Basikal tua itu banyak berjasa kepadanya. Aku kaget memerhatikan kerenahnya. Dibawanya basikal tua itu kesana ke mari. Di mana dia memperolehi basikal tua itupun ku tak pasti. Bukan mudah untuk melihat basikal tua di tengah-tengah kota raya KL ini.
Di waktu malam, 3 hari dalam seminggu, diletakkan baldi di belakang basikal tua itu. Dengan kelengkapan yang lain. Sabun, berus, untuk mencuci kereta di kondoku. Masuk kali ini, sudah tiga pemilik yang kukenali bertukar tangan. Bisnes kecil-kecilan yang dipaskan kepada rakan.
Eyriqazz : Boss, banyak ke kereta cuci?
Boss : Bolehla..Di kondo ini adalah dalam 70 buah kereta sebulan.
Fuhh, boleh tahan juga. Bagi yang mengambil perkhidmatannya cuci kereta seminggu 3 kali, sebulan di kenakan charge RM30. Kalau 70 buah kereta, sudah RM2,100? Kerja pun hanya tiga kali seminggu di waktu malam. Tax free.
Boss yang eyriqazz maksudkan adalah warga asing berbangsa India. Cakap melayu pun tak berapa fasih. Namun, pandai mencari rezeki. Kalau 2 kondo dia buat, average RM4K+. Umm, ada antara kitapun masih ada yang belum cecah gaji sebanyak itu kan?
Itulah rezeki. Kerja Sendiri vs Kerja makan Gaji, jika rajin berusaha dan kreatif, InsyaAllah akan membuahkan hasil.
P.s : Kredit Picture Here
P.s.s : Kalau warga asing mampu hidup mewah dan selesa di negara kita, kenapa tidak kita? Di manakah silapnya? Tepuk dada, tuding jari dekat diri sendiri.....
setiap usaha akan bawa hasil.. cuma antara hendak dgn x nak sahaja :)
ReplyDeletemmg klasik basikalnye... n bagus n rajin orang india tuuu...huhuhu
ReplyDeletememang rajin dan tidak malu untuk mencari rezeki
DeleteBetul tu,kebanyakan orang asing yg dtg mereka kreatif dalam mencari nafkah. Yang biasa saya jumpa,dtg kawasan rumah di PJ dan memotong rumput dan kemas halaman rumah. Memang rajin lah
ReplyDeleteYup....mereka rajin dan kreatif....kalau ada usaha, jual pisang goreng dan air soya pun boleh dpt 5 angka sebulan...
DeleteSalam ..saya intan..singgah ke blog awak dan follow blog awak jugek.. :) orang yg bijak mencari peluang pasti akan dapat hasilnya kan..:)
ReplyDeletekan,kan?
Deletememang betoi pandai diaorang cari rezeki..
ReplyDeletekita nak ngan tak nak jerkan..
padahal rezeki merata2..
sesiapa yg berusaha, pasti ada hasilnya. rajin sngt dia buat kerja mcm tu kan. cuba rakyat ktia jadi serajin dia kan bagus.
ReplyDeletekalau rajin, semua kerja dpt pulangan lumayan kan. cuma org kita x pandai rebut peluang.
ReplyDeleteFuhhh.. Memang masyuk.. Pandai diorang cari duit..
ReplyDeleteserius bangsa india ni memang rajin.. tempat aku pun ada juga bro.. nak dikatakan semua apartment atau condo mesti service ni ada.. aku ingat nak buat parttime jugalah.. heheeh
ReplyDeletememilih sgt utk bekerja
ReplyDeleteOrang kita segan..malu..tak xde class...macam-macam kan.. Sedangkan rezeki berniaga tu lagi banyak daripada makan gaji ;-)
ReplyDeleteDitempat kerja saya ada beberapa kali basikal dan baldi pemilik pencuci kereta naik lori oleh Majlis Perbandaran Tempatan kerana mengusahakan khidmat cuci kereta tidak berlesen.
ReplyDelete