August 6, 2010

Hampir 34 Peratus Pekerja Gaji Di Bawah Garis Kemiskinan | Pandangan Saya

Terbaca di Berita Harian Kisah HAMPIR 34 PERATUS PEKERJA PEROLEH PENDAPATAN BAWAH GARIS KEMISKINAN . 1.3 Juta pekerja memperolehi gaji bawah RM700 sebulan.

Gaji Oh Gaji

Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan. Oh, 1/3 gaji pekerja Malaysia di bawah tahap kemiskinan. Tapi bagi saya RM720 bukannya di tahap kemiskinan, kalau di KL ini, gaji RM1,500 sudah boleh dikira tahap miskin bagi saya.

Semakin besar jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Yang kaya terlampau kaya, dengan bilangan elit yang tak ramai especially kaum melayu, yang miskin dan sederhana semakin miskin. Kenaikan gaji pula tidak setimpal dengan kadar inflasi. Terbaru, Harga Minyak Naik Lagi?

Semasa saya di belajar di UK , boleh dikatakan walaupun gaji mereka tidak lah besar, tapi pekerja kilang dan cleaner pun mampu memiliki kereta dan rumah sendiri. Kalau tak bekerja ada elaun tidak bekerja (tidak sesuai di Malaysia rasanya). Minimum gaji yang ditetapkan pun setimpal dengan kerja yang dilakukan. Kadar inflasi pun rendah di sana.

Oh, saya sedih terutamanya terkenangkan saudara-mara di kampung yang bekerja sendiri, makan gaji dan pendapatan yang bawah RM1,000 dengan anak at least 2-3 orang. Negara kita kaya dengan sumber alam dan hasil bumi, namun kenapa nasib pekerja tidak terbela? 

Inilah kuasa pasaran, bila lambakan pekerja banyak, graduan mengganggur meningkat, syarikat-syarikat tidak begitu khuatir untuk menaikkan gaji pekerja. Contohnya bila 5 tahun lepas saya bekerja di sebuah bank komersial, gaji yang ditawarkan hanyalah RM1,800. Sekarang, tanya rakan sekerja di sana, gaji yang ditawarkan untuk jawatan yang sama hanyalah RM2,000 untuk fresh grad (sama macam saya mula bekerja dulu)

Saya bukan mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, namun bagi saya, tindakan dan langkah yang berkesan perlu diambil oleh kerajaan terutamanya . Jangan sampai suatu hari nanti, rakyat pula memberontak di jalanraya, ada ibubapa yang terpaksa mencuri,merompak untuk mencari sesuap nasi untuk si anak. Tidak mustahil ianya berlaku. Saya tidak mahu negara ini jadi macam negara Zimbabwe, berbillion-billion ringgit tidak membawa nilai yang besar.

P/s : Kalau paras kemiskinan diletakkan pada RM1,500 rasanya-rasanya sampai 50% tak?

P/s/s : Terbaca buku Chef Li bertajuk " Menjejaki Jutawan Senyap", kisah pendatang asing yang menjadi kaya  meniaga Air Soya, Char Koi, dan macam-macam lagi namun ramai rakyat Malaysia yang masih diambang kemiskinan dan terperangkap dengan "Rat Race" . Saya salah seorang yang terperangkap dalam Rat Race itu ( bolehla baca buku Robert Koyisaki, Rich Dad, Poor Dad pasal Rat Race ini).

P/s 3 : Mat Joe, saya nak menuntut Ilmu Hartanah la ngan bro. Mahu maju dan buat Income dari Sewa rumah macam bro. Bila mahu lepak-lepak lagi? .Singgah-singgahla di blog Mat JOE , banyak tips berkenaan kewangan boleh diperolehi di sana. Aku memang kagum dengannya, walaupun gaji di bawah RM3,000 (kan bro? ), sudah mampu memiliki dua buah rumah dan salah satunya mempunyai Positif Cash Flow.

14 comments:

  1. joegrimjow yg buat herbalife pun dah mampu senyum dengan income studentnya
    =)

    ReplyDelete
  2. hari tu berbual degan ustaz pasal hukum hudud, dia cakap kalau pas atau umno (yg memerintah) negara nak jalankan hukum ini, pastikan rakyat semuanya terbela dengan gaji yg setimpal. takut ada orang mencuri mcam bro cakap sebab desakan, bukan saja2

    tv slalu cakap malaysia semakin maju

    tp klu buat kajian sendiri,bacaan tambahan, haiish, sedih!

    ReplyDelete
  3. @eyriqazz - gaji aku dh lama keje ni lebih la 3k, awal2 dulu laa x cecah 3k. umah sewa aku, dua2 alhamdulillah +ve cashflow.

    mungkin sebab aku dulu ada hosmate yg minat property. from there on aku develop interest dlm hal2 invest2 ini.

    honestly i'm not pelebur tegar. tujuan invest utk ensure sustainable future. taknak jatuh miskan dan menyusahkan orang

    ReplyDelete
  4. sbb me kat UK, so memang nampak lah beza negara maju dan msia..kat UK ada gaji minima..and purchasing power sgt tinggi..

    ReplyDelete
  5. Memang benar kalau gaji RM1500 pun dikira miskin di K.L...memang tak mau apa yang berlaku di Indonesia dulu berlaku di Malaysia, di mana yang kaya memang kaya dan yang miskin terlampau miskin...tentu rasa dengki akan ada...masalah sosial tmabah la nanti...

    ReplyDelete
  6. betull.setuju dgn entry kali nih....

    ReplyDelete
  7. betul.
    gaji dekat RM3000 mmg tak cukup dah sekarang.
    kerajaan tak nampak ke semua itu?
    ke buat2 tak nampak?
    kesian golongan yang gaji bawah RM1000 tu..

    ReplyDelete
  8. aritue ada pi interview dengan sebuah bank komersial...yup..salary yang ditawarkan mmg sangat rendah..apa boleh buat...faktor2 yang macam bro cakapkan tue lah rmai terpaksa mengalah....

    p/s: pernah gak terbaca buku Chef Li...ramai jadi jutawan senyap even meniaga kecik2...hanya diorang tak sedar atau tak reti nak manage profit yang diperolehi...

    ReplyDelete
  9. Sayang sekali bila negara kecil spt M'sia yg kaya dgn sumber galian, balak, dll tidak mampu menjana pendapatan tinggi utk rakyatnya terutama bawahan.

    Belum lagi hasil dari kutipan cukai dan tol. Saya difahamkan negara kita yg terbyk mengenakan cukai. Sedihnya, keuntungan tidak disebarkan dgn cara yg betul dan amanah.

    Kemiskinan bandar lebih bahaya skrg.

    ReplyDelete
  10. have been thinking about money lately too.. dah nak masuk setahun tak bergaji ni :( .. (kena cepat2 habis belajar ni ..hehe)

    So many things are expensive nowadays.. even essential stuff like groceries and baby stuff (kalau gi Giant tu senang2 jer habis RM300) *sigh*

    my ex-lecturer used to remind us.. you should ALWAYS have a side income..

    MY LATEST ENTRY: Kaboom! My tyre exploded!

    ReplyDelete
  11. inflasi semakin meningkat, barang makin naik harga...kena berniaga sampingan nih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails