November 16, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

Pengalaman pertama mencuba Burger Kaw Kaw Wangsa Maju bulan Jun 2012 yang lepas. Time ni memang burger bakar ni tengah hot selepas keluar Jalan-Jalan Cari Makan dan mendapat publisiti meluas dari media massa dan juga bloggers.

Inilah pengalaman saya untuk dikongsi bersama :

Burger Bakar Beef Single, Cheezy Baconizer , RM13 satu set
1st Burger Bakar in Malaysia. Kaw ke?
Harga burger Bakar Kaw Kaw. Order, rileks, n tunggu ianya sampai
Alamat : Jalan 4A/27A, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53100 Kuala Lumpur
Official Website : http://burgerbakar.com
Boleh tahan juga ramai yang beratur time ni
Boleh tahan cara masakannya
Amcam, nampak menggiurkan tak?
Sosej nya pun sedap. Favourite Alisya
Jemput makan, jangan malu-malu
Amboi-amboi, bukan main lagi my lovely Wife & Princess
Yummy, Sedap. Met my expectation
Habis Licin
Bukan main suka lagi Alisya

Overall, testimoni saya, burger bakar kaw kaw wangsa maju ni sedap juga.Satu kelainan dan rasanya pun lain dari yang lain. Cara masakannya pun agak unik. Cuma, sedikit cadangan dari eyriqazz :

1) Signature Drink tu mungkin boleh dipelbagaikan. Mojitos tu tak berapa sedap dan kenala makan dengan burger bakar. Saya lebih prefer minuman tu Teh Ais ke, Milo Ais ke, Milo Dinosaur, etc.
2) Kadar kebersihan. Yerlah, sebelah longkang dan tepi jalan. Pernah terserempak tikus besar di sebalik longkang tersebut. 
3) Special harga untuk regular customer. Barula rasa nak singgah selalu
4) Roti tu rapuh sangat. Makan sekejap, dan berderai-derai.


Selepas heboh burger bakar ni, rasanya sepanjang bulan June-Nov 2012, burger bakal yang lain muncul bagaikan cendawan selepas hujan.Berlambak-lambak dan bersepah-sepah. So, bila dah banyak camni, keunikan asal bagaikan hilang dan aura "wow" faktor nya makin berkurang. Last time terjah bulan lepas, Queuenya pun sudah tidak sepanjang masa terjah bulan June 2012.

Overall, we have fun and enjoy the Food
Overall Rating = 8/10, InsyaAllah, next time singgah lagi

39 comments:

  1. kaw2 mmg best. cuma agak jauh jer

    ReplyDelete
  2. happy belated beday bro. pekata lu belikan gua nasik kandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku orang nak belanja anytime bro..bila bro nak blanje ni?

      Delete
  3. nk bersih jgn mkn tepi longkang or tepi jalan.dh mmg dlm longkang n tepi jalan tempat tikus suka.nk roti tak berderai derai suh la bini ko buat sendiri.jgn mkn kat luar.get it.mcm hebat sgt ka blogger ni.keje nk menghentam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih atas komen yang diberikan.... Rasanya kena pandai bezakan antara menghentam dan memberikan cadangan...Apa salahnya kalau saya berikan pendapat agar mutu dan prestasi dapat diperbaiki?Lagipun di akhir entri pun saya ada mention, saya berikan rating 8/10 dan akan singgah lagi...

      P.s : Saya pun taknak bisness melayu asyik lingkup je cam "Nasi Lemak Antarabangsa" dan "Sekinchan Ikar Bakar"

      Apapun, yang buruk itu dari saya..Salah silap harap maafi..

      Delete
    2. bahasa jiwa bangsa...cadangan dan hentam itu sangat berbeza...

      Delete
  4. saya makan sini sebelum dia kuar JJCM
    mula2 dia keluar MHI
    pagi tu kuar MHI
    petang tu tros g makan
    masyallah sejam stengah tunggu haha
    tapi saba...sebab nak rasa sangat kan
    lepas tu nak repeat
    xsanggup
    panjang q 2x ganda lagi panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah kurang panjang..dah boleh terjah lagi ni Nana

      Delete
  5. Kena g cuba ni..x pernah lg makan beger n

    ReplyDelete
  6. sedey tul...tak pernah lg dapat try burger bakar sebab takde yg dekat2 dgn rumah... nampak sedap gile!! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahah..jom terjah sambil belanja eyriqazz sekeluarga..

      Delete
  7. Burger bakar Wangsa Maju tiba-tiba menjadi famous. Belum pernah mencuba lagi.

    ReplyDelete
  8. betul2 dh tak berapa nak boom, sebab dh ramai, n maybe derang kene fikir x factor yg lain

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/07/wanita-mengandung-menyusukan-bayi-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kalau produk berkualiti,seramai mana pesaing, masih boleh bertapak dan terus maju...

      Delete
  9. Bro....nanti ade burger kaw kaw eating challenge - jom kita join ramai2x

    ReplyDelete
  10. Pernah lalu tp tk pernah singgah lagi..cm sedap je.tp mmg sedap pun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, memang sedap dan kena dengan selera...

      Delete
  11. Salam Eyriqazz..selalu dgr & baca ttg burger bakar ni..bila la nk merasa lak?:(
    Tgk gambar kat n3 ni pon dah trliur!!!Adussssss...

    ReplyDelete
  12. tak pernah try sbb tak sanggup nak q panjang2 and me fussy bab2 hygiene (tepi longkang tu..)

    ReplyDelete
  13. baconizer?
    bacon ni bukan ke daging errrr.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..daging..tapi jangan faham..bukan daging babi ya..ini daging dari lembu kalau tak silap

      Delete
  14. Pernah try masa ke sana bulan 4 lepas selepas majlis dari Denaihati..
    3 jam kami tunggu (9malam-12.30 tgh malam baru dapat makan) tp sebab nak mencuba sanggup, almaklumlah mai dari Penang kan, kalau tak cuba rugi..hehee :)


    Rupanya yang lambat masa tu ada sekumpulan krew + pengarah ada jugak makan kat situ, jadi mereka dapat layanan dulu dari kami yang Q panjang... Kami cuma mampu menunggu dalam terpaksa (kalau dok dekat dah lama chalo)..

    ReplyDelete
  15. dah lama tak pekena burger bakar ni..

    ReplyDelete
  16. benda bagus. memanglah ramai yang akan tiru lepas tu.

    ReplyDelete
  17. Burger Bakar Abang Burn pun best!! Tunggu tak sampai 15 minit pun dah siap! Patut try!! :)

    ReplyDelete
  18. baru gak try.. tp di cawangan baru diorgg kt Mayang Oasis, PJ.. Kt sini lg bersih dan kemas kedainya.. Anak2 sy pun suka sosej tu.. Burger dia pun sedap.. :)

    ReplyDelete
  19. Dah pernah try dah tapi kurang sikit. Ada yang lebih best and sedap dari Kaw Kaw.

    ReplyDelete
  20. rasanya dah tiba masanya aku nak gi mencuba ni.. sebab dah tak ramai orangkan?

    ReplyDelete
  21. fuhhhh..macam sedap aje. kat sini, takde lagi yang jual burger bakarr..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails