August 11, 2010

AirAsia Cipta Rekod Dunia | 500,000 Tiket Dijual Dalam Masa 24 Jam


Fuhh, memang hebatla AirAsia berjaya Cipta Rekod Dunia dengan 500,000 tiket/tempat duduk dijual dalam masa 24 jam. Sedikit Informasi  :

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — AirAsia Bhd telah mencapai rekod dunia dengan menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada hari pertama kempen “Mind Blowing Fare”nya.

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka itu berkata yang ia telah menjual 538,000 tempat duduk pada hari pertama kempen, yang menawarkan tambang RM1 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Promosi kempen “Mind Blowing Fare” yang sedang berlangsung menawarkan RM1 untuk tempahan dari 10 hingga 15 Ogos, 2010, bagi perjalanan antara 1 April dan 11 Ogos, 2011.

Promosi itu ditawarkan secara eksklusif di www.airasia.com dan mobile.airasia.com.


Fuhh, memang hebatla AirAsia. Namun, saya akui, dengan kehadiran AirAsia ini telah menyenangkan hidup kami. Tambang murah, kualiti pun bagus dan mudah untuk kemana-mana. Setakat ini kami pernah menggunakan AirAsia untuk penerbangan ke Kuala Terengganu, Kelantan, Pulau Langkawi, Johor Bharu dan juga Sabah.

Aiseh, tak sempat nak booking tiket itu. Yerlah, nak booking setahun awal? Lepaske cuti? Dengan Isteri bekerja sebagai seorang guru, time cuti sekolahke?

P/s : Congratz AirAsia. Sejak kehadiranmu, semakin mudah untuk rakyat Malaysia terbang ke mana-mana. Inilah gunanya Competition yang sihat kan? Monopoli itu tidak bagus untuk pengguna.

P/s 2 : Teringin mahu terbang dan bercuti di Sarawak/Sabah. Rindu Ikan Bakar belakang Pasar Filiphine Sabah. Sarawak tak pernah singgah lagi.

P/s 3 : Apa pandangan anda pasal AirAsia pula?

27 comments:

  1. air asia mmg murah...tp flight selalu delay la..npe agknyer???

    ReplyDelete
  2. me dtg UK pun naik air asia tau!! one whole family ( 4 of us) one way tix harga RM3700 ajer :) tu pun amik baggage extra, amik bassinet for my baby, amik seat plaing dpn :) memang best lah ada air asia ni :) save cost byk!

    ReplyDelete
  3. saya pun pilih air asia untuk balik ke Msia nanti..tiket memang sgt murah!!!

    ReplyDelete
  4. nak booking ker bandung masa ni tapi x dpt.. huhuhu kecewa betul. mmg murah pegi balik bandung cumer rm130 seorg.

    ReplyDelete
  5. air asia mmg puas hati
    dengan harga yang murah
    semuanya mampu terbang :)

    ReplyDelete
  6. terbaek la airasia.. pasni balik raye naik flight lah..

    ReplyDelete
  7. Saya antara 500ribu yg booking awal!!.. dapat beli return tiket ke Bali dgn harga bersih RM198.00 !! Yeah... sempat gak beli utk kengkwan sekali!!

    ReplyDelete
  8. Meletus!!!! Tahniah... Tapi kalo keja customer service dia, confirm paling kena TAHAN MAKI!!!hohoo

    ReplyDelete
  9. pernah naik airasia 3thn lepas dpt tiket free untuk 6 orang..ehehe, lepastu thn berikutnya dpt rege promosi cuma rm20 je, tp tulah servis x bape nk ok, mkn pulak kena berurusniaga kt atas plane..haha, kena ngan aiman abis dia pulun semua, dh ler air mineral botol kecik tu rm7, blm rege coklat2 lg, sabar jelah..haha, pastu sekarang pulak klu bawa beg kena bayar, 1 beg nk masuk dlm kargo rm20, tu blm mkn lagi...dah ler xleh bawa makanan luar.

    so lepas2 tu dh xpernah dah naik, naik MAS aje terus puas hati even mahal sikit, servis sgt memuaskan dan ramah dengan senyuman, takde gaduh2 dlm plane berebut seat. lagi satu yang bestnya dlm plane klu bawa anak kecik, siap dapat layanan baik..haha si ibu pun merasa layanan tersebut :) pastu siap ada gift utk anak2, pastu dlm plane siap bagi bantal dan selimut. kalau airasia takde semua tu, biar beku kt atas..

    tapi tulah kaum kerabat masih lagi nak naik air asia, maybe sbb faktor tambang kot, mmg tak dinafikan air asia sgt murah, tapi tak sesuai nak bg yg bawa anak2, sebab tmpt duduk sempit dan mknan xde. tau2 ajelah bila ada diorg jual2 kt dlm plane tu, mesti anak2 nak pulun semua..huhu, tp klu utk org dewasa xde hal kot, yg pnting sampai, tido kt atas sudah :)

    ops!! alamak komen nie bukan nk kondem airasia..aiyoyo tak sedar komen dh melarat..haha jangan jemu baca komen na eyriq...ekeke

    ReplyDelete
  10. @Naz :memang bagus kan AirAsia?

    ReplyDelete
  11. memang bagus AIRASIA ni..

    dapat tiket pi bandung return RM27
    pi Jakarta RM45 return..

    hehe..

    ReplyDelete
  12. @Kaseh NazLieza:umm,yang tu kena tanya airasia..tapi nampak dari hari kehari ada peningkatan....

    ReplyDelete
  13. @mama zharfan:wah,murahnya..saya masa balik dari UK dulu pun MAS harga dlm 1,500-2500 rasanya...memang berbaloi2 la camtu..oh,seat dia pula camne ,ok?

    ReplyDelete
  14. @[z@ck] :wah,bolehla balik selalu camni jumpa matair..hik3

    ReplyDelete
  15. @ikiqzana ;wah,murahnya..next time kena booking la..kalau tak dpt cuti,gamble la kan?hik3...

    ReplyDelete
  16. @Hariz;setuju..dulu nak balik kampung naik kapalterbang pun teragak2..skangni bila ada AirAsia..bukan setakat airasia..syarikat penerbangan lain pun buat offer murah juga nak compete..bagus,competition yang sihat dan diingin2kan oleh pengguna

    ReplyDelete
  17. @black_mel:pernah jga dpt tiket 99 sen...memang berbaloi2..

    ReplyDelete
  18. @Hamzah Ian;rayani tak sempat la bro...kenala booking awal2 nak murah..hik3..

    ReplyDelete
  19. @Nael :dushh..jealous2..memang jealouss..huk3..

    ReplyDelete
  20. @yanmie:hik3.lain padang lain belalng..at least, dengan kewujudan airasia.syarikat penerbangan lain turut berkira2 untuk harga tiket...competition yg sihat untuk pengguna...

    tapikan kak yan,skang airasia dah semakin ok rasanya..last time naik dah semakin kurang problem..i.e. seat dia dah letakkan..tak payah rebut2 lagi

    ReplyDelete
  21. @@xiM :dushh..sorang lagi buat saya jealouss..nak booking jugala camnii...

    ReplyDelete
  22. Pernah naik air asia 3 kali tambang free...tak yah bayar pape pon se sen pon tak payah..hevatlaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails