March 2, 2012

Cinta Pertama Memang Sukar Dilupa

Masihkan Ingat akan Cinta Pertama Anda? Yup, rasanya bagi most of us, Cinta Pertama antara cinta yang paling sukar dilupa, tak kiralah apa kesudahannya. Teringat lagi time berdating dengan Isteri dulu,inilah antara yang terpacul di mulut :

Eyriqazz : Boleh tanya apa saja..Tapi, don't ask about my first love...Bla,bla,bla......(terkeluar nama my first love)
Isteri : Apa?? Dia???? (Air mata mula jatuh bercucuran....).. Nasib baik jiwa romeoku masih menebal, dapat juga kupujuk Isteriku di ketika itu...

Teringat akan Cinta Pertama apabila melihat video ini :

Cinta Kita Di Sini Saja?



Pandangan dan Impression Saya Bila Melihat Video Ini :

1) Ini cinta pertama gadis itu. Bukan main lagi menangis dan tidak keruan dibuatnya.
2) Cinta Luar Biasa memang sukar dicari....
3) Usah ditangisi pada yang tak sudi. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor... Maybe  U deserve someone better...Yup, Myself found someone better, My Wife...

5) Lebih mudah untuk menyayangi dari membenci. Ambil yang jernih, buang yang keruh.


Apa pula pandangan anda?

44 comments:

  1. cinta pertama memang sukar dicari ganti. tapi kalau dah bukan jodoh kita untuk bersama dengan dia, kena redha saja lah. memang sukar untuk lupakan cinta pertama kita. tapi jangan kita buat-buat lupa pulak dengan cinta terakhir kita. kerana cinta terakhir kita tu la yang akan ke akhir hayat kita :)

    *kena belajar cara memujuk isteri/awek dgn bro eyriqazz ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,kan? Nak belajar? sayapun masih belajar untuk sentiasa memikat hati Isteri...

      Delete
  2. cinta pertama memang takkan di lupakan sebab banyak kenangan indah bersamanya. Cinta selama 7 tahun berkecai disebabkan hal yang membabitkan kaum kerabat..ahhh... biarlah ianya menjadi sejarah.

    cinta ke dua walaupun sebentar tapi kekal bahagia sehingga ke hari ini dan semuga ianya abadi sehingga ke hujung nyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseh,ramai juga yang dikecewakan dengan cinta pertama kan?

      Delete
  3. Itu mungkin first love dia.kerana itu adalah cinta pertama, dia terlalu mengagung-agungkan cintanya lebih dari segala. Bila kecewa, semuanya jadi benci.Sebenarnya dia harus ingt, mencintai tak bermakna harus memiliki.
    Mencintai perlu ikhlas dan bukannya dengan mengharap terus dicintai.

    Perlu memaafkan/melupakan bekas kekasihnya kerana mungkin ada yang lebih baik di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..amalina bercakap dari pengalaman ni kan?

      Delete
  4. Cinta pertama memang terkesan di hati. walaupun ramai wanita yang datang menerpa diri, namun dialah satunya di hati ini. Walaupun cinta bertepuk sebelah tangan pada awalnya, namun kugagahi jua untuk memenangi hatinya kerana hatinya mesti menjadi miliku buat selamanya. namun cinta pertama tidak seindah yang diimpikan. Beribu dugaan datang tak diundang. Kepercayaan dan setia menjadi penghadang. Moga cinta pertamaku tetap menjadi impian.

    Arghh, memang the hardest moment is to forget the first person that u love. Moga aku berjaya dapatkannya kembali.. walaupun dari mulut rimau.. :)

    ReplyDelete
  5. cinta pertama --> dengan rakan seopis tapi bak lagu dia oleh fauziah latiff...'cinta terhalang oleh....'...cinta bagai nak rak selama 3 tahun akhirnya putus begitu saja. tapi walau dah putus namun kami masih berkawan baik. mungkin persahabatan ini masih terjalin disebabkan keunikan cinta kami. 3 tahun bercinta : 3 kali putus dan 3 kali sambung semula hubungan...setelah 3 tahun bermacam2 dugaan dilalui akhirnya kami ambik kata sepakat untuk kekal sebagai kawan sahaja sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. cinta pertama nurul.. :-)

    Pergi ke kedai membeli mami,
    mami dimakan bersama roti,
    cinta pertama bermula di sekolah kami,
    berikrar setia sehidup semati.

    Tangan kiri terletak di dahi,
    sambil termenung di tepi lalang,
    sudah tertulis suratan Ilahi,
    kasih kami terputus di tengah jalan.

    Jalan jalan naik feri,
    Sambil sambil lawan berdebat,
    Jodoh kami Tuhan berkati,
    kami kekal sebagai sahabat.

    sekian, :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh menarik nukilan pantun ini
      Pengalaman yang dikongsi-kongsi
      Patah tumbuh hilang berganti
      Adakah AE yang diidam-idami kini?

      Delete
  7. Cinta pertama sentiasa tersemat dihati walaupun si dia bukan menjadi pasangan hidup kerana beliau adalah gadis pertama mengetuk pintu hati. Chewah..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. chewahhh...patah tumbuh hilang berganti...kan?

      Delete
  8. Cinta pertama..
    7thn terasa mcm sekelip mata
    sakit & tersiksa bila terpaksa melepaskannya..
    but,Alhamdulillah DIA menganugerahkan insan yg lebih baik..

    "Semakin membenci seseorang,semakin hati tak tenang" - yup, mmg betul..11 thn menyimpan rasa marah & benci,hati rasa sngt2 terbeban..Bila segala rasa dilepaskan dgn hati yg ikhlas, DIA berikan ketenangan. Alhamdulillah, suatu masa dulu kami bercinta, hari ini kami selesa bersahabat...

    To me,
    Percaya pada cinta yg dikurniakanNya, tp harus redha pada jodoh yg ditetapkanNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...

      Bila segala rasa dilepaskan dgn hati yg ikhlas, DIA berikan ketenangan

      Nobody perfect....

      Delete
  9. hihi.. sweet nampak awek tu ngamuk... setuju la.. tu gare2 cinta pertama la tu... mengamuk2... tak terbendung kekecewaan... tapi.. berpada-padalah dalam cinte...

    ReplyDelete
  10. Cinta pertama memang sukar diganti, tapi cinta hakiki, kekal abadi .. :)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  11. hahaha..alamakk..sy frust menonggeng dlu bro..
    tp xpe ade hikmah disebalik kejadian..
    segalanya da tersurat bahawa die bukan jodoh kite..
    so life must go on..kena la kuat kan..from the 1st la kite belajar semua..dont repeat it! you will growth better! oh tq my first love!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,we learn from experience....to be a better person....stronger...

      Delete
  12. cinta pertama dan terakhir aku adalah pada isteri sekarang... jangan khianati cinta yang ada sekarang.. tutup buku lama buka buku baru.. jangan dikenang cinta yang telah berlalu kerna akan buat diri merana kembali... (asal aku tetiba jadi romantik ni.. geli pulak aku.. hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh,bukan dulu bro romeo ke kat sekolah? Hik3....

      Delete
  13. cinta pertama, selamanya?quote dr cerita ariana mikhail. Hmm..tahla..tak pasti tapi memang benda tu kita akan ingat sampai mati kot. hehe

    ReplyDelete
  14. apa yg berlaku, happen for reason...ada sebab tuhan jadikan itu semua...so xperlulah keterlaluan frust menungging sampai ikat tali kat seluruh badan mcm michellin...ingat, hidup hanya sementara.

    ReplyDelete
  15. Betul...
    Cinta pertama mmg sukar dilupakan kerana dia la insan pertama yg bertakhta...Dia insan pertama yg kita cinta...Org yg mula² ajar kita Rindu, kasih, cinta..Tp kalau dah takde jodoh, nak buat macam mana kan..Kita kena percaya Qada' & Qadar Allah SWT..Ada hikmah sesuatu yg berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...mungkin ada yang lebih baik di luar sana

      Delete
  16. memang susah dilupakan bagi sesetengah org

    ReplyDelete
  17. cinta pertama?? huh!!! sakitnya hati..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks3...dengar cerita dulu bro pernah bercinta dengan Lisa Surihani....

      Delete
    2. perghh dahsyat ler KID dapat bercinta dgn Lisa Surihani

      Delete
  18. betul2
    cinta pertama mana boleh lupa
    hehehehe

    ReplyDelete
  19. Saya faham perasaan gadis dalam video kerana pernah melalui apa yang dilihat dalam video ini. Hati paling pedih sekali kerana pelbagai memori telah dicipta bersama-sama kekasih yang dahulu itu bagaikan tidak wujud lagi kerana hilang maknanya. Bila teringatkan semua pengalaman yang ditimba bersama, kesemua waktu gembira yang dihargai..terkenang memori yang indah sekali. Tapi hati terasa sangat sedih dan pedih kerana sudah kehilangan semuanya. Mujurlah, masa memulihkan hati kita. Lama-kelamaan, sikit demi sedikit, kita melapangkan dada kita. Biarlah semuanya berlalu, menjalani kehidupan seperti biasa semula. Cinta pertama boleh menjadi kenangan terindah ataupun kenangan berbisa, semuanya hanya dalam tangan kita sahaja. Kalau memang tidak ada jodoh, lepas tangan walaupun susah. Tapi saya yakin, akan ada yang lebih baik untuk kita =)

    ReplyDelete
  20. Cinta pertama. Oh, belum masanya untuk diriku alami itu. Kehkehkeh! Selamat maju jaya dalam percintaan semua yang dah layak. hehe ;)

    ReplyDelete
  21. cinta pertama yg menyakitkan....

    ReplyDelete
  22. cinta prtama mang sgt slit untk dlpaka,coz bnyk dh knangn2 yg trsmat indah yg aku alami dngn dia..dia orng frst mngtuk pntu hti aku...start couple gn dia time kat school dlu..tyme form 5 g,but kmi ttap still brsma2 g...dh 3 thun 11 blan kmi hrungi dgaan n cbran yg dtg dgn hbngn kmi..but we still stronger...aku pun x tahu adakah dia nie cnta yg kkal abadi msa akn dtg..redha jak arh dgn allah..pa leh wat kn lw dia x da jdoh gn aku...bertawakal bnyk2 arh..hihihihih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails