Semasa konvoi bercuti di Kelantan, saudara mara eyriqazz lebih kurang 4 keluarga mengambil pilihan untuk memilih Homestay/Rumah Tamu Mas di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Faktor utama adalah murah, ada 3 bilik, berhawa dingin dan parking boleh memuatkan lebih kurang 3-4 buah kereta.
Pandai pakcik eyriqazz cari rumah tamu ini, lokasinya yang lebih kurang 5 minit drive dari Wakaf Che Yeh, Kelantan, antara destinasi shopping pilihan di waktu malam di Kota Bharu, Kelantan. Kalau nak pi Kota Bharu pun hanyalah lebih kurang 30 minit perjalanan.
Berapa harganya? Umm, jangan terkejut ya. Time pergi ini semasa Cuti Chinese New Year, RM150 semalam untuk sebuah rumah yang memuatkan 3 bilik yang dilengkapi Aircond, peti sejuk biasa, dan katil Queen. Nak ambil gambar di dalam tak sempat la pula. Murahkan, kalau jalan ramai-ramai better menyewa camni, sewa bilik di hotel budgetpun rasanya dah kos lebih kurang rm50-100 semalam.
Kalau terasa nak bercuti di Kota Bharu, Kelantan dan mencari tempat tinggal untuk bermalam, saya rekomenkan HomeStay @ Rumah Tamu ini. Bolehla hubungi di No. telefon 017-9765838. Oh ya, ini bukan entri berbayar ya. Entri ini sebagai tanda terimakasih buat pemilik HomeStay tersebut yang menyediakan tempat /rumah tamu dengan harga yang berpatutan dan murah buat yang mahu bercuti di Kelantan.
P/s : Any recommendation Homestay menarik di Malaysia ini? Terasa nak pergi bercuti Ala-Ala Homestay laa.... Pengalaman di Haji Dorani Homestay memang best dan menawan dan teringin mengalami suasana sebegitu lagi.
Baru-baru nier ada gi ke KB stay kat homestay gak.
ReplyDeleteKalau RM 150 tue memang murah lah. Kalau lepas nie ade gi Wakaf Che Yeh, bolehlah stay kat sini.
1Blogazine
skang dah naik harga rm200 rasanya homestay ini....
Deletemurah giler~
ReplyDeletemurah.. 3 bilik lg tu.. dan yg paling penting dekat dgn pasar boring wakaf che yeh tu..
ReplyDeletesalam,kalau jalan kaki jauh x ek umah ni nk ke wakaf c.yeh tu?
ReplyDelete