As Salam,
Apabila saya mendapat tahu Adam telah menjadi tetamu blog (guest blogger) Eyriqazz, saya pun apa lagi; terkinja kinja hendak mengikut jejak langkah dia (stalker tuh). Dengan muka tidak tahu malu, saya pun bertanya kepada Eyriqazz boleh tak sekira nya, saya menjadi tetamu blog yang pemes & fofular nih. Melihat kesungguhan saya menempek mecalonkan diri sendiri, akhirnye Eyriqazz pun bersetuju.
Pengenalan :
Saya seorang blogger kembara (travel blogger) empunya blog Globetrotter ber-URL kan http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/ . Kebanyakan entri saya adalah dalam Bahasa Inggeris, ianya berkenaan kembara saya menjelajah 5 benua dibumi Allah ini. Tujuan utama saya berblog adalah untuk berkongsi pengalaman, cerita, tip, bajet kembara dan sebagainya. Selain dari itu; pembaca juga boleh bertanya secara terus melalui email ke lilyriani@hotmail.com pada bila bila masa. Saya cuba akan menjawab semampu boleh.
Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah berkenaan kembara saya yang terkini mengikuti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) ke Kampung Kes yang terletak di Kampot; Phnom Penh, bumi Cambodia. Objektif misi Kembara Prihatin ini adalah untuk membantu penduduk miskin beragama Islam di pendalaman Phnom Penh; aktiviti yang dijalankan adalah :
1. Kem Medik
2. Pembaikpulihan Masjid
3. Kelas Menjahit
4. Kelas Solat
5. Kelas Bahasa
6. Pembinaan telaga dan pam air
Dengan harapan misi ini dapat menolong penduduk kampung berdikari dan membantu kaum keluarga.
Kanak-Kanak Kampung Kes
Kanak-Kanak Kampung Kes
Sepanjang beradanya saya disana, terdapat beberapa perkara yang saya amati;
1. Kurang kesedaran kebersihan
2. Kurang pemahamam kesihatan
3. Kurang bantuan dari segi wang ringgit atau barangan; dan akhir sekali
4. Kurang didikan pengetahuan seperti buku pembelajaran atau buka cerita di dalam bahasa Malaysia atau Inggeris
Kehadiran kami adalah untuk cuba sedaya upaya membantu penduduk Kampung Kes sepanjang kehadiran kami disana. Mereka yang turut membantu dalam misi ini terdiri daripada guru sekolah merangkap ahli PPIM, penuntut UNIKL dan juga UiTM serta doktor dari HUSM. Dengan itu, kami dengan berbesar hati mengharap bantuan yang sedikit ini dapat membuka peluang serta menolong penduduk keluar dari kemelut kemiskinan ini.
PPIM memasak lauk untuk Penduduk Tempatan
PPIM memasak lauk untuk Penduduk Tempatan
Selama ini, kembara saya ke segenap pelusuk negara adalah untuk melihat keindahan alam, kota-kota lama, adat dan adab masyarakat serta tidak lupa juga kesan peninggalan sejarah. Tapi atas pelawaan makcik saya, hati saya terbuka dan merasakan perlu adanya keseimbangan hidup dalam pemilihan tempat lawatan saya dimasa depan. Tak kan nak seronok-seronok saja kan. Setelah melihatan kedaifan mereka, terasa insaf untuk lebih menghargai kehidupan dan pemberian tuhan.
Sepatah kata mak cik saya…
Kepayang tumbuh di batu,
Tumbuh di hutan mencelah-celah,
Ketitir melompat jatuh ke pasir;
Yang di rancang belumlah tentu,
Kita di bawah perintah ALLAH,
TADBIR tak dapat mengatasi TAKDIR.
Wassalam.
You have one impressive blog!
ReplyDeleteUsaha yang baik akan dibalas dengan baik. Tanniah kerana pada usia muda melibatkan kerja amal.
ReplyDeletewhoa...bagusnya ... :D
ReplyDeleteWehnyer mngembara..saya pon suka tp ongkosnya kurang dong! Ekekekekekd..:-)
ReplyDeleteAlangkah bersyukurnya saya dilahirkan di bumi Malaysia.
ReplyDeleteBestnyer kalau nurul antara salah seorang perserta kembara ni.. ;)
ReplyDelete