Showing posts with label Bukit Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Bukit Tinggi. Show all posts

January 2, 2012

Terjahi AEON Bukit Tinggi Lagi

Entri tertunda lama : Selepas menghadiri Majlis Kahwin Kakak Hanis Zalikha @ Liana Ezzana , bawalah Isteri ke AEON Bukit Tinggi, Klang. Wifey memang suka sangat pergi sini kalau dan terlepas sampai Shah Alam etc, main reason tempat ni tak ramai orang, besar dan jalan-jalan pun lebih selesa.

AEON Bukit Tinggi, Klang

Playground Jusco. Umm, favourite Alisya

Meriah. Ramai kanak-kanak. Harganya pun boleh tahan tidak berpatutan. Mahal. Tapi sayangkan anak, bawalah juga

Amboi, bukan main seronok lagi puteriku bermain-main di sini

Macam-Macam Permainan Ada. At least satu jam kena singgah sini. Wifey shoping2, eyriqazz jadila babysitter Alisya.hik3
Nampak syok je budak-budak ni main. Fuhh, rasa teringin jadi kanak-kanak kembali

Restoran Arena @ Food Court

Jom Jalan-Jalan Cari Pasal

Amboi-amboi. Mama sibuk shopping, anak sibukkk....
ClubHouse. Cari baju baby 
Adusshh, main games lagi. Pandai betul shopping complex skangni nak mencilok duit ibubapa
Sempatlah juga redeem Kredit Kad Point. Dapatla dalam RM40 Mcd Voucher terus

Overall, memang santai jalan-jalan di AEON Bukit Tinggi ni. Tempat tak crowded, suasana pun santai. Cuma jauh laa dari rumah eyriqazz. Kalau terlepas sampai sana, bawalah Isteri. Pesanan buat Jejaka Melayu Terakhir, bawalah Isteri ke sini ya. Banyak pilihan, sesuai bawa shopping sini. Hik3...

February 14, 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi akhirnya kami terjahi selepas Isteri beberapa kali ajak ke sini. Akhirnya tertunailah hasrat di hati dan Gembira Bila Dapat Gembirakan Hati Yang Tersayang .

Isteri di Depan Pintu Masuk Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
Cantik Kan? Memang gembira sakan Isteri dan Alisya

Colmar Tropicale is a French-themed village and hotel located in Berjaya Hills ResortBukit Tinggi, PahangMalaysia. It is located 2,600 feet (790 m) above sea level on 80 acres (320,000 m2) of natural forestland. The development is inspired by the original Colmar Village in AlsaceFrance. - Sumber : Wikipedia -


I Really Love This Picture. Santai....

Comel je Jam nya : Tour De L'Horloge Clock Tower
Alisya, tourist guide kami.. 

Mari Pancing Itik...


Memang Cantik Bangunan di sini. Teringat detik masa Jalan-Jalan di Paris zaman belajar dulu
Alisya nak teddy Bear Papa...
Angsa Yang Comel. Kami kasi Makan Kerepek Ubi...Angsa Suka

Alisya takut Angsa Papa...


Seronok...

Lagi-Lagi Gambar Colmar Tropicale, Bukit Tinggi bolehla terjah SINI

Sedikit Informasi berkenaan Colmar Tropicale :

1) Jarak perjalanan lebih kurang 1 jam dari KL. Jalan ke atas tidaklah sepening dan jauh seperti nak naik ke Genting Highlands. 
2) Ada bayaran RM12 untuk dewasa dikenakan untuk ke Colmar Tropicale, dan RM 5 rasanya untuk kanak-kanak.
3) Hotel Colmar Tropicale "sangatlah mahal" . Kalau weekend around RM300+
4) Makanan dan minuman pun agak mahal juga. Air berkarbonat botol lebih kurang RM8. Disarankan bawa makanan sendiri.

5) Umm, bolehje terjah balik hari. Tak besar mana pun kawasannya. Dalam 30 minit dah habis pusing semua.
6) View dan bangunannya memang cantik. Sukar dicari di Malaysia ini dan salah satu tempat menarik di Pahang, Malaysia.
7) Pengunjung takdelah se crowded di Genting Highlands etc. So, memang sesuai kalau nak terjah n balik hari.

P/s : Pelbagai destinasi menarik terhidang di Malaysia ini, tak gitu? Any suggestion tempat menarik sekitar Pahang, Selangor dan KL?
Related Posts with Thumbnails