March 12, 2012

What Will You Do : Masalah Dengan Pinjaman Peribadi dan Kredit Kad

As Salam readers,


Saya ada menerima e-mail dari seorang reader, mungkin dari entri Pinjaman Peribadi Ini. Dia ada masalah, dan eyriqazz sendiri tidak mampu untuk berikan jawapan kepada permasalah ini. Jadi, saya lontarkan di sini, kot-kot ada yang mampu berikan nasihat or cadangan :

Mrs X : "Saya Mrs X dan saya ada terbaca ttg Pinjaman Peribadi. Bagaimana cara utk sy memohon.Untuk maklumat tuan, saya bekerja di xxx Petroleuem selama 4 tahun. Saya dah mempunyai loan dgn bank rakyat. Tp disbbkan sy mempunyai masalah kewangan yg agak kritikal, ada beberapa loan jd tertunggak. Terutama kad kredit. Untuk selesaikan tunggakan kad kredit saja saya memerlukan dalam 100k dan 100k utk pinjaman peribadi yg tertunggak. Bermakna saya memerlukan 200k. Saya berharap sangat2 sekiranya tuan dapat membantu saya. Saya ucapkan terima kasih dan moga Allah permudahkan segala urusan kita..Amin

Jawapan balas saya : Saya pun tak pasti camne nak guide. Coz, semua personal loan saya telahpun saya restructurekan dan refinance dengan bank rakyat.Rasanya, bagi kes Puan agak susah untuk apply loan baru coz current loan already too high.Mungkin puan boleh nego dengan bank utk buat arrangement bayaran. Ataupun cadangan saya berjumpa dengan AKPK utk minta bantuan mereka sebelum terlewat.

Jawapan dia kembali : Terima kasih sbb sudi jawab email saya. Saya telah pun berjumpa dgn pihak AKPK ( walaupun hati berat nak berjumpa dgn pihak AKPK ) tapi mereka tidak menerima kes saya sbb saya mempunyai masalah dgn kad kredit saja. Takpa saya akan cuba dengan cara lain pulak..

Saya dahului dengan terima kasih byk2.

Aiseh, sedih pula mendengarnya. AKPK pun tidak dapat menerima kesnya. Tips Mudah Lulus Pinjaman  ini pun saya tak pasti dapat membantunya or tidak, kerana rasanya ia lebih applicable untuk loan baru bukan yang sudah kritikal.



Moral of the story dari kisah ini, Kredit Kad memang membunuh. Kecil-kecil jadi kawan, besar-besar jadi lawan. Say No to Credit Card




P/s : Harap siapa yang berpengalaman dalam hal ini, bolehla kasi cadangan camna untuk membantu masalah ini. Kalau anda di situasi ini, What Will You Do?

43 comments:

  1. saye tiada kredit kad..hehe...;)

    ReplyDelete
  2. entah la dari nak tambah utang baek habiskan utang yg lama!!

    ReplyDelete
  3. very true, thats why i have cut all my credit card, remaining only 2, one visa and one mastercard for my everyday use. Sigh, pity that dude who emailed you.. really hope he finds a way out

    ReplyDelete
    Replies
    1. good decision bro..myself pun dah cut satu,tinggalje lagi satu..tapi jenuh juga nak membayar remaining balance ni...

      Delete
  4. tak reti nak bagi advice sbb memang tinggi liabiliti RM200k tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang tinggi..RM30K sekarangpun sudah boleh diistiharkan bankrap...

      Delete
  5. Saya syorkan semua yg belum ada hutang atau baru nak berjinak2 dengan hutang, juga yg sudah parah dengan hutang baca buku tulisan Tuan Shamsuddin Kadir 'Hidup Tenang walaupun Berhutang'

    Tips 'jangan sesekali tambah hutang baru untuk selesaikan hutang sediaada, seperti gali lubang baru untuk tutup lubang lama' kena ada strategi untuk habiskan hutang, jika tidak sampai pencen atau lebih teruk lagi sampai mati pun hutang tidak selesai.

    Wallahua'alam. *Ingatan untuk sendiri juga*

    Blog Tinta Comellote

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the suggestion..nak kena carila buku tu nanti di MPH....yup,gali lubang, tutup lubang memang takkan ke mana...makin peningkan kepala adala...

      Delete
  6. Replies
    1. saya sokong! BIG NO NO!! to credit card!

      Delete
    2. yup...Big yes to credit card.. the temptation is too high...

      Delete
  7. memula kredit kad saya buat utk easy payment saya atau pun 0% interest dengan kad kredit terpilih tp lama2 terjebak laa jugak membeli barang2 yg tidak perlu 'advance shopping' kononnya but now saya dah get back to the track... stop buying!! paying paying paying...! itu yg saya buat and now, saya kembali berwaspada dgn kad kredit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..Itulah yang sebaiknya..better safe than sowwi..

      Delete
  8. say no to kredit kad...hidup senang x payah pening-pening pasal hutang...pendapat pz adalah better dia stopkan dulu kredit kad tu dan byr lebih setiap bulan supaya bila berjadual bayaran dia akan lebih terkawal hutang dia..kalau buat loan baru nak bayar interest lagi...tambah lagi hutang..dah macam korek lubang sebab nak kambus lubang tempat lain(betul ka term ni?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas cadangan pizet..dan saya pun bersependapat dengan pizet..yup,kenapa perlu gali lubang tutup lubang...Better negotiate dengan banker...reschedule...

      Kalau AKPK tak dapat bantu, mungkin boleh jumpa FMB or Bank Negara pula....

      Delete
  9. Seram sejuk kalau pasal Kad Kredit... ada yg kata perlu ada untuk time2 sesak... for me, time sesak mmg perlu lah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila dah rambang mata dan emosi menguasai diri, always akan jadi situasi sesak..I.e. membeli kehendak dan bukannya keperluan..that's y until now saya tak kisah walaupun belum angkat BB dan DSLR..for me, itu masih lagi my kehendak, bukannya keperluan lagi..

      Delete
  10. benda ni boleh selesai dengan syarat dia ada duit. mana nak cari duit? itu yang perlu belajar. kadang-kadang saya hairan kenapa orang yang sudah bekerja 4 tahun yang punya gaji tetap tapi masih hutang bertimbun? hutang dia atau masalah dia tak akan selesai dengan bantuan orang lain. diri dia sendiri saja yang boleh tolong selesaikan. bro. suruh dia emel saya m[at]fazreen.com . cakap kat dia sya boleh bantu dia untuk dapatkan wang dengan syarat dia perlu bekerja keras. Sebab keadaan dia dah kritikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan yang 4tahun je bro...yang berpuluh2 tahun pun sama....kalau tak, takkan manager pun bayar sewa rumah lewat..Ramai yang terperangkap dengan rat race..Income cukup2 utk survive...so,terpaksalah gunakan kredit kad...That's one of the reason eden try cari income sampingan...Oh, saya dah emailkan kat pembaca tentang komen bro ini..

      Delete
  11. pegang kad kredit bukan mudah, perlu disiplin yang kuat
    kak jie ada kad sejak 10 tahun , kredit limit 11K dan tidak pernah membeli belah dengan kad, cuma untuk isi petrol.

    bil bulanan biasanya 4-5 ratus, bayar penuh tak ada hutang.

    Masalah timbul bila org gunakan kad untuk gaya hidup....gaya hidup ini setinggi langit pun manusia tak akan puas.


    utk ada kad kredit, memang kena disiplinkan diri...disiplin untuk berbelanja dan disiplin untuk membayar. bayar...bayar... itu saja. Utk ambil loan lagi selesaikan kad kredit, bukan penyelesaian yang tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak jie..Kak jie macam Mak mertua saya..Sebabtu la walaupun gaji dia tak besar, tapi hidup dia senang..(tak kaya)...boleh bercuti ke sana ke mari, simpanan pun ratusan ribu dan mampu beli tanah etc..

      Delete
    2. Baguslah kak jie ni..boleh jadi contoh.. memang cara tulah yang terbaik kalau ada kad kredit.. insyaallah boleh di paktikan nanti

      Delete
  12. saye takde card credit.. maklum lah.. gaji ciput..

    kepada Mrs X, hope dapat refer dengan bank untuk berunding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, berunding adalah jalan terbaik..Saya dulu pernah kerja recovery..

      Delete
  13. Perghh...susah gak tu...tggi sgt liability...kalau ada asset yg bleh refinance ok gak..maybe bleh try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...200k..memang tinggi..rasanya income dia pun tinggi juga, at least RM7k pada pandangan saya...

      Delete
  14. Thats why kalau ada duit lebih ..aku akan tukarkan ke precious metal sbg protection...alhamdulillah skang dah stabil...bila dah ok ni, racun baru plak dtg menhantui...demmm...monster betul motor tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Precious metal tu motor ke bro? Hik3..kalau camtu eden pun ada juga precious metal..tapi besi dah nak buruk laa..hik3

      Delete
  15. makin besar masalah ble melalui alam dewasa ni ek

    ReplyDelete
  16. bukan salah kredit kad... tetapi individu it sendiri... kita perlu bijak merancang perbelanjaan. Tak pasti if this situation can be apply kat Malaysia atau tidak, di USA, jika masalah sama, most of the financial advisor will suggest:1. consolidate all your debt then contact the credit card issue about the situation; request if the interest can be lower bec. u intend to make the payment instead of declare bancrupt 2. bayar kad kredit with higher interest first and at the same time, stop made any purchase with this card. Byk lagi cara utk reducekan credit card debt.... salam - wiusazk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah pengguna tidak bijak menggunakan kad kredit...

      Salah bank kerana letak interest tinggi sangat...

      Kredit kad just a tool...kalau digunakan pada jalan yang salah,salahla jadinya....

      Delete
  17. ape2 pn semua perkara perlukan ilmu. tanpa ilmu, mmg kita akan jadi jahil. kad kredit ni boleh jadi sahabat baik jika ada ilmu dan musuh ketat jika tiada ilmu. hanya sekadar pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...Kadang2 Ilmu tu dah ada,cuma emosi dan temptation menguasai diri..I.e. takperla, beli dulu, nanti bayarje la..ala, minimum 5%....kalau 500 baru RM25...Sooner...it's snowballl, dari berpuluh2, jadi ratus, jadi ribu...dan tak mampu nak bayar....

      Delete
  18. terkedu dngr RM200K (sebijik umah lorr..)
    walaupun masih dlm kategori org yg tak byk komitmen dgn bank, tp kisah ni mmg jadi peringatan utk diri sendiri ni..

    ReplyDelete
  19. aiyok, baru plan nak apply credit card. mmg xelok eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapuk dada,tanya selera..Kalau bro rasa bro mampu manage cam kakjie..ok..tapi,kalau tak,better elakkan..nanti menjerat diri....

      Delete
  20. Kad kredit sahaja 100K? sungguh besar nilainya..pengalaman menggunakan Kad kredit memang mengerikan... dari 3 kad kredit.. terminate 2 fokus 1 untuk isi petrol sahaja.

    Sebelum ni kredit limit 10K pun dah semput nak bayar nikan pula 100K.. interest sahaja beratus sebulan..

    Sebab tu orang kata .. lagi besar periuk nasi.. lagi banyaklah keraknya..

    Semoga jadi pengajaran buat diri sendiri supaya sentiasa beringat..

    Semoga Pn. tu dapat menyelesaikan masalahnya dengan mudah & selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..pengalaman mematangkan..Buat adik2, better takde kredit kad ini daripada ada..temptation is too high...nanti merana di kemudian hari...

      Delete
  21. Kalau ada masalah seperti ni, cuba refer pada mereka yang lebih mahir dengan selok belok terma bank. refer post entri saya jika AKPK tak boleh bantu.yang penting go for discussion with them.

    http://mysetbersalin.com/blog/2012/09/cara-selesaikan-masalah-hutang-muflisharta-di-lelong-senarai-hitamccris-ctos-dengan-lebih-bijak/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails