Showing posts with label bas ekspress. Show all posts
Showing posts with label bas ekspress. Show all posts

April 29, 2012

Pengalaman Balik Kampung Naik Bas Ekspress

Stesen Bas Kuala Terengganu

Dulu, masa sekolah, ini tempat bas antara bandar. Balik kampung selalu naik di sini. Tak banyak yang berubah. Negeri kaya, tapi pembangunan tak begitu dirasai. Entah, mungkin pandangan peribadi saya sahaja.



Naik Bas S.P Bumi dari Kuala Terengganu-Kelantan
Harga tiket RM14.40
Perjalananan mengambil masa lebih kurang 3.5-4.5 jam
Awal pagi, kaunter banyak yang masih ditutup.
Nasib baik Mak dah belikan tiket 2 hari sebelum itu
Suasana agak lengang. Banyak prebet sapu berkeliaran mencari pelanggan.
Bang, teksi bang? Yup, di Kuala Terengganu, teksi tak pakai meter..Kena negola harga
Dari KT-Marang, lebih kurang RM20
Jom Naik Bas. Bas SP Bumi, Aircond dia boleh tahan sejuk

Tiru aksi Uncle Gedek
Yieza,getting better...

Pukul 12.30 lebih kurang sampai di Kota Bharu..
Alisya dan Abang Long sekeluarga datang menjemput

P/s : Best juga naik bas ekspress...At least takdela penat sangat jika dibandingkan dengan drive sendiri....

January 13, 2012

Hentian Bas Putra Tak Banyak Berubah

Bulan lepas, sempatla ke Hentian Bas Putra. Hantar Mak dan saudara pulang ke Terengganu. Fuhh, mengungkit nostlgia, dulu inilah antara destinasi wajib sejak ketika time belajar A Level di Lembah Beringin, Selangor. Hentian Bas ini yang ke arah Pantai Timur semestinya menjadi tumpuan terutamanya time cuti belajar, cuti raya ,etc.

Hentian Bas Putra Tak Banyak Berubah
Sabar menanti bas ekpress ke destinasi pilihan
Balik kampung. Ho Ho Ho Balik Kampung
Belila apa yang patut dulu
Bang, tiket  balik terengganu ada lagi bang?
Serius tak suka toilet nya. Antara toilet paling sempit di Malaysia.
Tempat Simpan Beg pun dah ada skang
Bukan main seronok lagi Alisya. Sangkakan diapun bakal naik bas sekali. Siap pakai topi lagi

Menangis sakan bila Tok Wan dah balik dia tak naik bas sama. Papa, nak naik bas. Papa nak naik bas.
Nanti Papa bawa naik bas ya Sayang?
Related Posts with Thumbnails