Papa, weekend ni jom pergi Tesco Extra Mutiara Damansara. Tak pernah lagi pergi sana. Kawan sayang cakap, best juga shopping di sini.Dipendekkan cerita, weekend lepas, pertama kali singgahi :
Tesco Extra Mutiara Damansara
Apa yang extranya pasal Tesco ni ini? First impression eyriqazz, tentu tesco ni tak besar mana dan lebih kurang macam tempat membeli belah yang lain. Ternyata, first impression eyriqazz silap.
#First Impression - Extra Hour
- Tesco Extra Mutiara Damansara ini dibuka dari pukul 8pagi-1pagi. Fuhh, beroperasi 17 jam sehari. Senangla nak shopping kalau camni. Dibuka lebih awal, ditutup lebih lama. First Impression, Impress.
Langkah Kanan - Ada Promosi dan Booth dibuka
Nampak macam meriah. Terus eyriqazz suruh Isteri registerkan terus Tesco Clubcard. Sambil bershopping, sambil kumpul point. Kumpul point, convertkan ke voucher Tesco.
# Extra Benefit - Shopping minimum RM5 percuma 3 jam pertama parking
Suasana di dalam .Santai
Suka dengan suasananya. Tempatnya yang bersih dan selesa untuk bergerak dengan jarak antara satu barang dengan barangan yang lain yang sesuai, memudahkan pergerakan. Takdela asyik nak berlanggar troli kan?
Anak-anak dah makin membesar, seorang 3 tahun, seorang 6 bulan, jadi Baby World menjadi pilihan :
Pakaian untuk anak-anak yang pelbagai pilihan yang cantik dengan harga yang agak berpatutan
Isteri sudah mula rambang mata. Sempatla belikan beberapa pasang baju untuk Alisya
Cantik-cantik. Isteri sibuk memilih lagi... Wanita dan Shopping, bagai Aur dengan Tebing
Stroller yang pelbagai pilihan
Diapers sudah menjadi kemestian bagi kami
Barangan bayi . Mudah bagi kami untuk membuat pilihan bila banyak pilihan yang menarik hati
Penjagaan bayi dan anak-anak tidak dilupa
Susu tepung membesar Anak-anak suatu kemestian apabila shopping
First time Eyriqazz perhatikan tempat yang bapa boleh berikan susu untuk anak-anak
Yerla, most shopping complex, tempat untuk bayi or tempat susukan bayi hanya untuk wanita saja. Umm, ingat kami ni kaum bapa tak pandai ke susukan anak? Tengok la saja bukti gambar di atas. Tahniah buat Tesco, perlu banyakkan tempat sebegini. Kalau ada kemudahan wifi dan tempat baca suratkhabar, lagi cool. Isteri boleh shopping dengan gembira, kaum suami boleh santai di sini.
Makanan Bayi untuk Azim
Satu perkara yang menarik yang saya perhatikan di sini adalah label lokasinya yang agak besar dan mudah dibaca. Jadi, tidakla rasa terkial-kial mencari tempat yang ingin disinggahi.
#Extra - Tempat Letak Troli
Kalau penat, bolehla rileks sat menjamu selera di Food Court di dalam Tesco. Takdela rasa nak berlanggar2 troli pula kan?
Satu lagi perkara yang saya suka di sini, susun atur yang lebih teratur ,especially bagi mereka yang mahu cepat dan terjah kedai tertentu ,contohnya :
# Farmasi
# Kedai Optik
#Kedai Telefon
Yup, masa itu emas. Bila susunan yang lebih teratur ini, mudahla sikit mencari barangan yang ingin dibeli. Masa pun dapat dijimatkan.
#Extra - Pamplet Kekeluargaan tips memilih barangan untuk dibeli. Mudah diambil, lokasi strategik
# Papa, Mama nak jugakk!! Mana cukup 2 pasang je?
Adushh, semakin banyak yang Isteri mahu beli...
Pujuk-pujuk, next time kita singgahi lagi??
Tak termakan pujuk. Tetap memilih bila hati sudah berkenan
Cantik tak yang ini Alisya?
Alisya : Cantik...Mama kan banyak duitt...
Selain tempat bayi, sempatla juga singgahi :
Ruangan Barang Dapur.Papa, ambil plastik. Mama nak buat kentang penyek untuk azim
# Extra - Staffnya pun nampak mesra pelanggan. Queue Panjang, peraturan senyuman tetap dihulurkan
Pelbagai Jenama Tesco pun turut boleh dibeli
Semak harga dulu sebelum beli..
#Extra - First time jumpa shopping complex yang 3 barang RM1.
Hasil shopping. Mostly barangan dapur, makanan anak-anak dan keperluan anak-anak
Semua keperluan untuk anak-anak i.e. diapers, susu, makanan etc, semua ada di Tesco. Senang, tak perlu nak shopping 2 -3 tempat. In term of harga, menepati citarasa kami.
Mama gembira, Anak-anak pun gembira dapat apa yang diorang nak.
Masa untuk membayar
Banyak kaunter dibuka. Walaupun time weekend, queue nya tidak la panjang berjela-jela
Tahniah, inila yang pelanggan mahukan. Boleh spoil mood kalau shopping, time queue panjang giler.
Mahu je rasa nak tinggalkan je semua barang...Hik3...
Panjang List. Total shopping = RM300+
Food Court di luar Tesco Extra suasana agak ceria, gerai pun banyak
Owwh, bulan ini ada Contest. Jangan lepaskan peluang
Kedai baru bakal dibuka . Apa agaknya ya?
Langkah Kanan. Pusing wheel
Menang 10,000 Clubcard Point. Boleh tukarkan dengan voucher RM100
Ada games time ni. Boleh menangi pelbagai hadiah
Saya turut mencuba. Menang "Mystery Gift"
Time ni ada treasure hunt. Hadiah 500,000 ClubCard Point. Fuhh, menarik...
Menarik. Games sebegini dan booth yang dibuka memang menarik hati pengguna. Kalau dianjurkan secara berterusan memang menarik hati. Lebih-lebih lagi kalau turut dianjurkan yang boleh disertai bersama anak-anak i.e. Cabutan bertuah, Pertandingan Melukis etc.
Sudah penat bershopping, bolehla singgah makan di salah satu Restoran kegemaran Eyriqazz, Restoran Santai
-Tesco Ampang ada, di Tesco Extra Mutiara Damansara pun ada-
# Extra - Kadar parking, agak berpatutan. worth it..4 jam shopping, bayar rm2. 3 jam pertama dah free...
Overall, pengalaman pertama shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara tidak mengecewakan. Pulang bawa barangan shopping yang diinginkan, suasana di dalamnya pun selesa . Cuma, cadangan saya, mungkin boleh letak beberapa kerusi, kalau time penat, bolehla berehat sebentar.
Tesco Extra Mutiara Damansara kami singgahi
Pelbagai pilihan, pelbagai extra yang memudahkan kami
Sudah pasti akan kami singgahi lagi
Seisi keluarga shopping dengan gembira hati
saya pon suka tesco. tapi tesco depan rumah jelah.
ReplyDeletetp depan2 umah pon ada jual baju rizalman:P
Dekat mana tu depan rumah?bolehla kami singgah shopping lepas tu bolehla singgah rumah pekena teh tarik kan?hik3
Deletewah,,promote tesco ni
ReplyDelete1st time dengar tesco kenakan cas utk parking
ReplyDeleteRefer komen saya kepada sumijelly
Deletelambat betul tutup...selalu kalau tesco lain pukul 10 dah tutup....
ReplyDeleteYup....Lokasinya pun agak strategik..lepas tengok wayang, bolehla shopping barang dapur camni..hik3
Deleteeh.baru tahu TESCO EXTRA DAMANSARA kene bayar parking..... sbb selalu g memana tesco tak pernah kene bayar..... emm.. x bestla. kenapa kene bayar....??
ReplyDeleteKita dah habis sakan di TESCO bagi la FREE........
Dan macam tak adil la.. kalu TESCO lain parking nya percuma.. tp kat Damansara tu kene bayar... emmm.....
Sumijelly.com
sokong....sebagai contoh TESCO KAJANG ...F.O.C je parking diorang...termasuk kenderaan berat
DeletePandangan saya, mungkin dikenakan charge coz lokasinya yang strategik iaitu bersebelahan dengan the curve dan IKEA...kesian pula dekat yang betul2 nak shopping bila ada yang mengambil kesempatan kalau percuma parking just parking then pergi tengok wayang, pekena meatball....
DeleteThat's y percuma 3 jam utk pembelian at least RM5 kot..so,genuine shopping dapat shopping dan dapat parking..kalau pergi, takde parking, confirm keluar taknak shopping kan?
Macam tesco tempat lain, lokasinya yang mostly jauh2..so, no problem tak kenakan parking coz memang confirm2 yang dtg tu nak shopping di tesco..Macam sumijelly sendiri, suka suka suka di tesco kerana ikan siakap yang murah di sana kan?
Aku setuju kalau dikenakan bayaran parking sebab kalau betul2 shopping dekat tesco.. boleh dapat percuma dalam tempoh 3 jam pertama dekat tesco mutiara damansara tu.. kalau percuma memang banyak yg ambil kesempatan parking secara percuma macam dekat Tesco Kepong.. setiap hujung minggu mesti ada majlis jamuan makan besar dekat restoran cina depan tesco tu.. waktu tu jugalah parking dalam tesco penuh.. bukan org parking dekat situ nak gi shopping dekat tesco tapi nak gi jamuan makan besar dekat kedai sebelah.. tidak adil bagi kita yg nak shopping.. aku pernah tunggu 30 minit gara-gara takda parking.. ada baiknya di kenakan bayaran supaya org lain tak ambil kesempatan.. :-)
DeleteSorry ye..komen ni bukan ditaja oleh TESCO tau.. hanya pandangan peribadi je..
Agreed with Eriqazz, mmg diornag kenakan bayaran parking, sbb ramai yang amik kesempatan parking kat tesco, tapi pi The Curve & Ikea, so mmg adil & berpatutan wat parking berbayar, tapi kalo kita mmg beli barang2 kat tesco, sure la mmg dapat free kalo beli barang lebey RM5 & parking kurang dari 3 jam, kalo dah lebey 3 jam, namanya menilau ke tempat lain sambil mengambil kesempatan.....
DeleteSetuju dengan pandangan Myvitrd dan Anje..Kalau pengguna lain mempergunakan parking, then nak pergi shopping parking penuh, confirm2 pengguna lari dan pergi shopping tempat lain....
Deletebelum pernah shopping di tesco lagi..
ReplyDeleteBolehla cuba
Deletekalau bukak sampai 1 pagi mudah la orang bekerja nak sopping pulak kan lepas habis kerja.. takde la terkejar2 sangat..
ReplyDeleteSetuju..takdela baruje nak shopping, kedai dah nak tutup..dah nak tutup Q panjang giler..memang spoil mood camtu
Deletekemas betul..
ReplyDeletekat JB susah nak jumpa tesco
Ehh,banyak tesco kat Johor...
DeleteCheck it out : http://www.tesco.com.my/html/store_locator.aspx?ID=115&PID=185
ade gak pegi sini..! ^^
ReplyDeletesinggah sini! jom jenguk dan follow ~Sinar CintaKu~ ! ^^
terjah
DeleteKelebihan TESCO nie ialah pilihan barangan yang pelbagai ... p/s : Gambar pak guard takde ke.... ( gurau )
ReplyDeleteHihi..gambar pak guard tak sempat ambil
Deletebagusnya..ada tempat semak harga..harap lepas ni tak ada la masalah terjadi lagi.. harga kt barang lain, harga kat kaunter lain.
ReplyDeleteYup...semakla harga sebelum membuat pilihan..
DeleteMemang suka membeli belah di TESCO..
ReplyDeleteSuka kerana?
DeleteSaya Teringin Shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara kerana clubcard dia tak perlu direnew tiap2 tahun and barang dia memang jauh lagi murah daripada tempat lain :D
ReplyDeleteOhh, baru tau yang clubcard dia tak perlu renew....Memang bagus camni..
DeleteNilah antara tesco yang sering aku kunjungi lepas gaji untuk shopping barang-barang dapur dan kelengkapan anak.. paling kerap aku beli Pampers dekat sini.. sebab selalu ada offer.. :-) Hari yang sama hang singgah tu aku ada dekat situ bro.. cuma tak ketemu kot.. hehehe
ReplyDeleteOwwh, ni pengunjung setia Tesco ni.... Lorr,kalau eden tau hang ada kat sana, eden dah suruh hang belanja makan..hik3
Deletenice sharing bro..tesco memang tempat tumpuan keluarga bershopping..hehe selalu teman parents g shopping kat tesco
ReplyDeletesaya ari2 pi tesco ni, sebab opis saya kat Menara KLK sebelah tesco ni je, jalan kaki tak sampai 5 minit, mesti lalu punyer la ari2 time lunch kalo nak pi makan kat the curve sure la kena lalu, ari2 pegi sampai dah hafal tempat semua barang tesco ni, dulu tesco ni tecik je, sempit & barang tak banyak, tapi lepas renovate mmg best banyak outlet kat bahagian bawah, selalu melekakan saya & kengkawan untuk shopping kat sini. selain tu, tesco ni yang paling banyak wat promosi macam2, baru2 ni grape RM3.99 sebekas, mana dapat kat tempat lain, b4 this saya selalu shopping kat Tesco shah alam, tapi lepas keje kat Mutiara damansara ni, mmg kat tesco Club tu leret kat tesco mutiara damansara ni je la...tesco ni paling best la rasanya berbanding dengan tesco lain, uniform diornag pun lain, warna biru berkemeja, kalo tempat lain tak sama rasanya...tesco ni 3 tingkat, tingkat atas tak siap lagik...parking RM5 special untuk customer tesco, ramai yang tanya nape tesco ni kena bayar parking?tesco lain FREE je....sbbnya tesco ni terletak dikawasan stategik diantara The Curve , Ikano & Ikea, so kadang2 ada yang amik kesempatan parking kat tesco sbb nak parking FREE, tapi tesco pun bijak gak, u all kena beli barang tesco RM5 keatas baru leh dapat parking FREE. dah namanya untuk customer tesco, so kena la beli barang dia untuk dapatkan parking FREE.
ReplyDeleteso masa nak wat pembayaran sila bagi token parking tesco kat kaunter untuk dapatkan parking FREE.
lagi satu yang best, hanya tesco MD je yang tutup kol 1pg every days, tesco lain time weekday je kan,makanan kat food court not bad, rege yang berpatutan rasanya...cuma kena besarkan lagi food court time, sbb kalo time weekday, bila lunch hour mmg ramai orang kat food court.
saya mmg suka shopping kat Tesco Mutiara Damansara sbb walaupun tesco ni terletak kat tengah2 pekan, tapi rege banrangnya mmg berpatutan sekali. memudahkan saya untuk bershopping sbb berdekatan dengan opis saya.
so mari kita beramai2 shopping di Tesco mutiara Damansara, sambil boley menilau ke IKEA....
Wah, ni pengunjung setia tesco mutiara damansara ni...Mcd dia tutup 1pagi? sure ramai yang lepas tengok wayang singgah mcd sini....
Deleteamboiii anje peminat setia tesco gitu :-)
DeleteMD tu Mutiara Damansara, tak larat nak naip panjang sangat, Ezna dah opis kita sebelah tesco je, kalo nak lunch mmg kena lalu tesco tu, jd ari2 mmg tinggalkan jejak kaki kat tesco la jawabnya...now dah ada contest baru kat tesco MD 1st prize dapat kete, jom la join Ezz
DeleteSaya suka!saya suka!hehehe..saya suka sgt TESCO..sbb tu bila duk kampung (terengganu) rase cam kekurangan nikmat kehidupan sebab melalui hari-hari tanpa TESCO..hahahha...trylaa shopping kat TESCO..memang sangat2 menjimatkan..jenama TESCO pon kualitinya sama dengan barang2 jenama lain..;)
ReplyDeleteTerengganu takde tesco lagi kan? Kalau balik kelantan, time free memang terjah juga tesco sana...luas dan parking pun banyak
Deleteassalamualaikum eyriqazz...memang best kalau dapat shopping di tesco ni semua barangan ada... harganya pun murah2 je dan berpatutan sekali...clubkadnya setiap kali bershopping boleh collect point dan point tu boleh ditukar dhn vouchernya...:)
ReplyDeleteDah banyak point kumpul? Kami baruje tengah mengumpul...
Deletepergh...
ReplyDeleteclose kol 1 pagi?
gile best!!
nie yg rs nk je gi shopping situ~.. ^_^
Silala singgah...
Deletewah bagus tul...buka awal tutup lewat...xyah nak terkejar2...boleh shoping dgn tenang......
ReplyDeleteCan't agree more...
DeleteTesco Extra Mutiara Damansara memang terbaik... :)
ReplyDeleteDekat je dengan rumah nurul kan?
Deletewah, nmpk mcm best jer tempat nih bro
ReplyDeleteTryla terjah
Deleteboleh try pegi ni sambil2 ke IKEA mcari ilham design dalam umah plus pekena meatball boleh juga shopping barang2 umah..nk ke kidzmania tu tak mampu la plak.hehe
ReplyDeleteHappy shopping ya...
DeleteWalaupun Tesco Mutiara Damansara sejengkal dari pejabat jarang sekali ke sana. Biasanya pergi Tesco yang berdekatan di rumah sahaja.
ReplyDeleteTESCO ni baru buka ke tuan?? sy jd pelanggan TESCO sejak 6 thn lps... sy setuju dgn kekamasan yg ade dlm TESCO. tp perbandingan harga, TESCO sy letak dlm ranking ke dua terakhir sekali berbanding Mydin, ECONSAVE, Jusco. Last sekali GIANT. mgkn tmpt tuan ni belum ade pasaraya yg dimaksudkn. sy akan pegi ke TESCO jika ade promosi hebat utk barang keperluan yg penting.pasaraya yg friendly rasanya Jusco dan Mydin. byk ruang utk kita berehat
ReplyDeleteRasanya dah lebih 1 tahun buka...Setiap pasaranya ada kelebihan tersendiri...
Deletesuka jugak pegi tesco...tp slalunye pegi yg kat kepong village bile balik rumah parents...tak la besar sgt n takde 'santai' utk nak try... restoran fav eyriqazz eh? bley ar try nnt...hehehe
ReplyDeleteHik3..bolehla cuba...
DeleteSaya Teringin Shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara kerana.. memberi kepuasan dalam mencari barang keperluan daripada barangan dapur sehinggalah barang perabut rumah dan juga keperluan harian segalanya lengkap di Tesco bagaikan syurga memberli belah kepada saya dan seisi keluarga.
ReplyDeleteSaya Teringin Shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara kerana memberi kepuasan dalam mencari barang keperluan daripada barangan dapur sehinggalah barang perabut rumah dan juga keperluan harian segalanya lengkap di Tesco bagaikan syurga membeli belah kepada saya dan seisi keluarga dengan harga termurah...
ReplyDeletewah... meriahnya shopping!! :D
ReplyDeletebest nye.. boleh singgah ni nanti..
ReplyDelete