December 5, 2011

Kereta Sewa di Kota Kinabalu, Sabah

Semasa bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, sempatlah kami Sewa Kereta. Yup, sewa kereta di Kota Kinabalu ni agak mahal especially kalau time cuti sekolah/cuti umum. So, as masatu kami ingin ke Ranau, kami sewalah kereta :

Proton Waja Automatik
Conditionnya pun OK cuma kereta dah agak lama laa.
Lebih kurang kadar sewa kereta di Kota Kinabalu. Kancil pun dah cecah RM100
Kami sewa di KK Leisure Tour & Rent a Car atas recommendation dari Sutera Harbour Resort
Kereta Waja yang kami sewa itu, RM170 sehari. "Mahalkan?"

Anyway, honestly saya tidak rekomenkan syarikat ini yang beroperasi di airport KK. Reason being kerana saya sendiri mengalami pengalaman kurang memuaskan dengan syarikat ini. Saya actually dah booking kereta ini sehari sebelum dan seperti dijanjikan kereta sepatutnya dihantar ke Hotel kami menginap iaitu Hotel Deleeton jam 10 pagi. So sempatlah kami nak terjahi Ranau dan tempat lain kerana Sabah malamnya 1 jam lebih cepat, pukul 6 dah gelap.

Dipendekkan cerita, janji tidak dikota. Pukul 11.30 pagi, pekerjanya datang dan ambil saya di Hotel tanpa membawa kereta. Dibawanya saya menaiki keretanya dah ambil kereta di airport. Berlaku salah faham coz dia memberikan kereta Manual instead of auto yang saya requestkan iaitu Saga Auto. So, dia gantikan dengan Waja Auto dengan harga yang sama dan dibiarkan saya sendiri . Nasib baik saya bawa GPS dari rumah, taulah jalan ke Deleeton Hotel.

Sampai di Deleeton sudah around 1200pm+. Terjahi Ranau dah tak sempat nak jalan mana atas sebab jalan hujan etc. So, banyak tempat tak sempat pergi. Yerlah, perjalanan pergi balik mengambil masa lebih kurang 4-5 jam sudah. 

Besoknya saya memohon extend la hantar 2pm , courtesy buat pelanggan  namun tidak dilayan. Katanya extra sejam RM30 . Fuhh, memang tidak puas hatila, dahla tidak tepati janji dan tak sempat nak jalan-jalan coz kereta lambat sampai.

P/s : Kalau mahu sewa kereta di Kota Kinabalu, make sure ambil yang boleh dipercayai. Sebaik-baiknya tanya rakan-rakan yang pernah ke KK dan menawarkan perkhidmatan yang memuaskan. Yup, pengalaman sebegini really spoil our vacation.

31 comments:

  1. mahalnya...knpa xguna pgngkutan awam ja p ranau, bas atau teksi. lg murah. pastu smpai ranau boleh cri krta sewa, boleh dpt murah. byk tmpt best d ranau tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak naik bas n teksi ni especially bila ada anak2 kecil... tuhla,tak sempat nak pusing mana di ranau....

      Delete
  2. jenis meniaga nak untung je ni..xpentingkan pelanggan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umm....win-win situation sepatutnya kan?serik dah...

      Delete
  3. abislah syarikat tu..sapa suruh perkhidmatan teruk camtukan..dah tu tak leh tolak ansur pulak..ni great tezcher dah komen for sure malu gila kalo diorang baca and sangat kesal yang teramat...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang dah baca rasanya...offer saya 1hari free supaya removekan entri ini..once dah digigit,susah nak percaya kali kedua..

      Delete
  4. rasanya sama je macam dekt langkawi kot bro.. kalau nak sewa jangan sewa yg dekat2 dengan airport mahal gila.. cari dekat dalam2 sikit

    ReplyDelete
  5. insya Allah tahun depan nk g KK gak.. tengah dok survey2 nak sewa keta kat sana.. mahal gak ye sewa keta kat sana.. kalau ade suggestion, update lagi ye bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kalau ada update lagi, akan diupdatekan

      Delete
  6. owh saya xde penglaman sewa kete plak masa kt sana
    abang duduk sana so pakai kete dia
    mmg dia ada kata..sewa kete sana mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh, kalau tau, sewa kereta abang nana pun jadi..hik4

      Delete
  7. As salam,

    Next time kalau ada rezeki nak pegi KK or other part of Sabah bgtaula org Sabah ni :) InsyaAllah boleh tlg plan & bg tips, gerenti leh dpt memorable but cost savvy trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..InsyaAllah this year plan nak pi Sabah lagi..Nanti saya contact awak..Apa e-mail address ya?

      Delete
  8. Kalau layanan mesra alam dan perkhidmatan ok, harga mahal pun tak Jadik hal...ingat nak buat entri gaklah kasih hantam ini company..amacam bro..ok dok...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah la bro..Kalau perkhidmatan tak bagus, sooner or later, orang akan tahu juga

      Delete
  9. alahai..mcm bad holiday je ne.semua tak kena eh.btw,kalau nak datang sini lagi,nak keta sewa,boleh inform,sebab ada kawan wat bisnes keta sewa.Saga Auto.dlm rm130++ sehari.kawan ne org kelantan,ngajar dekat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ecad..will contact u in future..

      Delete
  10. ecadwinkyasha - boleh tlg bagi no contact kawan awak... e-mail lenjani76@gmail.com

    apa tempat menarik kat kk... nak pergi dari 25-28 feb ni

    ReplyDelete
  11. Sy ada kwn semenanjung yg tinggal Di KK,dia ada buat sewa keta (bkn company tp personal car) innova (M) & waja (A).Harga jauh lbh murah & blh tlg plan mana nak pegi kat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bg contact no. tax? nk gi kk cuti sekolah bulan 5 ni. tq.

      Delete
    2. Ano, boleh bg kontek no. x? nk g kk bulan 5 cuti skolah ni. TQ.

      Delete
    3. Bro blh beri contact number kawan kat KK tu? nk gi bulan mei jg. TQ

      Delete
    4. lain kali kalau nak dtg kk leh try company Aura Biru Services, service dorg pun bagus jgk, kete sume baru2 lg n company ni ada condo penginapan di marina court dkt kk town, harga pun boleh nego hahaha,,,... contact person 0168470945- mohd don

      Delete
  12. apa daa..dah buat iklan tapi kemudian senyap? mcamana nak membantu ni...
    tawakkal saja ambil no di mana2 dlm website

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..saya tiada iklan kan kereta sewa etc..byk yang komen entri ini kasi no. telefon, tapi semua letak anonymous..so as, saya taknak pembaca blog saya potential tertipu, saya removekan...

      P/s :nak komen boleh, tapi letakla details penuh n put up a disclaimer as i don't want to be responsible if the service given is not up to standard..

      Delete
  13. ramai pula yg cari keta sewa ye.
    xpasti lagi samaada dia masih buat kereta sewa atau x,lgpun dah lama xcontact dia...eca sibuk dia pun sibuk...tpi kalau nak,boleh cuba...
    Diee-0148597848

    dan yg ne kawan recommend kat eca ::
    website : www.sewasabah.com
    YM : rentalcarsabah@yahoo.com
    HP : 0198715141 (Man)

    yg ne satu lagi-Shahril(0138532550 & 0128221685)
    xde syarikat,persendirian je ne...tpi boleh cuba.

    ReplyDelete
  14. Tuhla..next time kena merancang lebih awal..

    yup, fail to plan, plan to fail...

    ReplyDelete
  15. ada yang murah... layari ja www.sewabah.com ... waja 1.6 auto rm100, saga flx auto 1.3 rm100. proton exora 1.6 manual rm170 . viva auto 1000cc rm85. kancil manual rm50. urvan 14 seater rm240. :))

    ReplyDelete
  16. good info pasal review kereta sewa kat sabah.. boleh jadi rujukan kalau nak pergi sana.. noted.. service sewa kereta tersebut akan di pangkah selamanya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails