January 8, 2011

150 Juta Kali Tol

Kan Best, Kalau Balik kampung Tak kena Tol?

Buat kali ke seratus lima puluh juta
Saya cuba tanyakan soalan yang sama
Bilakah tol akan dihentikan dan rakyat merasa sama
Rakyat didahulukan pencapaian diutama

Penjaga tol nampak baik-baik sahaja
Tapi kalau tak bayar tol pintunya takkan berdiri ia
Beratur panjang bayar tol seperti biasa
Siapa yang untung , Si dia dan Si Dia

Biarlah Pakai kereta Myvi Sahaja
Asalkan balik kampung dapat bayar duit tol nak buat macam mana
Aku bukan kaya tapi jangan risau ya
Time perayaan mesti ada diskaun punya
Syarikat tol sayang kita
Perayaan or tak perayaan tol mesti bayar juga

Oh, kini aku makin sakit kepala
Pergi mana-mana asyik ada tol sahaja
Harga minyak pun asyik naik tak turun-turun pula
Boleh bikin kepala ini botak pula
Syarikat tol sayang kita
Save duit untuk gunting rambut sudah semestinya
Syarikat Tol sayang kita

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan asyik bayar tol sahaja
Biar poket kosong asal nampak bergaya?
Oh itu bukan prinsip saya
Syarikat tol sayang kita
Keuntungan meningkat tiap-tiap tahun saja
Boleh buka tol lagi untuk keselesaan kita
Hak3, aku mahu gelak saja
Kalau cerita sampai besok pun tak habis bercerita

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Jangan sampai rakyat jadi macam Vendetta pula nanti
Nasi jadi bubur jangan menyesal pula kemudian hari

Saya Sayang Negara Saya
Tol oh Tol nak buat macam mana
Malaysia Boleh sudah semestinya
 Oh Bestnya kalau tol tak ada
Siapa setuju dengan saya?
Luahkan pendapat anda pula

40 comments:

  1. Kene terima hakikat kalau nak jadi rakyat negara maju kene bayar tol.

    Jalan nak cantik..lurus..3 line..tak jem..nak buat camne .. jalan berlubang siapanak repair..all about money..

    Lastly the best way appoint aku jadi PM...All F.O.C...hehehhe

    ReplyDelete
  2. menteri2 bengong gak.. bagi tol free time kete tak banyak lalu.. aishh

    ReplyDelete
  3. tol ni leceh betul,,
    kesana kesini berdepan tol.
    dari kereta ke bas.
    nasib moto tak dikena.. heheh

    First Time Makan KFC

    ReplyDelete
  4. sajak ke ni?setuju je..tol membebankan org ramai jer

    ReplyDelete
  5. Biar aku berpantun gak bro..

    Pergi ke sini sana, tol selalu ada
    memanglah tak mahal tapi banyak giler
    Yang naik BMW memanglah tersenyum aja.
    Yang naik kereta buruk ni, geram giler

    haaa. yang kt bawah sila sambung!
    Hahaha


    Terbaru > 10 Kelebihan Coca Cola > Lelaki di Utara Banyak Main Cinta Dengan Wanita Thailand? > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

    ReplyDelete
  6. kerana nie la sumber pndapatan yg paling tinggi mungkin.. dah setiap masa org gunaa...

    tunggu kerajaan pembngkang pon tak tentu lgi off tol.. oPssss

    ReplyDelete
  7. i like this entry...me kat sini dh sethn lebih hidup tanpa tol--kat msia memang tak de effort langsung kan utk lupuskan sistem tol.. mcm tak de harapan msia nak jd negara maju by 2020..

    ReplyDelete
  8. hehe
    mustahil lah tol akan turun

    pasrah je la bro

    ReplyDelete
  9. Kalau Tol xde munyak pun tak naik...selamaba saya balik johor setiap minggu

    ReplyDelete
  10. aku kalau tol ni memang tidak dapat dipisahkan.. hampir setiap kali baik dengan pegi keja wajib jumpa tol.. hai.. bilalah tol LDP ni nak d mansuhkan.. huhu.. aku paling tak suka lalu lebuhraya Gatheri..tol punyalah banyak.. tak suka dengan tol ni.. nasib masa kawin dulu tak kena tol.. hahahah

    ReplyDelete
  11. saya suka!! hahaha..tapi kalau ada versi audio abg eyriqazz nyanyi lagi best.. hahaha

    ReplyDelete
  12. huwaaaaaaaaa...terbaeekkkkllaaaahhh en qazz...ehhehhee...kreatip jugak eaa..

    ReplyDelete
  13. Eyriqazz...SETUJU samoai angkat 2 kaki 2 tangan...travel ke luar saja mesti bayar toll. Nak travel pun kena plan sekarang. Public transport bukan semua tempat boleh sampai...inilah tempat yang sakit kepala nih...

    ReplyDelete
  14. yup, aku setuju,kalu tol xada memang bez, tapi macamana nak pusing duit tuk maintenance lebuhraya? macamana nk buat lebuh raya baru kalau duit tak masuk?

    kalau nak harap duit kerajaan, conform bangkrap la.. duit asek keluar jer, xde yang masuk(kalau tax2 yang lain pn tak dikenakan la heheh)..

    so jawabnya... sabar jerla..haha

    ReplyDelete
  15. 2 la...tol dah la mahal...habis duit ke tol je lah...baik naik moto..kihkih.

    ReplyDelete
  16. #abadi romeo:oh, saya di UK dulu (negara maju) tiada pula dikenakan tol...Jalan bukan main lagi cantik,public trasport terbaik,keretapun murah...Event kereta Proton dijual disana lebih murah dari di Malaysia...

    Yes, it all about money..N it all about how u spend the money wisely..too many corruption is not good to the country too...

    ReplyDelete
  17. #MéuzAngelo™ XXIII:umm...no komen part tu....rules of the toll,sepatutnya bila dah cover kos,kena tutup aja..takpun just bayar untuk cover maintenance etc dan bukannya nak dapat keuntungan berjuta2 ..or bilion?

    ReplyDelete
  18. #Fariq :yes..sebabtu saya bawak motor..tapi bawa motosikal risiko di tempat lain pula...kemalangan..

    ReplyDelete
  19. #skyjuice:sajak bukan,pantun pun bukan..just luahan perasaan...

    ReplyDelete
  20. #phreak-id:orang menjual kita membeli...


    Tol oh tol di sana sini
    Dari kancil sampailah lori
    Duit simpanan semakin mengecil dari hari ke hari
    Di suruh berjimat, camne mahu jimat lagi?

    ReplyDelete
  21. #SyahmiFikri:pendapatan paling tinggi dari sumber royalti minyak rasanya....it's all about the management of it...kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak seribu dalih...

    ReplyDelete
  22. #Mama Zharfan:u r rite MZ..i think u should do one entry bertajuk "Tol Malaysia vs Tol UK'

    ReplyDelete
  23. #joegrimjow:tuhla..kitani sang semut..manakan sang gajah mahu mendengar luahan dan rintihan hati...

    ReplyDelete
  24. #BeaN MorENo:samalah bro..nak naik flight? tak mampu lagi? nak naik keretapi? umm..keretapi takde ke terengganu..nak naik bas? Umm...sayang nyawa...Naik kereta?last year alone coz untuk balik kampung (minyak dan tol only) meningkat lebih 20%....apa investment yang lebih 20% ya?

    ReplyDelete
  25. #Myvitrd :kan,nampak macam sikit..tapi cuba totalkan untuk sebulan....mahu juga cecah berpuluh2 or ratus2 ringgit kan?ohh...money earn less money save

    ReplyDelete
  26. #Sharinginfoz:tension,tension,tension

    ReplyDelete
  27. #Norfa:hik3..kalau saya pandai nyanyi cam tehtarikmemoirs..mesti saya dah nyanyi....

    ReplyDelete
  28. #LUCKY_STRIKE_14:yup..tol atas tol..harga kereta mahal..minyak naik walhal kita pengeluar minyak, aksesori kereta pun mahal ,public transport indah khabar dari rupa..aduhai..pejamkan mata,pekakkan telinga...

    ReplyDelete
  29. #Ezal R:it's all about how u manage the money...almost all of us pay tax..not just income tax, but pelbgai tax lagi...umm..kemana duit2 itu pergi?

    ReplyDelete
  30. #Ain Atika:naik motor pun berbahaya...

    ReplyDelete
  31. kalau tak silap ada cadangan nak amik alih balik PLUS kan.... tapi arap2 lebih kerap diskaun tol diberikan kepada rakyat walaupun tak dapat diturunkan harga tol tue

    ReplyDelete
  32. memang betul eyriqazz .. bayangkan pegi balik je RM3.60 kalau 22 hari bekerja sendiri je kira.. dekat RM100 tu.. lepas bayar astro B.yond .. hahaha

    ReplyDelete
  33. #hazman aka species1980 :cadangan je bro..entah jadi or tidak...

    ReplyDelete
  34. #Myvitrd:100 dah byk tu bro....dah lepas makan seminggu dua...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails