November 27, 2012

Percutian Kali Kedua di Legoland Malaysia

Percutian kedua di Legoland Malaysia beberapa minggu lepas. Mencari kelainan, kali ini pergi dengan keretapi dan menggunakan public transport ke Legoland Malaysia dari JB Central Line, bangunan berdepan dengan stesen keretapi JB Central.

Naik bas Causeway Link. Perkhidmatan setiap 1 jam
Harga tiket RM4 seorang dari JB Central - Legoland Malaysia. Berhenti seketika di stesen Larkin
Bukan main seronok lagi Alisya dapat naik bas

Perjalanalan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Sampai dah

Time ni time cuti sekolah. Memang ramai orang. Beratur panjang di panas terik mentari hanya kerana nak claim tiket free kanak-kanak redeem pembelian Susu Dutch Lady. Fuhh, really not worth it. Beratur ni mahu dalam 2 jam baru dpt tiket. Nasib baik ada tour agent yang menjual tiket mereka disebabkan pelancong dari Indonesia tak dapat datang. Dapat dua tiket hanya RM130 total (dewasa dan kanak-kanak).


Panas terik ketika ini. Around pukul 12 tengah hari

Kanak-kanak tentu yang paling gembira kalau ke Legoland Malaysia ini, termasukla Alisya :

Kereta ini memang menjadi kegemarannya
Gaya pemanduan pun dah semakin ok
Showtime. Jom layan
Are you ready to become "Danger Detective?"
Memang ramai orang time ni
Shownya agak membosankan. Tengok separuh je. Baik pusing tempat lain pula
Naik kapalterbang. Dua kali alisya naik. Satu dengan mama, satu dengan papa
Tak sempat nak naik kereta bomba ni. 

Lepastu, sempatla Alisya, Mama, Azim dan Mak/Bapa mertua naik keretapi Legoland. Eyriqazz tunggu kat luar je..Hik3...

Jom makan dulu . Makan tengahari
Di market Restaurant. Antara restoran yang agak famous di dalam Legoland ni
Nasi Ayam .Agak famous di sini. Adik ipar order. RM16.50 sepinggan.
Adik ipar cakap sedap. Eyriqazz cakap Mahal
Bread & Butter Pudding. RM8.50
Fuhh, bestnya kalau dapat berendam dalam ni time panas-panas ni

Zirafah
Dinasour
Asyik rosak je Lego tower ni. Ish2...
Jom layan 4D pula
Amboi-amboi, bukan main lagi
Best juga layan 4D ni....Rasa cam live je
Before this eyriqazz dan Isteri belum makan lagi..Lunch sebelum tu mak mertua/bapa mertua dan adik ipar
Pekena Aloha Chicken Pizza, RM20.50 di Pizza Mania
Mahal, tapi memang sedap..Nasib baik...Hik3..
Playground. Dekat sejam jugala Alisya bermain di sini

Naik keretapi untuk kanak-kanak pula
Macam tahu-tahu je Alisya Sang Singa bakal membaham Sang Harimau
Teringin nak try..Alisya taknak la pula
Jom bina bangunan dari Lego
Tahan gegaran tak ni?
Memang seronok kanak-kanak. Banyak tempat boleh terjah
Pendek cerita, satu hari memang tak sempat nak terjah semua tempat
Amboi-amboi, bukan main lagi 
Mama merajuk Papa tak naik sekali
memang nak naik tapi temankan ALisya time ni..Biasalah anak-anak, nak itu, nak ini...
Time camni, memang keseronokan untuk diorang kena diutamakan dari keseronokan sendiri
Legoland Malaysia, destinasi pelancongan menarik dan buat poket cepat kering 
Dah nak hujan. Baruje ingat nak terjah Castle ni

Tengok dari Luarje la

Maybank salah satu penaja di Legoland Malaysia ini

Sebelum pulang, singgahla dulu cari ole-ole/cenderahati untuk dibawa pulang:

Fuhh, memang murah2..Mug saja RM34.95 satu

Keychain RM12.95... Kalau tempat lain, dah boleh beli 5-6 keychain
Sempatla beli 2 fridge magnet buat pembaca blog. Dah poskan malam tadi buat pemenang

Murahnya T-Shirt. Rasa macam nak borong semua jerrrr.... Hik3...

Kena la beli juga untuk ALisya.Mana boleh pulang tangan kosong kan?

Jom pulang. Jalan kaki dalam 100 meter kot dari Stesen bas
Pelangi.. Melihat pelangi di langit, mengidam pula durian crepe
Balik naik bas Transnasional. RM6 seorang. Terus ke JB Central

Overall, percutian yang agak menarik dan lebih cepat mengeringkan poket. Demi anak-anak dan Isteri tersayang, apa salahnya kan? Lagipun part of it i.e. penginapan hotel sudah disponsor oleh Mak/Bapa mertua. Hik3....

P.s : Next destination bulan depan, Cameron Highlands. Jom Cuti-Cuti Malaysia, banyak tempat menarik di dalam negara yang boleh dikunjungi.

41 comments:

  1. Kali ke 2 sudah boleh rancang port menarik. Makan didalam Lego Land memang mahal.

    ReplyDelete
  2. Saya duk Skudai. Dekat sgt kalau nak pergi. Tapi mungkin tgu ada anak dulu kot baru pegi..haha!

    Nasi ayam rm16.50 sepinggan?? WOW! MAHAL GILER!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sedap..Kalau tidak memang hangin la satu badan dibuatnya

      Delete
  3. dok ngidam jek eyriqazz ni. Ngandung eh?...hehehe

    ReplyDelete
  4. hamboi,2jam baru dapat tiket..lame tu

    ReplyDelete
  5. thnx update psl nih abg..skg dh tau la..senang je kalau nk g nek public transport..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..yup, boleh je naik public transport..

      Delete
  6. ramai yg bawa payung...
    nak pergi tp baby auni masih kecil
    x sesuai panas nih kan...

    ReplyDelete
  7. menarik..legoland lagi ekk...haha..kereta tu bergerak atau sekadar hiasan shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta tu memang bergerak..siap ada tempat tekan minyak..cuma bergerak tak laju la...

      Delete
  8. just wondering. yang patung macam orang ke apa tu memang pakai lego kecik-kecik tu ke? style gile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang semuanya pakai lego..termasukla zirafah,dinasour etc tu

      Delete
  9. kereta tu ada kuasa bateri ke bro??

    ReplyDelete
  10. wah...best nye dah 2 kali gi legoland... tp dlm byk2 gambar, yang menarik perhatian saye, gambar makanan je...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nadot pi Legoland, RM100 at least untuk nadot seorang saja bajet utk makanan...

      Delete
  11. Replies
    1. Dewasa RM140...Kanak-kanak RM110..Kalau beli online, dah pilih tarikh at least seminggu in advance, dapat diskaun 25% kalau tak silap

      Delete
  12. saya ada perancangan nak pegi sana tapi memikirkan diri pregnant dan saya tak suka panas, mampu ke bertahan dalam cuaca begitu? ERMMM akan difikirkan lagi, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat tidak digalakkan..keadaan di sana agak panas...tak elok utk ibu mengandung..

      Delete
  13. Tempat nie memang bagus untuk gembirakan family dan anak2x...kalau bujang cam eden nie takde laa... the best thing is makanan yang mahal ( standard taman tema )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau eden bawak rozita che wan jalan2 ke legoland ni pun ok bro..anak2 dia ada yang masih kecil lagi kan? hik3...

      Delete
  14. nk g cameron lg.. sponsor la sy ngn suami hotel 5star. wahahaha

    ReplyDelete
  15. for the first time maybe ok la kot..kalau ulang2 kali nak pi sini...maunya tokey balak bankrup..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tokey balak banyak duit..susah nak bankrup kalau pergi hari2 ke legoland pun...

      Delete
  16. Omai. Saya nak pegi hari Jumaat ni dengan family. Kena bajet lebih lebih lebih lagi ni nampaknya.

    ReplyDelete
  17. teringin nak pi Legoland ni sambil balik kampung, tapi tunggu orang sponsor.. haha

    ReplyDelete
  18. wah..dah dua kali pergi, saya sekali pun belum..bestnya

    ReplyDelete
  19. mmg kena buat persedian utk masuk ke legoland nie
    duit kena masyukkkkkkkkk

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum eyriqazz...memang best kalau dpt masuk ke Legoland ni memang seronok kalau ada anak2 kecik..:)

    ReplyDelete
  21. memang seronok kalau bawa budak-budak nih..

    ReplyDelete
  22. Kalau tak silap Reader's Digest ada offer promotion tiket 35%

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails