Terbaca di Mstar Online kisah Awas Jualan Murah , jadi kesimpulan yang dapat saya katakan, berhati-hati dengan Jualan Murah, ianya tidak semestinya murah dan mempunyai harga yang berpatutan. Sedikit Informasi yang ingin dikongsi dari entry itu :
Persoalan : adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.
Kes/Bukti : Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan : pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Selebihnya, bolehla rujuk entry itu.
Rupa-rupanya betullah apa yang dikatakan oleh rakan kepada seorang rakan yang pernah bekerja sebagai Sales Assistant di salah sebuah Pasaraya terkemuka di Malaysia. Inilah katanya :
"Barangan Sales kebanyakannya adalah barangan yang telah lama disimpan dan hanya dikeluarkan semasa sales. Harga asalnya memang harga itu cuma ditambah label diskaun bagi mengelirukan pengguna dan mengaut keuntungan"
Anda fikir-fikirkanlah sendiri. Isteri saya selalu saja teruja dengan Sales ini ,almaklumlah kaum wanita, tapi bagi saya banyak Jualan Murah yang diragui i.e. produk yang muncul secara tiba-tiba, sebelum ini tiada pula di Pasaraya yang sama.
Pengalaman peribadi membeli baju kerja, harga beratus-ratus selepas diskaun jadi puluh-puluh. Yang ironinya, hampir setiap bulan saya singgah di Pasaraya itu, tidak pernah pula jumpa baju-baju itu? Di mana baju itu sebelum ini?
P/s : Tepuk dada, tanya selera. Berhati-hati dalam membeli dan Jualan Murah. Jualan Murah tidak semestinya murah. Jangan sampai penat berhimpit-himpit tapi rupa-rupanya tertipu dengan helah penjual.
P/s/s : Apa pula pandangan anda?
agak laa
ReplyDeletelain la kalo brg branded buat promo
memang pun bro.kawan sy pun cakap.akak dia jenis peka dengan harga.sila2 sale jd lg mahal.Errrr menngelirukan mcm tu dikira manner ke dibolehkan.Takmooooo terpedaya dah unless mmg betul komfem harga bfore berapa
ReplyDeletemacam2 kan diaorang buat sale ni. sebagai pengguna hati2 lah
ReplyDeletehuhuhu~
ReplyDeletebetul2~
selalu je orang tipu kalau sales ni kan?
=(
la hai.. tak sangka cam gitu sekali rupenyerr
ReplyDeletebiasanya lihat barang tersebut dengan kualiti dan harga. mmg tak nafi produk2 yg diorg jual tu barang lama, sebab tiap2 tahun asyik nmpak benda tu je tak habis2
ReplyDeletependapat anda?
dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?
jualan murah pon nk tipu.. kalo sume bende nak ditipu susah la...
ReplyDeleteramai betol orang menipu sekarang ni. haih. :(
Jualan murah
ReplyDeletetawaran istimewa
Dari pintu gudang kepada anda.
Itu semua adalah taktik nak kabur mata pengguna...
Thx bro..kekadang mmg gelap mata nampak jualan
ReplyDeleteMurahkan smpi kita tak sedar kena tipu!
memang teruk (sebenarnye keji) diorang ni nak kaut untung dengan menipu. yang kita ni pulak sah-sah mudah terperdaya. adooii..
ReplyDeletememang tu la strategi diaorg. kekadang tu siap cakap lagi, tinggal ni aje stoknya, kena beli sekarang ni. sbnrnya byk lagi stok, saja nak kita beli cepat time tu..huhu..
ReplyDeletehurm..cara nak untung ar tue..nasib baik amir jenis yang tak suka membeli belah.
ReplyDeleteyg penting..compare dulu harga..kan? hehe.
Eyriqazz, thanks tegur button comment tu, tak sengaja disable..huhu
ReplyDeletegua pernah kena sekali. itu jam gua dah beli satu kasut hrga dlm 100..lepas 2 minggu gua lalu balik, kasut tu dah ada diskaun50%, harga rm200..jadi rm100...xke serupa tu? celah mana salenya pun gua taktau..
ReplyDeleteRamai dah yang maklum pasal ni... tapi masih lagi 'khayal' dengan penangan sales tu...
ReplyDeleteitu sume sebenarnye stok2 lama...mane ade org meniaga nak rugi kan??? huhu..
ReplyDeletesame2la kita shopping secara berhemah :)
mmg taktik dorg cmtu.. skang ni pn merata shopping malls yg bt, letak tag harga mahal2 then bg diskaun merudum.. kononnya la..
ReplyDeleteMemang betul der.. saya pon ada kawan keje kat well known shopping mall.. bila ada sales.. biasanya dorang dah markup harga kow² punya.. then turunkan ler baper persen dorang nak sale.. gilerr.. dan saya juga pernah terkena.. beli langsir.. kat Mall besar jln TAR tu.. harga kunun dah potong 70% ker baper tah.. kitorang pon pakat lar pulun beli... murah nie.. nak beli tempat lain blom tentu dapat.. sekali nak dijadikan citer.. time shopping susu & diapers anak² kat Tesco.. terjumper langsir yg serupa.. sejibik... yang peliknya harga dia sama derrr.. tak der potongan tak der aper pon.. harga asal dia harga yg saya beli konon harga promosi.. akak tertipu der........... Uwaaaaaaaaaaa
ReplyDeletekena jd pengguna yg bijak ler..me suka shopping, tp me memang selalu survey2 and compare2 harga ;)
ReplyDeleteOhhh SOGO selalu buat sale..
ReplyDeleteXpernah pergi SOGO xde sale..
Ohh ini taktik dia eh..
Love,
PojiePooh Abdullah
ptt la.. adoi la..
ReplyDeleteaah la..baru perasan..
ReplyDeletekalo ko selalu merayau kat SOGO... harga kasut tak pernah pun turun...same jek even da diskaun
ReplyDeletesebelum ramadan hari itu kan sogo buat sale. berduyun2 kaum wanita ofis aku pergi ke sana, katanya jualan murah gile untuk members card. mereka balik ofis pun dengan berbungkus2 beg plastik
ReplyDeletehaha, i nver fell for this kind of trap. mmg camtu, no such thing as murah.
ReplyDelete70% konon
@Ery Farieha:setuju
ReplyDelete@izzahfarhana:haah,memang mengelirukan..pasaraya untuk besar,pengguna tertipu besar...
ReplyDelete@Sharinginfoz ;setuju..berhati2 dlm membeli...
ReplyDelete@LORD ZARA 札拉:patutla sales all year around kan?
ReplyDelete@firahadifa:itulah..ingatkan dulu khabar2 angin aje
ReplyDelete@Hasrol Nizam:setuju dan agree dengan hasrol...selalu juga perasan....
ReplyDelete@cik NAD -miszhelena-:makin lama semakin ditipu...tak kira dari sesiapa aje..
ReplyDelete@Hariz ;setuju..byk taktik semata2..apa tindakan KPDN ya?
ReplyDelete@mamashasha:haah,saay pun pernah tertipu..biasalah,time sales,taknak belipun mesti fikir kena beli juga..kalau tak ,rugi..namapun sales
ReplyDelete