Salam dari Eyriqazz,
Entry Berita Sedih Dari Kampung | Sumbangan Anda Diperlukan dirujuk. Weekend lepas saya telah pulang ke kampung dan Alhamdulillah, sumbangan dari anda semua telah saya sampaikan kepada Mak Ngah saya. Inilah yang mahu saya updatekan buat semua pembaca/penyumbang derma kepada Mak Ngah especially :
Rumah ini dibina sendiri oleh arwah suami Mak Ngah dan duit membina rumah pun terpaksa dipinjam dulu terutamanya dipinjam dengan nenek. Dengan tulang empat kerat arwah suaminya rumah ini siap dibina dengan tiga bilik kecil, 1 bilik untuk mak ngah, satu bilik untuk anak-anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki.
Terimakasih semua, inilah sumbangan dari anda yang saya berikan kepada Mak Ngah :
Sumbangan anda dan juga sedikit tambahan dari saya
Besar nilainya RM2,100 buat seorang ibu tunggal. Hampir menitikkan air mata mak ngah bila menerima cek ini. TerimaKasih juga buat Sinar Harian kerana cepat dan telah datang ke rumah Mak Ngah untuk mengukur size baju dan bakal memberikan sumbangan baju raya.
Sempat juga berborak sekejap dengan Mak Ngah. Mak Ngah akan start kerja semula ahad minggu depan. Ambil shift petang, dari pukul 3petang hingga 11 malam. Sedikit kegusaran di hatinya kerana semua anak-anaknya yang perempuan ditinggalkan di rumah dan anak lelakinya berada di Politeknik Dungun.
Air Mataku hampir menitik bila mak bercerita kisah arwah di hari dia meninggal. Dia pergi ke kerja dengan hanya membawa bekal RM2 ke tempat kerja . Makanan apa yang boleh dibeli dengan RM2 untuk mengalas perut seharian bekerja? Arwah juga sempat memberitahu majikannya hari itu " Hari Ini Hari Last Aku Bekerja ".
Sedih bila saya memikirkan nasib Mak Ngah Sekeluarga. Anak yang bongsu baru berumur 6 tahun. Masih ada sekurang-kurangnya 12 tahun untuk kesemua menamatkan persekolahan. InsyaAllah, apa yang terdaya saya akan cuba membantu sebagai anak buah sulung Mak Ngah.
Oh ya, sumbangan derma saya teruskan sepanjang bulan ramadhan ini. Jadi, andainya ada yang mahu menyumbang buat Mak Ngah saya, ucapan terimakasih dari saya. Walaupun sedikit besar maknanya bagi insan bergelar ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak.
P/s : Terimakasih buat semua yang menderma dan menolong Mak Ngah saya sebelum ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua.
Alhamdulillah...
ReplyDeletesemoga Makngah sefamili dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas ini.. amin...
doakan mak ngah sentiasa dalam lindungan Tuhan...=(
ReplyDeletemudahan rezki uncle eyriqazz sentiasa murah ;D
ReplyDeleteBro disburse semua gua punya point bagi kat mak ngah..sedikit contribute dr gua..insyallah nanti ada lagi menyusul..
ReplyDeletehuh..alhamdulillah...
ReplyDeleteterharu me baca entry ni..
ReplyDeletemoga2 eyriqazz terus membantu mak ngah ..
Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dilakukan oleh eyriqazz dan kawan-kawan semua sama ada yang memberi sumbangan, mendoakan kepada mak ngah sekeluarga dan apa-apa usaha yang telah dilakukan
ReplyDeleteharap cerita hidup mereka lebih baik kelak :)
ReplyDeletealhamdulliah ..semuga hari raya kali berseri muka mak ngah kamu.
ReplyDeletecuba pulak minta bantuan kat jabatan kebajikan dan baitulmal..ataupun yayasan terengganu
Alhamdulillah, selamat sudah check untuk Mak Ngah.. Semoga Mak Ngah sekeluarga dirahmati Allah sentiasa.. insyaallah.. =)
ReplyDeleteyours
SH
Alhamdulillah bro, mmg walau rm2100 tu 1/8 dari gaji ngko (hehehe), mmg sangat bermakna buat org yg miskin kematian suami.
ReplyDeleteharap kesusahan yg dialami patut menyedarkan anak2 dia utk berusaha sampai berjaya
inilah sisi positif blog..
ReplyDeletedapat menggembleng tenaga membantu sesama kita..dan eyriqazz telah menjalankan tanggunjawab dengan sangat bagus sekali..
thumbs up!!!
semoga Tuhan membalas jasa² mereka yang ikhlas
Moga rezeki Mak Ngah bertambah sempena bulan ramadhan ini...
ReplyDeletesemoga mak ngah sentiasa kuat dan tabah
ReplyDeletekadang2 kita sangka kita hidup susah. tapi ada orang lain yang hidup lebih susah dan mednerita dari kita.
ReplyDeletesemoga Mak Ngah dapat kehidupan yg lebih baik dan dimurahkan rezeki jua untuk bro eyriq...
Alhamdulilah. Bagus! Sekurang2nye ringan beban Mak Ngah.. =)
ReplyDeletesemoga yang terbaik untuk keluarga mak ngah
ReplyDelete