November 19, 2010

Happy Birthday Mak

Entry kali ini kutujukan khas untuk Ibuku.Harini birthday ibuku yang ke 49. Terdetik hatiku untuk menulis entry pasal ibuku bila membaca entry dari Cik Epal yang bertajuk Hargai Ibu Anda Sementara Dia Masih Hidup .Kadang-kadang kita mudah lupa.As the word goes, "U never know what u have until u lost it".I already lost my dad, mak,semoga umurmu panjang. Sebelum terlambat,inginku ucapkan :

happy birthday Pictures, Images and Photos
Happy Birthday Mak, U are the best Mum in the World

Walaupun aku tahu ibuku mungkin tak baca entry ni,aku tetap akan menulis.Yerla,ibuku mana pandai buka komputer dan internet ni.Bagiku yang penting,aku dapat coretkan apa yang aku tak mampu luahkan dengan kata-kata.

Ibuku dan Anakku,antara insan yang paling kusayangi

Besar pengorbanan seorang ibu.Dari kecil membesarkan ku sehingga la aku dewasa.Ingat lagi kata-kata ibuku kepada isteriku , "Man ni kuat nangis masa bayi/kecil,ayah kena bawa pusing naik motosikal satu kampung barulah senyap dan tertidur''.Sekarang bila aku dah mempunyai anak sendiri barulah aku faham apa yang ibuku maksudkan.Tidak mudah menjadi seorang ibu,patutlah Syurga di tapak kaki ibu.

Ibuku banyak bekorban untukku sekeluarga.Kami bolehla dikategorikan dalam keluarga susah namun ibuku sanggup korbankan segalanya demi kami sekeluarga. Ayam,durian,dan makan di luar adalah suatu yang ''luxury'' suatu ketika dahulu.Namun,ibuku masih berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak dan keperluan kami sekeluarga.

Ibuku juga bekerja sebagai pembantu rumah di bandar suatu ketika dulu.Kemas rumah,basuh baju,lap lantai dan sebagainya untuk mendapatkan sesuap nasi untuk kami sekeluarga.Aku sedar semasa kecil dan meningkat remaja,aku seorang anak yang nakal,degil dan suka memberontak.Lebih-lebih lagi bila aku tak dapat seperti apa yang rakanku dapat.Biasalah,jiwa remaja.Mudah tersentuh dan bergelora.Sebabtula kalau dilihatkan kebanyakan yang terlibat dengan Mat Rempit adalah golongan remaja.

Ibuku sanggup tak makan asalkan anak-anaknya dapat makan.Ibuku sanggup berhujan hantar anak-anak ke sekolah.Ibuku sanggup tebalkan muka pinjam duit dengan jiran-jiran dan keluarga terdekat demi membayar yuran pelajaranku.Ibuku sanggup lawan cakap ayahku semata-mata mahu aku dihantar ke sekolah terbaik (ayahku mahukan aku belajar di sekolah agama,ibuku mahukan aku pergi teknik,ternyata pilihan ibuku tepat).Kalau nak disebutkan selebihnya,sampai aku mati pun tak terhabis nak tulis pengorbanan ibuku.

Ibu,terimakasih kerana menjadi ibuku.Kaulah Ibu terbaik di dunia ini .Semoga ibu panjang umur dan berbahagia selalu.Happy Birthday , Mak...I Love U Forever....

**Recycle entry tahun lepas+some editing. Better than never kan?

P/s : Hargailah jasa Ibu Kita.Pengorbanan mereka terlalu besar.Biarlah mereka meniti usia tua mereka dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.Sebagai anak,cubalah sebaik mungkin untuk mengembirakannya. Kasih Ibu untuk anak tiada tolok bandingnya.

18 comments:

  1. Sayangilah ibu anda dimana jua anda berada....waaaaaaaaaa....mak kita kat sarawak...waaaaaaaa...

    Anyway buat bro eyriqazz..

    Happy Birthday to your mom....

    salam

    ReplyDelete
  2. smlm aku bru bt sesi muhasabah ngn dak2 skolah sbpi slandar, melaka..aku muhasabah pasal mak..dgn music yg best..suasana yg gelap..mmg dak2 smua nages teresak2..smp diorang xleh tahan nages n kuar g tandas ramai..terutamanya pompuan..hubungan antara kita dan ibu xakan terputus walau mcm mane skalipun..syurga itu dibawah tapak kaki ibu..hargailah ibu kita semasa die masih ada..

    ReplyDelete
  3. happy birthday auntie..
    semoga panjang umur & sihat sejahtera.. aminn..

    ReplyDelete
  4. Nik,

    Good initiative.Keep up a good work and thanks for the comment.

    IdzaLia,

    Thanks.

    ReplyDelete
  5. selamat ulang tahun buat ibu Eyriqazz...semoga berbahagia selalu di samping insan2 yang tersayang.

    ReplyDelete
  6. Happy birthday buat ibu bro Eyriqazz....

    ReplyDelete
  7. happy bornday to Eyriqazz's mommy :)

    ReplyDelete
  8. hepi bday to ur mom ...kiss for her :)

    ReplyDelete
  9. epy bezday to ur mom...bezday mak kite br lps smlm...

    ReplyDelete
  10. dah jadi ibu ni, barulah saya sedar & tau betapa hebatnya kasih dan pengorbanan seorang ibu.. :)

    hepi befday 2 ur mom..semoga sentiasa dalam rahmat-Nya..

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir buat ibu bro eyriqazz... moga terus panjang umur dan murah rezeki disamping anak2 tersayang~

    *rindu mak saya jugak!

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Lahir buat ibu Bro Eyriqazz... moga terus panjang umur dan murah rezeki selalu~~

    ReplyDelete
  13. Dear All : thanks for all the wishes..Amin,semoga Ibuku dimurahkan rezeki,panjang umur, dan berbahagia selalu hendaknya...Syurga itu di tapak kaki ibu

    ReplyDelete
  14. wah mak bro nampak muda lagi ar..cayalah!!

    kirim salam happy birthday kat dia!moga panjang umur dan murah rezeki :)

    ReplyDelete
  15. happy birthday 2 your mum...may Allah bless her always with a good health!;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails