December 13, 2011

Percutian di Magellan Sutera Harbour Resort

Semasa Percutian di Kota Kinabalu, Sabah bulan lepas, kami menginap 2 malam di Magellan Sutera Harbour Resort, view mengadap pantai. Alhamdulillah, guna kemudahan syarikat, harga asal RM400+ untuk bilik ini, bayar 25% aje iaitu lebih kurang RM100+.
Suasana Bilik. Bersih. Cuma kurang selesa skit dengan karpetnya
Shower Room. Umm, tak puas hati coz takde paip untuk toilet. Nak 'buang air besar' pun susah
View dari Balkoni bilik kami. Memang cantik pemandangannya. Pantai dan nampak pulau


Swimming Pool pun nampak. Bukan main excited Alisya
View yang lebih jelas
Bukan main lagi Mat Salleh dan pelancong berjemur.Berbikini gitu2
Sebelah bilik
Santai. Papa, bila nak datang sini lagi?
Kemudahan pun memuaskan. Ada shuttle bas setiap jam untuk ke bandar. RM3.
Takpun panggilje teksi. Kalau tak kerana tandas tu, mungkin 4 malam menginap sini

Magellan Sutera Harbour Resort, hotel bertaraf 4 bintang ini memang menjadi hotel pilihan especially pelancong asing atas lokasinya yang strategik, suasana yang santai bersebelahan pantai, kemudahan yang memuaskan, Internet,Spa,golf dan sebagainya.

7 comments:

  1. saya pon br jek balik dr KK...jalan2 dengan family..menginap dekat Marina Court mengadap laut jugak... heee

    ReplyDelete
  2. pasni standby gayong bro..senang nak mencebok

    ReplyDelete
  3. aduh best, cantiknya tempat.. bila agaknya nak kesini..huhu

    ReplyDelete
  4. bro mesti berjemur skali sambil pakai spek hitam kan? hehehehe

    ReplyDelete
  5. fuhh..lawa giler view dr room tu ek..dh mcm lukisan..

    ReplyDelete
  6. budak-budak mesti suka kalau bawa berjalan ke tempat macam ni.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya, kedua-dua hotel, The Pacific Sutera Hotel dan The Magellan Sutera Resort bertaraf lima bintang :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails