October 12, 2012

Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona

Kami sekeluarga semangat berkobar-kobar untuk bercuti ke Legoland Malaysia. Seawal pagi, sudah menunggu teksi ke Menara Maybank. 


Percutian ke Legoland Malaysia 3D2N yang ditaja sepenuhnya oleh Maybank dari pengangkutan, makanan, tiket ke Legoland, hotel penginapan dan pelbagai lagi. Excited mode, memang teruja dan ternanti-nanti apa yang menanti. 


Di atas bas, Set lego sebagai ole-ole buat Alisya. Bukan main gembira lagi Alisya dibuatnya

Turut disertai beberapa bloggers ternama di Malaysia dan juga wakil dari The Malay Mail

Penginapan di Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru

Memang puas hati menginap di sini. Bilik yang selesa dan lengkap, kemudahan wifi percuma (senang nak update blog dan surfing internet), layanan yang mesra dan dekat dengan bandar.
Media Pass turut diberikan

Memang layanan Istimewa diberikan, media pass yang membolehkan saya keluar dan masuk Legoland bila-bila masa di hari tersebut dan turut diberikan Press release, t-shirt dan juga topi legoland sebagai cenderahati. 


Meriah, memang ramai orang di hati pertama ini. Semua excited untuk menerjah Legoland Malaysia
Siap dengan Annual Pass lagi mereka ini

Rakan seofis saya yang turut datang pada hari tersebut memang mengakui, ramai yang datang berkunjung sampaikan dia sendiri lebih kurang 1 jam setengah untuk mendapatkan annual pass yang sudah dibayar melalui internet. Sambutan memang hangat dan meriah.


Around 12 tengah hari, Isteri dan anak-anak pun sampai ke Legoland Malaysia ini

First impression Isteri dan anak-anak, cuaca di sini memang agak panas. Nasib baik ada topi dan payung yang sudah dibawa. Kurang la sedikit rasa panasnya dan lebih selesa untuk ke sana ke mari.

Harga tiket Legoland Malaysia
Ada Apa di Legoland Malaysia?

Secara ringkasnya, Legoland Malaysia ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu The Beginning (sebelum pintu masuk), Lego City,Mini Land, Land Of Adventure,Imagination, Lego Kingdom dan Lego Technic yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Lebih lanjut bolehla layari laman web official Legoland Malaysia : http://www.legoland.com.my

Langkahan pertama, kami menerjah Miniland, tempat pelbagai monumen menarik yang dibina dengan menggunakan Lego. Alisya dah excited, terus berlari ke sana ke sini menerjah tempat yang dia gemari :

Say Lego.... Bukan main lagi Alisya beraksi

Giliran kami seisi keluarga pula
Happy Mode. Alisya memang sangat excited dan gembira. Langsung tidak nampak dia kepenatan walaupun di bawah panas terik mentari
Monumen KLCC
Aksi berpayung bersama Papa
Sanggup beratur panjang lebih setengah jam demi anak tersayang

Alisya nak sangat naik keretapi Lego ini. Memang panjang queuenya. Yerla, dari keretapi ni boleh pusing-pusing sekitar kawasan Legoland Malaysia. 




Tertunailah hasrat di hati. Bukan main gembira lagi Alisya dapat naik keretapi Lego
Berehat sebentar. Lunch di Market Restaurant
Order set Fish & Chip. RM23.50 termasuk air dan mushroom sup
Meneruskan perjalanan. Alisya naik kereta

Ini favourite Alisya. 2-3 kali juga dia beratur kembali naik kereta ini. Walaupun gaya pemanduan nya macam papanya sebelum dapat lesen memandu, tetap dia beranikan diri untuk terus mencuba. Usaha tangga kejayaan, tak gitu?


Beratur panjang lagi untuk naik bot. Dapat juga

Ini pun best...Tak sempat nak mencuba

Honestly, 5jam rasanya begitu singkat untuk explore Legoland Malaysia ini. Banyak tempat yang tak sempat disinggahi dek kesuntukan masa dan juga beratur panjang di tempat yang Alisya gemari. Takperla, at least kami dapat gembirakan hati Insan tersayang. InsyaAllah, ada rezeki boleh singgahi lagi. 

Bolehla juga baca pengalaman rakan bloggers yang turut berkunjung ke sini, antaranya :


First time kamera yang dicharge penuh habis bateri lebih kurang pukul 4 petang dengan lebih dari 300 gambar yang diambil dan juga beberapa video yang diambil. Video dan lebih banyak gambar bolehla tengok di sini :


Cenderahati yang sempat dibeli dan dibawa pulang untuk keluarga dan pembaca blog
Action speak for itself. Tertidur kepenatan Alisya pulang dari Legoland Malaysia
Maybank antara Official Partner Legoland Malaysia
2 tiket Legoland Malaysia Percuma turut diberikan selepas trip tersebut. Speechless, boleh la bawa keluarga ke Legoland Malaysia lagi lepas ini

Overall, rasanya ini destinasi terbaik untuk bawa anak-anak bercuti. Much more better jika dibandingkan dengan Sunway Lagoon dan Genting Highlands pada pandangan eyriqazz.

Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona
Percutian Menarik idaman saya sekeluarga
Akan terjahi lagi di lain masa
Destinasi pilihan saya rekomenkan kepada semua

58 comments:

  1. mak ai! ramainya! bile la giliran sy pulak ke sini..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kalau ada rezeki tak ke mana...

      Delete
    2. betul tu kalau ade rezeki x kemana

      Delete
  2. Perghh...enjoy habis ek... roller coster??!! Mmg tak laa...serik masa layan kat USS ...

    ReplyDelete
  3. kesemua ride utk kanak2 ukur tinggi??? berapa banyak semua ride yang ada yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak..sangat banyak...lebih dari 30 rasanya

      Delete
  4. Replies
    1. Tahniah..MZ menang blogger contest maybank tu kan?

      Delete
  5. pergh! terbaik..
    Nie baru entri full dari hari tue kot...

    ReplyDelete
  6. bestnya da pegi legoland..teringin sgt nk pegi..

    ReplyDelete
  7. byk gambar yg tak cantik bila dikecikkan

    ReplyDelete
  8. best la dapat pergi..ditaja lagi..hehehe...

    mana gambar eyriqazz main lego..takde ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak amik.bateri kamera habis..hik3

      Delete
  9. wah bestnya..dpt tiketfree lg..kita tingin gak nk g..insyaALLAH ada rezeki lebih nnt leh g legoland..hehe..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum eyriqazz....memang best masuk Legoland ni mcm2 ada seronok kalau masuk .....lepas ni mama dah boleh masuk free sbb anak mama dah kerja kat sana....:)

    ReplyDelete
  11. Wah.. memang menarik.. InsyaAllah satu hari nanti nak terjah sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..boleh bawa keluarga ke sini nanti...

      Delete
  12. Sedang rancang akan ke sana bulan 11 cuti sekolah :)

    ReplyDelete
  13. eeh.. TOURISM MALAYSIA bukan official partnet jugak ker?? hik3

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  14. Seronok dapat bawa famili ke LegoLand.

    ReplyDelete
  15. memang nampak menarik ni tapi tiketnya memang banyak nak kena saving sebelum pergi, nasib baik keluarga tak besar mana lagi.

    ReplyDelete
  16. teringin sangat....cuti sem ni mesti pergi...

    ReplyDelete
  17. kawan saya citer Legoland agak panas sbb katanya pokok2 belum merendang

    ReplyDelete
  18. budak2 memang seronok lah kalau tempat2 macam ni

    ReplyDelete
  19. bestnyer.huhu..nak g jugak la macam nie..huhuu..

    ReplyDelete
  20. legoland ni memang nampak menarik sangat2...insyaAllah kalau ada peluang nanti, nak gak pergi..tapi kalau fully sponsored macam eyriqazz dapat ni mesti lagi best kan? hehe..

    ReplyDelete
  21. teringin jugak nk bawak anak2 pergi legoland suatu hari 6t.

    ReplyDelete
  22. kalau ade rezeki lebih dpt lh bawak budak2 g jln2 kat legoland tu.

    ReplyDelete
  23. bestnya dapat gi legoland...kalau dapat sponsor macam tu mesti ta tolak punyer...

    ReplyDelete
  24. waa bestnyer...ingat nak pi hujung bulan ni...

    ReplyDelete
  25. bestnya.. cuti free.. hikhik.. murah rezeki.. yg penting anak2 happy..

    ReplyDelete
  26. bestnya! seronok bila tengok anak happy je :)

    rasanya kene 2 hari baru cukup pusing 1 legoland ni kot. heheh

    ReplyDelete
  27. Ahah.. trip dier awalnya.. kami nya Nov.. adehh have to wait for school holidays.. thanks share..

    p/s: tak sabar nak tunggu ur outing dengan kamera baru nanti heee...

    ReplyDelete
  28. kak sha belum sampai lagi legoland ni.....hmmmm

    ReplyDelete
  29. hurmm tgok rege tiket tu..kusssssemangat..nk ke jhr lg..blablabla..tp tingin gak..myb nti bile ada rzki..

    itu alisya muke ada manyak tenyumm woo.. ehehe

    ReplyDelete
  30. Terima kasih eyriqazz sebab entry ni sgt Berguna ... Terima kasih juta sebab bg tau saya yang beratur panjang

    ReplyDelete
  31. Tak sempat type tertekan send.. Terima kasih juga sebab bg tau kalau nak discount voucher kene beratur panjang.. Nampaknya saya tak sempat nak beli awal sebab date tak fix,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails