Semalam saya menerima perkhabaran sedih dari kampung. Semasa saya menelefon ibuku, suara tangisannya kedengaran dengan jelas. Al-Fatihah, adik ipar ibuku (pakcik ku) meninggal dunia petang semalam ketika di tempat kerja terkena serangan sakit jantung.
Cukup sedih hatiku dan terasa begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi ini, jenazah Ayah Ngahku akan dikebumikan di kampung (Terengganu). InsyaAllah, jika tiada aral melintang weekend ni aku akan pulang ke kampung.
Di entry ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon :
Sumbangan Ikhlas Dari Pembaca dan Semua
Serba sedikit pasal keluarga Mak Ngahku (Adik ibuku yang suaminya meninggal dunia semalam). Husbandnya dulu bekerja sebagai tukang rumah dengan gaji lebih kurang RM300-400 dan tidak menentu bergantung kepada permintaan. Mak Ngahku bekerja sebagai "Pump Attendant'' dengan gaji lebih kurang RM400. Mak Ngahku mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Yang sulung, kembar kedua-duanya belajar di Politeknik Dungun. Sedih hatiku, setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di Kedai Makan yang tidak jauh dari rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka.
Rumah Mak Ngah didirikan berdekatan dengan rumah nenek di atas tapak tanah nenekku. Memang sedih bila melihat keadaan mereka yang serba kekurangan. Pernah sekali saya belanja pasar malam, begitu berselera melihat mereka makan . Ditambah pula sekarang kehilangan tempat bergantung dan sumber rezeki utama. Semakin hari semakin kurus Mak Ngahku dan berkali-kali dia terpaksa memajak barang kemas, dan meminjam untuk keperluan keluarga.
Saya ada menolong serba sedikit dan apa yang termampu. Besok mungkin bermulanya bulan Ramadhan, ketika orang lain sedang mengerjakan ibadat yang mulia ini, mereka terpaksa berpuasa tanpa kehadiran Insan tersayang. Pergi buat Selama-lamanya dan dengan raya sebulan lagi, tentu semakin pening/bercelaru kepala Mak Ngahku untuk mempersiapkan persiapan raya nanti.
Jadi, di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon Sumbangan Ikhlas dari pembaca . Sekadar yang termampu, walaupun hanyalah RM1. Sikit-sikit serba sedikit membantu juga. Saya bercadang untuk mengumpulkan sumbangan ini dan akan diberikan kepada Keluarga Mak Ngah saya seminggu sebelum raya , dan semoga dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka dan raya dapat disambut dengan lebih gembira. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
I believe in the concept, the more you give, the more you will get dan itulah yang saya perolehi kini. InsyaAllah, sayapun akan turut menyumbang sama. Hari ini hari dia, entah esok lusa hari kita pula?
Al-Fatihah buat Mak Ngah Sekeluarga. Sekiranya ada yang bermurah hati untuk menyumbang,just drop personal e-mail to me at iman1237@hotmail.com . InsyaAllah, bila sumbangan diberikan nanti kepada Mak Ngah , saya akan buat satu entry beserta gambar .
UPDATED :
Sumbangan bolehla dibuat di sini :
Maybank Acc : 158088020263 ( Nor Iman Nazuki, Akaun Saya)
CIMB Acc : 13020117598528 (Nor Azlin Nazuki, Akaun Adik Saya)
E-mailkan kepada iman1237@hotmail.com selepas transaksi dibuat agar senang kami mengira jumlah yang didermakan. InsyaAllah, sumbangan yang diberikan akan sampai kepada penerimanya .
Terima kasih kepada Sinar Harian (Suara Cakna Komuniti Anda) di atas keprihatinan mereka. Sayu dan sebak hati saya bila menerima e-mail dari mereka :
From: XXXX@sinarharian.com.my
Salam,
Harap dapat emelkan alamat penuh rumah emak saudara berkenaan dan lokasi landmarknya.
Wakil saya akan hantarkan keperluan pakaian hari raya kepada mereka.
Terima kasih.
Sudah saya e-mailkan balasan kepada mereka. Alhamdulillah, makin ramai yang menolong, sumbangan diterima dan semoga hari raya tahun ini Ahli keluarga Mak Ngah saya dapat beraya dan berpuasa dengan gembira .
P/s : Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Salam bro Eryqazz,
ReplyDeleteturut bersimpati dengan makcik bro.. harap bersabar dengan digaanNYA..
Bro, ada number akaun maybank/CIMB.. saya nak derma tru online boleh kan?
yours
SH
Salam Eyriqazz..
ReplyDeletesemalam baru je tgk tv pasal merisik khabar.
lebih kurang macam konsep bersamamu jugalah.
hari ni baca pula kisah keluarga Allahyarham pakcik Eyriqazz..
semoga hidup mereka sekeluarga dipermudahkan.
Aaamin..
takziah buat anda sekeluarga...
ReplyDeletesemoga roh arwah dicucuri rahmat ye...
Salam takziah kepada keluarga abg dan Mak Ngah, Gerrard cuba untuk membantu mana yang mampu.
ReplyDeleteGerrard prihatin..
semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama org beriman, Al-Fatihah
ReplyDeleteSalam bro..
ReplyDeleteAl-fatihah untuk Allahyarham dan takziah untuk bro sekeluarga..
semoga semuanya dipermudahkan..
semoga dimurahkan rezeki.Al-Fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteInsya Allah, i nak derma ikut kemampuan. nanti i email u. tq
ReplyDeleteharap bersbar bro.. balik kampung tak??
ReplyDelete@Shahrul Shaharuddin:salam shahrul..terimakasih atas keprihatinan shahrul..saya dah publishkan no akaun kami...Semoga Allah membalas jasa baik bro..InsyaAllah, balik kampung Jumaatni saya akan sampaikan sumbangan pertama kepada Mak Ngah saya...
ReplyDelete@noor afzan:terima kasih afzan..teringat masa susah kecil2 dulu..tapi mereka lagi susah....makan pun kadang2 berebut2..
ReplyDelete@MX :terima kasih MX...Amin...
ReplyDelete@Wan Gerrard:Terimakasih wan gerrard..semoga tuhan membalas jasa baik anda..Amin..
ReplyDelete@Sharinginfoz:thanks bro..Amin...semoga anak2nya membesar menjadi Insan yang berjaya...
ReplyDelete@ kulanz: thanks kulanz..semoga Allah membalas jasa bro...
ReplyDelete@e.l.i.s.s.m.i.e :amin..thanks eliss...
ReplyDelete@mama zharfan ;thanks mama zharfan...semoga Allah memurahkan rezeki anda..
ReplyDelete@Hamzah Ian;thanks bro..InsyaAllah, jumaat ni balik..plan smalam dah nak balik tapi ada hal yang tak dpt dielakkan...Harap2 mak ngah saya tak berkecil hati dengan saya
ReplyDeletesalam bro... izin aku panjangkan entri ni yer ..
ReplyDeletehttp://www.benashaari.com/2010/08/sahabat-blogger-mohon-bantuan-kita.html
al fatihan buat arwah...nanti saya akn email...
ReplyDeleteAl fatihah..sempena ramadhan ni marilah kita sama2 berbuat amal kebaikan..
ReplyDeleteJemputan Berbuka Puasa Bersama Nuffnang !
salam takziah...al-fatihah utk arwah
ReplyDeleteSEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN SAUDARA UNTUK MEMBANTU KELUARGA MAKCIK SAUDARA...
ReplyDeletesalam takziah.. insylah akan ku bantu :-)
ReplyDeleteSalam Bro, Minta Pinjam Gambar Untuk Buat Entry...
ReplyDeleteJoyah Pancaindera + Nasha Aziz = RedMummy Tak Semenggah ?
Thanks....!!!!
al-fatihah...
ReplyDeletemoga roh arwah dicucuri rahmat...
akan cuba membantu insyaallah...
salam.
ReplyDeletetakzian diucapkan, semoga makngah eyriqazz tabah menghadapinya.insyaAllah akan beri sedikit bantuan.
Salam Takziah Iman , Al Fatihah kepada Arwah.
ReplyDeleteHarap Allah mempermudahkan urusan Semua.
Amin
salam GTO,
ReplyDeletetakziah wat keluarga arwah dan juga brother GTO..
insyaAllah, saya turut memberikan bantuan yang saya mampu..
semoga roh arwah dicucuri Rahmat. amin~
huh....dekat puase dah nie..
ReplyDeleteal fatihah!
salam takziah bro....
ReplyDeleteSalam takziah..
ReplyDeleteSaya tahu dan faham perasaan anak-anak arwah berpuasa kali pertama tanpa ayah tercinta. Saya pun pernah melaluinya.
Nak hulurkan sumbangan, tapi rasa macam tak mampu nak beri banyak..
Salam Takziah...
ReplyDeleteInsyaALLAH.. :)
takziah untuk keluarga mak saudara bro..
ReplyDeletebro, kalau tolak GTO point bagi derma boley tak? huhu
klu boley bro tolak lah semua GTO point sy tu kay. klu tak boley tak pe.huhu sy sedekahkan doa sahaja semoga mereka beroleh kesenangan. :)
alhmdulillah..masih rmai lg manusia yg prihatin..insya Allah sy teringin jg utk mbntu...nti sy pm bro ea..
ReplyDelete@BEN ASHAARI:salam saudara ben..terimakasih atas entry itu...semakin byk sumbangan yang diterima...
ReplyDelete@Faizal Fredley:thanks faizal...
ReplyDelete@velasrizal:thanks...amin...
ReplyDelete@Lelord:al fatihah...
ReplyDelete@joijoi80:terimakasih,...dipermudahkan juga..Alhamdulillah,setakat entry ini ditulis sudah lebih RM800+ sumbangan diterima...
ReplyDelete@Suliana:thanks su atas bantuan
ReplyDelete@aReaL:thanks bro for the entry...
ReplyDelete@LyNn HaMzAh;terimakasih..moga tuhan membalasnya
ReplyDelete@farhana_aziz :thanks farhana...
ReplyDelete@Melz ;thanks melz atas bantuan tidak mengira masa dan waktu
ReplyDelete@jajarina:terimakasih dan amin...
ReplyDelete@Anip™ :sayu bila anak2 kehilangan bapa tersayang beberapa hari sebelum bulan puasa
ReplyDeletesalam kenal.... bca dr blog matt gebu
ReplyDeletememang perit rasanya kehilangan org yg tersayang. Sy kehilangan arwah ayah 13 thn yg lalu. memang pedih smpai skang masih terasa.
Insyaallah sy akan trf kat akaun mbb. semoga dgn sedikit sumbangan ini akan mengembirakan mereka di aidilfitri
sy juga kehilangan pakcik pada 7/8 yg lalu....Al-Fatihah
@khaizarien:terimakasih for the wish
ReplyDelete@Rara:takpe rara..doa2kan semoga mak ngah saya tabah menghadapinya..juga anak2nya
ReplyDelete@DaHLia:terimakasih dahlia...
ReplyDelete@Anne Boleyn:thanks anne..saya dah transferkan kesemua 9 pointz itu...thanks again..
ReplyDelete@Kaseh NazLieza:thanks nazlieza...Ramai yang sudi membantu,saya hati saya....semoga mak ngah sumbangan ini serba sedikit mengurangkan beban di hatinya
ReplyDeletesalam takziah buat keluarga allahyarham..
ReplyDeleteal-fatihah saya sedekahkan kepada allahyarham..
InsyaAllah, saya cuba membantu..
alfatihah... ALLAH akan bela nasib mereka
ReplyDeleteAl fatihah untuk arwah pak ngah kamu.
ReplyDelete...tentu berat penderitaan mak ngah kamu...dengan pendapatan yang tak seberapa dan bilangan anak yang ramai, tentulah beliau tidak boleh memenuhi impian anak-anak untuk beraya pada tahun ni dan tahun akan datang.
Semuga sumbangan yang di terima oleh beliau mencukupi .
Salam,
ReplyDeleteAl-fatihah...
nak tanya, ada kah sumbangan lain boleh di beri sebagai cth baju2 kurung yg masih elok di pakai boleh x di beri...?
Salam,
ReplyDeleteAl-fatihah...
nak tanya, ada kah sumbangan lain boleh di beri sebagai cth baju2 kurung yg masih elok di pakai boleh x di beri...?
Salam bro Eryqazz,
ReplyDeletesaya telah membuat sumbangan melalui M2U, biarlah sumbangan itu menjadi rahsia antara saya dan Allah... =)
Selamat berpuasa..
Al-Fatihah kepada arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat...
ReplyDelete@tengkorakemas:thanks bro..semoga Allah membalas jasa baik bro
ReplyDelete@PinQib :terimakasih
ReplyDelete@kak ina kl:berat bahu yang memandang,berat lagi bahu yang memikul..thanks kak ina...
ReplyDelete@cobcom :sebarang sumbangan di alu2kan..ini alamat rumah mak ngah saya :
ReplyDeleteAzizah Binti Said
c353 kg. rhu rendang
21600 marang ,terengganu
P/s :anak2 perempuannya sedang belajar di tingkatan 4,tingkatan 1,darjah 5, dan tadika...
@Shahrul Shaharuddin :thanks bro..semoga bro dimurahkan rezeki
ReplyDelete@maslinamansor:amin..thanks mas..
ReplyDeleteSalam eyri..harap dah terima..itu je yang mampu kami sumbang..semoga keluarga makngah bergembira dihari raya nanti walaupun tanpa insan tersayang.. :)
ReplyDelete