March 1, 2012

Tuhan Berikanlah Aku Cinta

Maaf pintaku jika warkahku menganggu dirimu. Sesungguhnya aku ingin sekadar meluahkan apa yang terperosok di dalam sanubariku.Selama ini aku berjaya untuk menidakkan segala kerinduan padamu. Namun semenjak akhir-akhir ini, hati ini kian memberontak. Memberontak mengatasi akalku yang masih berpaksikan segala teori dan fakta. Hati ini memberontak untuk mengatakan bahawa diriku masih merindui dirimu. Kenapa hati dan fikiranku tidak pernah sehaluan?? Semuanya menambahkan kekeruhan. Pening ya aku pening. Seringkali aku bermonolog sendiri antara hati dan akal fikiran.
*************************************
Suasana pementasan cerah disusuli kemunculan 2 watak iaitu hati dan akal fikiran…..
Hati: Kau bodoh tak tahu untuk menghargai sesuatu apabila ia berada didepan mata. Bila pergi baru kau tercari-cari.
FikiranAku tidak bodoh. Segala keputusan yang aku buat sudahku fikirkan semasak-masaknya.
HatiYe ke kau dah fikirkan semasaknya-masak?? Kalau ya, kenapa kau masih ingin mengetahui segala perkembangan dia. Masih cuba merisik khabar dirinya secara sembunyi. Sihatkah dia? Gembirakah dirinya? Aku rasa kau bodoh sombong. Tidak berani untuk mengakui perasaan kau sendiri.
FikiranDiam! Diam! Aku benci kau hati. Kenapa kau tak pernah cuba untuk menerima hakikat yang kau dah kehilangan dia. Kenapa kau nak menegakkan jugak benang yang basah!
HatiKerana hati itu tulus. Hati itu tak pernah menipu. Kau boleh nak cakap apa saja. Kau boleh nak tulis apa saja. Tapi hakikatnya apa yang ada dalam hati hanya kau je yang tahu dan kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau sendiri.
FikiranAdakah aku perlu menangis lagi keranamu hati?? Ah sudah kering airmataku. Adakah keranamu aku perlu kusutkan segala fikiranku? Ah masih banyak perkara yang aku perlu fikirkan.
HatiAku hanya tulus pada perasaan diri sendiri. Aku rasa kau lebih bijak daripada aku kerana dikurniakan akal. Cuba kau tanya dan fikir sejenak. Apakah yang terbaik untuk santapan/rawatan hati?
FikiranHurm.. Agama? Solat? Al-Quran?
HatiYa. Itulah yang terbaik untuk santapan rohani hati. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak kukuh (sempurna) maka robohlah segala tiang agama. Roboh tiang agama. Hati dan jiwa pun terasa kosong dan bercelaru.
FikiranYa Allah. Selama ini aku terleka dengan perasaan diri sendiri. Solat dan ibadahku banyak yang tidak sempurna. Tapi diriku asyik terkejar-kejarkan cinta duniawi semata-mata. Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMU ini. Bagilah hidayah kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.
Suasana pementasan kelam….Watak hati dan akal fikiran mengundur diri.
*************************************
Aku kembali ke alam nyata. MasyaAllah begitu jauh aku mengelamun tapi semuanya benar. Waktu itu juga terngiang pesanan ustaz di telingaku “Ingatlah perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki baik. Begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah kepada hambaNYA. Dan berusahalah kamu ke arah kebaikan dan janganlah pula kamu menidakkannya”.
Aku Berdoa padaMU Allah
Ya Allah, rupanya terlalu jauh aku hanyut. Hanyut dengan perasaan padamu membuatkan ku terleka pada cinta yang hakiki iaitu Allah. Aku berdoa segala apa yang telah terjadi antara aku dan dirimu biarlah yang terbaik buat kita berdua. Aku berdoa dikau berjaya dalam mencari erti cinta. Ya Allah tenangkanlah hati hambaMU ini dari terus mengingati si dia. T_T
p/s: Nukilan hati ini untuk peringatan diri sendiri yang mencari damai dihati ;(
Tentang Penulis : CikTom @ Gadis Tomato, blogger kreatif/berbakat yang banyak berkongsi tentang pengalaman peribadi dan cerita-cerita menarik di blognya. Jom terjah blognya di http://bit.ly/hPr7AO

3 comments:

  1. situasi ni sangat padan dengan apa yg berlaku dlm hidupku,,kdg2 jadi stalker kerana masih mengingatinya,,tp dia bukanlah milik ku,,

    ReplyDelete
  2. Kumbang bukan seekor...be strong..u deserve someone better....

    ReplyDelete
  3. Cinta hambaNya dengan PenciptaNya lebih kekal abadi.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails