Showing posts with label bajet malaysia 2012. Show all posts
Showing posts with label bajet malaysia 2012. Show all posts

October 7, 2011

Bajet 2012|Harga Rokok naik Lagi?


Hari ini Pembentangan Bajet 2012 akan dibentangkan di Parlimen. Adakah harga rokok akan naik lagi? Semestinya ini yang tidak dinanti-nantikan oleh perokok tegar especially. Terdetik untuk menulis pasal rokok ini apabila membaca komen dari entry saya sebelum ini :


AsyrafFile said...

Aku nak harga rokok di naikkan kerana bapa saya selalu mencuri mancis untuk merokok. Emak saya mencari mancis dan meyebabkan kami tidakdapat makan malam... Sadis

Situasi 2 : Kami sempat menyinggah di rumah Mak Saudara Isteri semalam. Anak lelaki dan 2 orang cucunya tinggal sekali. Seorang cucunya berumur 7 tahun dan seorang lagi 5 tahun. Anak lelaki nya memang perokok tegar. Si cucunya tidak sukakan ayah mereka merokok siap ditampal poster bahaya merokok dan akan dibuang kotak rokok jika mereka menjumpainya. Apakan daya, mungkin penangan rokok terlalu sukar untuk dilepaskan, usaha anak tidak berjaya mencapai objektifnya.

Ummm,to be honest, sayapun mengharapkan agar harga rokok dinaikkan. Kalau boleh tahun ini dinaikkan semaksima mungkin. Why? Of course rokok itu membahayakan kesihatan dan juga orang tersayang. Umm, tak sayang anak bini ke? Kata pepatah, beringat sebelum kena. Dah terkena, sudah terlambat untuk mengubahnya. 
Yup, arwah ayah saya seorang perokok dan kesannya memang mendalam. Both adik lelaki saya pun perokok. Entahla, for me, rokok ini hanyalah kepuasan sementara, deritanya yang lama.
Semoga harga rokok naik di Pembentangan Bajet 2011 tahun ini. Keburukan lebih banyak dari kebaikan....

P/s : Apa kata anda? Patutkah harga rokok dinaikkan sempena bajet 2012 ini?

October 6, 2011

Pembentangan Bajet 2012 | Pandangan Saya

Pembentangan Bajet 2012 akan dibentangkan besok, 7 Oktober 2011 di Parlimen. Tentu ramai yang ternanti-nanti Bajet 2012 ini,especially kakitangan awam yang sudah pasti mengharapkan pemberian bonus tahun ini . 

Antara Cadangan dari Blogger berkenaan Bajet 2012 seperti di entri Denaihati adalah rebat cukai pendapatan untuk menunaikan haji dan umrah memang saya sokong.

Ini antara cadangan dan pandangan saya untuk bajet 2012 :

1) Cukai pendapatan dikurangkan. Nowadays, combine Income surirumah RM5K di kotaraya KL pun belum tentu mencukupi.

2) Pengurangan duti import pembelian kereta import. Umm, harga minyak mahu disasarkan mengikut harga pasaran, namun kenapa duti import kereta tidak follow sama. Orr, menunggu sehingga AFTA tahun 2015 nanti?

3) Kos guaman dikurangkan especially buat pembeli rumah pertama. Umm, pengguna selalunya yang menanggung kos yang tinggi.

4) Public transport. Tiap-tiap tahun nampak ada bajet namun tidak nampak perubahan yang positif. Naik public transport pun susah, tak naik pun tersekat di traffic jam.

5) Kursus secara percuma bagi yang berminat untuk bergiat dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Skills acquired bolehla dipraktikkan.

6) "Kurangkan Kroni, Rasuah dan Tingkatkan Prestasi"

7) Last but not least, special elaun for bloggers maybe? Hik3, just kidding...

P/s : Apa pula pandangan dan cadangan anda untuk bajet 2012 nanti?
Related Posts with Thumbnails