January 25, 2011

Permohonan PTPTN Pertukaran Kos Pentadbiran dari 3% Kepada 1% (UJRAH) Diluluskan


Finally, selepas Kemaskini Maklumat Bagi Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%) dan entry PTPTN Oh PTPTN | Mana Janji Manismu? ,akhirnya menerima e-mail balas dari PTPTN berkenaan pinjaman PTPTN isteri . Inilah balasannya:

Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian. Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata.

Namun, saya yang membayar loan ini bagi isteri merasakan, ianya bagaikan :

Ajak-Ajak Ayam, Mahu kasi tapi pelbagai Syarat dikenakan

Antara annoying part dan syarat yang saya rasakan agak menyusahkan adalah :

1) Kena isi borang lagi. 2 salinan sebanyak 21 muka surat beserta dokumen sokongan seperti salinan IC mak dan ayah, surat kebenaran, dan pelbagai lagi.
2) Tempoh 90 hari saja diberikan dari tarikh surat (10/1/2011), email diterima pada 20/1/2011 (cekapkan PTPTN buat kerja,10 hari lapse tu?) untuk dipulangkan kembali. If not, consider batal.
3) Wajib buat potongan gaji melalui LHDN. WTFish!!! Macam tak percaya ya walaupun kami memang buat konsisten payment.

4) Hanya 8 tahun diberikan untuk bayaran balik. Untuk loan isteri lebih kurang RM300 sebulan. Mereka langsung tidak menanyakan how much we can pay per month? Main letak aje????
5) Currently , saya membayar RM200 sebulan untuk isteri, now kena buat potongan gaji? Agak-agak, ramai bersetuju ke bila bayaran bulanan dinaikkan compare dengan perjanjian asal bayaran balik lebih kurang 15 tahun.
6) Best partnya dalam borang itu " Kelulusan pembiayaan ini adalah secara bersyarat. Kelulusan sebenar adalah tertakluk sekiranya penerima biaya menepati syarat yang ditetapkan oleh PTPTN (syarat apa lagi).

But, penurunan ini memberikan impak yang besar. Currently, interest yang dikenakan adalah lebih kurang RM60 sebulan, bila turun kepada 1% hanyalah RM20+ sebulan, almost 3 kali ganda save on interest. Hey, RM40 sebulan tu dah boleh beli barang-barang dapur.

Permohonan Kancilbiru tidak diluluskan, yang diluluskan pula, pelbagai syarat lain dikenakan. Enough said, mereka lebih suka ramai yang terus membayar interest 3% la kan? Kenapa tidak jadikan ianya automatik kepada yang layak? Kenapa perlu isi borang bagai-bagai dan wajib buat potongan gaji?Macam-macam la PTPTN ni, no wonder masih ramai yang liat untuk membuat bayaran balik.

P/s : PTPTN, Payment didahulukan, interest diturunkan dikemudiankan. Lalala,excuse,excuse n pelbagai syarat dikenakan. Apa pula pengalaman anda dengan PTPTN?

44 comments:

  1. tunggu durian runtuh ni (macam tunggu bulan jatuh keriba)nanti baru boleh bayar cash gitu hahaha...

    ReplyDelete
  2. mmg pon bro
    http://www.paanjr.com/2011/01/ptptn-helah-dalam-sistem-ujrah.html
    hmm

    ReplyDelete
  3. hmm.. su belum dapat lagi emel kelulusan tu.. macam ni la plak ceritanya.. hampeh tul. baik la bayar mengikut kemampuan sampai la umur 36 nanti.. apa daa...

    ReplyDelete
  4. setuju bro. saya pun tiba-tiba dapat, sedangkan haritu bila apply, dia kata gagal. hahahaha!

    nampak sangat PTPTN nak tipu, then baru kemarin dapat email baru. lantak p, memang takmau buat terus.

    ReplyDelete
  5. tah la encik eryq. kt ni ptptn ade la lagi 9k gtu tapi haru la jugak nk kuo kan kwsp tu ptptn kata yg ujrah tu start tahun 2000 ke atas ke camne tah. nk siap abiskan bayo... tp tu la.. duit tu je ade pun sementelah tak koje dah ni.. sian gak kat hubby tu.. 200 sebulan pun byk...

    ReplyDelete
  6. rasa terbeban la kalau dipaksa bayar macam tu, kdang2 tu gaji tak ckup untuk bayar ptptn je.

    so macam mana?

    rasa rasa bayar2 sikit lebih baik dari tak bayar langsung.

    ReplyDelete
  7. lalalalalla, baik pegi makan lala kt bagan lalang.

    sik baik ambo scholar. abby pon geram dgn syarat2 ni. gila byk kerja, taktik PTPTN gak ni, some people bila tgk renyah camni mmg xdenya nak buang masa

    ReplyDelete
  8. PTPTN sruh orang wat keje cepat..
    tp diorg 2 yang wat keje lembab mcm siput BABI.
    sian tgk junior2 aku skrg, dh dkt 1bln xmasuk lg duit PTPTN.
    xkn la diorg nk mkn maggi je tiap2 ari..

    ReplyDelete
  9. aritu just mohon yg dia minta email tu. tp belum ada feedback..

    tp aritu ada bce kat blog psl PTPTN ni la..dia dh bt kiraan. utk ujrah ni, dia mmg kira 1% tp dia kira semula utang kita. so kira reloan blk. contoh, let say dulu hutang 15ribu. bila tak byr, interest naik smpi jd 18ribu. so yg ujrah ni, dia kira dr 18ribu tu.bukan 15ribu. lepas kira2, rupenye kene byr hmpir rm20ribu plak..

    jd blogger tu jd pelik dgn sistem br tu..

    i pun tak phm sgt la..

    ReplyDelete
  10. Eyriqazz aku baru je lepas uruskan permohonan isteri aku.. tak tahu lagi berjaya atau tidak.. tapi adik ipar aku dah berjaya.. sekarang tengah isi borang yang bayak gila.. kena sign sana ni.. memang menyusahkan.. sperti yang kau cakap tadi WTFISH!!..

    Aku ada terbaca dalam FB katanya PTPTN penipu yang cuba putar belit Interest dari 3% kepada 1% yang mana hakikatnya jumlah yang kita pinjam lagi bayak kena bayar balik dari yang asal..

    Pesanan aku sebelum korang semua hantar semual borang tu.. semak balik jumlah pembayaran yang korang kena bayar.. pastikan dia Tidak kira dari jumlah asal pinjaman.. Maksudnya bayaran yang korang bayar sebelum tidak dikira.. itu pengadu yang bagi pandangan dalam FB tenmpoh hari..

    kalau syarat2 dalam perjanjian tu sama dengan pengiraan yang korang dah buat tu.. ok.. boleh apply yg 1%..

    Aku bukan kata PTPTN cuba menipu.. tapi kena berhati2 dalam pengiraan duit ni.. lagi2 lepas ni korang kena tolak potongan Gaji melalui LHDN..

    Kesan jika korang tak bayaran LHDN ni..mungkin semua tahu.. yang mana jika pencen atau bersara nanti.. jika ada cukai yang tidak dijelaskan lagi.. maka.. duit simpanan KWSP akan dipotong dulu untuk membayar baki LHDN tu..

    Silap2 hari bulan bila bersara...KWSP tinggal RM0..hehehe.


    P/S : Sorry eyriqazz aku mengarut panjang2 dkt sini

    ReplyDelete
  11. betul tu hantar permohonan, sepatutnya benda alah ni automatik aja

    ReplyDelete
  12. DJ masih menunggu LAYAK ataupun tidak..
    bila dah dapat nanti daku share..
    stkt ni potongan oleh LHDN almost RM250 dr gaji tiap bulan.
    Harapnya ada impak besar kalo betul..

    ReplyDelete
  13. Blog owner:

    pinjam artikel erk...masukkan dlm FB sy...

    tq

    ReplyDelete
  14. prosedur yang merumitkan orang nak settlekan hutang jeee

    ReplyDelete
  15. anak-anak, aku tobat takkan apply dah pptpu ni..

    so, dah saving sejak dia umur seminggu.nanti senang nak sambung belajar..hehehe

    ReplyDelete
  16. Salam...agak tak setuju dengan ujrah nih...duration nakl bayar terlalu lama and kos upah pon ribu-ribua jugak... But depends on how much you borrow with PTPTN:)

    If you pay consistently, baik takyah amik ujrah.Bazir duit sket laaa:)

    Baik simpan untuk masa depan kan?

    ReplyDelete
  17. kes yg sama..
    rasa leceh bila kena cetak, isi n sign bagai..
    pastu kena pos plak..

    last2 rasa mcm malas je nak apply

    ReplyDelete
  18. Actually ada helah pasal nih tau bro.. Bunyi cam best tapi ada hidden agenda sebenarnya.. Better xpayah buat apa2, bayar ikut kemampuan sudah.. Try call nak minta penjelasan pun payah!

    Read this:
    http://on.fb.me/fL1rDv

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  19. #matdin:umm,dihimpit kiri dan kanan..ingatkan sudah menyenangkan,rupanya makin menyusahkan...

    #Paan Jr ;thanks bro for the info..can't agree more with u...

    #Suliana :ntah..mengarut betul..macam2 dia letakkan syarat..kalau taknak kasi,ckpla taknak kasi,kan senang...

    #molmolla:entah apa2..apapun, saya dah hantar online aduan ke biro pengaduan awam..tengokla apa yang diorang kata nanti..akan dikongsi2kan kembali...

    ReplyDelete
  20. # mommy nana:yup..200 tu dah boleh beli 3-4 tin susu bayi...

    #Hazzy Ishak:setuju..now kena paksa wajib potong gaji...carilah alternatif yang bijak skit..

    #Matjoe:haah,really waste of time..isi borang macam bagai,pastu kena ada setem cukai, pengesahan dari majikan, poskan, dan potong gaji pula...WTFishh.....

    #Shahir @ Meng :samalah ngan adik saya..PTPTN selalu masuk lambat...sib baik saya boleh tolong hulurkan...kawan saya cakap,junior dia ada yang terpaksa makan maggi belah 4...aduhh,mahu menitik air mata ini...

    #suffer8zine ;baruje nak berkenalan ngan ptptn ni...

    #chenta;yup..u r rite..wife saya abis blajar 2006, dia kira loan dah termasuk pokok+interest..so,kiranya apa yang dibayar untuk 2007 dan 2008 tak cukup cover pokok pun...

    ReplyDelete
  21. #Myvitrd:wah,panjang lebar bro..boleh buat satu entry ni..apapun,agreed dengan bro..skang ni eden dah buat aduan kepada Biro Pengaduan Awam..kalau respons kurang memberansangkan, i will try to contact Newspaper pula or mb Karam Singh Walia? Aduan rakyat...hik3...

    #nazirulhazwan~ :samalah saya..tapi,wife guna..


    #Sharinginfoz :kan?bukan susah mana pun..nak taknak je..alasan konon setuju or tak...

    #DaHLia:oh,dahlia kira dah antar la borang2nya?Umm,potongan gaji membebankan....

    #Rina;boleh2..apa salahnya..Sharing is Caring...

    ReplyDelete
  22. #phreak-id ;yup..mara much more better...

    #hazman aka species1980 :ada udang di sebalik mee udang..

    #e.l.i.s.s.m.i.e:samalah kita..

    #eye*da :haah,kalau sabe dlm asb or tabung haji ble dpt return yang lagi best dari bayar lebih ptptn ini...

    #Salmia:setuju...bukan menyenangkan,semakin menyusahkan...

    ReplyDelete
  23. #||| PöJìé PööH ||| :setuju..thanks for info bro..dah baca,memang bernas huraiannya....haah,kalau call berjanggut la nak dpt orang angkat..dah angkat pun kadang2 tak tau nak kasi jawapan....

    ReplyDelete
  24. they should come up with a fix agreement for everybody.must start from the new applicants.
    those who had taken earlier just follow the previous rules.if they want to reduce the rate, reduce it for verybody.no need to fill all sorts of forms which later on will be ended up as..."borang cik takde plk kat kami"...herhhh...

    p/s..saya bukan peminjam ptptn.

    ReplyDelete
  25. hehehe.. jangan risau eyriqazz.. sama2 kita perjuangkan nasib malang peminjaman ptptn ni.. aku akan tengok wife aku punya nanti.. sebab kes wife aku ni.. dia dah bayar sikit2 sebelum ni.. kalau dia tak kira apa yag wife byr selama ni.. memang akan aku buat entrilah pasal PTPTN ni.. tunggu je.. hehehe..

    Aku anak tajaan MARA..so takda hubungan dengan PTPTN.. tapi wife aku ada..kira aku terjebak sekalilah ni..

    ReplyDelete
  26. saya kesal dengan PTPTN. last 2months, saya yang beria-ia bgtau kwn2 pasal ni.

    last2..belum ada apa2 makluman utk saya.

    hm..tak sangka macam tu PTPTN letak syarat. sedikit sebanyak rasa di"tekan" juga kan?


    panjang entri ni. nak cool skit baru leh berurusan dgn PTPTN

    ReplyDelete
  27. saya ada tulis dalam blog ttg pembiayaan Ujrah ni.

    boleh baca pengalaman saya mengemaskini maklumat PTPTN bagi pembiayaan Ujrah 1% dan terima surat tawaran pembiayaan Ujrah pada 10/1/2011.

    * siapa2 yg tak dpt e-mail balasan dari PTPTN, cuba check bulk/spam e-mail anda. mana tahu termasuk dlm tu..

    ReplyDelete
  28. lambat masukkan duit dengan sebab lecturer lambat key in markah.. camane plak tu ?.. padahal sebelum masuk sem dah boleh tengok result..

    ReplyDelete
  29. quote : 4) Hanya 8 tahun diberikan untuk bayaran balik. Untuk loan isteri lebih kurang RM300 sebulan. Mereka langsung tidak menanyakan how much we can pay per month? Main letak aje????

    tempoh bayaran ni berbeza2. bila tanya kawan2, ada yg kena bayar dalam tempoh 5 1/2 tahun, 6 tahun & 6 1/2 tahun. yg ni kena tanya sendiri pada pihak PTPTN.

    * target nak langsaikan hutang PTPTN sebelum umur umur 40 tahun :)

    ReplyDelete
  30. Eyriqazz: thanks sbb sudi share link blog entri ni.. x seindah khabar dari rupa sbnrnye... ingtkn klu dh lulus tu, xyah isi pape borg.. tp rupanya mcm haram.. currently, sy mmg still x receive pape emel dari ptptn psl tawaran ujrah ni. then, rmai yg ckp yg 1% dgn 3% ni lbih kurg same je. dua2 riba'. klu 1% ni kne byr ikt LHDN..jd klu dh byr ke LHDN tu, kita x leh lari la..mcm org buruan.. x bebas(sbb trpkse mengisytiharkn kt LHDN klu g oversea). dan lg satu mslh, kita kne byr ikt ansuran bulanan yg ditetapkn PTPTN.. jd klu kita nk byr cpt or lbih mmg no point la..sbb still membyr interest(kadar ujrah) yg same.. tp klu 3% ni actually lg untung (dri org ckp)klu kte mmbyr x ikut ansuran, mksd sy di sini, membyr lg cpt or byr lbh.. sbb interest di cas based on baki yg brkurangn.. sy pn keliru sbnrnye...mane yg elok antra 2 ni. tp klu dh sush2 mcm ni prosedur dia, baik kekalkan 3% je..hmmm..
    sy nk linkkan blog entri awk ni dlm blog sy ye.. sbb byk info brguna utk mereka2 yg nk apply 1% ni.. thanks!

    ReplyDelete
  31. sy dah terima berjayadan diluluskan..tap teragak2 nak terima pula.. dahdengar camni..kena fikir banyak kali..

    ReplyDelete
  32. ntahlah malas nak pikir.. bayar je la.. tapi buat gak ujrah tu...

    ReplyDelete
  33. baru terbaca pasal ni...
    cekguuuuuuu yg macho, saya pinjam entry ni yer... nanti saya credit kat chekgu... :)

    ReplyDelete
  34. dah lama tak amik kisah pasal ptptn sejak disound oleh pegawai/ke kuli ptptn tah... pasal kena bayar juga pinjaman tu walaupun tak keje. macam aku pinjam duit dia plak.ce ckp elok2, buat org lagi nyampah.

    dolu2 masa tgk website ptptn, siap bagi hadis hutang perlu dibayar..tp tang mengenakan interest tu tak plak ditekankan. itu dh dikira riba', sape2 yang mengenakan riba' haruslah diperangi kan...kan..

    memang dh ckp n bgtau siap2 pada sape2 nk blajar nnt, jgnlah terjebak ngan ptptn ni. biorlah simpan duit dari sekarang.prudential kan ada. berinsuran sambil menyimpan.hehe..

    menci birokrasi.tu pasal surat dapat lambat walaupun dh ada internet, perjawatan pun lambat dikompemkan, keje kat kaunter pun ambik masa berjam2..klinik kerajaan..lagi lah. diorang semua ingat menda free. padahal derang lupa, duit gaji derang tu, skit sebanyak dapat dr tax2 n mcm2 service n govt tax yang dikenakan pada semua rakyat malaysia. Duit utk kerajaan di dahulukan, berkhidmat utk rakyat..lantak koranglah..yang penting..kete & rumah menteri mewah n besar2..jalan tu kalau jam, ade polis es-court.tol free,pengangkutan ke mana saja pun free...wah syiok plak jadi menteri... huh

    ReplyDelete
  35. tu ar pasal..ada gak dengar kawan2 yg berjaya tu merungut kata macam2 kena isi..
    mujurlah saya ni xlepas sebab dikatakan langgar perjanjian(pindah pd jpa..)

    ReplyDelete
  36. Jangan terburu2 nak accept Ujrah sebab ada kesangsian sedikit. Ini kes saya, saya belum ada kesempatan berjumpa PTPTN untuk penerangan lanjut, tapi selagi tak pasti, saya tak mahu buat ujrah. cuba saudara semua tgk contoh dari saya ini:

    saya telah apply untuk ujrah dan diluluskan. bila dapat surat ia mengatakan begini:

    Baki saya pada Jun 2008 ialah RM12,493.23
    dan selepas kiraan Ujrah saya dikehendaki membayar:

    RM 109.56 X 126 bulan bermula Jun 2008 = RM 13804.56

    jadi caj ujrah 1% nampak cuma: RM 1311.33

    Namun begitu, sepanjang Jun 2008 sehingga Jan2011 saya telah bayar sebanyak (sbb saya bayar lebih, nak cepat abis utang):RM 8163

    dan baki dalam penyata saya ialah: RM 4973.46


    Jadi total saya jika tak buat Ujrah= RM 8163 + RM 4973.46 = RM13136.46

    sedangkan ikut ujrah pula RM 13804.56!!!

    Terdapat perbezaan lebih RM680 jika dibandingkan baki asal saya!! Jadi bagaimana ujrah sebenarnya menolong mengurangkan hutang???

    Saya akan pergi ke PTPTN untuk minta penjelasan cara kiraan sebab takut kita yang salah faham, tapi masih belum ada kesempatan. Sekadar berkongsi di sini sebab tak mahu semua cepat2 tertipu sign up for Ujrah dan kemudian sebenarnya terbayar lebih!

    ReplyDelete
  37. Salam, saya dah minta clarification dari PTPTN tadi. Begini cara dia kira ujrah tu. kesimpulannya, tak byk beza pun bagi org yg rajin membayar

    sila tgk note saya kat FB

    http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150097950960353&id=610798413

    ReplyDelete
  38. Aku dah isi dah dah print bgai n sign dah.. cuma x matikan setem je... last2 tngok dah expired.. lebih 90 hari.. 10 hr lepas last day.. huhuh..

    ReplyDelete
  39. saya pun pening dengan benda ni, tak tahu sama ada nak isi atau tidak borang2 tu. banyak sangat syarat yang ditetapkan. if korang tahu la kan. macam mana mereka kira interes tu. contoh ok, saya pinjam 40000 interes 3%, tempoh bayaran 180 bulan, kos pentadbiran 6000. jadi saya nak tahu macam mana dia kira tup2 keluar 6000. dan nak tahu juga adakah 6000 tu kos untuk 180 bulan atau untuk setahun. sapa2 yg tahu plzzzz share.

    ReplyDelete
  40. Online Portfolio,
    kalau 3% interest, maksudnya setahun lebih kurang RM1200 interestnye. so, tiap bulan about RM100. kalau bayar ikut jadual atau lebih, iallah baki bayaran bulanan tu akan turun. tp make sure bayar lebih drp RM100 tiap bulan. kalau tak... bayar interest je la jawabnye. tu pun takut pokok tu berbunge. hm...

    jumlah terkini x 3 / 100 = jumlah interest bulanan

    harap info ni membantu. tp kalau ujrah saya pun x sure camne.

    ReplyDelete
  41. Ini suatu perkongsian

    http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html

    Silalah jenguk.

    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails