Showing posts with label Ikan Bakar belakang Pasar Filipina. Show all posts
Showing posts with label Ikan Bakar belakang Pasar Filipina. Show all posts

August 1, 2011

(Lunch) Ikan Bakar Pasar Filipina

Malam pertama Dinner dan pekena Ikan Bakar Pasar Filipina. Keesokan harinya, masih teruja. Lunch la pula di sini kembali,cuma pilih gerai yang lain pula (P/s : bagi yang tak tahan godaan berpuasa,sila click X). Hik3...Ini pengalaman sebelum berpuasa.

Fuhh,meleleh Air Liur. Tak keruan nak pilih yang mana satu
Pekena Ketam pun sedap ni..Nyam2,terliur sudah
Menanti penuh Sabar....
Sotong Bakar, delicious..Terbaik..RM12
Ketam, ketam Sabah memang sedap. Besar-besar pulaktu. RM15
Jemput makan....Yummy, adussh,kecur air liur
Kerapu lagi.Saya memang penggemar ikan kerapu. Saiz sederhana RM18
Nyam2,sedap...Memang puas hati

Memang sedap,tak puas hati.Dah habis lauk2, tambah lagi Ikan Merah bakar, RM8. Habis saya ratah seorang.Fuhh,memang fresh dan segar. Sedap sangat sehh.


Action speak for itself..Licin...

Ikan bakar belakang Pasar Filipina memang sedap dan terbaik. Murah,fresh, dan ..........fuhhh, buat saya terliur dan tak sabar nak terjahi Sabah lagi.Wait for me, Nov 11 kami datang lagi....

July 29, 2011

Ikan Bakar belakang Pasar Filipina, Kota Kinabalu

Selepas Candlelight dinner yang agak mengecewakan, saya mengambil keputusan untuk dinner dan pekena Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina di malam pertama itu. Terima kasih buat readers yang rekomenkan tempat ini seperti di entry Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Actually ini kali ke 5+ kot saya terjahi Ikan Bakar di sini sepanjang hidup eyriqazz.Dulu masa wifey mengajar di Sabah,setiap kali datang KK, tempat ni memang wajib kami terjahi. Indah Khabar, Indah rupa...Itulah yang boleh saya katakan..

Seafood, pelbagai Ikan dan pilihan..Memang fresh-fresh ikan,ketam,sotong,etc
Jemput Pilih.Adussh, rambang mata juga dibuatnya
Ianya dibuka dari 4 petang sehingga larut malam
Memang ramai pengunjung especially pelancong asing yang terjahi Ikan Bakar di sini
Nyam2, mahu pilih yang mana satu ni?
Finally, saya pilih Ikan Kerapu sederhana besar, RM20 dan Sotong Bakar 2 cucuk,RM10 each
Pekena dengan Mangga dan Rumpai Lauk cicah kicap pedas. Sedapp..Meleleh air liur dibuatnya
Pekena pula Air Kelapa Muda. Memang terangkat
Jemput Makan. Jangan Malu-Malu
Walaupun Ikan bakar hanya cicah sambal lada dan kicap, fuhhh,tetap meleleh dan terbaik

Kenyang, puas hati, fresh seafood, memang sedap. 10 kali ganda lebih bagus dari candlelight dinner di Ferdinand's Restaurant, restoran ekslusif di Hotel Sutera Harbour yang bertaraf 4 bintang.
Action speak for Itself. Even Mat Salleh pun datang makan di sini
Burpp...Nyam2 kenyang. Habis licin...Now, teridam2 nak merasa lagi ikan bakar di sini
Dalam Memori

Once again,thanks readers for the suggestion. Di lorong-lorong belakang pun banyak tempat makanan yang sedap. Asalkan ianya bersih,halal dan menepati citarasa, apa salahnya kan? Hargapun berpatutan, hati pun senang, tak gitu?
Related Posts with Thumbnails