September 22, 2010

Laporan Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya


Apakah Perkembangan terbaru Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati ni ya ?. Inilah Laporan terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

1) Kes bunuh Sosilawati: Kontraktor tak pulang-pulang - ati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya,” kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

2) Gelang Emas Berlumpur - Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.

3)  Kes bunuh Sosilawati: Polis tidak tutup mata kes babit peguam - Cemuhan pihak tertentu kononnya polis Selangor ‘tutup mata’ terhadap kes membabitkan peguam disangkal apabila enam peguam sudah diheret dan dibicara ke mahkamah atas pelbagai kes penipuan dan penyelewengan. [ Adakah Komen Panas Ini seperti cemuhan yang dimaksudkan itu? ]

4) Pembunuhan kejam Sosilawati: Dua senasib Wati - Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.

Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.
 
5) Pembunuhan kejam Sosilawati: Polis jamin siasatan siap 2 minggu - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata kertas siasatan awal berhubung kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pagi semalam untuk diteliti, seterusnya persiapan untuk proses pendakwaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Datuk Seri Mohd Bakri Zinin) memberi jaminan proses siasatan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu. Ini termasuk laporan lengkap DNA bagi membolehkan proses pendakwaan dimulakan secepat mungkin, katanya kepada pemberita, di sini semalam.
 
6) Sosilawati ikon usahawan wanitaDewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) menyifatkan jutawan kosmetik yang juga pengasas Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu pada 30 Ogos lalu sebagai ikon dan contoh kepada usahawan wanita Bumiputera. 
 
7) Suspek utama tunjuk lokasi baru - Suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu, membawa polis ke satu lokasi baru di sini semalam, yang menjadi tempat beberapa lagi bahan bukti dipercayai milik mangsa kes bunuh dan bakar itu, dibuang.
 
Entah mengapa hati ini berkata-kata
Suspek utama bakal terlepas kerana bukti tak cukup untuk didakwa
Apa pula kata anda?
Adakah penjenayah akan menerima pembalasan yang sewajarnya?
 
P/s : Tahniah di atas pelancaran Facebook PDRM . Semoga dengan pelancaran ini , kata-kata rakyat dan insan yang mahukan keamanan dan keselesaan dalam melakukan sesuatu lebih didengari.

11 comments:

  1. Tak tau la saye...tapi rasanya kalau si pembunuh tu pandai kelentong client , rasa-rasanya polis pon boleh jadi mangsa kelentong dia jugak...harap2 polis boleh menjalankan tugas sebaik yang mungkin...jangan biarkan si pembunuh terlepas...

    Entry Terbaru MemoriSeorangMuda :
    Akhirnya Aku Kembali Ke Jalan...

    ReplyDelete
  2. hurmm..pembunuh pon sorg peguam..msti dia pndai belit2 fkta time kt mahkamah nnti..zz

    ReplyDelete
  3. rasa gak macam tu, tp amat berharap suspek tidak terlepas. kalo tak ke tali gantung, penjara lah seumur hidup. bhy jika kedua-dua suspek tu terlepas.

    ReplyDelete
  4. saya harap suspek tak terlepas dan polis dapat menjalankan siasatan dengan baik dan telus. Perbuatan yang dilakukan tak boleh dimaafkan, sangat kejam..sampaikan abu ditabur dalam sungai, dalam bulan Ramadhan plak tuh.

    ReplyDelete
  5. detik hati kita samalah.. kegagalan dalam prosiding jenayah selalu melibatkan kesilapan term dalam pertuduhan, perkara2 teknikal.. Suspek dan lawyer dia mesti aim pd 'kesilapan' kecil macam ni.

    ReplyDelete
  6. harap2 pihak polis dan pendakwaraya dpt mengemukakan bukti2 kukuh.

    ReplyDelete
  7. susah nak ckp...sbb cerita org kaya2 ni mmg takkan habis..last2...terkubur mcm tu....... tet... btw tahniah utk pelancaran fb tu

    ReplyDelete
  8. sgt2 berharap kes ni berjalan dgn lancar dan perbicaraan dpt dijlnkan dgn seadil-adilnya..dan for sure by now Mr Ravi Neeko dah bersedia dgn teamnya...akan tggu dan lihat

    ReplyDelete
  9. ai!suspek kan dah mengaku,kalau blh lps lg, tak tahu la...

    ReplyDelete
  10. kena buat solat hajat... jgn smpai terlepas ni.. dah bunuh ramai orang mmg x adil kalu terlepas.. lps ni sape plak mangsa dia.. gantung n bakar je dia.. doa2 semua suspek hukum MATI

    ReplyDelete
  11. mana bleh lepas..klu lepas for sure org ramai yg akan hukum dia..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails