February 2, 2011

Pili Bomba, Parking Kereta dan Tourist Attraction

Semasa kami singgah di Rantau Panjang, Kelantan pada 31 January 2011( lebih kurang pukul 4 petang) iaitu salah satu tempat membeli belah "Duti Free" yang agak terrkenal di kelantan selain daripada Pengkalan Kubur, Tumpat, ternampak gambar pili bomba ini :

Sebelah Pili Bomba dijadikan tempat Parking kereta yang tidak sah "Illegal Parking"
Apakah Sebabnya?

Kebanyakan gerai-gerai disini saya perhatikan diperbuat daripada kayu dan material yang mudah terbakar. Andai kata, terjadi kebakaran, tentulah menyukarkan Pihak Bomba untuk menjalankan tugasnya? Masa amatlah berharga dalam memadamkan kebakaran. Pergi kursus bomba mengajar saya beberapa saat ini penentu hidup dan mati seseorang mangsa kebakaran.

Buat pemandu, berhemahlah dalam parking especially tempat Tourist Attraction camni. Jangan fikirkan faktor dekat dari lokasi dan mementingkan diri sendiri semata-mata. Hidup bermasyarakat, mestilah mengambil kira faktor lain juga lebih-lebih lagi di tempat yang menjadi tumpuan sebegini. Apa agaknya pandangan pelancong luar bila lihat pili bomba sebegini?

Entry ini ditulis untuk Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene . Maaf, hanya sempat ambil 2 foto dari syarat 3 foto seperti yang dikehendaki. Tak teringat pasal syaratnya, bila dah baca balik baru perasan. Thanks to Kak Jie for sharing information about this Contest.

Pili Bomba aset bernilai negara
Jagalah ia sebaik-baiknya
Tanggungjawab bersama agar ianya terus dapat diguna
Kebakaran melanda, memudahkan bomba menjalankan kerja, menyelamatkan nyawa dan harta benda

P/s : Apa pula kata anda? Pentingke kemudahan pili bomba ini dijaga dengan sebaik-baiknya?

13 comments:

  1. rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba lumba..
    kalau pili bomba tak dapat guna.. apa boleh buat, simbah dengan air baldi saja.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. biasalah macam ni..rakyat kita masih tak ramai yang bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  3. biasa jgk nmpk org parking cmni...sebelum park pandang kiri kanan depan belakang dulu... jgn le nyusahkan orang lain nnt...

    ReplyDelete
  4. Memang penting bro..jangan harap pili je cantik bila nak guna tak berfungsi...

    satu lagi. kepada pemandu keta kalau boleh jangan pentingkan diri sendiri mcm dalam gmabr tu..

    Apa salahnya parking jauh sikit.. sekurang2 jika berlaku kebakaran dapat menyelamatkan nyawa

    ReplyDelete
  5. eh memanglah sangat penting....itulah kehebatan rakyat malaysia...suka buat benda2 yg jangan buat....huhuhu..

    ReplyDelete
  6. memang susah kalau orang yg nak senang je walaupun orang lain susah

    ReplyDelete
  7. dah kena baru nak nyesal..tabiat org kita..

    p/s...cendol pengkalan kubur...pergghhh....terbaik..

    ReplyDelete
  8. whoaaa.... untuk contest rupanya... tapi bagus la perkongsian bro nie...

    ReplyDelete
  9. manusia bile dah kene bru beringat....

    ReplyDelete
  10. selalu je macam ni. park sesuka hati dekat pili bomba. tak hiraukan orang lain. semuanya sebab pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails