June 10, 2012

Cadangan Buat AirAsia : Minimumkan 'Flight Delay'

Saya memang suka terbang dengan AirAsia. Main reason, harganya yang lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan penerbangan yang lain. Apapun, kali ini saya ingin mencadangkan buat AirAsia, minimumkan 'flight delay'. Tahun ini ulang alik ke Kelantan especially, 2-3 kali flight delay.


Last pulang ke Kelantan
Flight sepatutnya berlepas 9.50pm
Berlepas pukul 11.15pm . Delay 1 jam setengah. Kesian pula dekat Abang Ipar pukul 12.30 pagi datang ambil saya di Airport Pengkalan Chepa, Kelantan
Mungkin aritu flight saya yang terakhir penerbangan dalam negeri. Satu sudut dah tak ramai orang
Nak buat camne, menunggu je laa

Ramai yang sudah kepenatan di tengah malam
Kalau percutian idaman dan terima pengalaman macam Madamondoq --> Kenangan Paling Disaster Bersama AirAsia tentu spoil mood bercuti kan?

Apapun, AirAsia masih menjadi pilihan saya. Faktor kos antara faktor yang paling penting bagi saya. Every cent count rite? . Jadi, sebagai pengguna setia AirAsia, saya cadangkan dan semoga AirAsia improve kan dari segi flight delay untuk kebaikan bersama.

P.s : Pernah alami situasi yang sama macam saya? Apa pandangan anda?

11 comments:

  1. saya baru jer lepas menggunakan airasia utk penerbangan selama 9 1/2 jam... waktu nak balik, flight delay jugak 1 1/2 jam...nasib baik masa flight delay tue dah ada dalam kapal terbang..boleh la berehat.

    dan antara ketiga2 flight yg saya penah naik --> MAS, CATHAY PACIFIC dan AIRASIA, kenangan bersama AIRASIA paling tak seronok dan kalau diberi pilihan, memang tak nak naik dah airasia huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah naik MAS dan AirAsia je di Malaysia ni... For me, masih boleh diterima delaynya itu coz faktor harga..Tapi, kalau asyik delay in future, mungkin kena pertimbangkan balik

      Delete
  2. pernah gak beberapo kali kene flight delay oleh airasia nih...kdg2 frust gak la...harap in future ado perubahan la...

    ReplyDelete
  3. ila jarang naik flight kecuali opis sponsored je. sah 2 naik mas.

    ReplyDelete
  4. Flight delay memang menyeksakan.. apatah lagi kalau bawa baby / toddler..

    ReplyDelete
  5. wow...setianya dgn air asia ..tapi memang saya lebih prefer airasia ..

    ReplyDelete
  6. Yup...1st time fly dgn Air Asia lg dah alami masalah delay... dah la masa tu sorang2 handle 2 org anak kecik... Puas berguling dah kat balai berlepas....huhuuu

    ReplyDelete
  7. aku belum pernah kena lagi masalah ni bro.. mungkin sebab baru 2 kali naik.. tapi memang masalah kalau asik2 fligh delay ni..

    ReplyDelete
  8. Belum ada pengalaman menaiki Air Asia. Kalau hendak beri komen macam tidak adil pula. Bagi saya apabila membaca entri seperti memberikan 1st impression mengenai perkhidmatan yang diberikan mungkin mempengaruhi saya untu kekal mengunakan syarikat kapal terbang yang saya naiki sebelum ini.

    ReplyDelete
  9. Standard bro. Kalau tak delay tak sah. Rasa-rasanya dah boleh dijadikan TAGLINE dah ni..Flight Delay Today With Airasia..hehe

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan JAI. Tagline AA dah tue,...hihi :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails