Refleksologi, Love it..Santai dan Menenangkan
Both Of us Terjahi Pusat Refleksologi Kaki Kaki, Platinum Walk,Danau Kota beberapa hari lepas
Fuhh, Syioookk
Memang best buat Refleksologi ni. I Love this Place . One of the reason tempatnya dekat dari rumah, tukang urutnya boleh pilih, laki urutkan lelaki, perempuan urutkan perempuan , dan tukang urutnya memang pandai mengurut (most yang saya pergi memang puas hati)
Yup, segar dan rasa ringan je kaki lepas buat reflexologi. Kata orang, ianya bagus untuk pengedaran darah. Tak sure la betoi ke tidak tapi I love it dan rasa perbezaan lepas urut kaki. Badan rasa lagi ringan, kaki lagi selesa, tidur pun nyenyak. Once a few months, memang kami terjahi sini especially bila Mak Mertua datang KL, boleh tolong tengok2kan Alisya.
Yang kami buat ni RM40 sejam. Tambah minyak halia RM10 , So both RM50. Takperla,sekali sekala belanja wifey buat Spa apa salahnya kan? Penat lelah Isteri sama-sama mencari rezeki, malam banyak lagi kerja perlu dibuat lagi. Belum campur dengan masalah di Sekolah yang memeningkan hati sampaikan rakan baik di sekolah pun sanggup tikam dari belakang. Umm, manusia-manusia, memang pandai jadi Talam dua Muka kan?
Rileks-rilekskan badan. Saya memang suka juga Ushar Pakej Spa dari Milkadeal especially, banyak promosi menarik .Setakat ni dah 3 pakej Spa dah beli ngan Milkadeal. Satu dah guna, 2 belum lagi. So far ,puas hati...
** MilKadeal, saya suggestkan Pusat Refleksologi ini, memang puas hatii....Hope u can get a deal with this reflexology...
Oh ya, tips nak buat refleksologi. Nak tahu tukang urut tu terror tak mengurut, senangje :
1) Kalau dia urut tuu rasanya Sakit dan Sedap, tuh kenalah urat yang sepatutnya....
2) Kalau sakit dan sakit memanjang, tuh salah urat laa tuuu...
Betoike tips ni? Ni tukang urut yang cakap. Tapi rasanya yang terbaik refleksologi ni, tryla dengan Orang Buta, mereka memang pandai cari tempat yang patut diurut/sakit.
Some info on Reflesologi :
@ Apa Itu Urutan Reflesologi
P/s : Pernah buat refleksologi? Apa pandangan anda?
i know this place :)
ReplyDeleteAwat gelap ja tempatnya tu? Seriau eh nak p.hehe.
ReplyDeleteMacam kat jepun ja..hehe
ReplyDeleteJom Tengok :
SAMBUNGAN ISU MAKCIK HAJJAH SITT ALWUZARA HINA ISLAM!!
LADY GAGA PAKAI......KONDOM??
JUSTIN BIEBER NAMPAK TUT~~ ??
kena cuba ni, tak jauh pun dari selayang.
ReplyDeleteyola... nmpak gelap... tp okla asal kaki rase best hehe
ReplyDeleteme sgt suka diurut2 kat spa...emm..bila me nak pegi spa lagi ni..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTak sakit ke buat refleksologi ni? I dengar ada orang sampai demam-demam. I kekadang tu teringin gak. Tapi bila dengar ada org sampai demam, tu yg tak jadi gi tu.
hurmmm.... kalau FULL BODY MASSAGE baru la best bro....keh3x....
ReplyDelete@Peri PiA:tau ekks?
ReplyDelete@Faeiz :kalau cerah tak feella..sakit mata..Most yang datang sini saya tgk mostly wanita..
@Awan Fantasia :kat jepun?
@Kak Aya :cubalah
@Mama AA's:betoi,betoi,betoi...
@Mama Zharfan :byk pakej spa menarik dari Milkadeal..rembatje satu dua...
ReplyDelete@norehan :sakit juga..especially kalau baru2...sakit mean badan kita memang bermasalah....tapi rasanya kalau yang pandai urut, dia akan rasa both sakit&sedapp.....
@hazman aka species1980:hak3..macam biasa2 je bro?