tempat orang. Kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman, kan?

October 24, 2012

Kisah Pau dan Teh Tarik

Abang, Adik lapar. Kesian si abang bila melihat si adik yang lapar. Sudah sehari dapur rumah mereka tidak berasap. Ayah dah lama meninggal. Si ibu pula tengah terbaring di bilik, demam panas. Ubatpun belum sempat dibelikan. Risau pula si Abang melihat adiknya yang berusia 5 tahun itu kelaparan.


Si Abangpun, baru berusia 12 tahun. Hendak bekerja, kerja apa yang dia boleh lakukan? Mengemis? Dia masih ada harga diri dan tidak mahu meminta-minta belas ehsan dan sumber rezeki yang tidak halal. Nekadkan diri, dia berjalan-jalan dari rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam pagi itu, ke taman berdekatan rumahnya. Di situ, pagi-pagi ramai yang berjogging. Kot2 dia boleh dapatkan upah belikan breakfast bagi orang yang tengah jogging di situ.


Tiba-tiba matanya terhenti. Matanya tertumpu pada seorang pakcik yang sedang asyik berjogging. Namun gaya joggingnya agak kreatif, sambil berjogging, sambil menari-nari ala Gangnam Style sampai cuba mengorat awek-awek di sebelah (kita panggil saja pakcik tersebut Pakcik Goyang).


Entah macam mana, Pakcik goyang itu terperasan mata sugul yang sedang memerhatikannya.


Pakcik Goyang : Adik, kenapa adik nampak sedih? Pucat nampak adik? Dah makan blom?
Si Abang : Saya,saya.....(masih keliru untuk percayakan Pakcik tersebut yang nampak macam kacak tapi nampak gatal juga)

Pakcik Goyang : Jom adik, kita pi kedai makan. Pakcik belanja..

Entah macam mana, dia ikutkan saja...Sampai di sana, pakcik goyang tersebut belanja dia makan kuih pau dan teh tarik. Sedap dan berselera dia makan. Tiba-tiba, dia teringatkan adiknya.

Si Abang : Pakcik, kalau saya tapaukan untuk adik saya sekali boleh?
Pakcik Goyang : Boleh adik, adik ambilla apa yang adik nak...Abang belanja...


Si abang bungkuskan nasi lemak dan telur separuh masak untuk adik dan ibunya. Sungguh tidak disangka, di sebalik wajah pakcik tersebut yang nampak gatal dan gedik, ternyata baik budinya.....Berlinangan jatuh airmatanya.. Syukur, adiknya tidak kelaparan hari ini-

-The End-

Wordless Wednesday - Kena "Paww" dengan Isteri



Related Posts with Thumbnails