Showing posts with label buku motivasi. Show all posts
Showing posts with label buku motivasi. Show all posts

May 14, 2012

Pemenang Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30

Refer entri sebelum INI

2 pemenang adalah (pemenang dipilih melalui undian secara rawak) :

Tahniah buat pemenang. E-mailkan nama penuh, no. telefon, dan alamat anda ke iman1237@hotmail.com untuk urusan penghantaran hadiah. Yup, Buku Pelaburan "WTF? 23 Properties by 30" ini memang best dan memberikan inspirasi untuk lebih berjaya dalam bidang Pelaburan Hartanah

May 10, 2012

Give Away | Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30



Buku WTF? 23 Properties by 30 yang semakin laris di Pasaran. Most kedai buku dah sold out menanti cetakan baru 

Buku WTF? 23 Properties by 30  untuk di give awaykan buat 2 pemenang yang bertuah . Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entry " Saya Mahu  Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com" dan  letakkan gambar di atas di entri itu dan linkkan entri tersebut ke entri ini.
2) Undi Eyriqazz untuk Digi Wwwow Awards di http://bit.ly/I5h6Rw
3) Done . Tinggalkan permalink anda di komen entri ini.
4) Tarikh tutup 13 May 2012. 

P/s : Memang agak laris buku ini. Hanya tinggal beberapa je lagi semasa di Pesta Buku di PWTC petang semalam....

May 6, 2012

Khatam Sudah Buku WTF


Finally, selepas sehari berjumpa penulis dan membeli buku ini, sempatlah khatamkan  Buku WTF? 23 Properties by 30  . Salah satu buku Pelaburan Hartanah yang paling menarik pernah saya baca dan jujur saya katakan ianya sebaris dengan buku hasil nukilan Robert Koyisaki dan juga Azizi Ali yang pernah saya beli dan dalam koleksi saya kini. InsyaAllah, minggu depan akan saya reviewkan tentang buku ini.

In the meantime, kalau berminat untuk memenangi Buku Pelaburan ini, dijemput untuk join Give Away | Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30


April 8, 2010

Menjejaki Jutawan Senyap


Sungguh teruja bila membaca dan mendapat inspirasi melalui pembacaan. Contohnya buku ini, aku suka sangat-sangat . Tengok tajuknya pun sudah teruja. Inilah dia yang di maksud-maksudkan:

Menjejaki JutAwan Senyap dari Dr. Rusly Bin Abdullah@Chef Li

Memang best buku ini, betul-betul mengujakan dan memotivasikan diri. Sekali baca ingin membacanya berkali-kali (saya sudah membacanya hampir 3 kali) sehinggakan saya membeli satu lagi koleksi buku daripada Dr. Rusly. Yang itu nanti lain kali saya bercerita. Antara part yang mengujakan dan menarik yang cukup ku gemari adalah pantun-pantunnya di awal tajuk. Inilah Contoh pantun-pantunnya (maaf Dr. Rusly, letak sini tanpa kebenaran, namun niat untuk berkongsi).

Diam Menangis si Ibu Penyu
Diam bertelur menyambung zuriat
ReZeki Tuhan bagi yang mampu
Senyap berbudi mampu berzakat
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan jasa
Jika hendak dikenang orang
Banyak berfikir banyak berusaha
Hanya Jauhari mengenal manikam
Dapat membeza kilauan cahaya
Seperti api kuat mencengkam
Semangat orang yang ingin berjaya

Pandangan peribadi, buku ini memang best. Cerita-cerita peribadi dan pengalaman orang lain dan jutawan senyap yang antaranya ibu tunggal, peniaga pasar malam, pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia bergolok bergadai dan tiada wang sesen, dan sebagainya.

Mereka menongkah arus dan dugaan dengan semangat yang kental dan akhirnya mereka bergelar Jutawan Senyap . Chef Li menjejaki mereka melalui kursus yang dianjurkannya di samping pengalamannya sendiri yang berhenti bekerja sebagai seorang pegawai bank untuk mencapai cita-cita.Akhirnya, bolehla dikatakan Chef Li pun salah seorang yang bergelar Jutawan senyap.

Jadi, apa tunggu lagi? Buku ini memang memotivasikan, harganya pun masa saya beli beberapa tahun lepas hanyalah RM17.Sekarang ni rasanya harganya tak jauh berubah. Motivasi sebeginilah yang menjadi pendorong saya untuk terus berjaya .

P/s : Dah lama tak baca Novel Ahadiah Akasyah. Hak3, jiwang seh. Suka gila novel Lagenda Budak Setan.Kisah Kasyah dan Ayu.Bila Novel Farisya Ayu ku akan bersambung ya?. Oh ya, ada sebarang buku motivasi yang best yang menarik? Rekomen-rekomenkan lah, nanti bila ada diskaun sale untuk syarikat saya, boleh beli buku lagi.
Related Posts with Thumbnails