#Speaker 1 - Abang Ensem
- Teknik Pelaburan Hartanah Subsale-
Seorang bekas banker yang sanggup berhenti kerja yang menawarkan konsisten bonus 6+ bulan setahun demi meneruskan minat menjadi Pelabur Hartanah sepenuh masa dan menyampaikan ilmu kepada generasi muda yang mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. "Tips Memilih Penyewa yang Cun dan Hot" membuatkan ramai yang tak kering gusi dibuatnya.
# Speaker 2 - Tuan Bri
-Teknik Pelaburan Hartanah Lelong
-Teknik Pelaburan Hartanah Lelong
Bekas external auditor yang berhenti kerja dan rasanya sudah berjaya lari dari "Rat Race". Berkongsikan teknik pelaburan Hartanah Lelong. Membuatkan audiance berinteraksi dan lebih aktif dengan soalan-soalan yang diajukan dan case study yang menarik. "Ulat Lelong, antara topik menarik dikongsikan di sini"
#Speaker 3 - Azri Nasruddin
- Tips Pelaburan Hartanah-
Bercakap laju, berfikir laju, pantas dalam mengorak langkah. Antara anak murid Dr. Shah Razali yang cukup berjaya. Masih bekerja fulltime sebagai Pharmacist namun berjaya Pelaburan Hartanah melebihi RM1.5 juta. Kagum, antara talk yang agak menarik kerana dikongsikan pengalaman peribadi dan cara percakapan yang pantas. Antara speaker yang tidak memerlukan slide presentation untuk bercerita.
# Speaker 4 - Fauzi Ahmad
- Cukai Berkaitan Hartanah-
Bekas Assistant Vice President di salah sebuah bank terkemuka dan Presiden Kelab Hartawan Hartanah. Fuhh, banyak rupanya tax berkenaan hartanah ni.
#Speaker 5 - Dr. Shah Razali ( Ikon Jutawan Pelaburan Hartanah Malaysia)
- Rahsia Pelaburan Hartanah-
The best speaker of the day. Cara persembahannya yang unik dengan kes study yang menarik di samping cara penyampaian yang turut memberikan reward kepada peserta. Peserta yang berjaya menjawab soalan dan merebut peluang berjaya membawa pulang wang tunai dari RM1 sehinggalah RM50. Lebih dari RM200 juga rasanya diberikan. Antara tips menarik yang dikongsikan antaranya "Laluan Naga"
#TipsHartanah : Kata Dr Shah Razali (pelabur hartanah terulung di Malaysia) "Kalau anda ingin melabur di area Lembah Kelang, belilah hartanah di laluan Kepala (Damansara Perdana) sehingga ke Ekor Naga (Dengkil) sementara menunggu kehadiran Naga2 lain" dan apa yang dapat aku fahamkan, 'Laluan Naga' yang dimaksudkannya merupakan samaada laluan lebuhraya atau pun laluan LRT/MRT. Jadi korang rasa di manakah 'Laluan Naga' yang berikutnya? Renung-renungkanlah. - Credit Facebook AbangEnsem-
Alhamdulillah, banyak ilmu yang berjaya dipelajari semalam. Kagum, rupanya ramai kaum bumiputera yang sudah berjaya memiliki lebih dari 4+ buah rumah. InsyaAllah, plan rumah ke-3 dan ke-4 tahun depan. Akan dikongsi-kongsikan ilmu yang dipelajari tentang Mega Hartanah Bumiputera ini nanti.
mesti dapat banyak info n tips ni bro eyriqazz..
ReplyDeleteAlhamdulillah, banyak yang dipelajari dan boleh dipraktikkan..
DeletePelaburan rumah memang menguntungkan, pasti banyak ilmu diperolehi dalam talk tuh kan..pasti berbaloi..
ReplyDeleteSangat berbaloi
Deletebercita-cita juga nak memilik satu rumah dilaluan naga tu.. rasanya kalau MRT dan siap confirm hartanah kawasan damansara.. kota damansara.. damansara perdana akan jadi mahal gila.. so kena beli dari sekarang
ReplyDeleteBro dah ada satu rumah di laluan naga tu..Kena tambah lagi 1,2,3 dan seterusnya..... Sekarang kata Dr. Shah is a good time to sell, not buy...
Deletewah bagusnya...
ReplyDeleteIla dah ada satu di kjg (mrt)Satu di puchong (lrt) dan ila tgh try utk beli lg satu di kwsn bkl hub pendidikn. Skrg tgh hot jugak. Rumah akn siap lg 3 thn tp its ok sbb msa umg siap.. satu universiti pun akn dipindahkan ke situ. Sekarang ne bru sebhagian je universiti awam tue pindh.. so tak risau utk sewa/homesty. Semiga dipermudahkn.. cuma ini hartang ke 3 so kna byk kna byr downpymt sbb umh ke 3 bnk cuma beri 70% pinjmn. Arhan bnk negara.
ReplyDeleteWahh, kagum...good luck..sama2 kita mengejar impian..
Deleteinsya allah.amin.. baik duit labor ke hartanag. susah masa muda..senang masa tua.
Deletesetuju..kalau duit tidak dilaburkan ke hartanah,kadang2 or selalu, duit itu ada pergi ke tempat lain tanpa disedari...bila melabur hartanah ni, at least ianya antara force saving ...
DeleteFull house. Teknik yang digunakan Dr. Shah Razali mempunyai teknik terlatih menyampai ceramah dengan memberi 'rewards' kepada peserta. Perlu tahu peserta rata-rata adalah orang dewasa, cara untuk mendapat responds dan attentions mereka berlainan. Ia dipanggil 'adult learners'. Peserta lebih ingat dan dihargai kalau tidak akan berlaku one way communication. Lepas balik khursus terus lupa.
ReplyDeleteSorry bro komen saya agak terkeluar dari topik tetapi saya rasa ada point penting disini untuk memastikan pengisian ceramah sampai teknik penyampaian penceramah perlu diperkemaskan kerana perseta hadir dengan harapan mendapat sesuatu berguna daripada khursus yang dihadiri.
Setuju dengan pandangan bro..agak menarik teknik penyampaian dan gaya bahasa yang digunakannya..rasa macam sekejap giler session dia walaupun 1jam lebih.... One of the best speaker i ever met..
Deletesemuanya orang kuat belaka nih..
ReplyDeleteYup...orang2 kuatni..
DeleteFuhh..menariknya aku tengok.bila la boleh berpeluang nak join..
ReplyDeletenampaknya AE semakin mengorak langkah.. tahniah buat beliau.. dah kepada bro, saya ucapkan selamat maju jaya juga..amin.. :)
ReplyDeleteThanks bro..sama juga buat bro
Deletejangan beli duluuu...tunggu saye sekali.... hehehe...
ReplyDeletegud lak eyriqazz!! ;)
Hahhaa..nadot dah 4..saya baru 1/2 legally.... kes nak kejar nadot laa ni
DeleteMemang teringin nak dgr pengalaman diorg. bilala agaknya dpt jumpa diorg.
ReplyDeleteInsyaAllah, akan jumpa nanti bro
Deletekena berani mengambil risiko
ReplyDelete