InsyaAllah, kami akan pulang ke kampung selepas berbuka puasa malam ini. Mula-mula mak suruh balik minggu depan tapi semalam mak telefon suruh balik minggu ni kerana ada hal yang perlu diuruskan. Yey, gembiranya hati dapat pulang ke kampung. Dapat makan mee rebus masakan mak dan juadah-juadah kampung yang menyelerakan, keropok lekor, satar,laksa terengganu, nasi dagang dan sebagainya jika berkesempatan.
Oh ya, terimakasih juga buat semua yang menderma dan menyumbang untuk Mak Ngah saya [ Berita Sedih Dari Kampung Sumbangan Anda Diperlukan ] .Alhamdulillah, selepas 4 hari jumlah sumbangan hampir mencecah RM2 ribu (RM1,923 di Akaun Maybank Saya dan RM50 di akaun CIMB Adik)
Terimakasih Buat Semua Penderma
Semoga Allah membalas jasa semua penderma. Saya doa-doakan semoga anda murah rezeki, gembira selalu dan berjaya dunia akhirat. Cukup tersentuh hati saya dengan seorang Hamba Allah yang saya kenali yang menyumbang RM1 ribu untuk mak saudara saya. Walaupun dia masih single, anak sulung, masih menanggung adik-adiknya masih bersekolah+belajar , sumbangan yang diberikan hampir membuatkan air mata saya menitik, sampaikan saya sendiri menanyakan , betulke ni? takut-takut dia tersilap letak kosong di belakang. Yerlah, bulan puasa dan raya nanti tentu nak guna juga kan? Rasanya saya pun tak mampu memberikan sumbangan sebanyak itu. Apapun, kecil besar bukannya ukuran, yang penting keikhlasan hati.
InsyaAllah, akan saya sampaikan sumbangan derma ini kepada Mak Cik saya nanti setibanya saya di Terengganu. Kalau mendapat keizinan dari makcik saya, saya akan ambilkan gambar rumah dan gambar-gambar yang lain sebagai bukti. Takutla orang mengata saya menangguk di air keruh /mengambil kesempatan di atas kesempitan. Minta-minta dijauhkan bulan-bulan puasa ni.
InsyaAllah, ini derma yang pertama akan saya sampaikan buat mak cik saya. Saya bercadang untuk meneruskannya sepanjang ramadhan yang mulia ini. RM2 ribu bukannya jumlah yang besar bagi seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan 6 orang anak yang masih bersekolah. Jadi, sekiranya ada yang sudi menyumbang selepas ini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. the more you give, the more you will get. Itulah prinsip yang saya pegang sehingga kini.
P/s : Doa-doakan perjalanan pulang kami. Semoga Selamat Pulang dan Selamat Kembali.
selamat balik kampung!~ moga dipermudahkan semuanya...:)
ReplyDeleteSemoga kamu selamat sampai ke kampung dan selamat kembali ke sini semula.. amin..
ReplyDeleteanyway, Selamat Berpuasa... :)
samalah mau balik kg juga minggu nie
ReplyDeletebalik kg juga mggu nie
ReplyDeletesemoga mereka mereka di lindungi untuk membantu yang lain pula :)
ReplyDeletesaya dah nak transfer tapi account kebe barred maybank napa eh?
ReplyDeleteSelamt pergi dan selamat pulang...
ReplyDeletehave a save journey bro. cam nak balik kmapung laa jugak camni...
ReplyDeletefuhhh bnyknye 2k, hope semuanya berjalan lancar
ReplyDeleteHave a safe trip :)
ReplyDeletei baru jer sumbang sikit. moga2 sempat bagi kat makcik u tu :) sorry lmbat transfer plak. sikit jer :)
ReplyDeleteog orang ganu ke iman.. sama negeri la rupanya.. ganu mana? i jerteh ;)
ReplyDeletesemoga selamat bro... ni blk kampung sampai raye terus ke???
ReplyDelete@ Kancilbiru:thanks nizaa..mudah2an begitulah...
ReplyDelete@ yaya@Ris:thanks..selamat berpuasa juga...
ReplyDelete@Faizal@PeJAY:kampung mana?selamat pulang juga...
ReplyDelete@naz :amin..minta2 begitulah....
ReplyDelete@cik helena:akaun kena bar?first time dengar ni?silap no. akaun kot..yg lain2 transfer tiada masalah lagi...
ReplyDelete@maslinamansor :thanks maslina
ReplyDelete@Matjoe;thanks..balik jgn tak balik..
ReplyDelete@suffer8zine:bagi ibu tunggal yang anak 6 bersekolah..Rm2 ribu rasanya cukup untuk menampung beberapa bulan saje
ReplyDelete@Hidayah Ismawi :tq hidayah
ReplyDelete@mama zharfan:xpe..sikit2 lama2 jadi bukit kan?thanks mama zharfan...
ReplyDelete@Little Mama™ :haah,laa orang jertih rupanya..saya orang marang..wife orang kota bharu..
ReplyDelete@Hamzah Ian ;thanks...issh..balik sampai ahad..ambil cuti half day isnin...
ReplyDeletetahun ni raya mana dulu.. marang ke kota bharu?
ReplyDeletekalau on the way nak ke KB dari marang atau ke marang dari KB tu memang kena lalu Jerteh la kan..kalau rajin jemput singgah beraya..;)
semoga selamat pergi dan pulang...
ReplyDeleteSelamat bercuti bro..hati-hati dalam perjalanan
ReplyDeletesemuga selamat pergi dan selamat kembali.
ReplyDeleteSemuga dengan sumbangan dari penyumbang dapat meringankan sedikit mak ngah kamu tu.
Alhamdulillah,
ReplyDeleteDah selamat sampai ke kampung.. moga selamat balik ke tempat asal..