Hari Ahad yang lepas, 29 August 2010 saya dan keluarga telah menghadirkan diri untuk Majlis Berbuka Anjuran BeautifulNara.Com yang diadakan di Restoran Bistro Qaseh, Section 13, Shah Alam. Selepas agak sedikit sesat akhirnya kami sampai di Destinasi yang dituju :
Isteri Senyum Gembira
Alisya Pun nak Makan
Review saya, boleh tahan masakan di sini dan berbaloi dengan harga buffetnya iaitu RM19.80 (Bang Nara tak sponsor tau, hik3 ) , juadah dan makanan kampung pun pelbagai, rasanya boleh tahan, kuih muih, dan pelbagai juadah turut dihidangkan. Saya kasi Rating 7.5/10 untuk Restoran Bistro Qaseh/ Air Tangan Ibu ini. Yang penting dapat mengeratkan hubungan sesama kita kan di bulan Puasa Ini kan?
Thanks BeautifulNara kerana menjemput, next year adakan lagi ya? Saya suggestkan buat di Restoran Ayam Penyet pula, juadahnya memang Marvellous dan best. Bro pun dah boleh la bersiap sedia mencari Sponsor ya, boleh la next time makan percuma , hik3...
Oh ya, kalau anda mahu singgah, inilah Alamat Restoran Bistro Qaseh ini :
Alamat: 2, Jalan Boling Padang F, 13/F, (Blkg Tesco Xtra), Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (landmark opis syarikat Upin Ipin Les Couspoque tue )
P/s : Tunang Bang Nara sudah kasi tarikh kahwin mereka tahun depan. Wah2, tentu meriah kan?